Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
97Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sifat Dan Akhlak Rasulullah s

Sifat Dan Akhlak Rasulullah s

Ratings:

3.0

(1)
|Views: 29,382|Likes:
Published by muhdnajmi

More info:

Published by: muhdnajmi on Aug 17, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/03/2013

pdf

text

original

 
SIFAT DAN AKHLAK RASULULLAH S.A.W
 Diriwayatkan oleh Ya'kub bin al-Fasawy dari Hassan bin Ali r.a, dia berkata, "Pernahaku tanyakan kepada bapa saudaraku yang bernama Hindun bin Abi Haala kerana dia adalahseorang yang pandai sekali dalam menyifatkan tentang peribadi Rasulullah SAW, dan akusangat senang sekali mendengarkan sifat Rasulullah SAW untuk aku jadikan bahan ingatan. Maka katanya, "Rasulullah SAW adalah agung dan diagungkan, wajahnya berkilauan bagaikan bulan purnama, tingginya cukup (tidak pendek dan tidak jangkung), dadanya lebar (bidang), rambutnya selalu rapi dan terbelah di tengahnya, rambutnya panjang sampai padahujung telinganya, dan berambut banyak, mukanya bergabung menjadi satu, di antara keduaalisnya ada urat yang dapat dilihat pada waktu Baginda sedang marah, hidungnyamembungkuk di tengahnya dan kecil lubangnya, nampak sekali padanya cahaya, sehinggaorang yang memperhatikannya mengira hidung Baginda itu tinggi (mancung). Janggutnya(jambang) lebat, bola matanya sangat hitam sekali, kedua pipinya lembut (halus), mulutnyatebal, giginya putih bersih dan jarang, pada dadanya tumbuh bulu halus, lehernya indahseperti berkilauan saja, bentuknya sedang, agak gemuk dan gesit (lincah), antara perut dandadanya sama (tegak), dadanya lebar, di antara dua bahunya melebar, tulangnya besar,kulitnya bersih, antara dada sampai ke pusarnya ditumbuhi bulu halus seperti garis, padakedua teteknya dan pada perutnya tidak ada bulu, sedangkan pada kedua hastanya dan kedua bahunya dan pada dadanya ditumbuhi bulu, lengannya panjang, telapaknya lebar, halustulangnya, jari telapak kedua tangan dan kakinya tebal berisi daging, panjang hujung jarinya,rongga telapak kakinya tidak terkena tanah apabila Baginda sedang berjalan, kedua telapak kakinya lembut (licin) tidak ada lipatan dan kerutan. Apabila berjalan derapan kakinya ituterangkat tinggi seolah-olah air yang sedang jatuh (jalannya ringan, kakinya terangkat, tetapitidak seperti jalannya orang yang sombong), jalannya tunduk dan menunjukkan kehebatan,apabila berjalan, maka jalannya agak cepat bagaikan dia turun dari tempat yang tinggi, apabilamenoleh, Baginda menolehkan seluruh badannya, matanya selalu tertunduk ke bawah, dan pandangannya sentiasa memperhatikan sesuatu dengan bersungguh-sungguh, selalu berjalandengan para sahabatnya, dan selalu memulai dengan salam apabila Baginda berjumpa dengansesiapa pun."
KEBIASAAN RASULULLAH SAW
 Kataku selanjutnya, "Terangkanlah kepadaku tentang kebiasaannya." Maka katanya,"Keadaan peribadi Rasulullah SAW itu biasanya tampak selalu kelihatan seolah-olah selalu berfikir, tidak pernah mengecap istirehat walau sedikit pun, tidak berbicara kecuali hanyaapabila perlu, sentiasa diam, selalu memulai berbicara dan menutupnya dengan sepenuhmulutnya (jelas), apabila sedang berbicara Baginda selalu memakai kalimat-kalimat yang banyak ertinya (bijaksana), pembicaraannya itu jelas tanpa berlebihan ataupun kurang, lemahlembut budi pekertinya, tidak kasar, tetapi bukannya rendah, selalu mengagungkan nikmatAllah SAW walaupun yang sekecil-kecilnya dan tidak pernah mencelaNya sedikit pun.Apabila ada orang yang memperkosa kebenaran, maka Baginda akan marah-marah dengansangat dan tidak ada seorang pun yang dapat menghalangi kemarahannya itu sampaikebenaran itu akan menang. (Dan dalam riwayat lain disebutkan, bahawa Baginda tidak  pernah marah apabila berkenaan dengan urusan keduniaan, tetapi apabila ada sesuatu yang benar sedang diperkosa maka Baginda akan marah sehingga tidak akan memandang sesiapa pun juga dan tidak akan ada yang dapat menghalangi kemarahannya itu sampai kebenaran itumenang, dan tidak pernah marah kerana dirinya). Apabila Baginda sedang memberikan isyarat(menunjuk), maka Baginda mengisyaratkan dengan seluruh telapak tangannya, apabila sedangtakjub pada sesuatu maka Baginda balikkan telapak tangannya, apabila Baginda sedang
 
 berbicara maka sering Baginda memukulkan telapak tangannya yang kanan pada ibu jaritangan kirinya, apabila sedang marah maka sering Baginda berpaling. Apabila sedang bergembira Baginda sering tersenyum (ketawa), apabila tertawa Baginda sentiasa tersenyumsaja, dan senyumannya itu serupa dengan embun yang dingin.Maka kata Hassan berita ini aku sembunyikan dan adikku ternyata sudah lebih dahulumengetahuinya daripadaku dan malahan dia sendiri telah bertanya pada ayahnya tentangkeadaan keluar masuknya Rasulullah SAW ke majlisnya, dan bentuknya pun tidak jugaketinggalan sedikitpun jua." Kata Hasan, "Maka aku pun pernah bertanya tentang peribadiRasullullah SAW dan dia pun menjawab, "Bahawa Rasulullah SAW apabila telah masuk kerumahnya, Baginda membahagi waktunya menjadi tiga bahagian. Sebahagian untuk AllahSWT, sebahagian lagi untuk keluarganya dan sebahagiannya yang lain untuk dirinya sendiri.Kemudian bahagian untuk dirinya itu dibahagikan pula untuk kepentingannya sendiri danuntuk kepentingan orang lain. Baginda selalu mengutamakan kepentingan umum lebih darikepentingan peribadinya sendiri, Baginda tidak pernah mengurangi hak mereka sedikit pun.Adapun contoh dari sirahnya berkenaan dengan kepentingan umat, adalah bahawa Bagindalebih mengutamakan orang-orang yang mulia dengan segala kesopanan dan menurutkedudukannya dalam ketakwaan. Sebahagian daripada mereka ada yang mempunyai satukepentingan, ada pula yang mempunyai dua kepentingan, dan ada pula yang mempunyai banyak keperluan. Untuk itu Baginda menyibukkan dirinya dengan mereka dan mengatur mereka demi untuk kepentingan mereka dan sekalian umat dari urusannya tadi. Baginda sibuk dengan memberitahu kepada mereka apa yang harus dikerjakan, dengan memesankan :Hendaknya orang yang kini hadir mengkhabarkan kepada mereka yang tidak hadir, dansampaikanlah hajatnya orang yang tidak dapat berjumpa denganku, kerana sesungguhnya barangsiapa yang menyampaikan hajatnya seseorang yang tidak mampu untuk bertemudengan seorang pemimpin, maka Allah SWT akan menetapkan kaki orang itu kelak pada harikiamat. Para pengunjung yang datang itu tidak keluar kecuali setelah mereka mengerti segalamasalah dan dalilnya."
RASULULLAH SAW APABILA DI LUAR 
 Kata Hassan selanjutnya, "Kemudian aku tanyakan kepada ayahku bagaimanakahkeadaan Rasulullah SAW apabila berada di luar. Maka jawabnya, "Rasulullah SAW sentiasamenjaga lidahnya kecuali hanya untuk berbicara seperlunya, apabila berbicara sentiasa berbicara dengan halus (lemah-lembut) dan tidak pernah berbicara dengan kasar terhadapmereka, dan sentiasa memuliakan terhadap orang yang terpandang (berkedudukan) danmemperingatkan orang jangan sampai ada yang bertindak menyinggung perasaannya dan perbuatannya. Kebiasaan Baginda selalu menanyakan keadaan sahabat-sahabatnya, danBaginda selalu memuji segala sesuatu yang baik dan membenci segala sesuatu yang buruk.Segala urusannya itu dibuatnya sebaik mungkin. Tidak pernah Baginda lalai atau malas, demimenjaga jangan sampai mereka melalaikan dan meremehkan. Segala sesuatu dipersiapkannyaterlebih dahulu, dan tidak pernah akan meremehkan (mengecilkan) kebenaran. Orang yang paling terpandang menurut Rasulullah SAW ialah mereka yang paling baik kelakuannya,orang yang paling mulia ialah mereka yang paling banyak bernasihat (memberikan petunjuk)kepada orang lain, dan orang yang paling tinggi sekali kedudukannya ialah orang yang selaluramah-tamah dan yang paling banyak menolong orang lain.". 
RASULULLAH SAW APABILA DUDUK 
 
 
Kata Hasan, "Kemudian aku tanyakan tentang duduknya Rasulullah SAW. Jawabnya,"Kebiasaan Rasulullah SAW tidak pernah duduk ataupun berdiri melainkan dengan berzikir,tidak pernah menguasai tempat duduk dan Baginda melarang seseorang untuk menguasaitempat duduk, dan apabila Baginda sampai pada tempat orang yang sedang berkumpul makaBaginda duduk di mana ada tempat terluang (tidak pernah mengusir orang lain dari tempatduduknya) dan Baginda juga menyuruh berbuat seperti itu. Baginda selalu memberikankepuasan bagi sesiapa saja yang duduk bersama Baginda, sehingga jangan sampai ada orangyang merasa bahawa orang lain dimuliakan oleh Baginda lebih daripadanya. Apabila ada yangduduk di majlisnya, Baginda selalu bersabar sampai orang itu yang akan bangkit terlebihdahulu (tidak pernah mengusir teman duduknya). Dan apabila ada yang meminta padaBaginda sesuatu hajat maka Baginda selalu memenuhi permintaan orang itu, atau apabilatidak dapat memenuhinya Baginda selalu berkata kepada orang itu dengan perkataan yang baik. Semua orang selalu puas dengan budi pekerti Baginda sehingga mereka selalu dianggapsebagai anak Baginda dalam kebenaran dengan tidak ada perbezaan sekikit pun di antaramereka dalam pandangan Baginda. Kemudian majlis Baginda itu adalah tempatnya orangyang ramah-tamah, malu, orang sabar dan menjaga amanah, tidak pernah di majlisnya itu adayang mengeraskan suaranya, di majlisnya itu tidak akan ada yang mencela seseorang jelek dan tidak akan ada yang menyiarkan kejahatan orang lain. Di majlisnya itu mereka selalusama rata, yang dilebihkan hanya ketakwaan saja, mereka saling berlaku rendah diri(bertawadhu') sesama mereka, yang tua selalu dihormati dan yang muda selalu disayangi,sedangkan orang yang punya hajat lebih diutamakan (didahulukan) dan orang-orang asing(ghorib) selalu dimuliakan dan dijaga perasaannya." 
RASULULLAH SAW DI TENGAH PARA SAHABAT
 Kata Hassan, "Maka aku tanyakan tentang keadaannya apabila Baginda sedang beradadi tengah-tengah para sahabatnya. Jawabnya, "Rasulullah SAW sentiasa periang (gembira), budi pekertinya baik, sentiasa ramah-tamah, tidak kasar mahupun bengis terhadap seesorang,tidak suka berteriak-teriak, tidak suka perbuatan yang keji, tidak suka mencaci, dan tidak suka bergurau (olok-olokan), selalu melupakan apa yang tidak disukainya, dan tidak pernahmenolak permintaan seseorang yang meminta. Baginda meninggalkan tiga macam perbuatan :Baginda tidak mahu mencela seseorang atau menjelekkannya, dan tidak pernah mencari-carikesalahan seseorang, dan tidak akan berbicara kecuali yang baik saja (yang berfaedah). Namun apabila Baginda sedang berbicara maka pembicaraannya itu akan membuat orangyang ada di sisinya menjadi tunduk, seolah-olah di atas kepala mereka itu ada burung yanghinggap. Apabila Baginda sedang berbicara maka yang lain diam mendengarkan, namunapabila diam maka yang lain berbicara, tidak ada yang berani di majlisnya untuk merosakkan(memutuskan) pembicaraan Baginda. Baginda sentiasa ikut tersenyum apabila sahabatnyatersenyum (tertawa), dan ikut juga takjub (hairan) apabila mereka itu merasa takjub padasesuatu, dan Baginda sentiasa bersabar apabila menghadapi seorang baru (asing) yang ataudalam permintaannya sebagaimana sering terjadi. Baginda bersabda, "Apabila kamu melihatada orang yang berhajat maka tolonglah orang itu, dan Baginda tidak mahu menerima pujianorang lain kecuali dengan sepantasnya, dan Baginda tidak pernah memotong pembicaraanorang lain sampai orang itu sendiri yang berhenti dan berdiri meninggalkannya." 
RASULULLAH SAW APABILA DIAM
 Kata Hassan, "Selanjutnya aku tanyakan padanya bagaimanakah peribadi RasulullahSAW apabila Baginda diam. Jawabnya, "Diamnya Rassulullah SAW terbahagi dalam empatkeadaan : diam kerana berlaku santun, diam kerana selalu berhati-hati, diam untuk 

Activity (97)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nurina Vidya liked this
pipifae liked this
Purnama Sari Nam liked this
Rosli Bashah liked this
Ahmad Jehni liked this
HermantoTriNet liked this
HermantoTriNet liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->