You are on page 1of 10

Muka Surat Depan

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA Muka Surat Hadapan Senarai Kandungan 1.0 Pengenalan 2.0 Apakah Obesiti? 3.0 Obesiti dan Kanak Kanak 4.0 Punca Obesiti 4.1 Genetik dan Keturunan 4.2 Pemakanan dan Persekitaran 4.3 Psikologi 4.4 Masalah Metabolisme dan Hormon 5.0 Kesan Obesiti 5.1 (a) Kesan Jangka Pendek Obesiti Terhadap Kesihatan 5.1 (b) Kesan Jangka Panjang Obesiti Terhadap Kesihatan 6.0 Cara Menangani Obesiti 6.1 Pemakanan Berkhasiat 6.2 Meningkatkan Senaman dan Aktiviti Fizikal 6.3 Kasih Sayang Berpada 6.4 Tauladan yang Baik 6.5 Disiplin Pemakanan 6.6 Rutinkan Hari Beriadah 6.7 Buang Tabiat Lama 7.0 RUMUSAN SENARAI RUJUKAN

Muka Surat 1 2 3 4 5

5 5 6 6

6 7

7 7 8 8 8 9 9 9 10

1.0

PENGENALAN

Pembangunan perindustrian dan perkambungan yang semakin pesat sejak kebelakangan ini dengan secara langsung atau tidak langsungnya telah juga membawa perubahan kepada gaya hidup rakyat Malaysia. Salah satu perubahan yang dapat kelihatan adalah perubahan dari segi tabiat diet. Oleh itu, ia juga menyebabkan peningkatan obesiti di kalangan masyarakat di seluruh negara tidak kira tua atau muda. Menurut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), 2000, obesiti merupakan faktor yang paling banyak menyebabkan penyakit-penyakit yang serius seperti kencing manis dan sakit jantung.

Kebelakangan ini pula, isu obesiti telah menjadi masalah utama di kalangan kanak-kanak sedunia. Kanak- kanak di Malaysia juga mempunyai masalah yang sama dan ia semakin diambil perhatian terutamanya di sekolah dan masyarakat. Menurut Nutrition Research Priorities in Malaysia - For 10th Malaysia Plan (2011-2015), satu kajian yang telah dijalankan oleh Ismail, 2009 pada 11,500 orang kanak-kanak berumur 6-12 tahun di semenanjung Malaysia telah mendapati 10% daripadanya adalah dalam kategori lebih berat dan 6% dalam kategori obesiti. Satu lagi kajian yang dilakukan oleh Ruzita, 2009 pada pelajar sekolah rendah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak telah mendapati 12.6% daripadanya dalam kategori lebih berat dan 13.5% dalam kategori obesiti.

Peningkatan masalah lebih berat dan obesiti di kalangan kanak-kanak dapat dilihat dari tahuntahun tersebut dan isu ini amat membimbangkan. Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) menganggarkan pada tahun 2015, lebih kurang 2.3 billion orang di dunia akan mengalami masalah lebih berat badan dan daripanya kira-kira 700 juta orang pula akan mengalami masalah obesiti.

2.0

APAKAH OBESITI DAN BERAT BADAN BERLEBIHAN?

Obesiti ialah sejenis penyakit nutrisi. Seseorang dikatakan obes jika: Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 beratnya adalah 30% lebih tinggi daripada julat normal bagi tinggi badan, jantina dan umurnya.

Seseorang dikatakan obes jika: Nisbah pinggang-ke-pinggul (WHR) WHR boleh dikira dengan membahagikan lilitan pinggang dengan lilitan pinggul. WHR ialah suatu ukuran mudah untuk taksiran pembahagian lemak dalam badan. Keliling pinggang sm/in Keliling pinggul sm/in.

Seseorang dikatakan obes jika: WHR sebanyak 0.9 atau kurang dianggap sihat bagi kaum lelaki dan nisbah sebanyak 0.8 atau kurang dianggap sebagai petunjuk sihat bagi kaum wanita. WHR sebanyak 1.0 atau lebih menandakan peningkatan risiko bagi keadaan kurang sihat dan isyarat bahawa tindakan untuk mengurangkan lemak daripada bahagian perut adalah langkah yang bijak.

Manakala berlebihan berat badan pula didefinisikan dengan lebihan berat badan untuk ketinggian dari lemak, otot, tulang, air atau kombinasi faktor-faktor tersebut. Manakala obesiti didefinisikan dengan lebihan lemak dalam badan. Berlebihan berat badan dan obesiti berpunca dari ketidakseimbangan kalori (penggunaan tenaga kurang dari pengambilan tenaga atau kalori) serta punca keturunan, tingkahlaku dan persekitaran.

3.0

OBESITI DAN KANAK - KANAK

Secara prevalens masalah obesiti di kalangan kanak-kanak meningkat 3 kali ganda sepanjang 30 tahun lepas. 15% daripada kanak-kanak berusia 12-19 tahun mempunyai berlebihan berat badan dan kegemukan. Masalah ini lebih tinggi dikalangan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah. Mengikut statistik 2006 hingga 2008 pula menunjukkan 630 kanakkanak dan remaja dikesan menghidap diabetes dengan sesetengah mereka sudah mula menerima suntikan insulin sejak berusia setahun. Fakta tersebut jelas menunjukkan peningkatan kes obesiti di kalangan kanak kanak dan perlu dipandang serius oleh semua pihak.

4.0

PUNCA OBESITI

Umumnya terdapat beberapa faktor yang sering dikaitkan dengan punca berlakunya obesiti, antaranya adalah genetik atau keturunan, gaya pemakanan keluarga pemakanan, kurang aktiviti/senaman dan pengambilan ubat-ubatan. 4. 1 Genetik dan Keturunan

Masalah obesiti berlaku dalam keluarga, ini secara tidak langsung membabitkan genetik sebagai salah satu dari punca obesiti. Iaitu diperturunkan melalui genetik. Namun begitu, tiada bukti yang betul betul sahih dalam mengesahkan perkara ini. 4.2 Pemakanan dan persekitaran

Makanan segera atau makanan sedia ada dan juga cara pemakanan seseorang boleh menjadi faktor obesiti. Cara hidup kanak-kanak seperti lebih suka menonton televisyen dan bermain komputer lebih daripada senaman akan menambahkan masalah obesiti. Keadaan ini umpama sebuah budaya yang baharu pada masa kini.

4.3

Psikologi

Secara umumnya golongan dewasa dan juga kanak-kanak yang mengalami tekanan akan makan dengan lebih banyak dan secara tidak langsung menyebabkan obesiti. Ini juga benar bagi kanakkanak yang mengalami masalah kemurungan. 4.4` Masalah metabolisme dan Hormon

Ini disebabkan metabolisme yang rendah. Oleh itu penggunaan kalori yang rendah menyebabkan lebih banyak lemak terbentuk dan secara langsung menjadikan kanak-kanak itu menjadi obes. Di antara masalah metabolisme adalah hormon tiroid, berlebihan hormon kortisol dan sekarang ini kekurangan hormon leptin. Masalah hormon sebegini sememangnya mampu untuk menyumbang ke arah obesiti.

5.0

KESAN OBESITI

Dari segi emosi, seorang yang obes boleh menghadapi masalah kekurangan keyakinan diri dan depresi kerana tidak dapat menikmati hidup yang normal dan aktif. Selain itu, berat badan berlebihan boleh merosakkan sendi dan mengakibatkan osteoartritis. Obesiti yang serius juga meningkatkan risiko untuk penyakit tekanan darah tinggi, diabetes , masalah pundi hempedu, gout, penyakit jantung dan kanser. Kencing manis terutama diabetes jenis kedua di mana

hormon insulin kurang sensitive. Masalah jantung, Darah tinggi, Sleep apnea atau tidur dengan mengalami kekurangan oksigen semasa tidur. masalah lain. Masalah reflux (GERD) dan perbagai lagi

5.1

Kesan Terhadap Kesihatan

Kesan obesiti ini dapat dilihat dari segi kesan jangka masa pendek dan masa panjangnya.

a. Kesan Jangka Pendek Kanak-kanak dan remaja obes berisiko tinggi menghidap penyakit kardiovaskular seperti tinggi kolestrol dan tekanan darah tinggi. Kajian menunjukkan 70% individu berumur 517 tahun mempunyai sekurang-kurangnya satu faktor risiko.
6

Remaja obes berisiko mendapat prediabetis atau pra-kencing manis, keadaan di mana tahap gula darah menunjukkan risiko mendapat kencing manis. Kanak-kanak dan remaja obes berisiko tinggi mendapat masalah tulang dan sendi, apnea tidur, masalah sosial dan psikososial seperti rendah diri dan kurang keyakinan diri. b. Kesan Jangka Masa Panjang Kanak-kanak dan remaja obes lebih cenderung untuk menjadi obes semasa dewasa. seterusnya, berisiko tinggi mendapat masalah kesihatan semasa dewasa seperti penyakit jantung, kencing manis jenis 2, strok, beberapa jenis kanser dan osteoartritis. kajian menunjukkan kanak-kanak yang obes seawal usia 2 tahun mempunyai risiko obes yang tinggi semasa dewasa. Berlebihan berat badan dan obesiti dikaitkan dengan risiko kanser, termasuk kanser payudara, kolon, endometrium atau rahim, esofagus, buah pinggang, pankreas, pundi kencing, tiroid, ovari, serviks dan prostat termasuk myeloma dan limfoma Hodgkin's.

6.0

CARA MENANGANI DAN PENCEGAHAN OBESITI

6.1

Pemakanan Berkhasiat

Beberapa langkah yang boleh diambil dalam memastikan pemakanan berkhasiat adalah dengan memastikan seluruh ahli keluarga terbabit dalam proses pemakanan yang lebih sihat. Ini akan mengurangkan rasa terpencil dalam proses itu. Selain pastikan apabila memilih makanan , makanan itu hendaklah tinggi dalam serat dan juga lemak yang rendah. Jika anak berumur lebih dua tahun, menggunakan susu yang rendah lemak boleh membantu mengurangkan berat badan. Pastikan kanak-kanak makan di atas meja makan.

6.2

Meningkat Senaman dan Aktiviti Fizikal

Dalam usaha meningkatkan senaman dan aktiviti fizikal pula, antara perkara yang boleh dilakukan adalah dengan mengurangkan menonton televisyen. Memastikan anak anak bermain dengan kanak-kanak lain. Memastikan seluruh keluarga menjalankan senaman seperti berbasikal atau berlari dan anak anak aktif dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini kerana banyak perilaku keluarga menyebabkan masalah obesiti, dari jenis pemakanan keluarga sehinggalah aktiviti yang
7

dilakukan keluarga. Untuk menukarkan perilaku ini bukanlah mudah, oleh itu perkara perkara yang disebut di bawah perlu diberi perhatian. Perlu diingatkan keluarga adalah pendorong utama kanak-kanak berubah kepada gaya hidup lebih sihat. Penukaran perlu dilakukan secara perlahan dan tidak drastik. Mulakan dengan perkara perkara yang mudah untuk diubahdan pastikan objektif penukaran tingkah laku keluarga boleh dicapai. 6.3 Kasih Sayang Berpada

Kebanyakan ibu bapa selalu menggunakan makanan sebagai tanda kasih dan sayang. Tapi kalau betul-betul sayangkan anak - anak, janganlah masak atau membelikan mereka makanan yang menggemukkan sepanjang masa. Tetapi kasihanilah mereka kerana ia akan menyusahkan kehidupan mereka sendiri di kemudian hari. 6.4 Tauladan yang baik

Sebagai ibu bapa, guru mahupun masyarakat yang prihatin, bersama sama bekerjasama dalam menunjukkan contoh serta tauladan yang baik kepada anak - anak. Jika seseorang individu tersebut sendiri mengalami masalah berat badan, maka cubalah untuk kurangkan berat badan dan menjadi contoh yang baik kepada anak - anak. 6.5 Disiplin Pemakanan

Disiplin dalam pemakanan kanak-kanak itu adalah penting. Kita perlu menetapkan waktu-waktu makan, contohnya sarapan, makan tengahari dan makan malam sebagai tiga waktu makan yang terpenting dan harus dipatuhi. Waktu snack time adalah dimana makanan ringan dibenarkan pada waktu riadah. Pastikan kita sendiri juga mempraktikkan jadual makan ini dengan konsisten bagi tauladan anak anak. Selain itu, pastikan makanan sepanjang hari Isnin hingga Jumaat adalah yang sihat dan seimbang. Ganjaran makanan ringan seperti ais krim, chip kentang, kek, kuih dan lain-lain sesuai untuk hujung minggu atau hari cuti tertentu sahaja.

6.6

Rutinkan Hari Beriadah untuk keluar rumah dan

Pada zaman teknologi canggih ini, amat penting untuk anak anak

melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti fizikal di luar rumah seperti bersukan, bermain dengan jiran dan lain-lain lagi. Jangka masa yang sesuai adalah sekurang-kurangnya 60 minit setiap hari. Masa untuk permainan alam maya seperti permainan komputer, telefon dan sebagainya lagi hendaklah sentiasa dikawal dan dipantau selalu bagi memastikan kanak kanak tidak alpa. 6.7 Buang tabiat lama

Dalam usaha menangani masalah obesiti ini, kita hendaklah sentiasa memberi motivasi dan sokongan yang berterusan bagi mereka membetulkannya. Sehubungan itu sebagai ibu bapa juga, kita hendaklah membuang tabiat lama yang kurang sihat untuk jangka masa yang panjang. Pastikan perubahan pemakanan dan gaya hidup adalah kekal supaya ia menjadi tabiat yang baharu untuk sepanjang hayat. 7.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, sebagai salah seorang ahli dalam masyarakat kita hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat termasuklah pemakanan sihat dan aktiviti fizikal yang aktif. Ini mampu menurunkan risiko obes dan mengurangkan risiko mendapat penyakit berkaitan.

Selain itu, kerjasama pelbagai pihak dalam usaha menangani masalah ini juga adalah sangat penting. Pemakanan dan aktiviti fizikal kanak-kanak serta remaja dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti masyarakat, keluarga, sekolah, pusat jagaan, pusat perubatan, istitusi keagamaan, agensi kerajaan, media, industri makanan dan minuman serta industri hiburan. Dari segi peranan pihak sekolah pula adalah penting dalam menyediakan persekitaran selamat dan sihat dengan pembangunan polisi dan praktikal yang menyokong tingkahlaku sihat. Sekolah juga menyediakan peluang pembelajaran dan praktis pemakanan sihat dan aktiviti fizikal. Oleh itu, marilah kita bersama sama mengemblengkan tenaga dalam usaha menangani masalah ini.
9

SENARAI RUJUKAN Arinah Binti Zaidan (2011), Diperolehi dari http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/2011/julai-2011/788-statistik/990obesiti-kanak-kanak pada 02 Oktober 2013.

Faktor Faktor Penjagaan Berat Badan Kanak Kanak, Dimuat turun dari http://my.theasianparent.com/faktor-faktor-penjagaan-berat-badan-kanakkanak/#ixzz2hfj7hivI pada 10 Oktober 2013.

Faktor

Faktor Penjagaan Berat Badan Kanak Kanak, Dimuat turun dari http://my.theasianparent.com/faktor-faktor-penjagaan-berat-badan-kanak-kanak/ pada 10 Oktober 2013.

Garis

Panduan Menangani Masalah Obesiti, Dimuat http://moh.gov.my/images/gallery/Garispanduan/nutri/7Nutrition_Research_Priorities_Area_5.pdf pada 02 Oktober 2013.

turun

dari

Klinik Dr. Azizah (2011), Masalah Kegemukan Kanak Kanak. Dimuat turun dari http://klinikdrazizah1.blogspot.com/2011/12/masalah-kegemukan-kanak-kanak.html pada 03 Oktober 2013.

PAMA. Karangkraf.Com, Obesiti di kalangan Kanak Kanak, Dimuat turun dari http://pama.karangkraf.com/kanak-kanak/obesiti-di-kalangan-kanak-kanak-1.167823 pada 10 Oktober 2013.

Siti

Nurbaya Binti Shahrir (2012), Dimuat turun dari http://www.poyo.my/index.php?option=com_content&view=article&id=220&Itemid=30 pada 03 Oktober 2013

10

You might also like