• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Kesatlah Airmatamu Wahai Wanita
Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati danmenjadi perhiasan kepada dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa,isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami."Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuahmajalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu.Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibubapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatanhanya untuk suami, kerana Allah.Menjadi seorang isteri....kepada insan yang disayangi.....idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuranaku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku.Baru petang tadi, aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu.Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untukmenjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya."Assalamualaikum," satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika."Waalaikumusalam," jawabku sepatah. Serentak dengan itu, ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas danpaling manis untuk suamiku. Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku."Ain buat apa dalam bilik ni ? Puas abang cari Ain dekat luar tadi. Rupanya kat sini buah hati abang nibersembunyi. `'Aku tersenyum mendengar bicaranya. Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan`abang' dari bibirnya.Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai `buah hati' nya. Aku sungguh senangmendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri menatappandangan matanya.Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapabermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalam renungannya, seolah-olah hanya kami berdua di duniaini.Seketika aku tersedar kembali ke alam nyata. "Ain baru je masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk Maghribkan ? `' ujarku.`' Ha'ah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib sama-sama ye ? `'Dia
 
tersenyum lagi. Senyum yang menggugah hati kewanitaanku. Alangkah beruntungnya aku memilikimu,suamiku.Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh kasih, ku salami dan ku ciumtangannya, lama.Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagahitu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan perlahan aku menatap wajahnya."Abang....." aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu di hadapannya. Tangan kami masihlagi saling berpautan. Seakan tidak mahu dilepaskan. Erat terasa genggamannya."Ya sayang..." Ahhh....bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku."Abang... terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Aininsan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ain harap abang sudi pandu Ain. Sama-samakita melangkah hidup baru, menuju keredhaan Allah." Tutur bicaraku ku susun satu persatu."Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abang dalam hidup Ain. Abangsayangkan Ain. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh terima abangseadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya."`'Insya Allah abang....Ain sayangkan abang. `'`'Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati abang.''Dengan telekung yang masih tersarung, aku tenggelam dalam pelukan suamiku.Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyata seorang yang cukuppenyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis.Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra memujukku, membelaiku.Membuatku rasa bersalah. Tak wajar ku sambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengantangisan.Bukankah aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami? Sedangkan Khadijah dulu juga selaluditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat di Gua Hira'.Lalu, ku cium tangannya, ku pohon ampun dan maaf. Ku hadiahkan senyuman untuknya. Katanya senyumkubila aku lepas menangis, cantik!Ahhh....dia pandai mengambil hatiku. Aku semakin sayang padanya. Nampaknya hatiku masih belum
 
sepenuhnya terikat dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasihsayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami.`' Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamumenyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu .`'Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yangmenyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya denganperkataanku. Ku hiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata-mata.Makan minumnya ku jaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernahsekali, aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembalidari kerja. Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkankami sama-sama memerah keringat mencari rezeki.Namun, aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penatmenguruskan rumah tangga.Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatikumenjadi sejuk sendiri.Ya Allah, aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejarredhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah." Ain baik, cantik. Abang sayang Ain.`' Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya. Membuatkan aku terasabenar-benar dihargai. Tidak sia-sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yangsolehah.Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorangputeri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku.Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami.Namun, pada suatu hari, aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga."Ain.....abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain.""Apa dia abang?" tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih. `' Ain isteri yang baik.Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ain sebagai isteri," bicaranya terhenti setakat itu.Aku tersenyum. Namun benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu?"Abang ada masalah ke?" Aku cuba meneka.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...