Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
Pengenalan
 Doktrin Pengasingan Kuasa. adalah satu konsep asas di dalam pemerintahandemokratik moden. Ianya mula dilahirkan oleh seorang pemikir di Perancis.Terlebih dahulu perlu diingatkan bahawa 'Pengasingan Kuasa' bukanlah samadengan 'Pembahagian Kuasa' walaupun keduanya mungkin ada diperuntukkandalam perlembagaan Persekutuan dan Negeri-negeri.Doktrin Pengasingan kuasa secara dasar bererti kuasa-kuasa pemerintahan bolehdibahagikan kepada tiga iaitu:-1. Kuasa Perundangan/Legislatif 2. Kuasa Eksekutif 3. Kuasa KehakimanPerkara pokok tentang pengasingan kuasa ialah untuk menentukan supaya orangatau badan yang sama tidak dipertanggungjawabkan untuk mengubal undang-undang dan menguatkuasakannya.Bermakna jika konsep ini diikuti sepenuhnya maka tiada siapapun dari ketiga-tigacabang pemerintahan boleh mengambil bahagian dalam fungsi cawangan lain.Pihak Eksekutif sepatutnya tidak boleh menjadi seorang ahli badan Perundangan(Legislatif) dan Badan Kehakiman semestinya bebas dari campurtangan pihakEksekutif dan Legislatif. Tidak patut ada dwi fungsi. Masing-masing hanya menjagarukun rumahtangga sendiri dan tidak mencampuri hal yang berlaku di dalam bilikorang lain.Seperkara yang tidak dapat dipisahkan dalam membicarakan topik DoktrinPengasingan Kuasa ialah Konsep 'Check & Balance' (Kawalan dan Imbangan). lamembawa maksud bahawa ketiga-tiga cabangan pemerintahan itu mestilah berdirisama tinggi duduk sama rendah. Tidak boleh satu pihak menguasai kehendak pihakyang lain. Ditakuti berlakunya pengaruh tak berpatutan dan menimbulkanketidakadilan akibat pemusatan kuasa ke satu-satu cabang pemerintahan itu.
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more