You are on page 1of 55

ILMU PENDIDIKAN

MOTIVASI
KUMPULAN BERSIH

3. AHMAD FUAD BIN ABDUL SALIM


4. NURUL SALIKIN BINTI NASERUN
5. NADIA BINTI AWANG
DEFINISI
•berasal dari perkataan Greek ‘movere’ yang membawa
maksud menggerakkan.

•diambil daripada perkataan Bahasa Inggeris, motivation’.


Perkataan asalnya ialah ‘motive’ yang juga telah dipinjam
oleh Bahasa Melayu kepada ‘motif’, yakni bermaksud
tujuan.

•keinginan yang keras atau semangat yang kuat pada diri


seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau
melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai
kejayaan. (Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi 4)
DEFINISI samb.

•merupakan perangsangan yang membangkitkan dan


mengekalkan minat seseorang individu ke arah mencapai
sesuatu matlamat tertentu termasuk mengubah sikap,
minat dan tingkahlaku.

•merujuk kepada kuasa dalam yang membangkit,


mengarah dan mengawal minat serta tingkahlaku
manusia. (WOOLFOLK, 1990)

•suatu variabel perantara yang digunakan untuk


menerangkan faktor-faktor dalam diri individu, yang dapat
membangkitkan, mempertahankan dan menyalurkan
tingkah laku ke arah suatu tujuan tertentu.
(J. P. CHAPLIN)
KONSEP
•Terdapat 5 konsep penting di dalam motivasi yang perlu
diketahui di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Pertama
proses dalaman yang menggerakkan, mendorong dan
mengawal tingkahlaku dari semasa ke semasa.

Individu yang bermotivasi mempunyai alasan yang berbeza


dengan inisiatif yang berbeza.
Cth: seorang pelajar yang mempunyai motivasi yang
tinggi untuk menghadapi ujian dengan tujuan mendapat
markah yang tinggi
KONSEP samb.

Kedua
dapat ditingkatkan dengan memberi penekanan kepada
tujuan pembelajaran.
cth: wahyu pertama mengenai pendidikan ialah
“Bacalah”.

Ketiga
dapat ditingkatkan apabila guru menarik minat belajar
pelajar, mencetuskan rasa ingin tahu pelajar,
mempelbagaikan strategi pengajaran dan memberikan
harapan yang jelas.
cth: Guru menceritakan mengenai “kenapa nombor 1
disebut satu, kenapa nombor 2 disebut dua dan
seterusnya”.
KONSEP samb.

Keempat
dapat ditingkatkan dalam diri pelajar dengan memberikan
ganjaran kepada pelajar.
cth: Memberi bintang kepada pelajar yang menyiapkan
latihan dengan cepat.

Kelima
dengan kecenderungan melibatkan diri dengan aktiviti-
aktiviti yang berlandaskan kepada keterampilan.
cth: Menjadi pengawas sekolah
CIRI-CIRI MOTIVASI
•Diwujudkan akibat keperluan fisiologi atau psikologi.
cth: seseorang yang lapar akan berusaha mencari
makanan.

•Bukan diwarisi dan tidak wujud secara semulajadi.


cth: jika seorang ayah mempunyai motivasi yang
tinggi untuk berjaya dalam pendidikan, adalah tidak
semestinya anak-anaknya akan mewarisi motivasi
yang tinggi yang dimiliki oleh ayah.
CIRI-CIRI MOTIVASI samb

•Merupakan sesuatu insentif untuk mencapai sesuatu


matlamat yang ditentukan.
cth: memberi ganjaran kepada pelajar yang
cemerlang

•Aras motivasi adalah berkadar terus mengikut kadar


keinginan. Semakin kuat keinginan mencapai sesuatu
matlamat akan menjadikan semakin tinggi motivasinya.
cth: semakin lapar seseorang itu, semakin berusaha
orang itu untuk mencari makanan
JENIS-JENIS MOTIVASI

•Ahli-ahli psikologi mengklasifikasikan motivasi kepada


beberapa kategori, antaranya:

motivasi fisiologi dan motivasi sosial

motivasi asas dan motivasi pembelajaran

motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.


MOTIVASI INTRINSIK
•Definisi
diwujudkan semulajadi daripada rangsangan
dalaman.
cth: mempelajari bahasa Perancis.

terdiri daripada dorongan dan minat seseorang


individu untuk melakukan sesuatu aktiviti tanpa
mengharap atau meminta sebarang ganjaran.
cth: cuba menyelesaikan masalah SUDOKU
MOTIVASI INTRINSIK samb.

dikaitkan dengan naluri ingin tahu dan dorongan


mencapai kecekapan seseorang. (Bruner, 1966)
cth: bermain piano atau menggubah lirik lagu

walaubagaimanapun bukan semua motivasi intrinsik


diwujudkan secara semulajadi tetapi boleh terbentuk
dari pengalaman dan pembelajaran.
cth: tabiat membaca buku cerita dan bermain alat
muzik.
KAEDAH DI DALAM MOTIVASI INTRINSIK

Di dalam merangsang motivasi secara intrinsik, seseorang


itu boleh menggunakan 2 kaedah iaitu:

KAEDAH GANJARAN
KAEDAH HUKUMAN

•Kaedah Ganjaran

ingin mendapat kasih sayang, kepujian, penghormatan


dan sebagainya daripada orang lain
ingin menggembirakan hati guru, ibu bapa dan rakan
ingin mencapai cita-cita
berasa yakin
KAEDAH DI DALAM MOTIVASI INTRINSIK samb.

meminat diri
menggunakan unsur agama
menggunakan cogan kata atau kata hikmat
mengamalkan nilai murni
tidak putus asa
mencuba hingga berjaya
sedia menghadapi cabaran
memberi ganjaran atau hadiah
menaakul atau meramal
berfikir secara kritis dan kreatif
bertanding dengan diri sendiri
KAEDAH DI DALAM MOTIVASI INTRINSIK samb.

•Kaedah Hukuman

Ingin mengelakkan daripada penderitaan atau


hukuman seperti marah, tegur, malu, takut, atau
denda
Mendenda atau menghukum diri, misalnya tidak
menonton TV atau mengurangkan masa untuk
menonton TV.
MOTIVASI EKSTRINSIK
• Definisi
diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan
tujuan menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu
aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya.
cth: ingin dilantik sebagai pengawas dengan
harapan mudah mendapat biasiswa

boleh dirangsangkan dalam bentuk-bentuk seperti


memberi pujian, insentif, hadiah, pemarkahan dan
membentuk suasana dan iklim persekitaran yang
kondusif untuk mendorong murid belajar.
cth: Membaca buku cerita dengan tujuan mendapat
gred baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
MOTIVASI EKSTRINSIK samb.

•Di dalam merangsang motivasi secara ekstrinsik, guru


boleh menggunakan 2 kaedah iaitu:

KAEDAH GANJARAN
KAEDAH HUKUMAN

•Guru digalakkan menggunakan kaedah ganjaran kerana


kaedah ini didapati membawa kesan yang lebih baik dan
positif.
MOTIVASI EKSTRINSIK samb.

•Kaedah Ganjaran

Memberi kasih sayang


Memuji
Memberi galakan
Menghormati
Menanam minat
Sedia membantu dan bekerjasama
Sedia mendengar dan bersimpati
Berhemah tinggi
Menanam rasa yakin
Menanam budaya rajin belajar, ingin mencari ilmu,
minda inkuiri, membaca
Memberi cabaran
MOTIVASI EKSTRINSIK samb.

Memberi tugasan
Memberi ganjaran atau hadiah
Menggunakan unsur-unsur agama
Menggunakan pelbagai cogan kata atau kata hikmat
Menggunakan cerita atau kisah yang bertema moral
Berfikir secara positif
Memberi bimbingan dan kaunseling
MOTIVASI EKSTRINSIK samb.

•Kaedah Hukuman

Tegas
Tegur
Disiplin
Marah
Denda
MOTIVASI EKSTRINSIK samb.

•Walaubagaimanapun, guru harus mengelak daripada


menggunakan teknik berikut yang boleh mengakibatkan
kesan yang buruk atau negatif.

Memaki
Memalukan
Menakutkan
Mencederakan
Dera
Tidak mempeduli
Mengkritik sifat peribadi
Menghampakan
Faktor Yang Berkaitan Dan Mempengaruhi
Motivasi
•Motivasi dengan minat
proses dalaman yang menimbulkan tingkah laku
seseorang.

tingkah laku yang berpusatkan kepada sesuatu perkara


akan menghasilkan kepuasan yang maksima.

tingkah laku dilakukan berulang kali


cth : melukis, menyanyi, bermain Angklung
Faktor Yang Berkaitan Dan Mempengaruhi
Motivasi samb.
•Motivasi dengan naluri dan inkuiri
penggerak yang amat bernilai untuk memperolehi ilmu
pengetahuan
naluri kanak-kanak adalah diwarisi secara semulajadi
ditimbulkan daripada rangsangan di dalam
persekitaran.
cth: naluri seorang anak yang meminati kopi kerana
ayahnya meminati kopi

inkuiri itu dianggap sebagai motivasi manusia.


tingkah laku manusia yang ingin mencuba, menjelajah,
mencipta dan mereka bentuk.
cth : adik beradik Wright yang mencipta kapal
terbang
Faktor Yang Berkaitan Dan Mempengaruhi
Motivasi samb.
•Motivasi dengan desakan dan keperluan
desakan ialah tindakan atau perubahan tingkah laku
akibat satu-satu keperluan fisiologi yang tidak dipenuhi.

kecenderungan untuk mengekalkan keseimbangan


sesuatu keadaan fisiologi seperti lapar dan dahaga.

keperluan ialah keinginan memenuhi kekurangan


seseorang individu dari aspek fisiologi dan psikologi
Faktor Yang Berkaitan Dan Mempengaruhi
Motivasi samb.

KEPERLUAN

MOTIVASI TINGKAH LAKU

DESAKAN
Faktor Yang Berkaitan Dan Mempengaruhi
Motivasi samb.
•Motivasi dengan sikap, harapan dan aspirasi
sikap ialah sesuatu perkara yang dibentuk daripada
kefahaman, perasaan dan tindakan.
sikap positif terhadap sesuatu perkara.
cth: menerima teguran kerana mengunyah chewing
gum di dalam kelas

Harapan ialah merujuk kepada ramalannya yang


subjektif sama ada berlaku atau tidak.
Sekiranya ramalan tidak selaras dengan pengalaman
kognitifnya perasaannya akan mengalami keadaan
yang ketidakseimbangan yang mengubah motivasi
yang terdahulu.
Faktor Yang Berkaitan Dan Mempengaruhi
Motivasi samb.

Aspirasi merujuk kepada penilaian yang subjektif


iaitu setakat mana objektif pencapaiannya ke atas
sesuatu tugasan yang dilakukan.
Cth: Abu yang meramal dirinya akan
memperolehi 5A dalam PMR berdasarkan
keputusan peperiksaan percubaan PMR beliau
mendapat 4A.
TEORI MOTIVASI

TEORI KEPERLUAN TEORI PELAZIMAN OPERAN


MASLOW SKINNER

Abraham Maslow B. F. Skinner


•dilahirkan di Brooklyn, New York •dilahirkan di Susquehanna,
dalam tahun 1908. Pennsylvania, pada tahun 1904.
•mendapat ijazah pertama dan •mendapat ijazah pertama dan
PhD dari Universiti Wisconsin PhD dari Universiti Harvard
dalam tahun 1934. dalam tahun 1932.
•meninggal dunia di usia 62 •meninggal dunia pada tahun
tahun akibat penyakit serangan 1990 akibat penyakit leukemia
jantung
TEORI KEPERLUAN MASLOW

•Definisi
mengenai keperluan manusia yang digambarkan
dalam bentuk piramid kehidupan.

ada 5 keperluan manusia yang masing-masing


menempatkan kedudukan di dalam piramid kehidupan

keperluan-keperluan manusia itu berperingkat-


peringkat.

sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak


mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih
rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu.
TEORI KEPERLUAN MASLOW samb.
TEORI KEPERLUAN MASLOW samb.

1. Keperluan Fisiologi

• Peringkat ini merupakan keperluan yang paling


asas.
• Keperluan asas ini merangkumi apa yang
diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti
keperluan mendapatkan makanan, minuman dan
tempat tinggal.
• Cth: pelajar-pelajar yang mendapat kurang
makanan tidak dapat menumpukan perhatian yang
sepenuhnya terhadap pelajaran mereka.
TEORI KEPERLUAN MASLOW samb.

2. Keperluan Keselamatan

• Ada individu yang kurang mempunyai keperluan ini


dan menjadikannya lebih gemar bersendirian, tetapi
ada individu yang mempunyai keperluan ini dengan
kuatnya sehingga menjadikannya bergantung di
dalam banyak hal kepada orang lain.
• Cth: Pelajar-pelajar memerlukan keselamatan
daripada seorang guru iaitu dalam bentuk disiplin.
TEORI KEPERLUAN MASLOW samb.

3. Keperluan Kasih-sayang

• Pada peringkat ini, hubungan yang mesra, kasih


sayang, dan perasaan diri amat diperlukan.
• Cth: pelajar kadang-kadang akan berasa terganggu
apabila terjadi perkelahian atau perbalahan antara
satu sama lain.
TEORI KEPERLUAN MASLOW samb.

4. Penghargaan Kendiri

• Keperluan nilai diri atau harga diri akan memainkan


peranan yang penting untuk mendorong seseorang
individu untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh.
• Keperluan nilai diri ini adalah seperti keperluan
seseorang individu untuk merasakan dirinya dihormati
dan dihargai.
• Cth: Murid yang diterima kerap kali memperolehi prestasi
akademik yang tinggi berbanding individu yang tidak
diterima rakan sebaya. Murid yang diterima merasai diri
mereka dihargai, dikasihi dan bernilai.
TEORI KEPERLUAN MASLOW samb.

5. Penghakikian Kendiri

• Penghakikian kendiri bermaksud apa yang seseorang itu


boleh jadi, ia mesti jadi, iaitu potensinya dilahirkan.
• Anggapan dan pendapat itu adalah berasaskan
kepekaan dan kesedaran tentang kekuatan dan
kelemahannya.
• Kesedaran itu pula lahir daripada maklum balas atau
gerak balas sepanjang pergaulan, sosialisasi atau
interaksi dengan individu lain.
• Adalah peringkat yang paling tinggi dan hanya diperolehi
apabila semua keperluan peringkat bawah itu telah
dipenuhi.
TEORI KEPERLUAN MASLOW samb.

•cth: pelajar berusaha untuk mencapai peringkat


penyempurnaan kendiri, maka mereka mesti belajar
dengan tekun, bersungguh-sungguh, serta
melipatgandakan usaha melalui arah yang tegas dan
berdisiplin.
TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER

•Definisi
satu teori rangkaian yang berasaskan rangsangan
dan gerak balas.

Rangsangan ini berkait rapat dengan motivasi


kerana setiap tindak balas akan mendapat ganjaran.
TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER samb.

•EKSPERIMEN 1
a) 1 kotak yang direka khas yang di dalamnya
terdapat 2 perkataan “PEAK dan “TURN” dan jika
perkataan itu dipatuhi makanan akan dikeluarkan.
b) Seekor burung merpati diletakkan ke dalamnya
dan mencari makanan di tempat makanan.
c) Malangnya makanan tiada dan burung tersebut
kena patuhi perkataan yang terpapar di dinding
kotak. Apabila perkataan itu dipatuhi, makanan
akan dikeluarkan.
d) Ini diulang beberapa kali dan burung itu sudah
dapat mempelajari bahawa apabila ia lapar ia akan
mematuhi perkataan yang terpapar untuk
dapatkan makanan.
TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER samb.

•Proses tadi dinamakan sebagai pembelajaran melalui


pelaziman operan.

•APLIKASI DALAM PENDIDIKAN


Pelajar harus mencari inisiatif sendiri untuk
bertindak dalam aktiviti dan bukan disebabkan oleh
sesuatu rangsangan dari luar.
Jangan menjadi seperti pahat, bila diketuk baru
nak memahat papan.
TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER samb.

•EKSPERIMEN 2
a) 1 kotak dipasangkan dengan lampu khas.
b) Burung merpati hanya dapat mendapat makanan
jika ia mematuk tuas masa lampu dipasang.
c) Makanan tidak dikeluarkan semasa lampu tidak
dipasang.
d) Dalam beberapa percubaan, burung itu dapat
mengenalpasti bahawa lampu tersebut sebagai
satu prasyarat untuk dapatkan makanan
TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER samb.

•APLIKASI DALAM PENDIDIKAN


Pelajar sentiasa membuat ulangkaji selama sejam
sehari dan akibatnya mendapat gred B dalam
peperiksaan.
Ubah strategi dengan mengulangkaji selama 2 jam
dan akibatnya mendapat gred A dalam peperiksaan.
Jika ulangkaji semula selama sejam, jadi gred akan
menurun.
Ini menunjukkan bahawa aplikasi yang baik akan
membantu pelajar dan sebaliknya.
TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER samb.

•PENEGUHAN POSITIF

Definisi : memperolehi tingkah laku baik daripada


pelajar dengan menggunakan maklum balas yang
betul.

cth: memberi ganjaran yang mendorong pelajar


untuk membuat baik.
TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER samb.

•PENEGUHAN NEGATIF

Definisi : denda atau hukuman bagi menghalang


pelajar melakukan tingkah laku bermasalah

cth: masa rehat dipendekkan selama lima minit


berbanding kawan-kawan yang lain.
TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER samb.

walaubagaimanapun, terdapat peneguhan negatif


yang tidak mengubah pelajar yang melakukan tingkah
laku bermasalah.

cth: cikgu mengejek seseorang pelajar di hadapan


pelajar kerana tidak dapat menjawab soalan
KESAN MOTIVASI KEPADA MURID

•Menarik perhatian pelajar


Pelajar yang mempunyai aras motivasi yang tingi
akan sentiasa memberi perhatian di dalam kelas.

•Menimbul dan mengekalkan minat pelajar


Motivasi guru akan menimbulkan minat pelajar
terhadap pelajaran yang disampaikan.

•Motivasi dapat menimbulkan perasaan ingin tahu


Cth: Cikgu Siti memulakan pelajarannya dengan
menyatakan cahaya matahari adalah perlu untuk
tumbuh-tumbuhan.
KESAN MOTIVASI KEPADA MURID samb.

• Motivasi menggalakkan semangat persaingan


Motivasi yang diusahakan oleh guru dalam bentuk
pemberian hadiah.

•Motivasi menghasilkan suasana pembelajaran yang


menggembirakan
Dengan adanya motivasi, pelajar-pelajar didorong
untuk belajar kerana minat dan bukan kerana
paksaan.

•Motivasi menghasilkan pembelajaran yang bermakna


Guru cuba mengaitkan pelajaran dengan minat,
perasaaan ingin tahu dan perasaan meneroka pada
pelajar-pelajar.
KESAN MOTIVASI KEPADA MURID samb.

•Motivasi membantu pencapaian objektif pembelajaran


Pelajar yang berminat untuk belajar, dapat
mempercepatkan pembinaan konsep yang seterusnya
membantu pencapaian objektif pembelajaran.
CARA GURU MENINGKATKAN MOTIVASI
KEPADA PELAJAR

•Persekitaran P & P
menyediakan suasana bilik darjah yang kondusif
untuk pelajarnya.

tentukan sasaran dan taraf pencapaian akademik


yang perlu dicapai oleh pelajarnya.

tentukan penglibatan pelajar-pelajar dalam semua


aktiviti pembelajaran di dalam atau di luar kelas
CARA GURU MENINGKATKAN MOTIVASI
KEPADA PELAJAR samb.

•Pembelajaran koperatif dan kolaboratif


mewujudkan suasana tolong menolong antara
pelajar.

mendorong pelajar lemah untuk meningkatkan


pencapaian kerja mereka
CARA GURU MENINGKATKAN MOTIVASI
KEPADA PELAJAR
•Peneguhan Positif dan Negatif
Peneguhan positif : mendorong pelajar untuk
mencapai matlamat dan hasil pembelajaran yang
ditetapkan oleh guru.

cth: memberi pujian atau menganugerahkan pelajar


dengan satu gelaran yang baik.

Peneguhan negatif : dapat menolong mengelakkan


tingkah laku disruptif yang boleh menghalang
kelicinan proses P & P

cth: mengasingkan tempat duduk pelajar yang


mempunyai tingkah laku bermasalah
IMPLIKASI MOTIVASI DALAM P & P

•boleh menggunakan set induksi yang menarik untuk


membangkitkan naluri ingin tahu pelajar
cth: membawa binatang arnab ke dalam kelas
semasa mengajar mata pelajaran Sains.

•suasana pembelajaran yang menyeronokkan


cth: melakukan aktiviti permainan yang
berorientasikan Matematik

•menggunakan ciri-ciri komunikasi yang positif


cth: memberi senyuman dan mengangguk kepala
semasa berinteraksi dengan pelajar
IMPLIKASI MOTIVASI DALAM P & P samb.

•mempercayai pencapaian pelajar boleh dipertingkatkan.


cth: jgn abaikan pelajar yang lemah dalam subjek
Matematik dan memberi kata-kata perangsang dan
memberi kepercayaan kepadanya.

•meningkatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti


akademik.
cth: aktiviti unit beruniform
SESI SOAL JAWAB
TERIMA KASIH
KERANA SUDI
MENDENGAR
PERSEMBAHAN
KAMI.

You might also like