You are on page 1of 13

EKOSISTEM TANAH LEMBAB

PENGENALAN

Tanah lembab boleh diertikan sebagai suatu kawasan “marsh”, “fern”, paya
gambut atau berair samada semulajadi atau buatan, kekal atau sementara
dengan air yang statik atau mengalir (bergerak), air tawar, payau atau masin,
termasuk kawasan marin yang kedalamannya tidak melebihi 6 meter pada
waktu air surut (Ramsar, 1971).

Ekosistem tanah lembab yang sentiasa ditenggelami air ini merupakan satu
ekosistem yang sangat istimewa. Dalam ekosistem ini lantai hutan ditutupi
dengan dedaun ranting dan pokok-pokok mati, ini membuat permukaan
tanah di kawasan ini lembut dan berlumpur. Namun pokok-pokok di sini hidup
dengan subur, begitu juga dengan haiwan lain yang menghuni di kawasan ini
seperti burung, di mana ia membina sarang pada pokok-pokok dan
memperolehi banyak makanan di lantai hutan. Selain burung, ekosistem ini
juga merangkumi haiwan lain seperti berbagai jenis ikan, udang, ketam,
kerang, siput, mikro-organisma dan sebagainya.

APAKAH TANAH LEMBAB

Tanah pamah atau tanah becak merupakan satu ekosistem berair, basah
sepanjang tahun seperti sungai, tasik atau danau, rawa-rawa, muara sungai,
delta lagoon, hutan bakau, lapisan rumpai laut, tanah gambut, hutan nipah,
sawah padi dsb. Keseluruhan tanah lembab meliputi 60% daripada jumlah
permukaan bumi.

Fungsi tanah lembab ialah sebagai jambatan penghubung yang


menghubungkan ekosistem akuatik (air) dan terrestrial (darat) melalui kitaran
berlanjutan air yang dihadang melalui darat, laut dan atmosfera. Proses
penting air ini membantu mengawal kualiti dan kuantiti air serta
mengekalkan fungsi system ekologi.

Fungsi tanah lembab tersebut mengujudkan kawasan hidupan bagi pelbagai


jenis tumbuhan,
haiwan vertebrata seperti ikan, katak, mamalia, burung dan haiwan
invertebrata seperti siput, kerang, kepah, ketam dan lain-lain lagi.

Definisi tanah lembab yang lain diterangkan sebagai satu kawasan


semulajadi atau buatan manusia yang kekal atau sementara, berair mengalir
atau statik, masin atau tawar dengan kedalaman pasang surut tidak melebihi
6 m.
HUBUNGKAIT SUATU EKOSISTEM BAKAU

2
3 4

Bahan Buangan

5 6
Detritus 9
Pemakan Detritus
8 10 11

Manusia Karnivor Kecil (Tilapia)


12

13 14

Karnivor Besar (Ikan Yu)

15

16 17
JENIS-JENIS EKOSISTEM TANAH LEMBAB

MUARA SUNGAI

Kawasan muara sungai diertikan sebagai suatu kawasan di mana kawasan


pendalaman bertemu
dengan kawasan air laut. Ekologi di sini menunjukkan hubung kait sistem
darat dan air laut. Air tawar berlumpur yang membawa nutrien akan
disebarkan serta menyuburkan kawasan perairan dan “mudflat”. Kawasan
muara sungai merupakan sistem penapisan dan pemendapan bagi lumpur-
lumpur sungai.

Kawasan muara sungai menerima nutrien dari 3 sumber iaitu sungai-sungai,


air laut dan sedimen di dasar. Kawasan muara sungai didiami oleh pelbagai
sepsis tumbuhan dan haiwan. Ini
termasuklah hutan paya yang dipengaruhi oleh air pasang surut dan hutan
bakau yang mana menyumbang nutrient kepada kawasan muara sungai.

TANAH LUMPUR

Kawasan ini menunjukkan variasi yang tinggi dari segi fauna di mana ianya
berkurangan dari
segi bilangan spesis tetapi beberapa spesis seperti molluska banyak terdapat
di kawasan ini.
Kawasan ini merupakan kawasan yang penting di waktu air surut kerana
menjadi tempat persinggahan dan pemakanan bagi burung-burung serantau
samada tempatan atau yang berhijrah.
Kawasan muara sungai dan mudflat adalah penting sebagai suatu tempat
penting bagi kitaran hidup beberapa spesis mamalia marin seperti dugong
dan ikan lumba-lumba. Ini merupakan kawasan pembiakan bagi spesis-spesis
tersebut. Kawasan muara sungai juga menjadi tempat pembiakan dan
pertumbuhan pelbagai spesis ikan marin, krustacea.

Kawasan muara sungai merupakan suatu kawasan yang penting untuk


perusahaan perikanan dan menyediakan pelbagai hasil perikanan kepada
manusia terutamanya ikan, ketam, udang, kerang, siput, mamalia marin,
reptilia, dan sumber bukan haiwan seperti kayu, tanah pasir dan liat untuk
industri pembinaan dan bekalan air untuk beberapa industri tidak berasaskan
hidupan liar.

Ekosistem-Ekosistem Di Sabah

KAWASAN HUTAN PAYA AIR TAWAR

Kawasan ini tersebar luas di atas tanah “alluvial” yang ditenggelami air tawar
untuk jangkamasa yang panjang. Ini dikaitkan dengan paya perairan, tasik-
tasik air tawar, kawasan tanah rendah sungai-sungai. Kawasan tanah
permukaan hutan paya ditenggelami air yang bernutrien tinggi dari proses-
proses banjir yang mempunyai Ph yang tinggi ( > daripada 6). Keadaan yang
kurang berasid dan nutrien yang tinggi menyebabkan produktiviti dari
kawasan ini adalah tinggi. Hutan paya air tawar adalah lebih tinggi
(ketinggian pokoknya) dan kepelbagaiannya adalah lebih
tinggi daripada hutan paya tanah gambut.

Kawasan ekosistem paya air tawar mempunyai jenis-jenis tanah yang


berbeza dan tumbuhan
vegetasinya. Jenis-jenis tumbuhan yang boleh dijumpai termasuklah pandan,
nipah, “shrub” dan hutan. Kawasan hutan paya mempunyai pokok-pokok
yang berketinggian 35 m, berliana dan tumbuhan epifit. Akar pokok-pokok ini
akan berada di dalam air untuk jangkamasa yang panjang. Di dalam
ekosistem yang mempunyai air bertakung yang panjang, akar-akar pokok
telah mengadaptasikan dirinya untuk proses penukaran gas seperti akar
banir, akar tegak, akar lelutut dan akar berjangkungan.

Walaupun spesis hutan hampir sama dengan hutan tanah rendah dipterocarp,
kepelbagaiannya adalah kurang. Pokok-pokok yang penting di dalam hutan
paya air tawar termasuklah dari spesis
Campnosperma, Alstonia, Eugenia, Canarium, Kompassia, Callophyllum dan
Melanorrhoea. Pokok sago dari spesis Metroxylon sagu boleh dijumpai di
kawasan hutan paya air tawar.

Dari segi kepelbagaian hidupan-hidupan liar di kawasan hutan paya air tawar,
ianya adalah lebih tinggi dari hutan paya gambut. Primate seperti Macaques,
Macaca fascicularis banyak dijumpai di sini.

KAWASAN HUTAN PAYA GAMBUT

Hutan paya gambut boleh diertikan mempunyai tanah yang lebih daripada
65% kandungan organik. Kawasan paya gambut secara amnya adalah kurang
nutrien kerana sumber airnya adalah daripada hujan dan oleh itu mempunyai
kepelbagaian yang kurang berbanding dengan hutan paya air tawar.

Pemendapan dan pengumpulan gambut kebiasaanya melebihi 50 cm


kedalamannya dan rekod
kedalaman yang pernah dicatit adalah 20 m di Kalimantan. Struktur
permukaan gambut adalah ianya tegap, berfibrus dan mempunyai satu
permukaan luar yang lembut diatas isinya yang lembut yang mempunyai
kepingan-kepingan kayu dan sisa-sisa tumbuhan vegetasi yang lain.

Kawasan paya gambut adalah berasid (pH 4 atau kurang) dan nutrien yang
kurang terutamanya kalsium. Kebiasaanya sungai-sungai yang mengalir dari
kawasan ini berwarna coklat seperti teh O.

Pembentukan hutan paya gambut bermula di bahagian hulu kawasan paya


bakau di mana sedimen-sedimen halus yang dibawa oleh sungai akan
terperangkap di dalam akar-akar banir paya bakau.

Selepas sesuatu jangkamasa yang lama, kawasan ini kurang ditenggelami air
pasang surut dan kurang masin. Tumbuhan lain akan bertapak dan oleh
kerana pengaruh air pasang surut dan kemasukan air tawar yang tinggi,
tanah di sini senantiasa ditenggelami air. Mikro-organisma yang mana akan
mengurai tumbuhan mati yang tidak dapat hidup di ekosistem ini dengan
keadaan tiada oksigen, kandungan sulfat yang tinggi dan menyebabkan
pengumpulan bahan-bahan organik. Lapisan gambut ini akan menutupi
kawasan paya bakau.
KAWASAN EKOSISTEM SUNGAI

Sungai-sungai boleh diklasifikasikan sebagai bentuk tadahan air yang


bergerak (sungai) atau static (tasik). Secara amnya, rupa bentuk sungai di
kawasan hulu adalah kecil, runcing dan airnya laju berbanding dengan sungai
di kawasan hilir di mana ianya lebih luas dan lebih perlahan pengalirannya.

Sungai-sungai boleh diklasifikasikan sebagai:

1) Sungai pergunungan

Dijumpai pada ketinggian lebih daripada 1000 m, mempunyai air sejuk


yang deras dan tumbuhan yang kurang, mempunyai tumbuhan tebing
yang kurang dan kepelbagaian hidupan yang terdiri daripada serangga-
serangga air dan beberapa spesis ikan.
Serangga-serangga ini telah menyesuaikan diri untuk hidup dikawasan
yang mempunyai
nutrien yang kurang. Ikan-ikan di sini telah menyesuaikan diri untuk hidup
di sungai yang
deras dengan pengubahsuaian bentuk pelekap pada bahagian ventral
badannya untuk tidak
dihanyutkan oleh air sungai yang deras.

2) Sungai tanah tinggi

Dijumpai di antara ketinggian 100 - 1000 m yang mempunyai air yang


dingin dan, mempunyai kepelbagaian tebing sungai yang tinggi terdiri
dari tumbuhan Aroids
(contohnya, Piptospatha) di kawasan sungai kecil dan pokok legum,
Saraca sp. di tebing
sungai yang luas. Sungai-sungai ini menampung kepelbagaian hidupan
yang tinggi termasuk
serangga air.

3) Sungai tanah rendah deras

Dijumpai dibawah ketinggian 100 m, ia mempunyai kawasan tebing


sungai yang dilitupi oleh pokok-pokok tinggi yang memberi tempat teduh
dan sumber nutrien (daun dan buah) kepada hidupan di dalam sungai.
Kepelbagaian hidupan air adalah pelbagai dan kebiasaannya sungai
adalah lebih luas. Ikan-ikan yang lebih besar dijumpai di kawasan ini.
Kebiasaanya sungai ini mempunyai sedimen yang tinggi, dan
pengubahsuaian oleh ikan-ikan di sini adalah berbentuk “barbell” ianya
mempunyai organ deria yang penting untuk mengesan sumber
makanannya. Komuniti ikan berubah dikawasan hilir sungai di mana
spesis-spesis ikan Gobid, Julon-julong dan Buntal boleh dijumpai di
kawasan air masin.
4) Sungai tanah rendah yang perlahan

Dijumpai dikawasan tanah rendah yang rata di mana tahap ketinggian air
dipengaruhi oleh hujan. Di dalam ekosistem yang tidak diganggu,
dibawah kanopi hutan, sungai-sungai ini mempunyai kepelbagaian
hidupan yang tinggi. Di dalam keadaan yang bergambut atau berasid,
warna air adalah teh o dan kepelbagaiannya adalah kurang.

5) Sungai pasang surut air tawar

Secara amnya, ia mempunyai kepelbagaian spesis yang tinggi dibahagian


tebingnya dan dicirikan oleh spesis Pandanus, Eugenia dan pokok-pokok
Palaquium.

KAWASAN HUTAN PAYA BAKAU

Hutan ini boleh dijumpai dikawasan pinggiran laut dan muara sungai. Hutan
ini boleh dijumpai di
dalam zon pasang surut di mana air pasang membawa air masin dari laut dua
kali sehari. Satu ciri utama hutan ini adalah ia dipenuhi oleh lumpur. Hutan
paya bakau adalah tanah lembab yang boleh dijumpai di iklim tropika.

Tumbuhan paya bakau mempunyai spesis yang tahan kepada keadaan


persekitaran yang berair masin dan berlumpur dan kebanyakannya terdiri
dari pokok nipah iaitu Nypa fruticans. Kawasan paya bakau memberi
perlindungan dan sumber makanan secara langsung atau tidak kepada
pelbagai komuniti hidupan seperti burung, organism marin, ikan-ikan,
molluska, siput, reptilia dan lain lain lagi.

Kawasan hutan paya bakau mempunyai kepelbagaian fauna yang tinggi dari
spesis krustasia dan molluska dan merupakan kawasan pembiakan dan
pembesaran pelbagai sepsis ikan dan udang. Spesis primate yang boleh
dijumpai di kawasan ini termasuklah bangkatan, (Nasalis larvatus), Monyet
kelabu (Presbytis cristata), Biawak (Varanus salvator) buaya (Crocodylus
porosus) dan burung Pitta megarhyncha dan Cyornis rufigastra.

➢ Kepentingan Hutan Paya Bakau


Kawasaan hutan paya bakau mempunyai beberapa kepentingan kepada
manusia termasuklah;
• Melindungi tanah persisiran pantai daripada hakisan.
• Mengitar semula nutrien.
• Mengalih buangan toksik.
• Membekalkan kayu bakar, arang dan kayu untuk pembangunan.
• Menampung pelbagai hidupan tumbuhan dan haiwan.
• Menyediakan kawasan pembiakan dan ekosistem bagi pelbagai spesis-
spesis ikan, udang, kerang, ketam dan cangkerang dan siput-siput.
• Menyediakan kawasan makanan dan pembiakan bagi burung-burung
yang berhijrah dan juga burung tempatan
• Membantu mengawal banjir.

➢ Flora Hutan Paya Bakau

Kebanyakan spesis pokok bakau yang terdapat di sini terdiri daripada


keluarga yang berbeza tetapi secara amnya mempunyai ciri-ciri yang serupa
seperti akar pernafasan dan tabiat percambahan biji secara vivapari. Spesis-
spesis pokok bakau yang biasa dijumpai terdiri dari genus Rhizophora,
Bruguiera, Avicennia dan Sonneratia. Pokok-pokok ini merupakan ekosistem
pelbagai spesis burung yang bertempat di situ dan burung yang berhijrah.

1) Avicennia (Api-api)

Pokoknya kecil atau bersaiz sederhana dengan akar pernafasan


kelihatan macam pensel. Daunnya berbentuk bujur dengan hujung
yang tajam atau bulat. Bunganya berwarna jingga kekuningan.
Buahnya berbentuk telur dengan hujung yang tajam dan dilitupi oleh
bulu disebut tomentum. Batang pokok berbentuk silinder dengan liang
pernafasan (lantisel). Pada kebiasaanya ia tumbuh berhampiran
dengan air laut.

2) Sonneratia

Pokoknya kecil ataupun sederhana. Akar pernafasan berbentuk


gelendung. Daunnya tebal dan berair. Bunganya putih dan berbau
masam, berkembang pada waktu senja dan layu pada waktu fajar.
Buahnya keras, hijau dan berbentuk bola. Kebiasaanya ia tumbuh di
kawasan berlumpur. Tumbuhan ini mudah dijumpai di hutan paya
bakau.
.kosi

3) Rhizophora (Bakau)

Pokok spesis ini mempunyai banyak akar jangkang. Daunnya bujur


tajam di hujung, hijau kehitaman tetapi daun muda kemerahan. Batang
berbentuk silinder dengan banyak lantisel. Bunga spesis ini berwarna
kuning dan selalunya berpasangan. Warna buahnya perang dengan
bahagian hujung berpanjangan. Ia tumbuh pada kawasan lumpur di
muara sungai.

4) Bruguiera

Pokok bakau spesis ini mempunyai akar banir dan akar pernafasan
“Knee breathers”. Daunnya berwarna hijau gelap dengan hujung tirus.
Buahnya berbentuk panjang dan tumbuh pada lumpur keras.

➢ Fauna Hutan Paya Bakau

Hutan paya bakau merupakan satu kawasan yang penting bagi pembiakan
dan tempat mencari makan bagi pelbagai hidupan termasuklah manusia.
Hidupan-hidupan yang boleh dijumpai termasuklah:
1) Ikan Tembakul (Mud Skipper)

Sejenis ikan yang paling kerap dijumpai di kawasan paya bakau. Ikan
ini boleh bergerak di permukaan tanah/darat. Ia boleh bernafas melalui
insang dan melalui kulitnya. Ia menyimpan sedikit air di dalam
lehernya untuk membolehkan ia mendapat oksigen. Selepas beberapa
minit, ikan ini mesti kembali ke air untuk bernafas. Ikan jantan
selalu berlaga antara satu sama lain.

2) Ketam

Masa yang paling sesuai untuk melihat krustacea ialah ketika air surut.
Ketam ini akan keluar dari ekosistemnya di dalam tanah pada masa ini.
Krustasia menjadikan lumpur, detritus dan bahan-bahan pokok sebagai
makanannya. Ia menggali terowong di dalam lumpur yang juga
melonggarkan dan mengudarakan tanah. Kelakuan ini amatlah penting
bagi kesihatan hutan paya bakau.

3) Kelip kelip

Serangga ini sentiasa terdapat di hutan bakau. Ia suka hinggap pada


pokok bakau
khususnya spesis Sonneratia pada waktu malam. Hujung abdomennya
boleh
mengeluarkan cahaya yang berkelip-kelip.

Ekosiste m-Ekosistem Di

4) Udang karang Lumpur (Thalassina anomala)


Udang ini adalah sejenis udang yang amat pemalu. Ianya hanya akan
keluar pada waktu malam. Ia boleh mencapai ukuran sehingga 30cm
dan bekasnya boleh diperhatikan melalui timbunan tanah di sepanjang
kawasan berair. Timbunan tanah yang berbentuk
gunung berapi kecil boleh mencapai ukuran 45 - 60 cm tinggi.

5) Belangkas (“Horse Shoe Crab”)

Belangkas merupakan sejenis haiwan purba yang masih boleh dijumpai


sehingga kini. Ia sering diperhatikan bergerak dalam pasangan. Dua
spesis yang biasa dijumpai adalah
Carcinoscorpius rotundicauda (diameter sehingga 15 cm) dan
Tachypleus gigas (diameter sehingga 25 cm)

6) Cangkerang (Siput/Sipur)

Kumpulan ini boleh diperhatikan diwaktu air surut. Jenis yang biasa
dijumpai
adalah:

a) Berungun adalah sejenis gastropoda yang terdiri daripada pelbagai


saiz dan jenis. Haiwan ini memakan daun-daun pokok bakau yang
luruh dan juga alga yang terdapat di atas permukaan Lumpur.

b) Tiram dan Kupang merupakan haiwan dwicengkerang yang berpaut


pada sesuatu kawasan dan tidak bergerak bebas seperti berungun.
Ia kebiasaanya dijumpai terlekat pada akar-akar pokok Rhizophora.
Haiwan ini memakan plankton mikroskopik yang dibawa oleh air
laut setiap hari.

7) Lotong

Lotong berwarna kelabu tetapi hujung bulu kelihatan seperti perak


pudar. Ianya
mempunyai sepucuk bulu panjang pada kepalanya. Akan tetapi anak
lotong berwarna jingga. Mamalia primat ini hidup di atas pokok-pokok
secara berkelompok dengan 12 - 50 ekor sekumpulan. Lotong suka
makan daun muda, pucuk dan buah tumbuhan.
8) Kera

Kera sering dijumpai di hutan bakau. Kadangkala kera ini turun dari
pokok dan menggali lumpur untuk mendapatkan ketam kecil sebagai
makanan. Kera berwarna perang dan pandai berenang. Mereka hidup
berkelompok dalam lingkungan 40 ekor sekumpulan.

9) Memerang

Memerang kadangkala dijumpai dikawasan hutan paya bakau mencari


makanan seperti udang, ikan, ketam dan penyu kecil. Terdapat 4 spesis
memerang di Malaysia.

KESIMPULAN

Memandangkan terdapat berbagai hasilan yang boleh didapati dari kawasan


tanah lembab dan berlakunya perubahan daripada penggunaan secara
tradisional kepada aktiviti-aktiviti pembangunan besar-besaran yang
mengakibatkan perbalahan dalam penggunaan sumber oleh sektor-sektor
yang berbeza maka satu sistem pengurusan yang lebih meluas dan disokong
oleh rangka perundangan dan peraturan-peraturan tambahan adalah
diperlukan. Kepentingan kawasan tanah lembab kepada semua seharusnya
dihargai dan usaha-usaha memeliharanya perlu dijalankan.

RUJUKAN :
http://id.wikipedia.org/wiki/Hutan_Bakau
http://www.sabah.gov.my/jhl/edu/Tanah Lembab.pdf
http://memberstripod.com/-Zulkarnain_Zakaria/bakau.htm
http://pkukmweb.ukm.my/-rsenr3/rsenr1/p612-619.pdf

You might also like