Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
22Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pembestarian Sekolah

Pembestarian Sekolah

Ratings: (0)|Views: 1,503 |Likes:
Published by azizatan
Isu berkaitan Pembestarian Sekolah di Malaysia.
Isu berkaitan Pembestarian Sekolah di Malaysia.

More info:

Published by: azizatan on Aug 16, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/24/2012

pdf

text

original

 
PEMBESTARIAN SEKOLAHPendahuluan
Teknologi Maklumat (IT) merupakan suatu teknologi yang digunakan secara meluaspada hari ini. Kepentingannya dalam konteks masyarakat hari ini tidak dapat dinafikanlagi. IT telah menjadi salah satu keperluan asas masyarakat sepertimana keperluan asasyang lain. Ini bermakna, penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran berkaitan ITadalah penting kerana ia merupakan titik tolak kepada kejayaan pembangunanmasyarakat bermaklumat dalam era digital ini.Menurut Kamus Dewan, teknologi maklumat (IT) adalah suatu bidang yangmeliputi penggunaan teknologi komputer dan telekomunikasi bagi memperoleh,memproses, dan menyebarkan maklumat. Manakala, teknologi maklumat dankomunikasi (ICT) pula bermaksud teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan,penyimpanan pemprosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologikomputer dan telekomunikasi.Persatuan Teknologi Maklumat Amerika(ITAA) pulamentakrifkan teknologi maklumat ini sebagai "kajian, reka bentuk, pembangunan,pelaksanaan, dan dukungan atau pengurusan sistem-sistem maklumatberasaskankomputer,khususnyaperisian penggunaandanperkakasan komputer.Sejak tahun 1990- an, IT telah diterimapakai secara meluas sebagai istilah yang merujuk kepada industripengkomputeran.Selaras dengan perkembangan teknologi semasa, Kementerian PelajaranMalaysia (KPM) telah memperkenalkan ICT dalam pendidikan yang meliputi prasarana,pengisian dan latihan guru. Pelbagai projek ICT dilaksanakan, termasuklah pembekalankomputer, penyediaan makmal pengkomputeran, persediaan sukatan pelajaran danperisian pendidikan sebagai aktiviti utama penyediaan prasarananya. Projek pertamadalam inisiatif ini ialah penubuhan sekolah bestari, aplikasi perdana Koridor RayaMultimedia (MSC) yang menekankan penggunaan ICT sebagai peneraju pedagogi danpengurusan sekolah. Projek ini dirintis pada 1999 hingga 2002 di 88 buah sekolah.Langkah seterusnya adalah memperluaskan inisiatif tersebut ke seluruh sekolah melaluiprogram pembestarian sekolah.
 
Apakah Pembestarian Sekolah?
 Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagipengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualitipengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolahdan kompetensi guru.Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsepSekolah Bestari sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utamaPembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran sertapengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapatmelatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yangdiperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri
(self-accessed)
, terarah kendiri
(self-directed)
dan kadar kendiri
(self-paced)
.
Pengenalan
 Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan erateknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagaiaspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa.Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru diMalaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masakini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan yangmenggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranyapengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaanbahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, sertapengurusan sekolah yang efektif.
 
Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 - 2010 yang telahdilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari2007, dasar utama yang ditekankan oleh KPM yang berkaitan dengan pembestariansekolah adalah untuk memastikan semua pelajar celik ICT. Mengutamakan peranan danfungsi ICT dalam pendidikan sebagai mata pelajaran atau pengupaya dalam pengajarandan pembelajaran dan menggalakkan penggunaan ICT bagi meningkatkan produktiviti,kecemerlangan dan keberkesanan sistem pengurusan sekolah.Perlaksanaan pembestarian sekolah mengambilkira semua inisiatif ICT sedia adadi sekolah seperti projek rintis Sekolah Bestari, projek pengkomputeran dan makmalkomputer sekolah, projek Pengajaran dan Pembelajaran Sains dam Matematik dalamBahasa Inggeris (PPSMI), SchoolNet (projek penyediaan prasarana jalur lebar untuk capaian ke internet di semua sekolah) dan TV Pendidikan yang melibatkan aspek-aspek infrastruktur ICT dan aplikasi pengurusan, pengisian dan latihan. KPM akanmenyelaraskan semua inisiatif ICT ini bagi meningkatkan produktiviti, kecemerlangandan keberkesanan sistem pengurusan supaya boleh dilaksanakan secara cekap danefektif, tanpa pertindihan dan pembaziran.
“ 
Teachers will need to change their role in the electronic classroom from beinginformation providers to counselors to help students develop know how and judgment toselect information sources.Key to success in the Information Age will be making the right judgementsbetween an awesome array of choices.We are examining our education system to create a curriculum where peoplelearn how to learn for continuing education throughout their lives.
 
(Tun Mahathir Mohamed, Launch of the Multimedia Super Corridor, 1 August 1996)
“ 
The smart school program will be re-modelled and its implementation fast-tracked to enable more schools to benefit, at lower cost to the government. Smart schools will have access to the Internet through the SchoolNet program, which isalready at an advanced stage of implementation.

Activity (22)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Shima Mashi liked this
Iman Atika liked this
Nanda Kumar liked this
Wann Ram liked this
Wann Ram liked this
zulakmal liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->