You are on page 1of 44

PENDAHULUAN

 Dilancarkan pada 28 Februari 1991,


 Y.A.B. Perdana Menteri
membentangkan satu kertas kerja
bertajuk "Malaysia - Melangkah ke
Hadapan"
 Mengandungi satu pemikiran Ianya
dikenali sebagai "Wawasan 2020"
SEMBILAN CABARAN
1.Mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu dan satu
bangsa Malaysia yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama

2. Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang berjiwa bebas,


tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri.

3. Mewujudkan masyarakat demokratik dan mengamalkan satu bentuk


persefahaman yang mantap.

4.Melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai


agama dan kejiwaan dan didorong oleh pegangan etika yang tinggi.

5.Mewujudkan masyarakat yang liberal dan toleran, yang mana pelbagai


kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama
masing-masing

samb
6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif yang mempunyai daya
perubahan yang tinggi sebagai pengguna dan penyumbang
sains dan teknologi

7. Mewujudkan masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang, yang


mana kebajikan insan tidak berkisar kepada orang perseorangan tetap
di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.

8 Mewujudkan masyarakat yang adil ekonominya, yang mana kekayaan


negara diagihkan tanpa mengenal kaum dan fungsi ekonomi.

9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi


yang boleh bersaing, dinamik, teguh dan berdaya tahan
CABARAN KEEMPAT
Melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika,
kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong
oleh pegangan etika yang tinggi.

 TERDAPAT 3 CONTOH PELAKSANAAN DALAM


MEREALISASIKAN CABARAN KE EMPAT

ISLAM HADHARI
PEMBANGUNAN MODAL INSAN

MASYARAKAT BERINTERGRETI
PEMBANGUNAN MODAL INSAN

1.Pembangunan modal insan adalah penentu bagi


meningkatkan daya saing dan produktiviti negara.
2. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu
Berfikir secara kritis dan kreatif

Berkemahiran menyelesaikanmasalah

Berkeupayaan tinggi mencari peluang baru

kebolehan uberhadapan dengan persekitaran dunia global


 Meningkatkan keupayaan dan minat bagi
menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran

 Memupuk insan memiliki kemahiran dan


keterampilan

 Memperkukuhkan dan Memantapkan program


kokurikulum dan sukan
PELAN INTEGRITI NASIONAL
Pelan Integriti Nasional (PIN) dibentuk
dengan memberi fokus kepada matlamat
pemantapan etika dan integriti serta
membudayakan integriti di kalangan semua
anggota masyarakat. Semua pihak iaitu
Kerajaan, swasta, parti politik, institusi
agama, kesatuan sekerja, NGO, wanita,
media, belia, pelajar dan golongan lain
dalam masyarakat dari setiap pelusuk
negara, secara keseluruhannya perlu
meningkatkan kefahaman dan komitmen
mereka terhadap integriti.
KONSEP

 PIN ialah sebuah pelan induk yang


bertujuan memberikan hala tuju
serta bimbingan kepada semua
komponen atau sektor masyarakat
dan negara.
OBJEKTIF UMUM
 Objektif umum PIN ialah untuk
merealisasikan hasrat Wawasan
2020, iaitu menjadi sebuah negara
maju menurut acuan sendiri dengan
“membentuk sebuah masyarakat
yang kukuh ciri-ciri moral dan
etikanya, dengan para warganya
mempunyai nilai keagamaan dan
kerohanian yang utuh, dan ditunjangi
oleh budi pekerti yang luhur.”
OBJEKTIF KHUSUS
 Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor
supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar
membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni,
berintegriti, bermoral dan beretika;
 Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama
pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti
supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan
diamalkan dalam semua bidang;
 Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan
anggota masyarakat serta mendorong perkembangan
masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan
bergerak cergas menegakkan integriti;
 Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral
masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan
hidup anggota masyarakat; dan
 Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia
dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya
cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.
FAKTOR YANG MENJEJASKAN
INTEGRITI
INDIVIDU

 Kelemahan individu merupakan


salah satu faktor yang amat penting.
Individu yang lemah didikan agama
dan penghayatan nilai-nilai murni,
lemah disiplin diri dan etika kerja,
serta tamak dan mementingkan diri
akan menyebabkan merosotnya
integriti.
KEPIMPINAN
 Kepimpinan sangat penting dalam
mencorakkan budaya organisasi dan
masyarakat serta tahap integriti.
Kepimpinan pelbagai peringkat perlu
mempunyai azam dan iltizam yang
teguh untuk memberikan pedoman
dan petunjuk serta melakukan
perubahan untuk kebaikan.
SISTEM DAN PROSEDUR
 Kurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan
kepentingan awam, misalnya dalam urusan
tender;
 Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan
bagi menjalankan tugas.
 Penguatkuasaan yang tidak berkesan.

 Kurang pemantauan dan penilaian tentang

keberkesanan sesuatu strategi atau program;


 Keupayaan sumber yang terhad sama ada

sumber manusia ataupun material sehingga


menjejaskan keupayaan penguatkuasaan;
 Kerangka undang-undang yang tidak kemaskini,
lapuk dan kurang jelas.
STRUKTUR DAN INSTITUSI

 Struktur dan institusi ialah


komponen penting dalam menjamin
kelancaran pentadbiran Kerajaan,
swasta dan masyarakat umum.
Struktur sesebuah organisasi perlu
kemas, terfokus serta mempunyai
matlamat yang jelas dan
munasabah.
BUDAYA
 Persekitaran amat penting dalam
mempengaruhi individu dari segi
pembentukan nilai dan tingkah
lakunya. Salah satu komponen
persekitaran ialah budaya. Budaya
dipengaruhi oleh sejarah dan
perkembangan semasa. Justeru, ia
berubah dan boleh diubah.
STRATEGI PELAKSANAAN
PELAN TINDAKAN INTEGRITI
STRATEGI 1:PELAKSANAAN
AGENDA INTEGRITI UNTUK
INSTITUSI KELUARGA
 Pembangunan keluarga dan insan
berintegriti melalui pembinaan
keluarga bahagia;
 Peningkatan integriti dalam

pengurusan kesihatan jasmani dan


rohani; dan
 Pemantapan nilai-nilai murni

sebagai asas pembentukan identiti.


STRATEGI 2: PELAKSANAAN AGENDA
INTEGRITI UNTUK KOMUNITI

 Pengukuhan nilai-nilai murni


kejiranan dan komuniti;
 Pemantapan pertubuhan dan institusi

asas dalam komuniti; dan


 Pengukuhan semangat patriotisme

dan perpaduan antara kaum serta


kesedaran mengenai pemuliharaan
alam sekitar.
STRATEGI 3: PELAKSANAAN AGENDA
INTEGRITI UNTUK MASYARAKAT SIVIL

 Peningkatan integriti masyarakat


sivil – badan bukan kerajaan (NGO);
 Peningkatan sumbangan NGO

kepada usaha pemantapan integriti;


dan
 Pengukuhan kerjasama antara NGO,

kerajaan dan swasta untuk


pemantapan integriti.
STRATEGI 4: PELAKSANAAN AGENDA
INTEGRITI UNTUK INSTITUSI
SOSIOBUDAYA
Pembinaan insan yang berintegriti
dalam persekitaran sosiobudaya
yang berintegriti;
 Peningkatan integriti dalam

pengurusan kesihatan, jasmani dan


rohani; dan
 Pemantapan nilai-nilai murni,

perpaduan dan pembentukan identiti


warga negara.
STRATEGI 5: PELAKSANAAN AGENDA
INTEGRITI UNTUK INSTITUSI
AGAMA
 Peningkatan kerjasama,

persefahaman dan saling


menghormati antara penganut
pelbagai agama;
 Penghayatan dan pengalaman nilai-

nilai murni ajaran agama; dan


 Peningkatan penghayatan dan

pengamalan ajaran agama Islam


sebagai agama kemajuan.
STRATEGI 6: PELAKSANAAN AGENDA
INTEGRITI UNTUK INSTITUSI EKONOMI
 Pemantapan integriti sektor korporat;
 Peningkatan komitmen sektor korporat

terhadap pertanggungjawaban
sosial;
 Pengembangan dan pengukuhan budaya

niaga yang beretika;


 Pengukuhan perpaduan antara perpaduan

antara kumpulan etnik dan antara wilayah


melalui aktiviti
ekonomi.
STRATEGI 7: PELAKSANAAN AGENDA
INTEGRITI UNTUK INSTITUSI
POLITIK
 Pengekalan keluhuran Perlembagaan dan
sistem politik negara;
 Pengekalan kedeaulatan dan peningkatan
keutuhan institusi parlimen sebagai
institusi penggubal undang-undang yang
luhur;
 Pengalaman politik yang berintegriti serta
pengembangan budaya politik yang sihat,
beretika, matang dan demokratik
mengikut acuan sendiri; dan
 Pemantapan prinsip ketelusan,
pertanggungjawaban dan tadbir
urus terbaik.
STRATEGI 8: PELAKSANAAN AGENDA
INTEGRITI UNTUK INSTITUSI
PENTADBIRAN

 Pemantapan prinsip ketelusan,


pertanggungjawaban dan tadbir urus
terbaik; dan
 Peningkatan integriti jentera

pentadbiran awam.
Al-Quran; Surah 16 , An-Nahl( Lebah )
Ayat 125, (Terjemahan)

“ Panggillah (dakwah) mereka kepada jalan Tuhan dengan


bijaksana dan pengajaran yang baik, dan bertukar fikiranlah
dengan mereka menurut cara sebaik-baiknya .
Sesungguhnya Tuhan engkau lebih tahu siapa yang tersesat
jalannya, dan Dia lebih tahu pula orang –orang yang menuruti
jalan yang benar. “
Pendekatan Islam Hadhari

Keimanan & ketakwaan kepada Ilahi


Kerajaan adil & beramanah
Rakyat berjiwa merdeka
Penguasaan ilmu pengetahuan
Pembangunan ekonomi seimbang & komprehensif
Kehidupan berkualiti
Pembelaan hak kumpulan minoriti & wanita
Keutuhan budaya & moral
Pemeliharaan alam semula jadi
Kekuatan pertahanan
Malaysia yang merdeka
sejak 1957 telah
melaksanakan dasar dan
program ke arah
menjadi sebuah negara
yang maju dan makmur
berteraskan Islam
menjelang tahun 2020.
Sehubungan ini Malaysia
telah diistiharkan
Sebagai sebuah negara Islam maka sebagai
pembangunan Malaysia
negara Islam perlu
melalui model Islam. Dengan keperluan
padaini maka2001.
tahun YAB Perdana
Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
yangmana masa itu selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah
melancarkan secara rasmi Pelancaran Islam Hadhari pada September
2002
Islam Hadhari adalah modul pembangunan Islam yang dipraktikkan
pada zaman keagungan Islam di Baghdad dan Andalusia.
Pembangunan Islam di Andalusia adalah merupakan sumber kepada
Kebangkitan Eropah ( Renaissance ) yangmana melahirkan pemodenan
Eropah melalui Revolusi Industri yang seterusnya telah menjadi model
utama dan pemangkin kepada pembangunan dunia moden sehingga
hari ini.
Islam – berasal daripada
perkataan Arab iaitu aslama yang
bermaksud selamat sejahtera.
Hadhari – yakni bermaksud maju
serta kadangkala dirujuk sebagai
hadhara iaitu bermaksud
keseimbangan di antara
DEFINISI pembangunan material dengan
akhlak dan spiritual.
Islam Hadhari dapat didefinisikan sebagai
satu pendekatan serta perancangan,
perlaksanaan dan pemantauan program
pembangunan yang holistik, komprehensif
dan mampan secara sistematik bagi
kemajuan, susunan dan kehidupan umat
Islam dan manusia ke arah tamadun dan
budaya yang berpaksikan Al-Quran dan
Sunah Nabi Muhammad s.a.w di mana
kesyumulannya telah , sedang dan akan
terbukti serta sesuai sepanjang zaman tanpa
batas bangsa, masa dan sempadan.
Islam Hadhari sebagai
pendekatan baru ( re-
engineering ) bagi
pembangunan umat Islam
Malaysia dan dunia
Islam Hadhari tidak mengubah prinsip-
prinsip asas dan nilai teras dalam Islam
yang bersifat suci, murni, kekal dan
signifikan dalam apa juga keadaan.
Perlaksanaan Islam Hadhari adalah satu
langkah ke hadapan yang lebih fokus dan
utama ( aulawiyat ) berdasarkan
keperluan dan cabaran pembangunan
semasa melalui pandangan hidup
( tasawwur ) yang jelas, tepat dan
dituntut oleh akidah dan syariat Islam.
Proses pembangunan
dalam Islam
Ibnu Khaldun dalam
tulisannya Kitab Al-Ibar di
dalam Muqaddimah
menerangkan keperluan
keseimbangan kemajuan
dan pembangunan antara
aspek material dengan
akhlak dan spiritual. Di
dalam kitab ini juga Ibnu
Khaldun membicarakan
tahap perkembangan dan
kemajuan masyarakat
yang bermula dari Badwi
( darat/hulu ) membawa
kepada Hadhari
( maju/semasa ) ,
kemudiannya Madani
SKOP ISLAM HADHARI
Program Islam Hadhari merangkumi
pembangunan kesemua skop kehidupan
manusia sejajar dengan Islam sebagai cara
hidup ( A-din ) sebagaimana di bawah :-
• Pembangunan Insan
• Pembangunan Sosial
• Pembangunan Ekonomi
• Pembangunan Sains, Teknologi & ICT
• Pembangunan Infrastruktur
• Pembangunan Mampan
Apabila perlaksanaan Islam
Hadhari antara lain menekankan
kepada pembangunan dari segi
ilmu, pembangunan fisikal dan
insan, kesihatan, sistem ekonomi
dan kewangan direalisasikan maka
Islam dilihat sebagai satu tamadun
dan cara hidup yang bersepadu,
menyeluruh dan holistik
sebagaimana Firman Allah s.w.t;
Surah Al-Maidah, Ayat 3
( Terjemahan )
“ Pada hari ini telah Aku
sempurnakan untuk kamu
agamamu. Aku telah mencukupkan
nikmatKu kepada kamu dan Aku
telah merasa senang , Islam itu
menjadi agamaMu ”
Sudahkan program Islam
Hadhari dilaksanakan ?
Program dan juga aktiviti sebagaimana
falsafah dan konsep serta matlamat
Islam Hadhari sebenarnya telah , sedang
dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan
Malaysia sebagaimana antara lain
dicatatkan di bawah. Pembangunan –
pembangunan ini juga adalah
pembangunan akhirat walaupun ianya
pada zahir berbentuk duniawi.

Pembangunan Pembangunan Pembangunan Pembangunan Sains, Pembangunan


Insan Sosial Ekonomi Teknologi & ICT Mampan
• Pusat Islam • Hospital • Subsidi • Pusat Sains & Atom • Deklarasi Rio
• Sekolah • Biasiswa • Tabung Haji • Koridor Multimedia • Local Agenda
• Politeknik • Stadium • DEB Pembangunan • Kitar Semula
• Maktab • Balairaya • Bank Islam Infrastruktur • Alam Sekitar
• Universiti Islam • Dewan • Automobil • Hijau
• Masjid • Derma • FELDA • Sungai Kita
• Lapangan Terbang
Bagaimana untuk menjadikan pembangunan sebagai suatu
ibadah di dalam Islam?
Bagi menjadikan pembangunan sebagai ibadah maka ianya
perlu memenuhi 5 kriteria di bawah :-
• Perlaksanaan pembangunan tersebut dengan niat baik; iaitu
untuk mencari keredhaan Allah s.w.t;
• Pembangunan tersebut adalah sah atau halal di sisi Islam;
• Pembangunan tersebut dilaksanakan mengikut syariat Islam;
• Kesan pembangunan tersebut adalah positif untuk syiar dan
tuntutan Islam serta memberi manfaat untuk rakyat; dan
• Perancangan dan perlaksanaan pembangunan tersebut tidak
meninggalkan perkara fardu asas dalam Islam.

Ibadah tanpa mengira besar atau kecil akan tetap memberikan


keuntungan di dunia dan ianya merupakan saham kebahagian di
akhirat ( pahala ) sebagaimana
Sabda Nabi Muhammad s.a.w;
“Dunia ini adalah tanam-tanaman di akhirat”
HALANGAN DAN CABARAN
PERLAKSANAAN ISLAM
HADHARI
Firman Allah s.w.t; Surah Al-Ankabut,
Ayat 1-2 ( Terjemahan)
“Alif Laam Miim. Apakah manusia itu
mengira bahawa mereka dibiarkan
(saja) mengatakan : Kami telah
beriman, sedang mereka tidak diuji
lagi”
Dalam melaksanakan sesuatu maka kita akan diuji oleh Allah. Allah tidak akan
memasukkan kita ke syurga tanpa menguji keimanan kita sebagai makhlukNya.
Sehubungan itu di antara cabaran bagi melaksanakan Islam Hadhari di Malaysia
adalah sebagaimana di bawah :-
• Tentangan sesama Islam ( dengki )
• Keliru
• Kewangan
• Birokrasi ( bersih, cekap &amanah )
• Sistem
• Musuh Islam ( nampak dan tidak nampak )
Millennium Development Goals

Persidangan UNDP, Sept. 2000, deklarasi dibuat bagi mencapai 8 sasaran


menjelang tahun 2015

 Mencapai pendidikan rendah secara universal


 Mempromosi kesamaan ‘gender’ & hak wanita
 Mengurangkan kadar kematian bayi
 Membasmi kemiskinan mutlak & kebuluran
 Memperbaiki kesihatan ibu mengandung
 Menghapuskan HIV/AIDS, malaria &wabak lain
 Memastikan persekitan mapan
 Membangunkan ‘global partnership’ bagi pembangunan
(termasuk sistem perdagangan & kewangan terbuka)

Sasaran ‘Millennium Development Goals’ oleh UN menjelang 2015


telah dicapai di Malaysia pada masa ini, kecuali HIV.

Ini membuktikan Malaysia menghampiri taraf sebuah negara maju.


Islam Hadhari sebagaimana 10
pendekatan dinyatakan di atas dapat
dirumuskan sebagai

3. Hubungan Manusia dengan Allah


( hablum min Allah );

2. Hubungan Manusia dengan Manusia


( hablum minnannas )

3. Hubungan Manusia dengan Alam.


KESIMPULAN
Islam Hadhari perlu diperjelaskan kepada
umat Islam dan bukan Islam di Malaysia
sebagai satu kaedah penyelesaian
pembangunan dunia yang juga akan
membawa kebaikan ke akhirat. Tanpa
Islam maka kemajuan dan pembangunan
akan tiada matlamat.

Realiti kehidupan yang kita dapat gambarkan kesan perlaksanaan Islam


Hadhari adalah bahawa :-
Malaysia adalah sebuah negara di mana rakyatnya dapat beribadat dengan
ikhlas, dapat berkeluarga dengan penuh kasih sayang, dapat hidup dalam
masyarakat yang penuh keamanan, negara yang dikawal undang-undang
penuh keadilan dan menyedut udara yang nyaman serta persekitaran yang
indah mata memandang serta terhindar dari kemiskinan, kekacauan dan
kelemahan sebagaimana Firman Allah s.w.t ;
Surah Saba, Ayat 15 ( Terjemahan )
“……. Negara yang aman makmur serta mendapat keampunan Allah”
TUMPUKAN PERHATIAN
WAWASAN 2020
 Bendera berkibar di angkasa
Lambang negara jaya
Rakyat sepakat sehati sejiwa
Tekad berbakti dengan megah
 Hadapi cabaran masa muka
Penuh tenaga murni
Bakti dicurah searah-sehala
Dengan wawasan yang suci
 Wawasan meningkat kemajuan•
Tiada lagi kepincangan
CHORUS
Kemewahan rata dirasai
Bersama kita nikmati
 Wawasan 2020
Satu pandangan jauh
Bukan impian malah kenyataan
Bersama kita jayakan

You might also like