You are on page 1of 5

Majlis Pelancaran Virtual Learning Environment (VLE) 2013 dan Pertandingan Project Based Learning (PBL) Peringkat Daerah

Tuaran 2013-1014 (Teks Ucapan Perasmi) Bismillah hirrahman nirrahim Terima kasih pengerusi majlis Yang Berusaha Tuan Haji Said bin Andong, Pengetua SMK Taman Ria. En. Marius Bongkoloh, Penyelia Unit ICT PPD Tuaran Yang Dihormati En. Jackson Siga, Penolong Kanan Pentadbian. En. Hosdi Soupin, Penolong Kanan Kokurikulum. Cik Rokiah Libi, Pemangku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Guru-guru, murid-murid, dan hadirin yang dimuliakan sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat pagi dan salam 1Malaysia, Salam Tuaran Number One dan Salam Transformasi. Pertama sekali, terima kasih saya ucapkan atas undangan untuk merasmikan Majlis Pelancaran Virtual Learning Environment (VLE) 2013 dan Pelancaran Pertandingan Project Based Learning (PBL) Berasaskan VLE Peringkat Daerah Tuaran 2013-1014 . Saya begitu teruja untuk hadir dan terlibat sama dalam program ini kerana VLE adalah medium baharu berasaskan teknologi terkini dalam dunia pendidikan yang sudah tentu amat menarik untuk kita terokai bersama-sama. Saya difahamkan, kemudahan VLE hanya mula dipasang di beberapa sekolah terpilih di Sabah pada bulan Ogos 2013 dan SMK Taman Ria merupakan antara sekolah yang bertuah kerana menjadi sekolah yang pertama dalam daerah Tuaran, dan yang kedua di Sabah yang mendapat kemudahan ini. Atas faktor berkenaan juga kemahiran dalam bidang ICT dan VLE yang dimiliki oleh guru-guru di sekolah ini khususnya En. Jackson Siga yang telah mengendalikan Kursus Pendedahan tentang VLE kepada para Guru Penyelaras Bestari dan Ketua-Ketua Panitia daerah Tuaran pada 23-24 Oktober 2013 lalu, maka sudah selayaknya SMK Taman Ria, Tuaran dipilih sebagai tuan rumah
1

pelancaran. penghargaan

Dalam kesempatan ini, saya bagi pihak PPD ingin merakamkan dan terima kasih atas kesanggupan pihak sekolah menerima

tanggungjawab sebagai tuan rumah walaupun pelbagai program peringkat PPD sedang berlangsung di sekolah ini. Saya mendapat makluman bahawa Kursus Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR), dan Kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KeBAT) sedang berjalan sekarang manakala Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia 2013 pula baru berlangsung di dewan terbuka ini juga kelmarin. Hadirin yang dihormati, VLE Frog atau Frog Virtual Learning Environment merupakan penyelesaian pendidikan bersepadu generasi baharu bertaraf dunia yang membolehkan pengajaran,

pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan secara online. Projek ini telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama YTL Communications. Sebagai rakan teknologi rasmi KPM, YTL Communications

akan menyediakan kemudahan internet 4G tanpa wayar berkelajuan tinggi berserta VLE Frog yang efektif ke semua sekolah di seluruh Malaysia 1BestariNet. Sebagai mana yang kita sedia maklum, visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakan pendidikan berteraskan internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia. Oleh itu, melalui projek ini, 10,000 buah sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya seiring dengan kemajuan dunia tanpa sempadan masa kini. Hal ini bermakna, kemudahan ini akan memperkasa konsep Guru Mengajar Murid Belajar dan amalan Melindungi Masa Instruksional (MMI) kerana proses PdP dan pentadbiran sekolah akan dapat dilakukan di sekolah atau di mana-mana sahaja yang mempunyai capaian internet. yang amat. Tuan-tuan dan puan-puan Antara ciri menarik Frog VLE ialah mudah, selamat, fleksibel dan murah. Maksudnya di sini, semua sekolah dilengkapi capaian Internet 4G yang akan membolehkan mereka mengakses PdP secara berkesan atau menguruskan pentadbiran sekolah semudah
2

di bawah projek

makan kacang kerana semuanya dapat dilakukan menggunakan hujung jari sahaja. Aspek keselamatan juga terjamin kerana kandungan internet akan ditapis secara terus di sekolah bagi menggalakkan persekitaran pembelajaran selamat. Oleh itu, sebarang cubaan oleh murid untuk mengakses laman web berunsur negatif akan disekat. Hanya laman web ilmiah yang disahkan oleh KPM akan disenarai putih dan dibenarkan melepasi tapisan kandungan Frog VLE juga bersifat fleksibel kerana platformnya adalah berteraskan cloud. Oleh itu, semua fail dan data akan disimpan dalam cloud yang boleh diakses di mana-mana jua termasuk di luar kawasan sekolah pada bila-bila masa sahaja dengan capaian internet. Malah, kos VLE juga tidak banyak kerana pengguna diberi akses percuma setiap mereka kali log masuk ke VLE dari rangkaian Yes dengan ID log masuk VLE. Sama ada menggunakan rangkaian Yes atau Yes Hotspot, tiada caj yang dikenakan bagi penggunaan VLE. Hadirin yang dihormati, Saya dapati penggunaan VLE Frog adalah suatu transformasi pendidikan yang menawarkan manfaat terbentang luas dan cukup menarik untuk dikuasai. Dalam hal ini, adalah menjadi tanggungjawab para guru untuk memberi pendedahan dan peluang secukupnya kepada anak murid masing-masing untuk belajar menggunakan gaya pembelajaran alaf ke-21. Saidina Umar bin Khattab (r.a) pernah berkata Didiklah

anak-anak kamu dengan kaedah pendidikan yang berbeza dengan kaedah pendidikan yang kamu terima (daripada ibu bapa kamu), kerana sesungguhnya mereka diciptakan untuk (hidup pada) satu zaman yang berbeza dengan zaman kamu." Sehubungan dengan itu, setiap murid perlu diberi kemahiran dan pengetahuan untuk menghadapi dunia berteknologi canggih masa kini dengan memberi peluang kepada semua murid menikmati pendidikan bertaraf dunia melalui VLE Frog. Saya sedar, kebanyakan guru adalah daripada kalangan generasi X dan generasi Y yang kurang mahir dalam bidang ICT. Oleh itu, kursus-kursus pendedahan

terutamanya kepada guru-guru tersebut harus sentiasa diadakan dari semasa ke semasa kerana sebagai arkitek manusia, guru harus lebih terampil berbanding anak murid mereka yang rata-ratanya adalah terdiri daripada generasi Z dan generasi Alpha, iaitu generasi yang mendapat pendedahan luas dalam ICT.

Dalam masa yang sama, penganjuran Pertandingan PBL berasaskan VLE juga adalah satu usaha yang cukup efektif untuk menyebar luas dan membudayakan penggunaan VLE dalam PdP kepada warga pendidikan secara keseluruhan. Saya berharap, semua sekolah dalam daerah Tuaran akan menyertai pertandingan tersebut yang menawarkan pelbagai hadiah menarik. Para hadirin yang dimuliakan, Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi kerjasama penuh kepada semua program dan aktiviti PPD Tuaran yang diadakan di sekolah ini khususnya meminjamkan tempat yang selesa dan percuma untuk menjadi pusat kursus. Setakat ini, saya difahamkan beberapa fasiliti SMK Taman Ria telah digunakan untuk menjadi tempat pertandingan Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Daerah Tuaran, Kursus Penolong Kanan Kokurikulum oleh IAB, Kursus KSSR Bahasa Kadazan Dusun, Kursus e-Hadir, Kursus SPLG, Kursus Guru Data dan Kursus 1M1S juga pelbagai kursus yang sedang berlangsung sekarang. Pihak PPD berharap, kerjasama ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak sekolah khususnya Ahli Jawatankuasa Pelaksana dan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung kerana telah bertungkus lumus untuk menjayakan program ini

Tanam keladi tumbuh kelapa, Terbit bunga pucuk mati; Budi tuan kami tak lupa, Sudah terpaku di dalam hati.

Dari Daik pulang ke Daik, Sehari-hari berkebun pisang; Budi baik dibalas baik, Dalam hati dikenang orang.
4

Dengan lafaz bismillah hirrahman nirrahim, saya merasmikan Majlis Pelancaran Virtual Learning Environment (VLE) 2013 dan Pertandingan Project Based Learning (PBL) Peringkat Daerah Tuaran 2013-1014

Sekian, wabillahi taufik wal hidayah, wassalam mualaikum warahmatulahi wabarakatuh

You might also like