Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
21Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
esay sejarah 2

esay sejarah 2

Ratings: (0)|Views: 2,326 |Likes:
Published by beby

More info:

Published by: beby on Aug 17, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/07/2013

pdf

text

original

CONTOH JAWAPAN SEJARAH 2
UNTUK PERKAMPUNGAN
SEJARAH STPM NEGERI PERAK
TAHUN 2008 (PROGRAM GALUS)

1
Soalan 1
Bincangkan peranan pembesar di Tanah Melayu sebelum campur tangan British
pada tahun 1874
Pengenalan

Pembesar merupakan golongan yang sangat penting dan berpengaruh dari segi
politik, ekonomi dan sosial. Jawatan pembesar diperoleh melalui dua cara iaitu; taraf
tersedia dan taraf capaian. Taraf tersedia, iaitu jawatan diperoleh secara warisan;
apabila seseorang pembesar meninggal dunia maka anak akan menggantikan
tempatnya.Taraf capaian; pembesar yang dilantik kerana kehebatan dan ketokohan
yang dimiliki oleh seseorang

Isi
1. Politik
\ue000Pembesar berperanan utama dalam politik. Mereka merupakan golongan yang

memonopoli kuasa politik. Mereka juga berperanan dalam melantik raja/sultan,
contoh di Negeri Sembilan, empat orang Undang (Undang Jelebu, Undang Sungai
Ujong, Undang Rembau dan Johol) akan melantik Yam Tuan Besar Negeri
Sembilan. Di Perak pembesar berkuasa melantik sultan dan mereka berpengaruh
dalam menentukan perlantikan seseorang bakal sultan. Mereka boleh
mengenepikan mana-mana bakal sultan yang tidak disukai, contoh Raja Yusuf gagal
menjadi sultan kerana baginda gagal mendapat sokongan dan diketepikan oleh
pembesar.

\ue000Pembesar berperanan membantu raja dalam pemerintahan dan pentadbiran negeri.

Mereka mempunyai cop mohor sendiri., contoh di Kelantan pada masa
pemerintahan Sultan Muhamad 1, baginda telah membentuk Jemaah Menteri yang
terdiri daripada 7 orang pembesar untuk memudah dan melicinkan pentadbirannya.
Di Johor Sultan Abu Bakar memperkenalkan satu perlembagaan berasaskan
perlembagaan British. Menurut perlembagaan ini satu Jemaah Menteri yang
dianggotai oleh pembesar telah dibentuk untuk memberi nasihat kepada sultan.

\ue000Pembesar turut membantu sultan mentadbir kawasan-kawasan tertentu di luar

wilayah. Kawasan ini dipanggil \u201cpegangan\u201d yang merupakan anugerah sultan
kepada pembesar kerana jasa perkhidmatan cemerlang. Contoh Dato\u2019 Bahaman
dilantik sebagai pembesar Semantan, Tok Gajah dilantik mentadbir Puau Tawar.

2. Ekonomi
\ue000Pembesar berperanan dalam hal memungut cukai di kawasan pentadbirannya yang

dipanggil kawasan pemakanan. Semua pedagang yang melintasi daerah itu akan
dikenakan cukai di pangkalan cukai yang didirikan di sepanjang sungai. Biasanya
barang-barang itu dikenakan cukai 10% dan dibayar dengan barangan. Sebahagian
daripada hasil cukai diberi kepada pemerintah sebagai ufti contoh di Perak, sultan
berhak mengambil $ 6.00 dari setiap bahara (400 paun) bijih timah yang diekspot di

2

mana-mana daerah di Perak. Pemberian ufti sebagai lambang taat setia pembesar
kepada sultan. Di Negeri Sembilan Sungai Linggi menjadi kawasan pemungutan
cukai terhadap bijih timah yang dibawa keluar dari sungai berkenaan sehingga
menjadi rebutan di antara Dato\u2019 Bandar dengan Dato\u2019 Kelana.

\ue000Pendapatan pembesar bergantung kepada cukai yang dikenakan ke atas penduduk.

Untuk itu pembesar sentiasa menggalakkan kemajuan daerahnya dengan
menambahkan bilangan penduduk yang produktif untuk mendapatkan lebihan hasil
yang banyak. Kekuasaan pembesar bergantung kepada kekuatan ekonomi. Oleh itu
pembesar sentiasa berwaspada agar tidak ada orang lain mengumpulkan harta yang
lebih banyak bagi tujuan pemberontakan. Pembesar juga berkongsi pendapatan
yang diterima dengan pengikutnya bagi mengekalkan sokongannya. Hasil lebihan
akan digunakan sebagai pinjaman untuk mengikat lebih ramai orang berhutang
dengannya.

\ue000Pembesar juga menjalankan kegiatan ekonominya sendiri seperti perlombongan

bijih timah dan berdagang. Ini menyebabkan di tempat-tempat tertentu pembesar
lebih kaya daripada sultan, contohnya di Perak, Long Jaafar dan Ngah Ibrahim yang
menguasai daerah Larut lebih kaya daripada sultan.

\ue000Pembesar juga terlibat dalam kegiatan perdagangan dengan keizinan sultan.

Mereka menjadi pengeluar modal. Perniagaan dan perdagangan pembesar
diuruskan oleh wakil-wakilnya. Bagi mempastikan urusan perdagangan berjalan
lancar pembesar akan menentukan timbangan dan sukatan yang betul.

\ue000Pembesar juga berperanan dalam menjaga perairan daripada pencerobohan lanun,
mengawasi perdagang-pedagang, menjaga kebajikan pedagang asing,
menyediakan tempat perniagaan dan gudang untuk menyimpang barang.
3.Sosial
\ue000Pembesar berperanan dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara,

contohnya, Jemaah Menteri Peperangandi Kelantan menguruskan hal-ehwal
peperangan, ketenteraan, pertahanan dan keamanan. Lembaga di Negeri Sembilan
menjaga keselamatan dan keamanan kawasan anak buahnya. Pembesar juga
memastikan penduduk di bawah jagaannya taat setia kepada Sultan.

\ue000Pembesar juga berperanan sebagai penghubung antara sultan dengan rakyat.
Pembesar bertanggungjawab menyediakan dan membekalkan ketenteraan untuk
mempertahankan negara dan juga untuk ekspidisi memperluaskan empaya jika ada.
\ue000Pembesar juga berperanan dalam menjatuhkan hukuman dan mendenda dalam

kes-kes jenayah di daerahnya. Pada masa itu tidak ada badan kehakiman bebas
daripada pemerintah sebaliknya sultan dan pembesarlah yang mentadbir undang-
undang. Pembesar boleh menjatuhkan semua jenis hukuman kecuali hukuman mati
yang hanya boleh dijatuhkan oleh sultan.

\ue000Pembesar juga dikehendaki membekalkan tenaga buruh kepada raja seperti
membina istana baru, membina kapal raja, membina panggung dan pentasa serta
3

Activity (21)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
UMy My liked this
UMy My liked this
Faridah Rasdin liked this
Kamal Omr liked this
Kamal Omr liked this
yasmine15066688 liked this
yasmine15066688 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->