Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
33Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
semantik

semantik

Ratings: (0)|Views: 1,746 |Likes:
Published by cikgu pak long

More info:

Published by: cikgu pak long on Aug 14, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

 
PENGENALAN
Cara kita mengetahui makna secara berperingkat adalah dengan berdasarkansesuatu benda yang ditunjuk. Contohnya semasa anda dalam usia kanak-kanak,ayah anda mungkin ada menunjukkan kereta kepada anda sambil menyebut „Itukereta‰. Tindakan tersebutmerupakan proses bagi andauntuk mengetahui makna apabilaayah anda menunjukkan kereta berkenaan. Maka dengan itu juga, jelas bahawa sesuatu yang bermakna akan wujud apabilaterdapat sesuatu yang ditunjuk.Makna juga berkait denganpenggunaan kata yang berhubungdengan kebudayaan masyarakat(Tallerman, 2000:45).
TTooppii
77
Semantik
Leksikal
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. Menghuraikan hubungan erti berdasarkan semantik leksikal;2. Membezakan antara sinonim dan antonim;3. Membina contoh-contoh ayat yang mempunyai struktur makna bertindih; dan4. Menilai ketaksaan sesuatu ayat bagi membayangkan maksud lainyang mempunyai kaitan rapat dengan ciri makna sesuatu perkataanyang diberikan.
 
TOPIK 7 SEMANTIK LEKSIKAL
70
Dalam semantik leksikal, kita boleh memberikan makna bagi perkataan denganmeninjau perhubungan antara unsur-unsur yang membentuk struktur makna bagi sesuatu perkataan. Struktur makna perkataan dikenali dengan istilahsinonim, antonim, honmonim, homofon, homograf, hiponim, hipernim, polisem,pertindihan dan ketaksaan. Di dalam topik ini juga, kita akan membincangkankaedah mengkaji makna perkataan menerusi perbandingan dengan strukturmakna bagi perkataan-perkataan yang sama.
SINONIM DAN ANTONIM
7.1.1 Sinonim
Sinonim bermaksud perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapimempunyai makna yang sama atau hampir sama (OÊ Grady, 2000: 118). Contoh bagi sinonim, iaitu induk ialah ibu atau emak atau yang terutama. Antonim pulaialah perkataan yang berlainan bentuk ejaan atau bunyi tetapi mempunyaimakna yang berlawanan (Kuiper & Allan, 2004: 57). Contoh bagi antonim pulaialah tinggi yang lawannya rendah. Makna ini juga disebut sebagai antonim berperingkat yang menunjukkan bahawa skalanya adalah mutlak tetapi berterusan. Terdapat juga antonim saling melengkapi, iaitu hidup lawannyamati. Bagi contoh antonim berhubungan pula adalah seperti pensyarah lawannyasiswa yang hubungannya adalah berkait-kait dan bersimetri. Selain itu, terdapat juga antonim resiprokal, misalnya majikan lawannya pekerja.Istilah sinonim juga merujuk kepada fenomena bahasa apabila terdapatnyaperkataan-perkataan yang mempunyai makna yang sama. Walau bagaimanapun,tidak semestinya ada perkataan-perkataan yang mempunyai makna yang samasecara keseluruhannya. Walaupun ada perkataan-perkataan yang sama makna,contohnya kereta dan motokar, tetapi penggunaannya tidaklah menyeluruh.Maknanya memang sama dalam frasa seperti kereta besar dan motokar besar.Dalam semantik, ada beberapa jenis sinonim, iaitu sinonim pinjaman, konteks,laras sosial, dan kolokasi. Kesemua jenis sinonim dijelaskan dalam Jadual 7.1.
7.1
 
TOPIK 7 SEMANTIK LEKSIKAL
71
Jadual 7.1
: Jenis Sinonim dan Contohnya
Jenis Sinonim Contoh
Sinonim Pinjaman Belalang bermakna patung dalam kebanyakan dialek Melayu.Walau bagaimanapun, dalam dialek Perak, belalang bermaknacakcibau.Dalam dialek Kedah, batas ialah jalan raya, yang maksudkonvensionalnya ialah timbunan tanah yang menjadi sempadanpetak-petak sawah.Sinonim Konteks Perkataan jemput dan undang banyak digunakan dalam konteksprotokol.Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks lisan, manakalaundang dalam konteks tulisan.Nota: Konteks mewujudkan perkataan yang sama makna.Sinonim LarasSosialPerkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkanstatus. Misalnya penyanyi ialah orang yang bernyanyi, manakala biduan bermaksud status yang tinggi dalam profesionalisme seni.Sinonim Kolokasi Sinonim jenis ini wujud dalam konteks penggunaan yangtersendiri.Contohnya perkataan banyak dan ramai mempunyai makna yangsama.Contoh ayat, „Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir‰dan „Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut‰.Perkataan banyak boleh digunakan, sama ada bagi manusia,tumbuh-tumbuhan, haiwan dan benda, tetapi pastikan perkataantersebut bermakna apabila digunakan tanpa kata sifat. Jika anda menyebut „Banyak pelajar yang gembira setelahmemperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut‰ akanmenunjukkan makna yang salah. Alasannya, ramai (untukmanusia sahaja) hanya bermakna jika ada kata sifat (gembira)dalam ayat tersebut.
7.1.2 Antonim
Bagi antonim, terdapat juga jenis-jenisnya berdasarkan penelitian. Jenis-jenistersebut ialah antonim berpasangan, berperingkat dan berhubungan, sepertiyang dijelaskan dalam Jadual 7.2.

Activity (33)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Rere Azha liked this
Zarina Ahmad liked this
Nolia Yop Ahmad liked this
Selbiah Ahmad liked this
Zuhairi N Rozni liked this
Na Ma liked this
chusiong liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->