Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
1.0 TAJUK
Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor Dengan ManipulasiAlatan.
2.0 PENGENALAN
Kemahiran asas dapat diklasifikasikan kepada empat komponen yang utamaiaitu Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan danKemahiran Asas Fizikal. Kemahiran Pergerakan Asas bolleh dibahagikan kepadatiga komponen utama iaitu Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan Lokomotor danKemahiran Memanipulasikan Alatan.Dalam Kemahiran Lokomotor, individu perlu bergerak dari satu tempat ketempat yang lain manakala Kemahiran Bukan Lokomotor ialah pergerakan setempatdan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu buka-tutup, naik-turundan pusing-putar.
2.1 Lokomotor 
Lokomotor bermaksud pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.Terdapat dua jenis lokomotor iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan LokomotoBeritma Tidak Sekata. Kemahiran Lokomotor mempunyai lapan pergerakan iaitulima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.Bagi lokomotor beritma sekata ialah :-1.Berjalan2.Berlari3.Melompat ( mendarat dengan dua kaki )4.Hop ( melompat dan mendarat dengan sebelah kaki )5.Leap ( melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kakiberselang seli )
 
Lokomotor Beritma Tidak Sekata ialah :1.Skip2.Galop3.Melongso
2.2 Pergerakan Bukan Lokomotor 
Pergerakan Bukan Lokomotor merupakan pergerakan yang static atausetempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu aktiviti sepertibuka tutup, naik turun dan pusing putar. Pergerakan ini dilakukan tanpamenggerakkan dasar menyokong seseorang individu. Antaranya ialah :-1.Meregang2.Memusing3.Membongkok4.Menghayun5.Menolak6.Menarik7.Mengilas8.Bangkit9.Rebah10.Berbuai-buai atau bergerak dari kiri ke kanan dan sebaliknyaPada tahun 1977, Burton mengatakan bahawa kesemua pergerakanmerupakan variasi 18 pergerakan asas yang disenaraikan di atas. Contohnya,pergerakan-pergerakan berikut merupakan kombinasi pergerakan-pergerakan diatas :-1.Merangkak = membongkok + berjalan2.Membaling = hayunan dengan tangan dibengkokkkan + satu atau lebihlangkah berjalan atau berlari3.Mendekan = rebah + membongkok, menolak dan menyokong
 
4.Menguak = menolak + menarik ke kiri dan ke kanan
2.3 Kemahiran Manipulatif 
Kemahiran manipulatif ialah kemahiran asas yang menyediakan muridsekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Kemahiran ini amat penting bagimurid-murid sekolah kerana ia membolehkan mereka untuk memperlaku, mengawaldan mengendalikan objek-objek yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi.Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bolabesar, gelung rotan, tali, batang rotan dan sebagainya.Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas telah menyatakan bahawamanipulasi melibatkan tiga aspek iaitu :-i.Memberi tenaga kepada objek-objek seperti melontar, menyepak,memukul, mengumpan dan merejamii.Menguasai objek termasuk menangkap dan menyambutiii.Mengawal objek seperti menggelecek dan memantulIlmu dan kemahiran pergerakan asas ini perlu diajar kepada murid-muridsekolah rendah. Selepas mempelajari kemahiran tersebut, kanak-kanak akan lebihbersedia untuk mempelajari kemahiran yang lebih rumit seperti kemahiran-kemahiran asas sukan.
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more