You are on page 1of 29

BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA (BIL.

1)
BULETIN KPKK

YANG SALAH Y.B.

YANG BETUL YB

CATATAN Tidak perlu tanda noktah. Contoh lain: YAM, YAA, DYMM, YBhg. Frasa sendi di antara digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau tempat. Contohnya: Anak itu duduk diam di antara ibu dengan bapanya. Lif itu terhenti di antara tingkat tiga dengan tingkat empat. Tambak Johor terletak di antara Johor Bahru dengan Singapura

Di antaranya, Pengurus

Antaranya, Pengurus

NOTA: Padanan di antara/ antara ialah dengan bukan dan. Di antara buku yang telah Antara buku yang telah Rujuk penjelasan di atas.

Urusetia

Urus setia

Urus setia, kata majmuk yang dieja terpisah. Kata sendi di atas digunakan untuk perkara yang boleh dipegang atau nampak fizikalnya. Contohnya: di atas meja di atas pokok di atas bumbung di atas jalan di atas bahu Kerjasama, antara beberapa kata majmuk yang dieja sebagai satu perkataan. Tidak perlu ada kata sendi, dari atau daripada selepas selain. Jika huruf, dieja sebagai satu perkataan. Jika angka, dieja dengan tanda sempang. Contoh lain: Keempat, ke-4 Kelapan, ke-8 Keseratus, ke-100 S-a-s-a-r bermula dengan konsonan s, dengan demikian menerima awalan meny dan konsonan s
2

di atas pelantikan

atas pelantikan

bekerja sama

bekerjasama

Selain daripada penganjuran

Selain penganjuran

ke-Sepuluh

kesepuluh, ke-10

mensasarkan

menyasarkan

gugur. Contoh lain: Suka jadi menyukai Salah jadi menyalahi/kan Suci jadi menyuci Satu jadi menyatukan Pra Sekolah prasekolah Awalan pra, pasca, pro, anti, sosio, dwi, eka, tata, juru, multi dan sub apabila bertemu dengan kata nama umum, dieja sebagai satu perkataan, tanpa tanda sempang. Contohnya: antidadah antikomunis dwibahasa dwicabang ekafungsi ekawarna juruaudit juruukur pascaijazah pascapenerbitan prasejarah pramoden proaktif prokemerdekaan sosiobudaya sosioekonomi subkontraktor substandard tatanama tatarias Namun apabila awalan ini bertemu dengan kata nama khas, kita tulis
3

dengan tanda sempang. Contohnya: Anti-Rusia Pro-Barisan Nasional Terdiri di kalangan Intan Terdiri daripada kalangan INTAN Daripada, kata sendi yang lebih tepat. Akronim kepada Institut Tadbiran Awam Negara, dieja dengan huruf besar. Ejaan yang digazetkan. Imbuhan awalan di dan ke hendaklah dieja serangkai dengan kata yang menerimanya. Awalan di membentuk kata kerja. Contohnya: dipenjarakan dipecat dimarahi diisi dilaporkan Awalan ke bergabung dengan kata dasar untuk membentuk kata terbitan. Contohnya: kehendak keluar pintu kerangka kesemua ketua Kata sendi nama di
4

Yang Dipertuan Agong di wakili

Yang di-Pertuan Agong diwakili

digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Contohnya: di angkasa di antara di atas di Johor di udara digunapakai diguna pakai Kata majmuk dieja terpisah, kecuali beberapa perkataan yang ditetapkan oleh Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, seperti tanggungjawab, pesuruhjaya, olahraga, tandatangan, warganegara, antarabangsa, jawatankuasa, matahari, kerjasama dan beritahu. Kata majmuk dieja sebagai satu perkataan apabila menerima imbuhan awalan dan akhiran. Contohnya: Kuat kuasa Penguat kuasa Menguatkuasakan Penguatkuasaan Ambil alih
5

Mengambil alih Pengambilan Latar belakang Berlatar belakang Berlatarbelakangkan Naik taraf Menaik taraf Menaiktarafkan Ke 20 mengenengahkan Ke-20 mengetengahkan Rujuk penjelasan di muka surat 2. Kata akarnya, ketengah menerima awalan meng, hanya konsonan k yang gugur. Konsonan t, kekal. Awalan ber bukan be. Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja. Contohnya: Kursus ini adalah untuk Tarikh tutup kursus adalah pada 31 Ogos 2009.

beserta ialah untuk

berserta adalah untuk

Kata pemeri ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja.
6

Contohnya: Masalah yang kita hadapi ialah kekurangan pendapat yang bernas. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan.

GEMA MERDEKA
YANG SALAH perlantikan YANG BETUL pelantikan CATATAN Pelantikan daripada proses melantik bukan berlantik. Contohnya: Pelepasan daripada perbuatan melepaskan Perlepasan daripada perbuatan berlepas Perdana Menteri Malaysia ke-VI Perdana Menteri Malaysia VI atau Perdana Menteri Malaysia Keenam atau Perdana Menteri Malaysia Ke-6 Tidak perlu tanda sempang. Keenam, dieja sebagai satu perkataan. Dieja dengan tanda sempang

Y.B. tauladan

YB teladan

Tidak perlu tanda noktah. Ejaan yang tepat ialah teladan. Daya fikir, kata majmuk yang dieja terpisah. Jaya diri, kata majmuk yang dieja terpisah. Teguh diri, kata majmuk yang dieja terpisah. Ulang tahun, kata majmuk yang dieja terpisah. Ejaan yang tepat justeru. Kata akar ketepi, jadi menerima awalan meng. Yang gugur hanya konsonan k. konsonan t kekal. Rujuk penjelasan di muka surat 3. Mengisahkan, kata kerja transitif mesti terus menerima objek, kehidupan (kata nama atau frasa nama) dan tidak boleh disisipkan dengan kata sendi
8

dayafikir

daya fikir

jayadiri

jaya diri

teguhdiri ulangtahun

teguh diri ulang tahun

jesteru mengenepikan

justeru mengetepikan

sosio ekonomi

sosioekonomi

mengisahkan tentang kehidupan.

mengisahkan kehidupan

tentang. terlibat di dalam pelbagai program terlibat dalam pelbagai program Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Contohnya: di atas di Perlis di sana Kata sendi nama dalam pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak seperti perkara, peristiwa, hal, urusan, bahasa, bidang, masyarakat dan sebagainya. Contohnya: dalam hal ini dalam bidang penyiaran dalam konteks ini, Kata sendi nama di dalam digunakan untuk yang ada ruang. Contohnya: di dalam bilik di dalam hutan di dalam kotak di dalam dewan

Benson Adversiting Lintas Adversiting

Benson Advertising Lintas Advertising

Kesilapan menaip. Kesilapan menaip.

Ramai aktivitis-aktivitis

Ramai aktivis

Ramai, kata jamak tidak perlu digandakan Contoh kata-kata lain yang membawa pengertian jamak: Orang, rakyat, mereka, maklumat, banyak, semua, senarai, pertubuhan, persatuan, kumpulan, gabungan

Dato Rahim Razali adalah seorang insan

Dato Rahim Razali, insan atau Dato Rahim Razali ialah insan atau Dato Rahim Razali ialah seorang insan Dalam dunia seni

Tidak perlu ada kata pemeri adalah.

Di dalam dunia seni

Rujuk penjelasan di muka surat 8. Kesilapan menaip. Membincangkan, kata kerja transitif terus menerima objek,( isu), dan tidak boleh disisip dengan kata-kata lain
10

Tub Abdul Razak (2 kali) Membincangkan mengenai isu

Tun Abdul Razak Membincangkan isu

(mengenai). pilihanraya pilihan raya Pilihan raya, kata majmuk yang dieja terpisah. Rujuk penjelasan di muka surat 8. Rujuk penjelasan di muka surat 8. di mana ialah kata tanya, dan tidak boleh berfungsi sebagai kata hubung. Tidak perlu kata sendi dari atau daripada selepas selain. Diatur, kata kerja. Dengan demikian dieja sebagai satu perkataan. Ejaan yang tepat Diraja. Kesilapan menaip. Kesilapan menaip.

disamping

di samping

Sumbangan di dalam pembangunan di mana tarikh tutup

Sumbangan dalam pembangunan yang tarikh tutup

Selain daripada memperkasakan

Selain memperkasakan

di atur

diatur

Bandar DiRaja koreograger Muzik Tun Razak

Bandar Diraja koreografer Muzikal Tun Razak

DOKUMEN MESYUARAT JKPA PADA 3 OGOS


11

YANG SALAH Y.Bhg.

YANG BETUL YBhg.

CATATAN Tidak perlu tanda noktah selepas Y. Tidak perlu tanda noktah. Kesalahan lazim, terutama sekali dalam minit mesyuarat. Urus setia, kata majmuk yang dieja terpisah. Ejaan yang tepat minimum. Rujuk penjelasan di muka surat 8. Ejaan yang tepat efisien. Dieja dengan tanda sempang. Tidak ada kata ganti nama ianya dalam bahasa Melayu. Sekiranya ianya dianggap betul, maka kita juga harus menerima kata ganti nama akuku, kamumu sebagai betul.

Y.M. urusetia

YM urus setia

minima

minimum

disemua peringkat

di semua peringkat

efisen ePerolehan

efisien e-Perolehan

ianya

ia

12

adalah seperti berikut

adalah seperti yang berikut cap rasmi seperti mana

Lebih tepat jika ada yang. Ejaan yang tepat cap. Lebih tepat sebagaimana atau seperti. Maklum balas, kata majmuk yang dieja terpisah. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu dan masa. Contoh yang menyatakan tempat atau arah: Awak datang dari mana? Kajian itu dibuat dari sudut ekonomi. Lori itu datang dari arah kiri. Mereka baru sampai dari Kuching.

cop rasmi sepertimana

maklumbalas

maklum balas

dari jumlah tersebut

daripada jumlah tersebut

Contoh yang menyatakan waktu atau masa:

13

Keadaannya semakin tenat dari sehari ke sehari. Kerajaan itu terkenal sejak dari kurun ke-18. Perkara itu diketahui dari waktu subuh lagi. Persatuan itu sering mengadakan perjumpaan dari semasa ke semasa.

Kata sendi nama daripada hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan perkara berikut: Punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda, dan unsur mujarad (abstrak); Sumber atau asal kejadian sesuatu benda; Perbezaan atau perbandingan; dan Menyatakan sebahagian daripada semua, perbezaan, perubahan atau perbandingan.

Menyatakan punca bagi manusia, institusi, haiwan benda dan unsur


14

mujarad Ali menerima sepucuk surat daripada ibunya. Cadangan daripada persatuan telah kami terima. Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah. Encik Karim baru sahaja menerima arahan daripada ketuanya. Mereka sudah pun menerima sumbangan daripada pihak kerajaan.

Menyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda Ahli persatuan terdiri daripada pelajar sekolah. Air terdiri daripada gabungan hidrogen dan nitrogen. Benang berasal daripada kapas. Kasut itu diperbuat daripada kulit buaya. Saya sedia untuk meminta maaf sekiranya
15

kesilapan itu berpunca daripada saya.

Menyatakan sebahagian daripada semua Enam orang daripada mereka mati disambar petir. Kebanyakan daripada rumah di kampung itu musnah dipukul ribut. Sebahagian daripada pelajar sudah pulang ke rumah masingmasing. Seorang daripadanya bertubuh tinggi dan tegap.

Menyatakan perubahan, perbezaan atau perbandingan Ali lebih tinggi daripada Ahmad. Kami tiba lewat daripada mereka. Membaca buku ilmiah lebih baik daripada membaca
16

majalah hiburan. Perangainya lain daripada yang lain.

rendah dari 24.4%

rendah daripada 24.4%

Kata sendi dari untuk masa dan tempat. Kata sendi daripada untuk orang, perbandingan, asal kejadian atau sumber. Puas hati, kata majmuk yang dieja terpisah. Kata sendi di, dieja terpisah. Perlu ada kata sendi akan.

berpuashati

berpuas hati

dibawah

di bawah

mengambil maklum perkara-perkara berikut:

mengambil maklum akan perkara-perkara yang berikut: atas kerjasama

diatas kerjasama

Rujuk penjelasan di muka surat 2. Maklum balas, kata majmuk yang dieja terpisah. Ejaan yang tepat minimum. Tidak perlu ada tanda noktah.
17

maklumbalas

maklum balas

minima

minimum

Y. Bhg

YBhg

tengahari

tengah hari

Tengah hari, kata majmuk yang dieja terpisah. Perlu ada tanda sempang. Ianya tidak boleh dianggap sebagai kata ganti diri. Rujuk penjelasan di muka surat 1. Pasti, menerima awalan mem dan konsonan p digugurkan. Perkataan yang tepat ialah peroleh

ePerolehan

e-Perolehan

ianya

ia

di antara terma rujukan

antara terma rujukan

mempastikan

memastikan

perolehi

peroleh

tv1

TV1

TV1, dieja dengan huruf besar. TV2, dieja dengan huruf besar. Sebut harga, kata majmuk yang dieja terpisah.

tv2

TV2

sebutharga

sebut harga

18

professional

profesional

Profesional, dieja dengan satu s. Jarang sekali terdapat gugusan konsonan dalam perkataan BM. Contoh lain: Misi bukan missi Majalah bukan majallah Muhibah bukan muhibbah Sesi bukan sessi Hajah bukan hajjah Gosip bukan gossip Kecuali media massa untuk membezakannya daripada masa.

dari masa ke semasa

dari masa ke masa atau dari semasa ke semasa

Gunakan perkataan yang sama, jangan disilangkan. Kata sendi yang tepat ialah akan atau tentang. Kata sendi yang tepat ialah kepada atau terhadap. Kemas kini, kata majmuk yang dieja terpisah. Rujuk penjelasan di muka surat 2.

Laporan Tindakan ke atas kesalahan hukuman ke atas kakitangan dikemaskini

Laporan Tindakan tentang /akan kesalahan hukuman kepada /terhadap kakitangan dikemas kini

mengambil tindakan di atas perkara ini

mengambil tindakan atas perkara ini

19

urusetia

urus setia

Urus setia, kata majmuk yang dieja terpisah. Naik taraf, kata majmuk yang dieja terpisah. Kata sendi ke, dieja terpisah. Kesilapan menaip. Kesilapan menaip. Lebih tepat sebagaimana atau seperti. Kraf tangan, kata majmuk yang dieja terpisah. (kecuali kata nama khas yang digazetkan) Puas hati, kata majmuk yang dieja terpisah. Kesilapan menaip

menaiktaraf kesemua 51 lokasi

menaik taraf ke semua 51 lokasi

pemerksaan utnuk sepertimana

pemeriksaan untuk Seperti mana

kraftangan

Kraf tangan

berpuashati

berpuas hati

pernelanjaan

perbelanjaan

adalah sebanyak

ialah sebanyak

Rujuk penjelasan tentang kata pemeri ialah dan adalah Rujuk penjelasan di muka
20

dari jumlah peruntukan

daripada jumlah

yang diterima

peruntukan yang diterima YB atas nama

surat 10 13.

Y.B. di atas nama

Tidak perlu tanda noktah. Rujuk penjelasan di muka surat 2. Ejaan yang tepat ialah telefon. Lebih tepat seperti atau sebagaimana Ejaan yang tepat ialah e-mel. Ejaan penuh ialah faksimile dan singkatannya ialah faks. Ejaan yang tepat ialah cendekiawan. Reka bentuk, kata majmuk yang dieja terpisah. Siar raya, kata majmuk yang dieja terpisah. Ejaan yang tepat ialah perkataan dan dieja,
21

telepon

telefon

sepertimana

Seperti mana

e-mail

e-mel

fax

faks

Dewan Cendiakawan

Dewan Cendekiawan

merekabentuk

mereka bentuk

siaraya

siar raya

Institut Penyiaran & penerangan

Institut Penyiaran dan Penerangan

dan konsonan p dieja dengan huruf besar. menaiktaraf menaik taraf Naik taraf, kata majmuk yang dieja terpisah. Nama khas

Komputer HP Laser Jet Dan samsung perlanjutan

Computer HP Laser Jet dan Samsung pelanjutan

Pelanjutan, daripada proses melanjutkan. Hala tuju, kata majmuk yang dieja terpisah. Juruperunding, dieja satu perkataan. Pelantikan, daripada proses melantik. Kata sendi ke, dieja terpisah. Hapus kira, kata majmuk yang dieja terpisah.

halatuju

hala tuju

Juru Perunding

Juruperunding

perlantikan

pelantikan

BAKI BAWA KEHADAPAN

BAKI BAWA KE HADAPAN

HAPUSKIRA

HAPUS KIRA

DIKEMASKINI

DIKEMAS KINI

Kemas kini, kata majmuk yang dieja terpisah.

PANTRY diperolehi

PANTRI diperoleh

Ejaan dalam BM, dieja dengan vokal i. Kata yang tepat ialah
22

diperoleh. senireka seni reka Seni reka, kata majmuk yang dieja terpisah.

BUKU KECIL 1MALAYSIA


YANG SALAH berdasarkan atas prinsip-prinsip YANG BETUL berdasarkan prinsipprinsip CATATAN Kata kerja transitif terus menerima objek, tidak boleh disisip dengan kata sendi atas. Ejaan yang tepat ialah emel.

e-mail

e-mel

SURAT RASMI
YANG SALAH Institut Penyiaran Tun Razak YANG BETUL Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak No. Faks CATATAN IPPTAR Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak Hukum D M Yang diterangkan mendahului yang menerangkan. Contoh lain: Pisang goreng Studio mini
23

Faks No.

Y.Bhg. YBhg.

Hal-hal lain Kedai pajak gadai Kompleks sukan

(Tidak perlu tanda noktah selepas Y. (5 kali) Tengah hari, kata majmuk yang dieja terpisah. (2 kali) Bankuet, dieja dengan konsonan k. (2 kali) maklum balas, kata majmuk yang dieja terpisah. Urus setia, kata majmuk yang dieja terpisah. Ejaan yang tepat ialah faksimile.

tengahari

tengah hari

Dewan Banquet

Dewan Bankuet

maklumbalas

maklum balas

urusetia

urus setia

faksemili

faksimile

Sesungguhnya dengan kehadiran Tuan akan menyerikan majlis ini ATURCARA

Sesungguhnya kehadiran Ayat asal tidak gramatis. Tuan akan menyerikan majlis ini ATUR CARA Atur cara, kata majmuk yang dieja terpisah.

diatas

di atas

Rujuk penjelasan di muka surat 2.

24

Adalah dimaklumkan

Dengan ini dimaklumkan

Tidak boleh memulakan ayat dengan kata pemeri adalah. Ayat asal tidak gramatis. Perkataan BM ialah staf. Ayat asal tidak gramatis.

disepanjang tempoh diatas staff Kerjasama tuan dalam perkara ini adalah dihargai. aturcara

sepanjang tempoh di atas staf Kerjasama tuan dalam menjayakan acara ini amat dihargai. atur cara

Atur cara, kata majmuk yang dieja terpisah. Jika ada istilah BM, eloklah kita mempopularkannya. Vokal, dieja dengan konsonan k. Tengah hari, kata majmuk yang dieja terpisah. Jika ada istilah BM, eloklah kita mempopularkannya. Kata sendi di, dieja terpisah. Rujuk penjelasan di muka surat 2.

Check in

Daftar masuk

vocal

vokal

tengahari

tengah hari

Check out

Daftar keluar

perkara diatas.

perkara di atas.

25

berkuatkuasa

berkuat kuasa

Kuat kuasa, kata majmuk yang dieja terpisah. Kata sendi di, dieja terpisah. Awalan di, dieja satu perkataan. Awalan di, dieja satu perkataan. Huruf kecil dan ada tanda noktah. Tidak perlu tanda noktah selepas Y. Tidak boleh memulakan ayat dengan kata pemeri adalah. Lebih tepat dijangkakan.

Disamping itu,

Di samping itu,

di arahkan

diarahkan

di sifatkan S.K Y.Bhg. Adalah saya dengan hormatnya merujuk Diangkakan seramai 250 orang Hajjah Bilik-bilik yang diacadangkan adalah Bilik Cabaran Jalan Pantai Baru Urusetia

disifatkan s.k. YBhg. Dengan hormatnya saya merujuk Dijangkakan seramai 250 orang Hajah Bilik-bilik yang dicadangkan ialah Bilik Cabaran Jalan Pantai Baharu Urus setia

Ejaan yang tepat ialah hajah. Rujuk penjelasan di muka surat 6. Ejaan yang tepat ialah baharu. Urus setia, kata majmuk yang dijea terpisah.

26

BOLASEPAK

BOLA SEPAK

Bola sepak, kata majmuk yang dieja terpisah. Rujuk penjelasan di muka surat 2. Ayat asal tidak gramatis.

Di atas kerjasama tuan

Atas kerjasama tuan

Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas. keatas

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas. ke atas

Kata sendi ke, dieja terpisah.

BUKU PROGRAM MALAM JASAMU DIKENANG

YANG SALAH Y.B. Berdasarkan atas prinsipprinsip yang berikut: Allah S.W.T. limpahNya

YANG BETUL YB Berdasarkan prinsipprinsip yang berikut: Allah SWT limpah-Nya

CATATAN Tidak perlu tanda noktah. Tidak perlu kata sendi atas. Tidak perlu tanda noktah. Konsonan N dieja dengan huruf besar kerana Nya merujuk kepada Allah. Perkataan dieja dengan tanda sempang.

27

Pada Kesempatan ini berjaya di dalam apa jua bidang di atas persaraan mereka di atas sumbangan Jasa Mu Dikenang

Pada kesempatan ini berjaya dalam apa jua bidang atas persaraan mereka atas sumbangan Jasamu Dikenang

Kesilapan menaip. Rujuk penjelasan di muka surat 8. Rujuk penjelasan di muka surat 2. Rujuk penjelasan di muka surat 2. Mu tidak perlu dieja dengan huraf besar kerana bukan merujuk kepada Allah. Perkataan Jasamu dieja rapat.

Selain daripada menjadi medan

Selain menjadi medan Tidak perlu kata sendi dari atau daripada selepas selain. bertukar-tukar pengalaman antara pesara dengan warga Kementerian Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Rujuk penjelasan di muka surat 1.

bertukar-tukar pengalaman di antara pesara dan warga Kementerian Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan

Dan, d dieja dengan huruf kecil.

NOTA: Saya memantau tegur untuk membetulkan kesilapan dan kesalahan bahasa yang masih berlaku dalam kalangan warga kerja KPKK. Bukan niat saya untuk mengaibkan pesalah bahasa. Harapan saya, teguran ini boleh dijadikan panduan dalam kita menjalankan tugas seharian di pejabat. Alhamdulillah, kesalahan bahasa dan kesilapan ejaan semakin kurang. Samasamalah kita memartabatkan bahasa kebangsaan kita. Dipantau tegur oleh: Dato Adilah binti Shek Omar
28

Pengarah IPPTAR Tarikh: Dikemaskinikan pada 28 Februari 2011

29

You might also like