1
TOPIK 1ASAS KAJIAN
OUM
TOPIK 1 ASAS KAJIAN
Dr. David Lim Chong Lim
PENGENALAN
Kajian memberikan kita pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk membantukita membuat keputusan dalam pelbagai konteks. Bagaimanapun istilah “kajian” biasadigunakan dengan makna “pengutipan data” (
data collection
). Ahli-ahli politik menyatakanmereka menggubal polisi berasaskan kajian, manakala ahli-ahli perniagaan memaparkanhasil kajian untuk meyakinkan pengguna tentang produk yang mereka jual.Dalam kajian, pengutipan data adalah penting kepada hala tuju masa depan penyelidikatau organisasi/institusi tertentu, orang-orang berkepentingan, yang menaja sesuatu kajianitu. Dalam kajian pendidikan, misalnya, masalah-masalah pendidikan dikaji oleh para guruuntuk mendapatkan penyelesaian, penjelasan atau ilmu baru yang boleh membantu guru-guru meningkatkan prestasi mereka dan juga pelajar-pelajar mereka.Data kajian boleh dikutip melalui pelbagai
cara dan daripada pelbagai sumber, yangakhirnya diringkaskan dalam satu dokumen. Bagaimanapun, sekiranya data ini tidak dapatditafsir dengan baik, ia tidak dianggap sebagai satu kajian. Secara ringkas, data kajianperlu dikutip dan ditafsir secara sistematik berdasarkan tujuan kajian yang jelas. Dalam halini, kajian boleh didefinisikan sebagai pendekatan saintifik, iaitu sistematik, kepada kajiantentang sesuatu/beberapa masalah. Di sini, sistematik atau saintifik bermaksud kajiandibuat dengan menggunakan hubungan logik yang tidak hanya berlandaskan kepercayaanyang tidak mempunyai bukti nyata. Hubungan logik dan sistematik ini melibatkanpenjelasan tentang kaedah pengutipan dan penganalisisan data, memberi penakrifan yangsesuai terhadap hasil kajian, menjelaskan sebab-sebab berkaitan hasil yang diperolehserta menjelaskan segala batasan yang boleh memberi kesan kepada hasil kajian.
OBJEKTIF
Selepas anda tamat membaca topik ini, anda sepatutnya boleh:1. menjelaskan asas-asas kajian dan pelbagai jenis kajian;2. mengenal pasti kriteria kajian berkualiti; dan3. menjelaskan tanggungjawab etika seseorang penyelidik dan pengguna/penajakajian.