You are on page 1of 10

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJONG MALIM PERAK DARUL RIDZUAN

TAJUK : MALAYSIA PERNAH DIJAJAH ATAU TIDAK DIJAJAH? BINCANGKAN. NAMA NO MATRIK KOD KURSUS NAMA KURSUS NAMA PENSYARAH : MUHAMAD HASHIR BIN MAT ZAIN : D20112052063 : HNS 2013 : KENEGARAAN : PROF. MADYA DR. KHAZIN BIN MOHD TAMRIN

1.0 PENGENALAN Isu Malaysia dijajah ataupun tidak dijajah telah menjadi isu hangat yang telah mengelirukan rakyat Malaysia. Kenyataan jurucakap Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Zainal Kling bahawa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, mencetus kekeliruan baru terhadap pemahaman sejarah di kalangan rakyat. Menurut beliau, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri Perak akan dijajah tapi akan dinaungi atau dilindungi. Hanya tiga negeri sahaja (Negeri-negeri Selat) yang merupakan tanah jajahan, iaitu Singapura, Melaka, dan Pulau Pinang. Tambahnya lagi, adalah kesalahan besar sekiranya kita menyebut negara terjajah selama 400 tahun kerana Tanah Melayu hanya terjajah ketika pemerintahan Malayan Union (1946-1947) dan zaman penjajahan Jepun. Bukan sahaja dilihat sebagai "fakta sejarah baru", namun ianya juga dilihat bercanggah dengan apa yang diajar kepada rakyat dalam mata pelajaran sejarah di sekolah sejak berpuluh tahun dahulu. Jika benar Malaysia tidah pernah dijajah British, antara persoalan yang dilontarkan termasuklah kenapa kita menuntut merdeka sedangkan tidak pernah dijajah. Selain itu ada juga antara mereka mempersoal siapakah perdana menteri Malaysia yang pertama ketika "dinaungi" British, kenapa 31 Ogos 1957 diwartakan sebagai hari merdeka sedangkan tidak pernah dijajah dan perlukah tarikh 31 Ogos tersebut disambut lagi selepas ini. Dr Zainal Kling menegaskan bahawa Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun. Menurutnya lagi, beliau mahu "fakta" sejarah itu dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik. Kenyataan itu bagaimanapun mengundang kekeliruan banyak pihak yang selama ini diberi kefahaman bahawa Tanah Melayu sememangnya dijajah sehinggalah merdeka pada tahun 1957. Pandangan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim turut bersama kelompok tadi,

mempertahankan Malaysia tidak pernah dijajah serta membidas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yasin yang berpendirian sebaliknya. Jadi persoalannya sekarang, jika benarlah Malaysia tidak pernah dijajah British, apa maknanya ungkapan merdeka yang dituntut pemimipin dan rakyat sebelum ini? Perlukah kita menyambut ulang tahun kemerdekaan setiap 31 Ogos? Adakah sejarah yang diajar kepada anak bangsa selama ini diputarbelitkan? Apakah tujuan sebenar pejuang-pejuang Tanah Air? Bebas dari dilindungi atau dijajah? Jadi tujuan penulis disini hanyalah sekadar memberi pandangan mengenai isu ini

berdasarkan fakta daripada beberapa sumber, kerana setiap individu memiliki hak tersendiri untuk membuat tafsiran mengenai sesuatu peristiwa sejarah lebih-lebih lagi peristiwa yang membabitkan sejarah khusus negara tercinta. 2.0 Perjanjian Pangkor 1874 Ahli cendekiawan negara telah mengeluarkan kenyataan terbaru tentang isu Malaysia tidak pernah dijajah. Hal ini harus diambil kira bagi menganalisis yang baik terhadap sesuatu tafsiran sejarah. Walaupun ia menimbulkan kontroversi kepada masyarakat Malaysia, penulis tidak menolak pendirian ahli akedemik kerana semua cendekiawan dunia adalah permata sesebuah negara. Perjanjian Pangkor yang telah dimeterai pada 1874 adalah lanjutan kebimbangan British terhadap suasana kurang kondusif untuk perkembangan perdagangan mereka kesan daripada masalah perebutan takhta Perak dan perbalahan antara kumpulan kongsi gelap Cina.1 Menurut Mardiana Nordin dan Hasnah Hussiin (2005) British mengambil kesempatan melalui faktor tersebut untuk memulakan pengaruh mereka di Perak. Penulis ingin mengulang semula kenyataan Profesor Zainal yang menyatakan hanya terdapat istilah dinaungi atau dilindungi dalam Perjanjian Pangkor dan bukannya akan dijajah. Mengikut

Perjanjian Pangkor dimeterai pada 20 Januari 1874 antara Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Endrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Muda Abdullah yang berkuasa di Hilir Perak bersama-sama dengan para pembesar yang menyokong baginda serta wakil puak cina Ghee Hin dan Hai San lanjutan pergolakan dalaman Perak. Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin. 2004. Pengajian Malaysia. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd. Hlm 18.

perjanjian ini, takhta kesultanan Perak diserahkan kepada Raja Abdullah dan baginda sebagai pemerintah telah bersetuju untuk menerima seorang Residen British berperanan menasihati Sultan dalam hal ehwal pentadbiran negeri kecuali aspek agama dan adat istiadat. Ini menunjukkan Sultan Perak berkuasa penuh mentadbir negeri baginda berdasarkan corak tersendiri serta cara British untuk menonjolkan tanggapan positif kepada Sultan Abdullah dengan melindungi institusi beraja negeri itu daripada terus bergolak. Walaupun ada antara kelompok masyarakat berpendapat baginda melakukan kesilapan besar apabila bersetuju menerima Residen British, perlu ditegaskan disini sebagai kuasa yang menaungi Perak ketika itu, cadangan British untuk mewujudkan kuasa residen adalah tertakluk sebagai Penasihat Sultan semata-mata. Sungguhpun begitu, bagaimana pula dengan isi Perjanjian Pangkor yang menyatakan Residen berkuasa dalam pentadbiran kewangan dan hasil ekonomi negeri? Dalam perjanjian juga ada menyentuh mengenai kuasa Ngah Ibrahim sebagai Menteri Larut yang sah tetapi tidak diiktiraf sebagai pemerintah merdeka kerana terpaksa menerima Penolong Residen untuk membantunya dalam pentadbiran laut. Hal ini jelas menunjukkan memang British menaungi negeri Perak tetapi pandangan kasarnya unsur-unsur menjajah turut kelihatan walaupun dalam bentuk halus. 3.0 Negeri-Negeri Selat (NNS), Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) Negeri-Negeri Selat sememangnya dijajah disebabkan oleh tindakan British

menggabungkan Melaka, Singapura dan Pulau Pinang supaya diletakkan dibawah unit Presidensi pada tahun 1826. Hal ini terbukti apabila pentadbiran NNS diletakkan secara rasmi di bawah kawalan Pejabat Tanah Jajahan di London ekoran status NNS yang dijadikan wilayah pentadbiran Tanah Jajahan Mahkota (Crown Colony). Menurut Profesor Emeritus

Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, mereka yang lahir di NNS termasuk orang Melayu akan menjadi rakyat Britain manakala rakyat bukan Melayu di kerajaan negeri-negeri Melayu sebelum 1948 akan menjadi rakyat tanpa negara. Jadi dalam konteks masyarakat dibawah NNS ketika itu, mereka tidak mempunyai pilihan untuk menerima sahaja pentadbiran British yang membuat keputusan sepenuhnya tanpa dicampuri oleh sebarang pemerintah atau pembesar melayu. Khoo Kay Kim menegaskan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu bukan Tanah Jajahan.2 Beliau menegaskan terdapat bukti bahawa negara tidak pernah dijajah. Menurutnya,saya boleh buktikan, pertama macam mana dua tempat mempunyai nama yang tidak sama? Satu Tanah Jajahan Mahkota British dan satu lagi negerinegeri Melayu naungan British. Kalau British dah jajah Tanah Melayu, mengapa British tidak menyatukan NNMB dengan NNMTB. Tambahnya lagi, British mahu NNMTB menjadi sebahagian daripada NNMB, tapi raja di NNMTB tidak setuju. Konsep naungan ini adalah lantaran kedua-dua penubuhan ini melibatkan keanggotaan raja-raja Melayu dalam pentadbirannya sekaligus menunjukkan British memahami kepentingan raja-raja yang berkait secara langsung dengan sokongan rakyat. Jadi, dalam ruang lingkup yang terlalu kecil ini sahaja kita boleh menganggapnya tidak dijajah. Pahang adalah salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Baru (NNMB). Bagaimana kita boleh katakan Pahang itu dijajah British? Buktinya, apabila berlaku pertembungan antara Wan Mutahir dengan Wan Ahmad, akhirnya Wan Mutahir kalah, lantas British mengiktiraf Wan Ahmad sebagai Sultan dan bersetuju menerima Residen Inggeris, dikuatkan pula dengan pembunuhan seorang China rakyat naungan British. Residen J.P.Rodger yang ditempatkan di Pahang telah mencampuri urusan percukaian dan hasil Pahang, kemudian
2

NNMB ditubuhkan British pada 1 Julai 1896 yang menggabungkan negeri-negeri sistem residen iaitu Perak, Selangor, Pahang, dan Negeri Sembilan. Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin. 2004. Pengajian Malaysia. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd. Hlm 21.

ditentang oleh Dato Bahaman dan orang-orangnya

yang akhirnya dituduh sebagai

penderhaka kepada British dan Sultan. Dalam Majlis Negeri pula, segala keputusan penting dibuat oleh residen British. Penjajahan ini menyebabkan tercetusnya pemberontakan rakyat dan pembesar-pembesar Melayu Pahang kerana mereka merasakan pihak Inggeris dengan rakusnya merampas hak mereka sebagai penduduk di Tanah Air sendiri. Kelantan antara sebuah Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu (NNMTB) turut dijajah, buktinya British telah mengenalkan Sistem Tanah Baharu pada 1915, yang memaksa orang ramai membayar sewa tanah yang tetap. Malah, cukai hasil pertanian turut dikenakan kepada penduduk Kelantan, terutama padi dan dan kelapa. Hal in sekaligus menimbulkan ketidakpuasan rakyat, dan pejuang seperti Tok Janggut telah dibunuh oleh British dengan bantuan Sultan Kelantan sendiri kerana cuba mempertahankan haknya sebagai wakil anak jati Kelantan. Bukti ini sudah cukup menunjukkan kepada kita Kelantan memang dijajah Inggeris sehinggakan Sultan Kelantan sanggup bersama pihak British menentang rakyat negeri baginda sendiri walaupun pengorbanan Tok Janggut itu adalah satu jihad. Benarlah kata sarjana, orang yang menegakkan kebenaran sentiasa diancam musuh yang kebanyakannya berakhir dengan pembunuhan. 4.0 Penjajahan Portugis Walaubagaimanapun, hanya negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak yang pernah dijajah oleh kuasa asing kerana negeri-negeri lain masih lagi kabur dan tiada bukti yang jelas menunjukkan negeri-negeri itu dijajah secara teknikal. Pada tahun 1511 Kerajaan Islam Melaka telah kalah kepada Portugis yang dipimpin oleh Alfonso d Albuqurque, dan Melaka terus diperintah oleh Portugis sehingga ditawan Belanda.3 Melaka adalah negeri melayu yang awal dijajah kuasa asing kerana tempat yang strategik dan mempunyai banyak
3

Sejarah Melaka (2012). Diperoleh pada Mei 2, 2012 daripada http://www.melaka.gov.my/index.php/bi/about-melaka/history-of-melaka.html

hasil bumi yang diinginkan oleh kuasa barat.Bukti Melaka dijajah kuasa asing juga, dalam tahun 1641 Belanda telah menyerang dan berperang dengan Portugis, akhirnya berjaya mengalahkan Portugis dan mengambil alih pemerintahan Melaka. Dalam tahun 1795 Melaka telah diserahkan kepada Inggeris oleh Belanda kerana bimbang kemungkinan serangan Perancis. 5.0 Inggeris Mengambil Pulau Pinang Pulau Pinang, Singapura dan Melaka itu sebahagian dari Tanah Melayu, yang memecahkan Tanah Melayu kepada tiga bahagian, Straits Settlements,Federated, Malay States dan Unfederated Malay States itu Penjajah Inggeris. Ini pun menunjukkan satu petanda dan bukti bahawa Tanah Melayu dijajah Inggeris.Pulau Pinang adalah sebahagian dari Kedah, Francis Light telah menipu dan merampasnya dari Sultan Kedah. Pada tanggal 11 Ogos 1786 Francis Light, bekas pengawal tentera laut Inggeris yang kemudiannya bertugas dengan Syarikat Hindia Timur telah mengambil Pulau Pinang.4 Pada tahun 1791, Francis Light telah berjaya mengesahkan hak milik keatas Pulau Pinang dalam satu perjanjian damai di antara sultan Kedah dengan beliau apabila tentera kedah kalah dalam satu lagi percubaan untuk menghalau penjajah Inggeris dari Pulau Pinang.5 Singapura pula telah menakluk Johor akan tetapi Stamford Raffles berjaya merampasnya dengan memujuk Sultan Husin yang dibuang daerah dan melantik semula sebagai Sultan Johor, kemudian membuat perjanjian secara terpaksa dengan Raffles pada 6 Februari 1819. 6.0 Penjajahan Jepun

Sebenarnya tindakan Francis Light ini adalah salah dari segi undang-undang kerana surat perjanjian belum lagi ditandatangani oleh sultan Kedah dan Wakil Kerajaan Inggeris. Perjanjian 1786 sebenarnya bukanlah satu dokumen perjanjian, ia hanya merupakan butiran dan syarat-syarat yang dikehendaki oleh Sultan Kedah kepada pihak Inggeris. Pulau Pinang Diduduki Dengan Tipu Muslihat (2007). Diperolehi pada Mei 2, 2012 http://notasejarah.blogspot.com/2007/04/pulau-pinang-diduduki-dengan-tipu.html 5 Syed Mahadzir Syed Ibrahim (2010). 365 Hari Dalam Sejarah Malaysia Jilid 2. Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd, Hlm 200.

Disamping itu, Tanah Melayu juga turut dijajah oleh Jepun. Tanah Melayu mula diperintah oleh Jepun mulai akhir Disember 1941 hingga 12 September 1945. Jepun ialah kuasa penjajah keempat menjajah Tanah Melayu selepas Portugis, Belanda dan British. Pendudukan Jepun selama tiga tahun lapan bulan telah meninggalkan implikasi yang amat mendalam kepada masyarakat di Tanah Melayu. Jepun menyerah diri secara rasmi di Tanah Melayu pada 12 September 1945 di Singapura.6 7.0 Malayan Union Selepas Jepun menyerah tahun 1945, Parlimen British telah mencadang dan meluluskan Gagasan Malayan Union tahun 1946.7 British menghantar Harold Mac Michael untuk memujuk raja-raja Melayu supaya menerima cadangan itu untuk dilaksanakan di Tanah Melayu. Mengetahui muslihat jahat penjajah ini, orang-orang Melayu dibawah pimpinan Dato Onn Jaafar telah bangkit menentang dengan membuat demonstrasi awam secara besarbesaran. Bukankah ini tandanya British menjajah Tanah Melayu. Setelah Malayan Union gagal dikuatkuasakan, dalam tahun 1948 Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan oleh British yang mengecualikan Singapura. 8.0 Kesimpulan Kesimpulannya, Tanah Melayu pernah dikuasai oleh kuasa luar iaitu Portugis, Belanda, Jepun dan British yang telah menjadi sejarah negara. Berdasarkan keempat-empat buah kuasa luar ini, kuasa British yang telah menjadi isu tergempar sama ada British menjajah Malaysia atau tidak merujuk kepada reaksi yang dikemukakn cendekiawan negara baru-baru ini. Malaysia telah dijajah secara tidak langsung oleh kuasa asing atau British kecuali negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Secara teknikalnya atau secara langsung Tanah
6

Mohd Kamal Kamaruddin, (2011).Pengajian Malaysia Dan Kenegaraan, Kuala Lumpur: Global Mediastreet Sdn. Bhd. Hlm 41. 7 Ibid, Hlm 41.

Melayu dijajah oleh British, Sarawak oleh keluarga Brooke, dan Sabah oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Namun selain negeri itu, negeri-negeri lain juga turut dijajah walaupun tidak secara teknikal. Mereka dijajah secara halus dan tipu muslihat seperti perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh British. Perjanjian-perjanjian British telah

membuatkan British berkuasa penuh terhadap pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu walaupun sistem beraja dikekalkan. Raja dan pembesar hilang kuasa samalah seperti mereka dijajah tetapi melalui cara yang berbeza. Justeru, kerana air muka dan daulat dirobek, kepala pemerintah dibonekakan, penderitaan dan kesengsaraan menggantikan harmoni dan kesejahteran, maka bangkitlah mereka yang berjuang untuk membebaskan dari segala bentuk cengkaman yang menzalimi hidup mereka.

BIBLIOGRAFI Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin. (2004). Pengajian Malaysia. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd. Mohd Kamal Kamaruddin. (2011). Pengajian Malaysia Dan Kenegaraan. Kuala Lumpur: Global Mediastreet Sdn. Bhd. Pulau Pinang Diduduki Dengan Tipu Muslihat (2007). Diperolehi pada Mei 2, 2012 http://notasejarah.blogspot.com/2007/04/pulau-pinang-diduduki-dengantipu.html Sejarah Melaka (2012). Diperoleh pada Mei 2, 2012 daripada http://www.melaka.gov.my/index.php/bi/about-melaka/history-of-melaka.html Syed Mahadzir Syed Ibrahim (2010). 365 Hari Dalam Sejarah Malaysia Jilid 2. Selangor: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd.

You might also like