You are on page 1of 21

Interdisiplin dalam sejarah

Penekanan yang berlebih-lebihan terhadap sifat autonomi sejarah itu kemudiannya telah menimbulkan reaksi terhadapnya, dengan menekankan pula sifat heteronomi sejarah. Sekiranya aliran autonomi cuba menegakkan kesendirian sejarah, sebaliknya aliran heteronomi mempercayai bahawa sejarah tidak berdiri sendiri, malah saling bergantung pada ilmu-ilmu lain.

Dari segi perkembangannya, kesedaran dalam menjadikan sejarah bersifat heteronomi banyak dipengaruhi oleh aliran Marxisme. Sebagai ideologi kebendaan dan ekonomi, pensejarahan Marxis cuba menundukkan sejarah di bawah kerangka ideologi dan hukum umum yang sudah ditentukan (determined).

Konsepsi sejarah kebendaan Marxis (materialist conception of history) ini pada mulanya cuma terbatas di kalangan sejarawan Rusia sahaja, seumpama karya Pokrovsky tentang sejarah Rusia yang diterbitkan pada akhir tahun 1920-an. Seterusnya ia merebak ke serata dunia, termasuk di England dengan tokoh-tokoh sejarawannya seperti Eric Hobsbawm, John Saville, Christopher Hill dan Edward Thompson.

Memang interpretasi yang mengaitkan segala sesuatu kepada faktor ekonomi (economic interpretation of history) itu telah menggencatkan dan menyempitkan kajian sejarah, namun sumbangannya agak besar dalam membuka jalan ke arah sikap kerjasama di antara sejarah dengan sains sosial.

Pensejarahan Marxis telah merintis jalan ke arah keperluan bekerjasama dengan sains sosial.
Pensejarahan Annales yang dipelopori oleh Lucien Febvre dan Marc Bloch di Perancis apabila pada tahun 1929 telah merobohkan terus konsep autonomi sejarah itu.

Aliran autonomi cuba mempertahankan konsep sejarah sebagai suatu disiplin yang khusus, manakala aliran heteronomi alaAnnales telah melenyapkan konsep ini dengan menekankan konsep inter-disiplin (inter-disciplinary) dalam sejarah. Bahkan juga turut menghancurkan batasbatas perbezaan antara konsep idiographicnomothetic tersebut.

Bagaimanapun usaha mendekatkan disiplin itu tidaklah sampai ke peringkat meta-discipli-nary, iaitu peleburan atau larutan disiplin-disiplin dalam suatu keutuhan total. Di samping gerakan Annales di Perancis itu, terdapat pula gerakan "The New History" yang berkembang di Amerika dengan tokoh-tokohnya seperti Frederick J. Turner, Charles A. Beard, dan James H. Robinson.

Melalui gerakan ini, diutarakan pentingnya pengungkapan pelbagai aspek atau dimensi masa lampau masyarakat sehingga sifat multi-dimensinya menonjol. Demikianlah sejak Perang Dunia Kedua timbul usaha-usaha kedekatan (rapprochement) atau perapatan jurang antara sejarah dengan ilmu-ilmu sains sosial, terutama dari segi metodologinya.

Melalui pendekatan sains sosial, ahli sejarah tidak hanya mendapat pengetahuan sejarah, bahkan mendapat kelengkapan teori dan kerangka konseptual yang konstruktif. Dalam hal ini, arah perapatan ini lebih banyak berlaku atas inisiatif sejarawan sendiri, bukannya daripada ahli-ahli sains sosial.

Bagaimanapun terdapat juga di kalangan ahli sains sosial yang mendekatkan diri dengan sejarah. Misalnya di kalangan ahli antropologi, terdapat Franz Boas (1858 - 1942) yang menolak tanggapan dan andaian Tylor dan Morgan yang menekankan penguasaan hukum-hukum kebudayaan terhadap semua masyarakat.

Baginya, mereka tidak mempunyai data yang cukup untuk membuat generalisasi yang menyeluruh dan berguna, oleh kerana terdapat banyak kebudayaan yang kompleks dan berbeza. Dengan menolak kecenderungan merumuskan teori atau hukum universal, Boas telah mengusulkan pendekatan partikularisme sejarah, bahawa sesuatu trait kebudayaan itu hams dikaji secara tersendiri, sama seperti sifat individuality yang ditekankan oleh Ranke tersebut.

Begitu juga di kalangan ahli sosiologi, terdapat Perry Anderson yang rnenyeberangi sempadan sosiologi kepada sejarah, terutama kerana ingin mendapatkan data yang banyak di dalam arkib. Akibat daripada pinjam-meminjam dan percantuman dengan berbagai-bagai disiplin dan genre inilah sampai mendorong Clifford Geertz menulis eseinya yang berjudul : "Blurred Genres : The Refiguration of Social Thought" (1983).

Perkembangan-perkembangan baru dalam pendekatan dan metodologi sejarah ini dengan sendirinya mengubah pandangan tentang sifat autonomi dan dikotomi sejarah dengan ilmuilmu lain, terutama dengan sains sosial. Selaras dengan perspektif sains sosial, sebarang percubaan untuk mengelakkan sejarah daripada membuat generalisasi atau spekulasi tertentu itu dianggap tidak lain cuma akan menyempitkan peranan sejarawan belaka.

Sikap yang sempit inilah yang disebut sebagai 'antiquarianism', iaitu usaha untuk menceritakan sesuatu kisah masa lampau dengan selengkap-lengkapnya, yang bukan sahaja tidak menarik sejarawan bahkan tidak menarik minat sesiapapun.

Dengan menjadi seorang perfectionist, antiquarianisme menjerumuskan sejarawan dalam suatu hasrat pengumpulan bahan tanpa batasan yang jelas, dan tanpa mempertimbangkan hubungannya dengan persoalan yang digarap. Salah satu cara untuk mengerti masyarakat adalah dengan membuat generalisasi.

Sekiranya ini dilakukan, maka sejarawan bukan sahaja berguna sebagai pencari data, bahkan juga dalam mencari pengertian bagi masa lampau.

Tujuan sejarah tidak sekadar untuk mengetahui (wissen) sesuatu, bahkan juga untuk mengertiny (verstehen) secara mendalam.

Verstehen ialah kaedah penelitian sosial untuk mendapatkan pengertian yang mendalam tentang gejala-gejala yang dikaji yang sepatutnya dimanfaatkan dalam kajian sejarah. Sebenarnya dengan menekankan kepentingan prinsip-prinsip sains sosial ini tidaklah bererti bahawa prinsip-prinsip ini sentiasa benar, sempurna, dan muktamad.

Di dalam sains sendiri kemunculan teori relativiti Einstein telah menggugat pengaruh prinsip absolutisme dalam fizik Newton. Bahkan apa yang disebut sebagai "ciri-ciri saintifik" dalam sains atau sains sosial itupun sering dicabar dari semasa ke semasa. Namun di atas kelemahan-kelemahan yang ada ini tidaklah bererti yang ia tidak dapat dimanfaatkan sama sekali dalam kajian sejarah.

Rumusan

Kehadiran Disiplin Sains Sosial dalam sejarah bukan sahaja memperkembangkan disiplin sejarah itu sahaja tetapi juga dapat meningkatkan pemahaman masyarakat tentang kepentingan sejarah itu.

You might also like