Welcome to Scribd. Sign in or start your free trial to enjoy unlimited e-books, audiobooks & documents.Find out more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
4Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Media Arus Perdana Di Bawah BN-

Media Arus Perdana Di Bawah BN-

Ratings:
(0)
|Views: 112|Likes:
Published by pokmaks

More info:

Published by: pokmaks on Aug 14, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/11/2012

pdf

text

original

 
Buruknya Media Arus Perdana
Oleh: Ahmad Henry B. Rudy Armady al-Manhar Kuatnya pengaruh media massa terhadap masyarakat dalam membina persepsi bagi sesuatu isuadalah sesuatu yang amat mengkagumkan. Dalam isu politik misalnya, sesebuah laporan yangdisampaikan akan dijustifikasikan oleh para audiens dengan menjadikan latar kecenderunganterhadap sesebuah parti atau fahaman sebagai mempengaruhi asas penilaian. Itu bagi merekayang mempunyai pemberatan terhadap sebelah pihak. Bagi mereka yang kononnya mengatakandirinya bebas daripada sebarang sentimen parti politik, penilaian lazimnya didasari denganmencari kesalahan atau kelebihan bagi kedua belah pihak. Golongan sebegini akan cuba laridaripada bersikap bias lalu meletakkan mereka pada kondisi di tengah-tengah. Justeru bagaimana pula bagi mereka yang tidak berupaya memahami perjalanan politik semasa khususnya bagigolongan yang kurang terdedah dengan mainan politik arus perdana. Golongan inilah yangsebenarnya menjadi majoriti dalam menentukan kelangsungan hidup sesebuah parti yangmemerintah (kabinet). Kerana golongan ini lebih banyak jumlahnya berbanding dua golonganyang disebutkan di atas. Golongan ini lazimnya menerima apa sahaja berita yang disajikan olehmedia-media tersebut.Maka di sinilah media-media khususnya media arus perdana atau
mainstream
perlumemainkan peranannya sebagai media yang benar-benar bebas daripada sentimen parti politik.Tetapi kita harus ingat. Media arus perdana dan media alernatif mempunyai perbezaan yang amat besar terutamanya dalam konteks motif kewujudan media tersebut. Misalnya, surat khabar 
 Harakah
wujud bagi menyampaikan ideologi parti Pas,
Suara Keadilan
untuk Parti KeadilanRakyat, dan beberapa media alternatif yang lain. Lain halnya dengan media arus perdana seperti
Utusan
,
 Berita Harian
,
 Kosmo
,
Sinar Harian
,
 Harian Metro
, TV3, RTM, dan sebagainya. Mediaini bukan milik mana-mana parti politik. Media ini ‘milik masyarakat’. Justeru tidak ada sebabmedia-media ini melaporkan berita berat sebelah apabila melaporkan tentang sesuatu isu politik terutamanya isu yang melibatkan perbezaan dasar atau idea sesebuah parti politik itu.Persoalannya, adakah proses ini berlaku? Jawapannya sudah tentulah tidak. Media arus perdana pada hari ini seolah-olah sudah menjadi seperti media UMNO-BN. Seharusnya nama-namamedia tersebut turut ditukar menjadi
Utusan UMNO
,
 Berita Harian BN 
,
 Kosmo UMNO
, dan pelbagai lagi. Inilah realiti yang berlaku. Media masyarakat sudah menjadi media Parti yangmemegang pentadbiran pusat atas nama milik kerajaan. Kononnya bagi menyampaikan hasratdan usaha kerajaan terhadap rakyat.Bagi mereka yang berfikiran bahawa parti yang memerintah kerajaan pusat itu sebagaikerajaan, ianya mungkin betul. Namun, lemah sangatlah pemikiran mereka itu kerana tidak mampu membezakan antara pemerintah (diberi amanah) dengan kerajaan. Pemerintah ialah pentadbir, sedangkan kerajaan itu adalah rangkuman komuniti (pemerintah, rakyat dan segalayang ada dalam sesebuah masyarakat itu). Dalam hal ini, yang diberi peluang mentadbir kerajaan pusat ialah parti berikat BN. BN sebagai pentadbir tanpa ada golongan yang ditadbir bukanlahkerajaan namanya. Maka, antara parti politik, pentadbir, dan yang ditadbir adalah perkara yang berbeza. Saya ulangi secara tegas bahawa apa yang berlaku sekarang ialah, media arus perdanayang dikatakan sebagai media milik kerajaan ini sebenarnya sudah menjadi milik parti yakni parti berikat BN. Dalam erti kata lain, media
mainstream
ini sudah menjalankan peranannyasebagai media alternatif sama seperti
 Harakah
,
Suara Keadilan
,
Siasah
, dan sebagainya yang
1
 
menyampaikan hasrat parti. Lebih memalukan apabila parti tersebut menggunakan media-mediayang sudah berada dekat pada hati masyarakat ini sebagai alat untuk berkempen khususnyaapabila menjelang pilihan raya sama ada PRK mahupun PRU. Berbeza dengan parti-parti pembangkang, mereka tidak dibenar langsung menggunakan media arus perdana ini sebagaisaluran untuk menjelaskan matlamat perjuangan mereka apalagi untuk berkempen. Justeru,mereka menggunakan akhbar dan media sendiri untuk tujuan itu.Sebenarnya, untuk membebaskan media-media
mainstream
ini
 
daripada cengkaman BN bukanlah perkara yang mudah. Sebabnya, survival media itu untuk terus berada di pasaran sangat bergantung kepada sejauhmana media-media itu mengampu kerajaan. Banyak ampu banyaklahuntung. Kita tentu masih ingat bagaimana TV3 dengan program
Sure Heboh
kemudian ditukar sebagai
 Jom Heboh
telah difatwakan haram di beberapa buah negeri. Namun, program ini masihterus berjalan dan dilihat semakin agresif untuk merosakan akhlak masyarakat demi mengautkeuntungan dan laba dunia. Alasannya, untuk menggalakkan pelancongan dan mewujudkan peluaang perniagaan melalui pengabaian terhadap hukum Allah s.w.t. Dalam penganjuran
 Jom Heboh
di Lumut, Perak pada awal tahun ini, Mufti Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria yang pernah menfatwakan program tersebut sebagai haram mengakui bahawa beliau sendiri tidak tahumenahu tentang penganjuran program tersebut (sila rujuk Majalah Milenia Edisi Julai 2009 dihalaman 14-19). Pembaca boleh bayangkan betapa berjayanya ampu mereka terhadap kerajaan pusat sehinggakan mereka berani membelakangkan mufti. Bagaimana mereka boleh beranisebegitu rupa jika tidak dilindungi oleh pihak yang berkuasa? Dan bagaimana mereka dilindung jika mereka tidak mengampu melalui laporan-laporan berita yang memburuk-burukkan PakatanRakyat sebaliknya menonjolkan kebaikan BN?Kita lihat juga iklan-iklan serta drama-drama yang merosakkan masyarakat, tidak adasesiapa yang mampu menyekat mereka. Mereka terlalu bebas menyiarkan apa yang merekamahu termasuklah filem-filem yang memburuk-burukkan Islam dengan melambangkan Islamsebagai pengganas dan agama yang teruk. Yang menghalang mereka hanyalah akta-akta sekular lagi jumud yakni asalkan media-media tersebut tidak membawa perpecahan dan kerugian padanegara. Kalau untung,
on je!.
Hebat sungguh!. Kemudian kita lihat pula bagaimana merekamelaporkan berita berkaitan politik. Tidak ada yang baik pada parti pembangkang untuk diceritakan kepada masyarakat. Semuanya memburuk-burukkan pembangkang. Yang baik hanyalah BN yang dijenamakan sebagai ‘kerajaan’ itu. Jika akhbar 
Suara Keadilan
atau akhbar-akhbar alternatif lain melaporkan kelemahan-kelemahan dalam pentadbiran kerajaan pusat, itulain halnya kerana wujudnya akhbar sebegitu dengan peranan yang berbeza. Akhbar sebegitutidak dibaca oleh umum, sebaliknya oleh para penyokong parti yang berkenaan. Sedangkanmedia
mainstream
ini dibaca oleh masyarakat umum. Masyarakat umum yang hanya membacamedia
mainstream
ini
 
tanpa membaca media alternatif jarang sekali bebas pemikirannya laluwujudlah penyakit fanatik membuta tuli terhadap BN.Dalam isu DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat baru-baru ini, kita lihat bagaimanadangkalnya laporan tersebut disiarkan oleh media
mainstream
ini. Memenuhi kebanyakanlaporan ialah temu ramah terhadap wakil DAP yang membuat keputusan keluar Pakatan ekorantidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri merobohkan pusat penyembelihan khinzir.Sedikit sekali hujah dari kerajaan Pas yang memegang tampuk kerajaan negeri bagi menjelaskanisu sebenar. Walhal yang Islamnya ialah Pas itu. Yang mempertahankan pusat penyembelihankhinzir pula tentulah bukan Islam. Tetapi yang difokuskan oleh media
mainstream
ini ialah
2
 
mereka yang ‘memperjuangkan khinzir’. Tidakkah laporan sebegini hanya memburukkan Islam.Kononnya Islam itu tiada toleransi langsung hinggakan untuk membina pusat penyembelihankhinzir pun tidak boleh. Walhal ketika Pakatan Rakyat mula memerintah Selangor, media-media
mainstream
ini juga yang menghebohkan kononnya Pakatan Rakyat cakap tak serupa bikinapabila membina pusat penternakan khinzir dalam skala besar bagi memusatkan kandang-kandang khinzir dalam satu lokasi yang mudah diselia. Apabila diselidik, rupa-rupanyarancangan tersebut telah bermula sejak zaman Toyo lagi (MB terdahulu). Pakatan Rakyat hanyasebagai pemegang beban daripada rancangan kerajaan BN terdahulu. Itu pun tidak dilaporkan dimedia-media
mainstream
ini.Berat sangatkah untuk sekurang-kurangnya tidak memburuk-burukkan Pas yang sinonimdengan Islam di media-media arus perdana? Persoalan sama ada Pas benar-benar ikut Islam atautidak bukanlah halnya. Tetapi Pas tetap sinonim dengan Islam. Justeru mengaitkan merekadengan sesuatu perkara yang tidak elok akan turut mengheret Islam sama. Tambahan pulatindakan Pas itu bukannya tindakan yang berdosa malah wajar kerana ia melibatkan binatangyang haram dimakan di sisi Islam. Tambahan pula, tindakan meroboh itu sebenarnya disusulidengan usaha memindahkan pusat penyembelihan tersebut. Bukannya meroboh semata-mata.Jika beginilah perangai media arus perdana kita terhadap Islam, bagaimana lagi kita bolehharapkan media-media ini untuk meletakkan Islam pada tempat yang tinggi di mata bukan Islam.Atau sekurang-kurangnya mereka tidak menjadi bangkai yang membusukkan maruah agamaIslam. Tidak ada apa yang kita boleh harapkan daripada mereka lagi.Antara penyebab berlakunya keadaan demikian ialah kerana kecintaan melulu terhadapkehidupan dunia. Apabila dunia sahaja yang diingat siang dan malam, maka hilanglah rasatanggungjawab terhadap kewajipan selepas mati. Orang yang lupa akhirat juga ingatannyahanyalah pada untung. Mana-mana bahagian yang untung itulah yang akan dikejarnya. Merekaini tahu juga malu pada pihak yang menegakkan agama Islam. Mereka malu jika orang-orangtersebut mengetahui bahawa di hati mereka itu hanyalah ingat untung, bakhil dan busuk hati.Lalu mereka mengatakan bahawa Islam ialah agama yang mementingkan dunia dan akhirat. Katamereka, dunia dan akhirat ialah 50-50. Kena cari untung. Tak untung macam mana nak  bangunkan Islam. Dengan memetik dua tiga potong ayat Al-Qur’an, ‘falsafah’ mereka itu terusditerima pakai. Maka tercari-carilah mereka ini lubuk-lubuk yang mendatangkan keuntunganwalaupun dengan cara yang amat keji sekali. Salah satu pihak yang terlibat termasuklah mediamassa ini. Walaupun tidak semua, tetapi majoritinya ialah ya! Mudah sahaja untumembuktikannya. Anda hanya perlu
ON 
suis televisyen anda atau pun membeli majalah-majalah.Jika anda tidak merasakan apa-apa atau tidak sedikit berbekas di hati tentang kerosakan yanganda lihat, ini membuktikan bahawa anda telah termasuk dalam kalangan mereka yang berjayadirosakkan oleh media-media ini. Orang yang mempunyai masalah iman memang tidamerasakan kerosakan itu sebagi satu kerosakan. Bahkan mereka akan melihat itu sebagai jalanuntuk mengejar untung, yakni untung dunia.Apabila mengetahui bahawa maksiat itu adalah jalan untuk mengejar untung, makamana-mana pihak yang menghalangnya perlu dihapuskan dahulu. Bagaimana? Caranya ialahdengan mengampu pihak yang berkuasa. Mereka ini ialah pemimpin yang diamanahkan untuk menjaga Islam dan rakyat, tetapi menjadikan Islam untuk mencari habuan. Bagi mengekalkankuasa, mereka perlu mempamerkan diri mereka sebagai superhero dalam masyarakat. Sedangyang lainnya (pembangkang) sebagai beban kepada negara. Maka dipergunakanlah media untuk 
3

Activity (4)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
Jay Archi liked this
tuanelly added this note
knp x dpt download ye? huhu

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->