Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
27Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
UNIT2 Blog

UNIT2 Blog

Ratings:

4.0

(1)
|Views: 2,026 |Likes:
Published by ibrahim_a

More info:

Published by: ibrahim_a on Aug 13, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/12/2011

pdf

text

original

 
TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/1
 
UNIT 2 : TEKNIK DIAGNOSISDAN ALAT-ALAT ENGUJIAN
Objektif am :
Mengenal teknik-teknik diagnosis dalam mengesan kerosakan litar dan alat-alat ujian.
Objektif khusus :
Di akhir unit ini pelajar sepatutnya dapat :
Mengenalpasti kerosakan dengan menggunakan teknik suntikan dansurihan isyarat.
Menganalisa kerosakan dari nilai voltan dan rintangan pada litar 
Menganalisa kesan komponen rosak pada nilai voltan dan rintangan
2.0 PENDAHULUAN
Sebelum mengetahui teknik-teknik dalam mengesan kerosakan seharusnyadiketahui dahulu keperluan sesebuah sistem. Dalam mana-mana sistem iamempunyai hierarki yang tersendiri. Lebih-lebih lagi dalam sistem komputer.Ia amatlah perlu terutama kepada juruteknik atau pembantu jurutera dalammengesan dan membaikpulih sesebuah sistem komputer. Begitu juga denganmengesan kerosakan pada alat-alat elektronik.Beberapa soalan yang harus dijawab, sebelum kita memulakan kerja-kerjamembaikpulih:-i.Apakah jenis alat yang akan dibaikpulih?ii.Apakah kerosakan (simpton) pada alat tersebut?iii.Adakah alat tersebut mempunyai litar skematik?iv.Apakah teknik yang sesuai untuk digunakan?Dalam soalan pertama, kita harus mengenal alat serta fungsi (cara kerja).Contohnya penjana isyarat yang mana fungsinya menghasilkan isyarat berbentuk sinus atau segiempat. Radio berfungsi sebagai menerima isyarat, proses kemudian menghasilkan audio. Televisyen berfungsi sebagai menerimaisyarat proses kemudian menghasilkan gambar dan audio. Dari sini, barulah boleh kita tentukan kerosakan alat.
 Rajah 2.1 : Jenis peralatan iaitu Monitor, TV dan Radio
 
TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/2
 
Manakala yang kedua melibatkan dari hasil yang dikeluarkan oleh alat itu.Misalnya tiada ayunan di keluaran penjana isyarat, tiada suara dari speaker radio, tiada gambar dari layar TV. Inilah yang kita panggil
 simpton
.Dari sini, barulah kita tentukan bahagian mana dalam litar itu yang dijangkatidak berfungsi. Kita tidak akan membuang masa jika jangkaan kita tepat. Kitahanya boleh membayangkan litar dan fungsinya jika kita tahu bahagian yangrosak, tetapi litar yang sebenar belum pasti. Oleh itu kita memerlukan litar skematik. Dari litar skematik kita boleh menumpukan perhatian kepadakomponen yang dijangka rosak.
2.1TEKNIK MENGESAN DAN MENGANALISA KEROSAKAN
Cara mengesan alat elektronik biasanya berpandukan pada kegunaan alattersebut. Sebelum mencari kerosakan kita harus mengetahui fungsi asassesuatu alat yang akan dirawat. Dari sini, kita akan dapat menganalisa apakahkerosakan atau simpton. Setiap teknik yang dilakukan ada hubungan antarasatu sama lain atau sebagai pilihan lain agar tidak membuang masa.Teknik-teknik mengesan bolehlah kita susunkan seperti berikut:-i.Mengesan simptonii.Teknik surihan dan suntikan isyaratiii.Mengukur voltaniv.Mengukur kerintangan kerintangan atau sambungan dalam litav.Mengesan dengan cara fizikal
2.1.1 Simpton
Setiap alat yang rosak tentunya ada simpton yang boleh memberikan panduankepada kita menentukan kerosakan bahagian, penyambungan atau komponen.Di sini seorang perawat harus mempunyai pengetahuan tentang operasi danfungsi sesuatu alat. Contohnya bagi seorang pengguna, kerosakan alat terimaradio hanya dapat dikesan jika bunyi tidak normal, atau tiada bunyi langsung.Bagi seorang mekanik apabila alat itu tiada bunyi, dia boleh mengagak di bahagian mana yang rosak. Di bawah adalah satu contoh rajah menunjukkansimpton yang diperolehi dan fungsi sesebuah alat.AlatSimpton dari fungsi1TV WarnaGambar warna dan suara2RadioSuara stereo3OsiloskopPaparan4Penjana AudioKeluaran isyarat audio
2.1.2 Teknik Surihan dan Suntikan Isyarat
Contoh
 
TEKNIK DIAGNOSIS & ALAT-ALAT PENGUJIAN E3005/UNIT 2/3
 
Setiap simpton kerosakan yang diketahui oleh sesuatu alat, kita bolehmembuat perangkaian di bahagian mana yang rosak. Sebagai contohnya alatterima radio yang tiada suara atau bunyi tidak kedengaran di speaker tetapi penunjuk bekalan ada. Kita boleh mengagak bahagian mana yang rosak atautempat di mana kita perlu periksa dahulu. Disini kita boleh katakan bahawaspeaker atau penguat kuasa atau kawalan tone atau kawalan bahan (volumecontrol).Jika litar skematik tidak ada, pilihan lain adalah dengan menyurih litar di bahagian tersebut. Litar skematik adalah sangat penting untuk menunjukkannombor komponen dan sambungannya. Ini akan mempercepatkan prosessurihan litar atau mengesan kerosakan pada komponen.Setelah kita tahu bahagian mana dan jenis kerosakan litar, kita harusmemikirkan apakah teknik yang harus kita lakukan. Mekanik yang berpengalaman biasanya menggunakan teknik ringkas iaitu meneliti litaskematik dan terus kepada simpton.
2.1.2.1 Surihan litar tercetak 
Sebelum kita membincangkan tentang teknik mencari kerosakan, kitaseharusnya boleh membuat surihan papan litar tercetak. Ini adalah pentingkerana walaupun kita mempunyai litar skematik, kerja-kerja mencarikomponen adalah berasaskan surihan litar.Beberapa peraturan harus ditentukan sebelum surihan litar dibuat:-i.Tentukan punca masukan dan keluaranii.Tentukan punca bekalan dan bumiiii.Tentukan nombor komponenSurihan boleh dimulakan dari titik masukan. Jika sukar ditemui kerana lebihdari satu masukan, kita boleh memulakan dari bahagian keluaran. Contohnya pada litar di bawah
 Rajah 2.2: Litar pesungan pugak sebuah TV 

Activity (27)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
haswandi liked this
Shaker Yusof liked this
Amir Asraf liked this
Laila Jamalludin liked this
Richieles Joseph liked this
zynnia_rilda2043 liked this
N4N1 liked this
polisas85 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->