You are on page 1of 5

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA KUALA LUMPUR

HBEF 2703 PENDIDIKAN KOKURIKULUM

TAJUK TUGASAN: TUGASAN INDIVIDU (Kelab Doktor Muda) Jurnal Reflektif

NAMA: AHMAD FIKRI BIN ISMAIL NO. MATRIK: 790603085189001

SEMESTER: JANUARI 2012

Pendahuluan Doktor muda SK Puncak Alam 2 diadakan pada setiap hari Rabu 2 minggu sekali diselang seli dengan Unit Beruniform. Masa yang diperuntukkan untuk kelab ini adalah 1 jam 30 minit. Mengikut perancangan awal, Kelab Doktor Muda ini akan membuat perjumpaan sebanyak 18 kali untuk setahun. Kekangan masa dan pertembungan antara aktiviti serta program lain di sekolah menyebabkan Kelab Doktor Muda ini hanya dapat melakukan perjumpaan sebanyak 10 kali sahaja sehingga bulan Jun. Guru penasihat yang terlibat dengan kelab Doktor Muda ini seramai 6 orang iaitu Cikgu Zamri, Cikgu Aminah, Cikgu Rosmawati, Cikgu Robahyah, Cikgu Mohd Azim dan Cikgu Ahmad Fikri. Ahli Doktor Muda ini seramai 80 orang yang terdiri dari murid tahun 3, 4, 5 dan 6. Setiap aliran hanya 20 orang murid sahaja yang dipilih untuk menyertai Kelab Doktor Muda ini. Ahli Kelab Doktor Muda tahun 3 diadakan pada sebelah pagi di antara jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Ini kerana murid tahun 3 bersekolah pada sesi petang. Guru yang akan bertugas untuk murid tahun 3 ialah Cikgu Aminah dan Cikgu Mohd Azim. Mereka berdua ditugaskan khas untuk murid tahun 3 sahaja kerana mereka juga adalah guru sesi petang. Bagi murid tahun 4, 5 dan 6, mereka akan mengikut aktiviti Doktor Muda ini pada sebelah petang mulai jam 3.00 petang hingga 4.30 petang. Guru yang bertugas bagi murid tahun 4, 5 dan 6 ini ialah Cikgu Zamri, Cikgu Rosmawati, Cikgu Robahyah dan Cikgu Ahmad Fikri. Ahli Kelab Doktor Muda tahun 3 hanya diberi pendedahan awal bagi setiap aktiviti dalam Kelab supaya mereka dapat bersedia untuk tahun depan. Mereka kurang didedahkan untuk aktiviti ceramah dan demonstrasi. Bagi murid tahun 4, 5, dan 6 mereka diberikan tunjuk ajar cara menyampaikan ceramah dan demonstrasi di khalayak ramai serta rakan sebaya. Setiap doktor muda akan diberikan tugasan dalam memberikan tunjuk ajar kepada rakan sebayanya yang bukan ahli kelab Doktor Muda. Di sini mereka dilatih supaya dapat meningkatkan keyakinan diri dalam menyampaikan setiap maklumat yang berkaitan dengan aktiviti Doktor Muda dengan berkesan. Aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam Kelab Doktor Muda ini dibahagikan mengikut kumpulan supaya mereka dapat menguasai setiap objektifnya. Bagi ahli lain yang tidak mendapat tajuk yang berkaitan mereka akan menjadi peserta bagi setiap aktiviti berkaitan. Cara ini memudahkan setiap ahli memahami dan menguasai objektif bagi setiap aktiviti yang berkaitan.

Penyediaan buku skrap dan bahan pameran mengenai Doktor Muda serta maklumat berkaitan setiap aktiviti, semua ahli Doktor Muda sesi pagi terlibat bagi menjayakannya. Dalam proses ini diterapkan unsur kerjasama dalam mencari bahan yang berkaitan serta menyusun setiap bahan tersebut bersama rakan lain. Di sini guru akan memberikan tunjuk ajar cara mencari bahan di internet dan penyusunan yang betul bagi menepati kehendak yang ditetapkan dalam modul Doktor Muda.

Refleksi Mingguan Minggu 1 Ahli Doktor Muda dapat menguasai lagu Doktor Muda melalui latihan secara berkumpulan. Ahli Doktor Muda dapat mengenal pasti aktiviti yang bakal mereka jalankan berdasar taklimat yang diberikan oleh guru. Minggu 2 Ahli Doktor Muda memahami tugas mereka sebagai Doktor Muda melalui tayangan video yang mereka tonton. Setiap aktiviti sepanjang tahun para ahli diberikan templat mengenai program tersebut. Minggu 3 Murid dapat mengukur BMI mereka sendiri dengan menggunakan formula pengiraan yang diberikan oleh guru. Murid dapat menjalani ujian mata dengan menggunakan Carta Senellen.

Minggu 4 Doktor Muda dapat menjalankan pemeriksaan kebersihan diri dan gigi dengan bantuan guru dan jururawat gigi sekolah. Minggu 5 Ahli Kelab Doktor Muda dapat membuat persembahan sketsa membasuh tangan dengan jayanya. Minggu 6 Ahli Doktor Muda dapat menyenaraikan setiap barang dalam kotak pertolongan cemas dengan lengkap dalam satu jadual. Minggu 7 Murid dapat mengenal kawasan yang bersih dan kotor berdasarkan senarai semak semasa mereka melakukan pemeriksaan.

Minggu 8 Ahli Doktor Muda mengetahui cara menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes dan kawasan kegemaran nyamuk aedes. Minggu 9 Membuat persembahan sketsa kantin ku wajah ku dengan jayanya sewaktu perhimpunan pagi Isnin. Minggu 10 Ahli Kelab Doktor Muda yang terlibat dengan sketsa dapat membuat persembahan dengan jayanya di perhimpunan pagi.

Permasalahan Berdasarkan refleksi minggu di atas, dapat dikenal pasti antara masalah yang timbul semasa menjalankan aktiviti ialah :

1. Tidak semua ahli Doktor Muda dapat melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti. 2. Aktiviti yang dijalankan terlalu ringkas 3. Isi kandungan setiap aktiviti ringkas. 4. Masa perjumpaan dan perbincangan terlalu singkat.

Berdasar permasalahan ini, setiap aktiviti dapat diperbaiki dan diperkemas lagi supaya kelab Doktor Muda ini akan menjadi satu kelab yang mendapat perhatian di kalangan murid dan guru.

Penyelesaian Setiap permasalahan yang timbul pasti ada jalan penyelesaiannya. Bagi permasalahan yang timbul dalam kelab Doktor Muda ini adalah satu masalah yang biasa berlaku pada mana-mana kelab atau persatuan. Berdasarkan permasalahan yang pertama, bagi ahli;i Doktor Muda yang tidak melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti semasa perjumpaan berlaku, mereka boleh diberikan tugasan yang berkaitan dengan Doktor Muda semasa perjumpaan tersebut. Tugasan-tugasan yang diberikan hendaklah menepati kehendak objektif Doktor Muda dan kehendak aktiviti yang sedang berjalan. Bagi permasalahan yang kedua, setiap aktiviti yang dijalankan terpaksa diringkaskan kerana mengejar masa supaya setiap objektif yang terdapat dalam Doktor Muda dapat

dilaksanakan. Perkara ini boleh diatasi dengan cara menumpukan satau-satu objektif supaya semua ahli Doktor muda dapat mencapai objektif yang berkaitan. Memberikan penumpuan pada objektif yang utama agar setiap ahli Doktor Muda mendapat input-input yang penting semasa berjalannya aktiviti Doktor Muda. Bagi permasalahan yang ketiga pula, isi kandungan setiap aktiviti terlalu ringkas kerana tidak mahu memberatkan para ahli Doktor Muda. Isi kandungan yang ringkas dapat mencapai objektif yang terdapat dalam Doktor Muda dengan mudah. Bagi permasalahan yang keempat pula, masa bagi perjumpaan Kelab Doktor Muda telah ditetapkan untuk setiap tahun. Tetapi perjumpaan tersebut tidak berlangsung dengan lancar sekiranya bertembung dengan program sekolah yang lain. Adalah baik sekiranya dibuat perjumpaan Kelab Doktor Muda ini dijalankan sebulan 2 kali tanpa gangguan. Sekiranya tiada gangguan berlaku, objektif yang terdapat dalam Doktor Muda dapat dicapai dengan jayanya.

Rujukan Rosely bin Mustapha, (2012), Program Doktor Muda HUSM, [Online], Available : http://www.maher.my/cms/index.php?option=com_content&view=article&id=92:pro gram-doktor-muda-husm&catid=38:berita&Itemid=57 Kementerian Kesihatan Malaysia, (2012), Kelab Doktor Muda, [Online] Available: http://www.drmuda.gov.my/drmuda.*

You might also like