You are on page 1of 1

BAGAIMANAKAH MENULIS ABSTRAK ?

PANJANG ABSTRAK (250 PP) DITULIS DALAM SATU PERENGGAN BERHURUF CONDONG TUJUAN - Apakah sebab anda menulis laporan ini iaitu apakah matlamat kajian ini? - Terangkan TINDAKAN anda secara ringkas REKA BENTUK / METODOLOGI / PENDEKATAN - Bagaimanakah objektif kajian dicapai? - Apakah kaedah utama yang digunakan dalam pengumpulan data kajian ini? - Apakah skop teoritikal kajian ini? - Apakah langkah-langkah yang digunakan dalam melaksanakan kajian ini? - Bagaimanakah analisis data dilakukan? - Apakah instrumen kajian yang digunakan? DAPATAN - Apakah dapatan kajian ini? - Bagaimanakah data yang dikumpul dapat dikaitkan dengan kesimpulan yang dijana? IMPLIKASI - Perlu bincangkan implikasi dapatan kajian ini kepada implikasi sosial (jika berkaitan), implikasi penyelidikan dan implikasi praktikal - Implikasi penyelidikan adalah batasan kajian ini dan bagaimanakah batasan kajian akan mempengaruhi kesimpulan yang dijelaskan - Implikasi penyelidikan boleh bincangkan apa yang akan dilakukan dalam kitaran seterusnya - Implikasi praktikal adalah implikasi kepada amalan anda. Bagaimanakah dapatan kajian ini boleh pengaruhi cara anda melaksanakan tugas selepas kajian ini? - Apakah perubahan pada amalan yang perlu anda lakukan selepas kitaran ini? KEASLIAN / NILAI TAMBAH - Apakah yang baharu dalam kajian ini? - Siapakah yang akan mendapat faedah daripada dapatan kajian ini? - Apakah nilai tambah yang anda bawa ke dalam perubahan amalan ini?

You might also like