Professional Documents
Culture Documents
BPSH
BPSH KPM
Kata Alu-Aluan
Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia,
Terlebih dahulu saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa Murid Sihat Murid Selamat (MSMS) prasekolah kerana berjaya menghasilkan modul ini. Saya amat yakin modul yang dihasilkan ini dapat menjadi panduan kepada guru prasekolah dan pihak yang berkaitan dalam melaksanakan program MSMS dengan teratur dan terancang. Saya amat berharap agar para pentadbir dan guru serta agensi pelaksana yang terlibat dengan prasekolah dapat memanfaatkan modul ini bagi meningkatkan lagi kualiti pendidikan prasekolah. Modul ini juga amat sesuai dijadikan panduan bagi tujuan perancangan dan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran yang menyeronokkan di dalam dan luar bilik darjah.
Program Murid Sihat Murid Selamat prasekolah dapat mempertingkatkan pengurusan kendiri yang berkualiti selaras dengan perkembangan sahsiah murid dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial bagi melahirkan modal insan bertaraf dunia.
Program Murid Sihat Murid Selamat prasekolah menekankan amalan kebersihan, kesihatan dan keselamatan secara berkesan. Melalui program ini usaha mempertingkatkan pengurusan kesihatan dan keselamatan boleh dipupuk agar menjadi amalan sepanjang hayat murid prasekolah. Justeru itu adalah menjadi harapan agar modul ini dapat direalisasikan di semua kelas prasekolah secara menyeluruh dan bersepadu.
BPSH KPM
PENGENALAN
Pengetahuan dan kemahiran mengenai aspek kesihatan dan keselamatan amat wajar ditekankan kepada murid prasekolah memandangkan generasi muda harus dididik dan diterapkan tentang kepentingan penjagaan keselamatan, kebersihan dan kesihatan seawal usia kanak-kanak.
Program-program yang terkandung dalam Modul Murid Sihat Murid Selamat (MSMS) ini amat relevan untuk dijadikan panduan bagi tujuan perancangan dan pelaksanaan di peringkat prasekolah sebagai aktiviti sokongan kepada pembelajaran dan pengajaran. Ia juga dilaksanakan bagi menyokong hasrat Program Bersepadu Sekolah Sihat dan Selamat bagi melahirkan "Generasi Berilmu, Sihat dan Progresif" melalui amalan gaya hidup sihat. Rasionalnya, melalui aktiviti-aktiviti yang dicadangkan dapat memberi pengetahuan dan pendedahan mengenai aspekaspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan kepada murid prasekolah.
pelaksanaannya boleh
diubahsuai mengikut lokasi dan keperluan. Cadangan aktiviti diharap dapat memberi peluang bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi dalam kalangan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial. Di samping membentuk keterampilan dan keperibadian murid yang unggul, ia juga dapat mewujudkan amalan budaya bersih, sihat dan selamat di sekolah serta persekitaran dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat.
BPSH KPM
OBJEKTIF
1. Melahirkan modal insan yang berkeperibadian unggul menerusi pemupukan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkekalan dalam aspek kebersihan, kesihatan dan keselamatan. 2. Meningkatkan jalinan permuafakatan strategik antara sekolah dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan bagi membentuk jalinan kerjasama dalam usaha merealisasikan Murid Sihat Murid Selamat. 3. Membina ketahanan dan memelihara diri, persekitaran kelas prasekolah yang bersih, sihat dan selamat. 4. Menanam kesedaran mengenai amalan gaya hidup sihat dan selamat dalam kalangan murid dan komuniti walau di mana mereka berada. 5. Membentuk generasi yang mempunyai tahap keyakinan diri dan daya kepimpinan yang tinggi.
BPSH KPM
Matlamat Melahirkan murid-murid yang menghargai dan mencintai kelas prasekolah terutama dari aspek kepentingan kebersihan, keselamatan diri dan persekitaran. Objektif Mendidik dan menggalakkan murid-murid mengamalkan nilai-nilai kebersihan dan keselamatan diri semasa berada di kelas prasekolah. Penglibatan 1. Guru Besar 2. Guru Penolong Kanan HEM/Kokurikulum 3. Guru 4. Pembantu Pengurusan Murid 5. Murid 6. Ibubapa/Penjaga 7. Agensi berkaitan Tempoh Pelaksanaan : Februari hingga Mac Aktiviti : 1. Gotong royong : a. b. c. Mural Hias taman (landscape) Tatarias kelas dengan konsep yang betul
2. Pertandingan kebersihan kelas peringkat sekolah 3. Lawatan dan sesi penerangan tentang langkah-langkah keselamatan (taman permainan, taman asuhan, tandas, dapur dan kawasan persekitaran sekolah).
BPSH KPM
BPSH KPM
BPSH KPM
Matlamat Meningkatkan tahap pemahaman murid prasekolah tentang simbol dan makna papan tanda di jalan raya. Objektif Mendidik murid tentang keselamatan diri di jalan raya semasa pergi dan balik sekolah. Penglibatan 1. 2. 3. 4. 5. 6. Guru Besar PK HEM AJK 3K Guru Ibubapa/penjaga Agensi Luar. : Julai dan Oktober
1. Lawatan ke Pusat Latihan Memandu / Pusat Simulasi Memandu. 2. Membina diorama lalu lintas dengan meletakkan simbol jalan raya, kenderaan atau sebagainya. 3. Pertandingan lalu lintas. 4. Minggu Keselamatan Jalanraya: 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 Kolaj Suai-padan (puzzle) simbol jalan raya. Pertandingan mewarna simbol jalan raya. Simulasi penggunaan lalu lintas yang betul. Kuiz Interaktif lalu lintas Permainan Interaktif lalu lintas
7
BPSH KPM
Penglibatan 1. Guru Besar 2. PK HEM 3. Guru 4. Pembantu Pengurusan Murid 5. Ibu bapa 6. Komuniti, PDRM. Tempoh Pelaksanaan Aktiviti : 1. Tunjukcara menyelamatkan diri. 1.1 1.2 1.3 1.4 Lakonan atau simulasi cara menyelamatkan diri. Kenali situasi yang mengancam keselamatan diri. Tidak menerima pelawaan atau hadiah daripada orang yang tidak dikenali. Kenali sentuhan yang selamat dan tidak selamat. : Januari hingga Oktober
BPSH KPM
2. Penerangan tentang batas-batas pergaulan, penjagaan aurat, anggota sulit dan orang yang tidak dikenali. 3. Tayangan video tindakan menyelamatkan diri (Laman web: www.ingat.com)
Ulasan tentang video di dalam laman web berkenaan adalah tentang cara-cara menyelamatkan diri daripada orang yang tidak dikenali.
BPSH KPM
Objektif Mendidik kanak-kanak memahami tentang hak kehidupan sebagai kanak-kanak. Penglibatan
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Guru Besar PK HEM AJK Keceriaan,Kesihatan dan Keselamatan(3K) Guru Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Ibu bapa Agensi kerajaan/NGO : Satu hari (Februari hingga Oktober)
Menganjurkan ceramah Apa Hak Kanak-kanak kepada semua yang terlibat bersamasama murid prasekolah (Contoh : SUHAKAM, JKM, Pakar Motivasi).
2. 3. 4.
Mengadakan kuiz pengetahuan kepada murid prasekolah berkaitan hak kanak-kanak. Tayangan video berkaitan hak kanak-kanak. Permainan memilih gambar-gambar berkaitan dengan hak kanak-kanak
10
BPSH KPM
11
BPSH KPM
6. Pameran, info dan sudut kesihatan (Pameran makanan berkhasiat, penjagaan kesihatan,gaya hidup sihat). 7. Program Larian Gaya Hidup Sihat 8. Nyanyian serta aksi gaya hidup sihat bersama keluarga.
Marilah kawan berus gigi, Gigi ku cantik dan berseri, Gosok ke atas dan kebawah, Gosok ke kiri dan ke kanan. Shhshh.shhh.shhh.(bunyi menggosok gigi) Gigi ku putih dan berseri, Gosoklah gigi setiap hari, Supaya gigi kita kuat.
Makanlah makanan berkhasiat, Buah-buahan dan sayuran, Minum susu setiap hari, Senyuman adik manis sekali.
12
BPSH KPM
Sehari Bersama Bomba 1.1 Lawatan ke balai bomba berdekatan 1.2 Mengadakan latihan kebakaran dan simulasi cara menyelamat diri daripada bencana kebakaran bersama anggota Bomba dan Penyelamat. 1.3 Tunjuk cara oleh pihak Bomba dan Penyelamat. 1.4 Pameran alatan keselamatan Bomba dan Penyelamat.
2.
Menubuhkan Kelab 3K Bomba (Kelab Keselamatan Kebakaran Kanak-Kanak) mendaftar dengan agensi bomba berdekatan.
3.
Mengadakan pertandingan mencipta model alat pemadam api daripada bahan terbuang.
13
BPSH KPM
Matlamat Meningkatkan kesedaran dan pengalaman kepada murid prasekolah tentang kebaikan minum susu. Objektif 1. Membimbing murid membudayakan amalan minum susu. 2. Mendidik murid supaya memenuhi keperluan kalsium harian. Penglibatan 1. 2. 3. 4. 5. Guru Besar PK HEM Guru, Ibubapa Agensi : Sepanjang tahun
Pelancaran Jom Minum Susu. 1.2 Dirasmikan oleh Guru Besar. 1.3 Kerjasama dengan agensi luar (Nestle). 1.4 Persembahan oleh kanak-kanak prasekolah berkaitan amalan minum susu.
2. 3. 4.
Menjemput waris menyediakan susu mengikut sukatan yang betul di kelas. Murid prasekolah menyediakan susu mengikut sukatan yang betul. Membudayakan murid prasekolah minum susu secara berkala atau berterusan.
14
BPSH KPM
Matlamat Menggalakkan penyertaan aktif murid prasekolah dalam aktiviti fizikal dan kecergasan. Objektif Meningkatkan tahap kecergasan murid prasekolah dan membudayakan amalan gaya hidup sihat Penglibatan
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.
Guru Besar PK HEM PK KoKurikulum Guru Komuniti Agensi & NGO Kementerian Kesenian dan Kebudayaan Negeri (KKBN), Majlis Sukan Negeri : Mac, Jul, Okt
Persembahan oleh murid prasekolah pada hari istimewa: 1.1. Hari Kanak-kanak 1.2. Hari Guru 1.3. Mesyuarat Agung PIBG 1.4. Hari 1Murid 1Sukan 1.5. Perhimpunan sekolah
2.
Mengadakan kerjasama persembahan bersama kelas prasekolah atau tadika swasta berhampiran.
3.
BPSH KPM
Matlamat Memberi pemahaman kepada murid-murid prasekolah mengenai amalan makanan secara sihat. Objektif 1. Memupuk amalan pengambilan makanan seimbang setiap hari. 2. Meningkatkan pemahaman tentang piramid makanan. 3. Mendidik murid-murid prasekolah supaya dapat mengenali, membezakan dan mengambil makanan mengikut saranan kumpulan makanan. Penglibatan 1. 2. 3. 4. 5. Guru Besar PK HEM/Kokurikulum Guru Prasekolah dan PPM Murid Prasekolah Ibubapa/Penjaga : Mac, Julai, Oktober
1. Melengkapkan model piramid makanan 1.1 Murid menggunting dan menampal gambar makanan mengikut aras piramid makanan. 2. Membuat mural piramid makanan pada dinding (Penglibatan bersama ibu bapa). 3. Pertandingan Master Chef Kid. (ibu dan anak) 3.1 Merancang menu pemakanan sihat (makanan dimasak / tanpa dimasak). 3.2 Penyediaan bahan dan peralatan pertandingan (menu dan cara pelaksanaan mengikut kesesuaian tempat dan perancangan guru)
16
BPSH KPM
JAWATANKUASA PENULIS MODUL MURID SIHAT MURID SELAMAT PRASEKOLAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Penasihat
: YBhg. Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia : YBhg. Dato Haji Mazlan bin Mohamad D.S.A.P., D.I.M.P Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) : Tuan Haji Aminudin bin Adam Timbalan Pengarah (Sekolah) BPSH : Puan Asiah binti Hamzah Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Prasekolah BPSH : Puan Noor Akmar binti Jais@Mat Jaih Ketua Unit Koakademik Sektor Pengurusan Prasekolah BPSH : Puan Maheran binti Ab. Rahman Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Prasekolah BPSH
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Setiausaha
Penolong Setiausaha
AHLI
Puan Junidah binti Raib Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Puan Norlida binti Zulkafly Bahagian Pemakanan, KKM Puan Hajjah Nik Asiah binti Salleh Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan Puan Musleha binti Mohd Ghozali Jabatan Pelajaran Negeri Johor Tuan Emil bin Taihin Ketua Cawangan Bahagian Keselamatan Bangunan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Putrajaya Encik Mohd Saidi bin Embong Jabatan Pelajaran Negeri Pahang Encik Jairun bin Maiba Jabatan Pelajaran Negeri Sabah Puan Sariah binti Mos Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak
17
BPSH KPM
Cik Saharawati binti Haron Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu Encik Rosli bin Mohd Nor Jabatan Pelajaran Negeri Melaka Encik Ab. Wahab bin Mat Rashid Jabatan Pelajaran Negeri Perlis Puan Ainon binti Haji Hashim Jabatan Pelajaran Negeri Perak Puan Salmah binti Abd. Wahab Pejabat Pelajaran Daerah Pendang, Kedah Foo Lee Yen Pejabat Pelajaran Daerah Ranau, Sabah Puan Azlin binti Mohamed Azhari@Khalid Sekolah Kebangsaan Brickfields Puan Asni binti Sulaiman Sekolah Sungai Bedaun, WP Labuan Puan Salmizar binti Harun Sekolah Keb. Seri Kemudi, Bachok, Kelantan Puan Roslina binti Mohd Nor Sekolah Kebangsaan Chabau, Asahan, Melaka Puan Maisarah binti Ismail Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11(3) Encik Ridzuan bin Rosli Sekolah Kebangsaan Dato Ahmad Musa Encik Azaizuddin bin Ismail @ Abdullah Sekolah Keb. Balai Besar, Dungun, Terengganu Encik Mohd Zakwan bin Zainudin Sekolah Keb Jimah Baru, Negeri Sembilan
Puan Zanipah binti Yahaya Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Encik Rosli bin Ishak Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Encik Johannallah bin Junait Pejabat Pelajaran Daerah Klang, Selangor Johanna Rowena KQ Joharry Jabatan Pelajaran Negeri Labuan Puan Rozazawati binti Ramli PPW Keramat Kuala Lumpur Encik Nasir bin Salem Pejabat Pelajaran Daerah Kuching, Sarawak Encik Mohd Sanusi bin Abdul Wahab SK Trolak Utara, Sungkai, Perak Puan Noor Alfizah binti Ali Nordin SK Gombak Setia,Selangor Puan Norazlina binti Saniman Sekolah Kebangsaan Larkin Dua, Johor Bharu Puan Lesiah binti Sabil Sekolah Kebangsaan Bongkud, Ranau, Sabah Puan Noor Hamizah binti Isahak Sekolah Kebangsaan Telok Kechai Encik Mohd Fuad bin Bakar Sekolah Kebangsaan Tasek Mutiara Encik Mohd Razuki bin Daud Sekolah Keb. Sungai Isap, Kuantan, Pahang Encik Mohd Dzuraidi bin Abu Talib Sekolah Keb. Sentul Pasar, Kuala Lumpur
18