1
Soalan 8:Describe the emergence of mass media and some of the effecfs that it has had on society.Pendahuluan
Media bukan sahaja merupakan cermin kepada masyarakat malahan ia juga merupakanalat perubahan kepada sesuatu masyarakat (Vir Bala Aggarwal, 2002: xvii). L. John Martin pulaberpendapat bahawa media massa merujuk kepada alat yang mewujudkan interaksi sosial,politik, dan ekonomi dalam ukuran yang lebih moden. Media haruslah menyampaikanmaklumat dan mendidik masyarakat serta menjadi medium perantaraan dalam sesuatumasyarakat (Vir Bala Aggarwal, 2002: xvii). Dalam sistem demokrasi, media merupakan sumberprimer dalam komunikasi massa (Md Sidin Ahmad Ishak, 2006: 7). Media massa pada masa kinitelah melalui arus globalisasi yang mana media kini bersifat universal dan tiada sempadan. Jenisdan fungsinya juga semakin canggih selari dengan perkembangan arus modenisasi pada masakini. Media sebaran am sudah dianggap sesuatu yang lazim, perkara yang sebati denganmasyarakat manusia moden (Mansor Ahmad Saman, 1996 : viii). Menurut John Ryan mediamassa tidak wujud secara terpisah daripada institusi yang lain dalam masyarakat (1999 : 23).
Jenis Media Massa
Media massa dapat diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu media cetak dan mediaelektronik. Media cetak terdiri daripada sumber bertulis seperti surat khabar, majalah, buku,novel, dan bahan bertaip yang lain. Manakala media elektronik pula terdiri daripada televisyen,radio, internet, blog, telefon bimbit, dan sebagainya. Perkembangan teknologi telahmeningkatkan saiz, kepantasan,, dan kecekapan media tradisional serta melahirkan bentuk-bentuk media baru khususnya yang bersifat digital dan elektronik (Md Sidin Ahmad Ishak, 2006:8). Kini televisyen telah menjadi satu medium komunikasi yang paling berpengaruh (Vir BalaAggarwal, 2002 : xvii). Teknologi baru dalam bidang penyebaran maklumat telah meningkatkankuasa dan fungsi media massa (Md Sidin Ahmad Ishak, 2006 : 8). Media Massa ini melaluiperkembangan secara berperingkat. Perkembangan yang paling ketara dapat dilihat dalam media