You are on page 1of 40

1.

PENGENALAN Kecederaan dalam sukan didefinisikan sebagai kerosakan yang disebabkan oleh

trauma fizikal yang dialami oleh tisu-tisu badan. Kecederaan sukan ini berlaku semasa bersukan, beriadah ataupun kemalangan kecil. Punca berlakunya kecederaan ini adalah disebabkan oleh latihan yang tidak mencukupi dan kurang penyesuaian dari segi latihan atau pemakaian dengan aktiviti yang dijalankan. Selain itu juga, faktor yang menyumbang kepada kecederaan dalam sukan ini ialah penggunaan alatan yang tidak sesuai. Latihan memanaskan badan yang tidak mencukupi juga menyumbang kepada kecederaan sukan. Kecederaan dalam sukan dikategorikan kepada kecederaan tisu lembut dan kecederaan tisu keras. Kecederaan pada tisu lembut ialah kecederaan yang berlaku di ligamen, tendon dan otot. Manakala kecederaan pada tisu keras pula adalah kecederaan yang berlaku pada tulang. Jenis-jenis kecederaan sukan yang biasa ditemui menurut Dr. Azaiddin Akasah (2012) ialah: Ketegangan dan kecederaan otot Kecederaan lutut Kebengkakan otot Kecederaan pada tendon Achilles Kesakitan pada tulang tibia Fraktur Kecederaan pada sendi

Sendi merupakan titik pertemuan antara tulang dengan tulang dan antara rawan dengan tulang. Permukaan tulang yang bertemu dengan tulang lain dikenali sebagai permukaan artikular. Terdapat lebih kurang 200 tulang yang saling berhubung di dalam sistem rangka manusia. Oleh itu, fungsi sendi ialah menjadikan tulang lebih fleksibel dan mudah bergerak. Ikatan antara tulang dengan tulang di sendi berlaku menerusi tisu perantara yang mudah lentur. Sendi dikelaskan kepada tiga kategori iaitu synarthrosis yang merujuk kepada sendi berserat tanpa bergerak, amphiarthrosis yang merujuk kepada sendi separa bergerak dan diarthrosis iaitu sendi sinovial atau bergerak.
1

2.0

ANATOMI SENDI

Sendi merupakan satu engsel yang membolehkan anggota tubuh badan dapat bergerak dengan baik, penghubung antara ruas tulang dengan ruas tulang yang lain sehingga membolehkan kedua tulanng tersebut dapat digerakkan.

Rajah 1 : Komponen sendi Ligamen Kapsul o Berfungsi memegang tulang o Berfiber dan sangat longgar membolehkan pergerakan bebas dilakukan o Melindungi sendi daripada kecederaan o Melekat di sepanjang batas permukaan artikular. Rawan Artikular Atau Hialin o Bahagian tulang yang bersentuhan diliputi oleh rawan hialin o Membolehkan sendi dan tulang menampung berat tubuh seseorang o Mengurangkan geseran di antara kedua permukaan tulang Kaviti Sendi o Terletak di antara permukaan artikular tulang. Khususnya di dalam kapsul

Membran sinovial o Merupakan lapisan epitelium skuamus ringkas yang menutupi permukaan dalam kapsul termasuk permukaan tulang di dalam sendi yang tidak diselaputi rawan realin o Bendalir sinovial dirembeskan oleh sendi sinovial. o Membolehkan sendi sentiasa basah dan membekalkan nutrient kepada rawan artikular o Melicinkan pergerakan sendi

Berikut merupakan pengelasan jenis-jenis sendi yang terdapat di dalam sistem sendi. 2.1 Synarthrosis (sendi berserat tanpa bergerak)

Funsi sendi Synarthrosis Merupakan sendi berserat yang tidak bergerak Menghubungkan permukaan articular tulang melalui tisu berserat Tidak mempunyai kaviti Tulang terikat rapat Mampu menyerap tekanan Membenarkan pergerakan minima Contoh: Tengkorak, dan gomphoses

Struktur sendi Fibrous Tulang bercantum dengan tisu fibrous atau kartilej secara tetap Tidak membenarkan sebarang pergerakan Contoh : Suture antara tulang-tulang tengkorak

Rajah 2: Gambar sendi di tengkorak

2.2

Amphiathrosis (sendi separa bergerak)

Fungsi sendi Amphiathrosis Sendi separa bergerak Melakukan pergerakan yang amat sedikit Menyerap tekanan Membenarkan pergerakan dibuat dalam julat tertentu Contoh : Vertebra (tulang belakang)

Struktur sendi cartilaginous Tulang-tulang disambung dengan kartilej atau diikat oleh ligamen. Membenarkan pergerakan yang terhad Contoh : simfisis pubis, sendi antara tulang rusuk dan sternum antara tibia, fibula dan radius-ulna.

Rajah 3: Gambar sendi di tulang rusuk dan sternum

2.3

Diathrosis ( sendi synovial bergerak)

Fungsi sendi Diathrosis Dua tulang atau lebih untuk membina sendi ini Merupakan sendi synovial atau bergerak Membolehkan seseorang menggerakan anggota dalam arah dan sudut yannng lebih besar Diliputi oleh kapsul ligamen Cecair synovial pada kapsul untuk mengelakkan geseran pada tulang Kapsul ligament rawan hailin untuk menampung berat badan Contoh: sendi lutut dan sendi bahu

Struktur sendi Sinovial Diselaputi oleh membrane synovial yang merembeskan cecair synovial bagi melicinkan pergerakan sendi untuk membantu memelihara sel kartilej dan mengurangkan kesan geseran antara tulang-tulang Membenarkan pergerakan berlku secara bebas antara tulang Contoh: sendi lesung, sendi engsel

Jenis-jenis sendi sinovial Sendi geser / gelungsur o sendi antara karpal dan tarsal, tempurung lutut dengan tulang paha) o tidak mempunyai paksi, maka dua permukaan datar tulang saling melongsor di antara satu sama lain

Rajah 4. Sendi gelungsur Sendi engsel o Sendi siku, lutut, pergelangan kaki dan sendi antara tulang jari. o Dinamakan engsel kerana cara pergerakan seperti engsel pintu o Boleh digerakkan pada satu arah sahaja

Rajah 5. Sendi engsel

Sendi pangsi / paksi / putar o sendi antara radius dan ulna. o Mempunyai satu paksi yang membolehkan pergerakan putaran tulang o Terdapat pada pertemuan antara sendi tulang pemutar dan atlas o Tulang atlas adalah ruas pertama pada tulang leher.

Rajah 6. Sendi pangsi Sendi kondil o sendi antara metakarpal dan falang o kondil memasuki ke dalam soket kondil

Rajah 7. Sendi kondil

Sendi pelana o Sendi antara metakarpal pada ibu jari berartikulasi dengan karpal. o Permukaan artikular kedua-dua tulang berbentuk pelana o Permukaan satu tulang berbentuk cembung dan satu lagi cekung o Boleh bergerak bebas

Rajah 8. Sendi pelana Sendi lesung o sendi bahu dan sendi paha o dapat digerakkan dari segala arah o permukaan artikular tulang berbentuk bulat dan boleh dimasukkan ke dalam soket tulang lain yang berbentuk cawan

Rajah 9. Sendi lesung


9

Bahagian Sendi Yang Sering Tercedera i) Sendi humeroscapular(bahu) Merupakan sendi yang bergerak secara bebas ke seluruh arah dalam badan kita. Disokong oleh ligamen dan tendon. Ciri-ciri sendi bahu: Perbandingan antara permukaan mangkok sendinya dengan kepala sendinya tidak setanding Kapsul sendinya relatif lemah. Otot-otot pembungkus sendinya relatif lemah, seperti otot supraspinatus, infrepinatus, teres minor dan subscapularis. Gerakannya yang luas. Kestabilan sendinya relatif kurang stabil.

Rajah 10. Sendi humeroscapula ii) Sendi siku(elbow joint) sendi siku dibentuk oleh tiga potong tulang iaitu tulang humerus,ulna dan radius yang saling berhubungan dalam satu rongga sendi yang bersama-sama. Dua gerakan iaitu fleksi/ekstensi/rotasi dan pronasi dan supinasi. Gerakan fleksi dan ekstensi terjadi antara tulang humerus dan lengan bawah(radius dan ulna). Gerakan pronasi dan supinasi terjadi kerana radius berputar pada tulang ulna, sementara itu radius juga berputar pada boros bujurnya sendiri. Gerak sendi siku terjadi pada tiga buah sendi terpisah:
10

Sendi

lesung-persendian

yang

memungkinkan

pergerakan

ke

segala

arah.Contohnya hubungan tulang lengan atas dengan tulang belikat. Sendi engsel-persendian yang memungkinkan gerakan satu arah.Contohnya sendi siku antara tulang lengan atas dan tulang hasta Sendi pangsi di antara ulna dan radius.

Rajah 11. Sendi siku iii) Sendi pinggul(hip joint) Merupakan sendi triaxial iaitu boleh membuat pergerakan dalam tiga arah. Dicipta untuk kestabilan dan penyebaran berat badan di anggota bawah. Pelvik dibentuk oleh tiga tulang utama iaitu tulang ilium, tulang ischium dan tulang pubik. Terdapat tiga sendi di kawasan pelvik iaitu sendi sakroiliak, sendi pinggul dan sendi sakrokoksigeal.

Rajah 12. Sendi pinggul

11

iv) Sendi lutut(knee joint) Sendi lutut dibentuk dari tiga buah tulang iaitu tulang femur, tulang tibia, tulang fibula dan tulang patella.

Rajah 13. Sendi lutut

v) Sendi buku lali(ankle joint) Sendi ini menghubungkan jari kaki dengan kaki. Sendi ini membolehkan kaki bergerak ke atas dan bawah, gerakan dari dalam ke luar atau dari luar ke dalam. Otot, tendon dan ligamen yang mengelilingi sendi ini membolehkan manusia melakukan pergerakan seperti berjalan dan berlari.

Rajah 14. Sendi buku lali


12

3.0

JENIS KECEDERAAN SENDI

Risiko kecederaan mungkin akan berlaku semasa aktiviti sukan atau aktiviti harian. Berikut merupakan antara jenis kecederaan sendi yang berlaku ke atas seseorang yang melibatkan diri secara aktif di dalam sukan. 3.1 Artritis

Adakah anda tahu terdapat lebih daripada satu jenis artritis? Malah , terdapat lebih daripada 100 jenis artritis. Ia adalah satu keadaan yang menjejaskan lebih daripada 46 juta orang dewasa Amerika Syarikat - nombor itu dijangka meningkat kepada 67 juta orang dewasa menjelang tahun 2030. Definisi: Penyakit radang sendi, penyakit artritis Jenis Utama Artritis: Osteoarthritis - dikenali sebagai "haus dan lusuh" artritis Reumatoid Artritis - satu jenis keradangan artritis yang berlaku apabila sistem pertahanan badan tidak berfungsi dengan betul Psoriatik Artritis - Penyakit kronik yang dapat dicirikan melalui keradangan kulit (psoriasis) dan sendi (artritis)

13

i) -

Osteoartritis Dikenali sebagai penyakit sendi degeneratif atau artritis degeneratif. Ditemui pada bahagian sendi yang menanggung berat badan seperti lutut, pinggul, kaki dan tulang belakang.

Rajah 15. Bahagian sendi yang kebiasaan mendapat osteoarthritis.

Rajah 16. Perbezaan sendi lutut yang sihat dengan sendi lutut yang mengalami osteoarthritis

14

Faktor Berisiko Untuk Mengidap Osteoartritis o Penggunaan sendi secara berlebihan o Sendi yang tidak sejajar/abnormal o Akibat daripada aktiviti sukan (kecederaan dari sukan dan olahraga) o Obesiti o Penuaan o Menukar beban (meletakkan berat badan pada satu lutut atau pinggul o Berat beban, penggunaan sendi yang berterusan o Kecederaan sendi oleh lain-lain jenis artritis o Pembedahan lutut o Osteoartritis di bahagian tangan sering diwarisi dan sering berlaku pada wanita pertengahan umur.

Tanda-tanda Osteoartritis o Kesakitan o Kesukaran memakai pakaian o Kesukaran menggenggam objek o Kesukaran untuk duduk atau membongkok o Sendi berasa panas apabila disentuh o Kekejangan waktu pagi o Sakit ketika berjalan o Kekejangan selepas berehat o Bengkak sendi o Pergerakan yang terbatas pada sendi

Kesan o Bahagian rawan pada tulang akan beransur-ansur rosak. o Tidak berfungsi dalam menyerap hentakan pada sendi o Kesakitan pada sendi semasa bergerak o Bunyi parutan atau geseran akan terhasil apabila permukaan rawan yang kasar bertemu di bahagian tulang
15

o Bengkak dan radang boleh berlaku sebagai tindak balas kepada kerosakan tulang rawan.

ii) -

Rheumatoid Artritis Merupakan penyakit auto imun Sistem imun menyerang bahagian-bahagian badan Keradangan kronik boleh menyebabkan kerosakan yang sendi yang teruk serta kecacatan

Rajah 17. Visual sendi bagi osteoarthritis dan rheumatoid arthritis

16

Penyebab Rheumatoid Artritis o Beberapa sel-sel badan sendiri yang mengenalpasti bahawa satu protein sebagai penceroboh asing o Nama protein yang terlibat dalam artritis reumatoid belum ditemui o Sesetengah pakar percaya sistem imun menjadi " keliru " selepas jangkitan bakteria atau virus dan mula menyerang tisu sendi yang normal o Sel-sel imun tertentu yang dikenali sebagai limfosit dirangsang untuk bertindak balas terhadap protein ini. o Tindak balas ini menyebabkan pembebasan cytokines, yang mana adalah penyampai kimia yang mencetuskan lebih keradangan dan kemusnahan. o Pertembungan antara bahan kimia badan berlaku terutamanya pada sendi, tetapi ia boleh merebak ke kawasan-kawasan badan yang lain .

Tanda-tanda Rheumatoid Artritis o Berlaku kesakitan pada seluruh badan o Keletihan o Hilang selera makan o Kekejangan serta bengkak di bahagian tangan, pergelangan tangan, siku, bahu, lutut, buku lali, kaki, rahang dan leher. o Kekejangan pada waktu pagi

Kesan o Hilang berat badan o Tubuh badan menjadi lemah o Demam, ruam, dan juga penglibatan jantung atau paru-paru serta mata o Keradangan dalam organ lain o Boleh merebak dari sendi ke kawasan badan yang lain o Cenderung untuk terlibat dalam corak simetri (tulang buku jari di tangan kiri membengkak, tulang buku jari di tangan kanan juga akan membengkak) o Bahagian sakit terasa panas apabila disentuh (banyak sendi yang terlibat dan membengkak)
17

iii) -

Psoriatik Artritis Penyakit kronik yang dapat dicirikan melalui keradangan kulit (psoriasis) dan sendi (artritis) Boleh berlaku di hujung siku dan lutut, kulit kepala, pusat, dan kulit di sekitar kawasan kemaluan dan dubur

Rajah 18. Psoriatik Artritis pada tangan dan jari Penyebab o Bermula dari keradangan kulit dan sendi Tanda o Kawasan keradangan membengkak dengan warna merah dan putih o Keradangan kulit bersisik Kesan o Keradangan pada sendi o Jari menjadi bengkak dan jari kaki berbentuk sosej o Kuku menjadi rosak dan berubah warna

18

3.2 -

Bursitis Bursitis merupakan salah satu daripada kecederaan yang berlaku dalam sukan yang melibatkan kecederaan sendi lembut kepada ahli sukan semasa beraksi. Ianya berlaku pada bahagian sendi lutut, siku, bahu, buku lali dan juga punggung. Bursa adalah kantung yang berisi cecair yang terdapat pada kawasan geseran antara tisu, seperti tendon dan tulang. Ia akan membengkak sekiranya berlaku hentaman yang kuat atau sentuhan berulangan di kawasan tersebut semasa melakukan aktiviti seperti berlari, melompat atau melontar atau mengangkat sesuatu melebihi kepala.

Rajah 19 dan rajah 20. Bursitis di bahu

19

Jenis-jenis Bursitis i) Bahu (Subacromial Bursitis) Definisi Kesakitan pada tempat atau ketegangan akibat daripada keradangan di bursa dan tendon antara tulang bahu. Penyebab Penggunaan secara berlebihan pada bahagian lengan seperti melempar atau bermain tennis. Terjatuh dengan menghempap pada bahagian bahu Keradangan pada bahagian cuff pemutar

Simptom Kesakitan pada bahagian bahu apabila penggunaan sendi secara berlebihan Bunyi pergeseran pada bahagian bahu Tiada tanda bengkak Selalu rasa ketegangan pada bahagian bahu

Kesan Menghadkan pelbagai pergerakan bahu disebabkan hentaman dan keadaan ini menyebabkan sakit di sebelah atau hadapan bahu. Apabila melakukan aktiviti mengangkat bebanan melebihi aras kepala akan berasa tidak selesa. Kesakitan akan menjadi lebih serius pada waktu malam.

Kecendurangan Kepada Atlet: Pemain tenis

Rajah 21. Subacromial bursitis

20

ii) Siku (Elbow Bursitis) o Radang kantung 21ender synovial pada hujung siku, o Radang kandung 21ender olecranon adalah bentuk yang paling biasa ditemui. Definisi Keradangan pada bahagian siku

Penyebab Hentakan atau penggunaan yang berlebihan pada sendi siku

Simptom Kesakitan pada bahagian belakang siku

Kesan Bengkak secara tiba-tiba di bahagian belakang siku Ada benjolan pada bahagian belakang siku Benjolan tersebut terasa panas Kesakitan akan berlaku jika siku dibengkokkan kerana kenaikan ketegangan bursa pada bahagian ini

Kecenderungan Kepada Atlet: Gusti lengan

Rajah 22. Elbow bursitis


21

iii) Lutut (Knee Bursitis) o Radang kandung lendir di hadapan permukaan tempurung lutut (prepatellar). o Bengkak pada bahagian hadapan permukaan tempurung lutut boleh disebabkan oleh trauma kronik seperti melutut atau tamparan akut lutut. o Radang kandung lendir Arserine atau bursa arserine adalah berbentuk kipas dan terletak antara tiga tendon utama dalam lutut. Definisi Keradangan pada bahagian sendi lutut

Penyebab Penggunaan sendi lutut secara berlebihan Ini biasa berlaku apabila kedudukan lutut dikekalkan dalam suatu keadaan yang sama dalam masa panjang Latihan berpanjangan

Simptom Bengkak boleh berlaku sehingga tujuh ke sepuluh hari selepas tamparan tunggal di kawasan tersebut akibat terjatuh.

Kesan Kesakitan biasanya berlaku apabila lutut dibengkokkan dan menyusahkan pesakit terutamanya pada waktu malam. Kesakitan boleh mencapai sehingga ke paha dalam dan pertengahan betis terutamanya semasa menaiki tangga, keterlaluan membuat lenturan dan melanjutkan pergerakan.

Kecenderungan Kepada Atlet: Atlet jarak jauh

Rajah 23. Knee bursitis

22

iv) Pinggul (Trochanteric Bursitis) Definisi Keradangan pada bahagian luar (lateral) tepi tulang pinggul, kesakitan dan lemah pada bahagian pinggul Penyebab Lari jarak jauh atau menunggang basikal menyebabkan otot tendon mengalami geseran yang berlebihan pada bahagian tepi tulang pinggul dan menyebabkan keradangan atau bursa Atlet yang mempunyai masalah penjajaran (alignment) kaki,

penggunaan kasut secara berlebihan pada bahagian tumit sisi. Simptom Wujud kesakitan pada bahagian tepi pinggul Bengkak pada bahagian luar pinggul Tidak merasa kekebasan Sakit dapat dilegakan dengan rehat Tidak merasa sakit apabila bersin dan batuk

Kecenderungan Kepada Atlet: Peluncur ais

Rajah 24. Trochanteric Bursitis

23

4.0

CARA RAWATAN KECEDERAAN SENDI

Berikut merupakan cara rawatan bagi kecederaan sendi. 4.1 i) Artritis Osteoarthritis Penyakit osteoarthritis perlu didiagnos sebelum dirawat. Cara untuk mendiagnos osteoarthritis ialah: Ujian darah darah diambil untuk mengetahui bagaimana keadaan tubuh badan bekerja. X-ray melakukan arthrogram MRI Suntikan pengambilan cecair dari sendi untuk mengetahui sama ada menghidap osteoarthritis atau tidak Cara rawatan untuk penyakit osteoarthritis Ubat-ubatan Acetaminophen untuk mengurangkan kesakitan.

Pengambilan secara berlebihan akan menyebabkan kerosakan pada paru-paru NSAIDS (Nonsteroidal anti-inflammatory drugs) untuk mengurangkan kesakitan. Pengambilan secara

berlebihan akan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan pendarahan dalam perut. Ubat penahan sakit untuk mengurangkan kesakitan

Terapi fizikal Melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian untuk

meningkatkan pergerakan dan mengurangkan kesakitan. Terapi fizikal dapat meningkatkan kekuatan sendi kaki dan mengurangkan risiko kehilangan funngsi sendi.

24

ii)

Reumatoid Artritis Penyakit Reumatoid Artritis perlu didiagnos sebelum diberikan rawatan. Walau bagaimanapun, Reumatoid Artritis sukar didiagnos kerana: Tiada ujian yang spesifik untuk penyakit ini Simptom berkemungkinan boleh menjadi sama seperti penyakit sendi yang lain. Reumatoid Artritis memerlukan masa untuk menunjukkan tanda-tanda sepenuhnya. Cara rawatan untuk Reumatoid Artritis ialah: Pendidikan pesakit Merubah cara hidup Ubat-ubatan Pembedahan Kerap berjumpa dengan doktor Terapi alternatif

iii)

Psoriatik Artritis Cara rawatan untuk Psoriatik Artritis NSAIDs ubat tahan sakit untuk mengurangkan kesakitan DMARDs (Disease-modifying antirheumatic drug merupakan ubatan yang lebih kuat apabila ubat yang ringan tidak berkesan Terapi biologi 4 ubat yang dibenarkan dalam terapi ini ialah Enbrel, humira, remicade dan simponi. Penggunaan ubatan ini melemahkan sistem imun dan mendedahkan kepada jangkitan Terapi fizikal

25

4.2

Bursitis

Bagi penyakit bursitis pula, rawatan awal bagi penyakit ini adalah menggunaan prinsip dan prosedur bantu mula: i) T.O.T.A.P.S T (Talk) Tanya soalan yang sesuai kepada mangsa. Sebagai contoh: apakah yang telah berlaku? Soalan ini membantu pembantu mula mengetahui sedikit latar belakang kemalangan dan keadaan mangsa Dapat menenangkan mangsa dengan bercakap dan mendapat maklumat yang diperlukan. Jawapan mangsa membolehkan pembantu mula fokus pada bahagian yang cedera. O (Observe) Beri perhatian pada pernafasan dan denyutan nadi mangsa sama ada normal atau tidak. Perhatikan pada wajah mangsa sama ada pucat atau terkejut. Perhati dan kesan tanda-tanda kecederaan seperti luka, lebam, bengkak atau sesuatu yang tidak normal di bahagian yang tercedera. T (Touch) Melalui sentuhan dapat merasa keadaan seperti bengkak, lembut atau yang tidak normal Sentuh bahagian badan mangsa yang cedera dengan berhatihati Minimunkan pergerakan pada anggota yang cedera

A (Active) Arahkan dan minta mangsa supaya menggerakkan anggota yang cedera.

26

Mangsa melakukan pergerakan secara aktif tanpa bantuan dan sekiranya sakit, rujuk kepada pakar perubatan dengan segera

P (Passive) Bantu mangsa sekiranya mangsa tidak dapat menggerakkan anggota sendiri. Beritahu mangsa untuk menggerakkan anggotanya. Gerakkan bahagian cedera dengan perlahan-lahan.

S (Skill) Arahkan pesakit lakukan pergerakan asas seperti berjalan.

ii)

R.I.C.E R (Rest) Rehatkan bahagian yang tercedera Kekalkan berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak menggerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan lebih teruk I (Ice) Letakkan ais pada bahagian yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah. Dapat mengehadkan pendarahan dan proses bengkak daripada berlaku. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit

C (Compression) Memberikan tekanan. Balut bahagian yang tercedera dengan pembanlut atau bandage bagi mengelak bengkak. Semakin kurang bengkak, semakin kurang rasa sakit dan mempercepatkan proses penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.

27

E (Elevation) Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung. Ia mampu mengurangkan bengkak dari berlaku

Rawatan menggunakan ais membantu merawat kecederaan semasa bersukan. Caranya adalah dengan memasukkan ketulan ais ke dalam beg plastik atau beg ais dan tekap bahagian yang tercedera. Beg plastik mudah mengikut bentuk kebanyakan sendi-sendi. Ini dipanggil Cold Compression. Untuk mengelakkan kulit melecur, sapukan minyak zaitun atau minyak kelapa di bahagian terlibat sebelum meletakkan ais. Jika berada di rumah, bagi kecederaan kecil, gunakan air bagi menggantikan ketulan air.

28

5.0

LANGKAH MENGATASI KECEDERAAN SENDI

Berikut merupakan langkah-langkah dalam mengatasi kecederaan sendi. 5.1 Artritis

Berikut merupakan cara atau langkah dalam mengatasi kecederaan sendi bagi penyakit Osteoartritis, Reumatoid Artritis, dan Psoriatik Artritis. Melakukan aktiviti yang tidak melibatkan banyak tekanan kepada sendi Sebagai contoh, berenang dan berjalan Melakukan aktiviti pemulihan untuk mengekalkan kelenturan dan kekuatan otot Guna pembalut elastik pada bahagian keradangan semasa sakit atau membengkak. Guna ais semasa sakit dan sendi membengkak. Kurangkan berat badan Jangan gunakan kasut yang bertumit tinggi Jauhkan daripada permukaan jalan yang kasar semasa berjalan, berlari atau semasa melakukan aktiviti riadah. Mengurangkan berat badan Senaman

29

5.2

Bursitis

Berikut merupakan cara atau langkah dalam mengatasi kecederaan bagi sendi bahu (subacromial bursitis), siku (elbow bursitis), lutut (knee bursitis) dan pinggul (Trochanteric Bursitis) i) Bahu (subacromial bursitis) Minimakan aktiviti yang memerlukan balingan Aplikasikan pergerakan yang sederhana pada bahu Letakkan ais pada bahagian bahu semasa sakit atau selepas melakukan latihan. Gunakan haba pada bahagian otot sebelum bermain untuk merelakskan otot.

ii)

Siku (elbow bursitis) Letakkan ais pada bahagian siku semasa sakit atau selepas bermain Memakai elbow pad bagi aktiviti yang melibatkan penggunaan siku

iii)

Lutut (knee bursitis) Elakkan dari sebarang aktiviti yang memberikan tekanan terlampau pada sendi lutut Kurangkan berat badan Gunakan ais pada bahagian sakit untuk mengurangkan sakit dan pembengkakan. Makan makanan yang tinggi karbohidrat dan rendah lemak

iv)

Pinggul (trochanteric bursitis) Elakkan membuat pusingan yang melampau semasa berjalan Elakkan dari berjalan jarak jauh semasa dalam kesakitan Lakukan latihan angkat berat untuk menguatkan otot hadapan dan tepi Elakkan daripada memakai kasut bertumit tinggi

30

6.0

KESIMPULAN

Malang tidak berbau. Itu adalah perkataan yang sering dikaitkan dengan semua jenis kemalangan atau kecelakaan. Dalam bidang sukan, sememangnya kemalangan sering dikaitkan dengan kecederaan yang dialami pemain. Kesemua jenis sukan mempunyai risiko dan bahaya yang tersendiri. Permainan atau sukan yang lasak sering dikaitkan dengan kecederaan-kecederaan berat dan ini akan memberi tanggapan yang salah terhadap sukan tersebut. Oleh itu, pengetahuan yang tinggi dalam sukan yang diceburi, tidak kira peraturan permainan, disiplin serta penglibatan otot-otot yang tertentu, akan dapat mengurangkan risiko kecederaan sukan dan atlet serta pemain dapat melakukan aktiviti yang digemari tanpa rasa takut. Kecederaan pada bahagian sendi boleh dielakkan dengan senaman yang khusus untuk menguatkan bahagian sendi. Oleh itu, sentiasa berwaspada pada risiko-risiko yang boleh dialami semasa aktif dalam sukan atau permainan.

31

7.0

AMALI RAWATAN KECEDERAAN SENDI

Bagi merawat kecederaan artritis dan bursitis, terdapat dua turutan bantu mula yang boleh digunakan iaitu TOTAPS dan RICE. Namun penggunaan rawatan bantu mula ini bergantung kepada tahap kecederaan yang dialami pesakit. Jadual 1. Rawatan bantu mula Rawatan Bantu Mula

Gambar

T (Talk) Tanya soalan yang sesuai kepada mangsa. Sebagai berlaku? Soalan ini membantu sedikit pembantu latar mula contoh: apakah yang telah

mengetahui

belakang

kemalangan dan keadaan mangsa Jawapan mangsa membolehkan pembantu mula fokus pada bahagian yang cedera.

O (Observe) Beri perhatian pada pernafasan dan

denyutan nadi mangsa sama ada normal atau tidak. Perhati dan kesan tanda-tanda kecederaan seperti luka, lebam, bengkak atau sesuatu yang tidak normal di bahagian yang

tercedera

T (Touch) Melalui sentuhan dapat merasa keadaan seperti bengkak, lembut atau yang tidak
32

normal Sentuh bahagian badan mangsa yang cedera dengan berhati-hati Minimumkan yang cedera pergerakan pada anggota

A (Active) Arahkan dan minta mangsa supaya

menggerakkan anggota yang cedera. Mangsa melakukan pergerakan secara aktif tanpa bantuan dan sekiranya sakit, rujuk kepada pakar perubatan dengan segera

P (Passive) Bantu mangsa sekiranya mangsa tidak dapat menggerakkan anggota sendiri. Beritahu Gerakkan mangsa untuk menggerakkan

anggotanya. bahagian cedera dengan

perlahan-lahan.

S (Skill) Arahkan pesakit lakukan pergerakan asas seperti berjalan.

33

Namun,apabila pesakit tidak dapat melakukan pergerakan dengan sendiri iaitu pada bahagian Active, maka pembantu mula akan terus melakukan rawatan bantu mula yang seterusnya iaitu RICE. Jadual 2. Rawatan bantu mula RICE Rawatan Bantu Mula

Gambar

R (Rest) Rehatkan bahagian yang tercedera Kekalkan berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang

selesa dan tidak menggerakkan bahagian tersebut bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan lebih teruk

I (Ice) Letakkan ais pada bahagian yang tercedera. Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah. Dapat mengehadkan pendarahan dan proses bengkak daripada

berlaku. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit

34

C (Compression) Memberikan tekanan. Balut bahagian yang tercedera

dengan pembanlut atau bandage bagi mengelak bengkak. Semakin kurang bengkak, semakin kurang rasa sakit dan proses

mempercepatkan penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.

E (Elevation) Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari paras jantung. Ia mampu mengurangkan bengkak dari berlaku

Kedua-dua rawatan awal ini dapat dilakukan dengan mudah dan efisien. Namun bagi kecederaan yang lebih kronik, pesakit perlulah dihantar ke hospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan lanjut.

35

7.1

Amali Rawatan Bantu Mula Artritis

Situasi Fuhad adalah pelari marathon yang sentiasa berlatih tanpa mengenal rasa jemu. Latihan yang dijalankan membuatkan Fuhad kurang berehat dan dan sistem tubuh tidak sempat pulih dari kelesuan dan keletihan. Satu hari ketika Fuhad menjalani latihan marathonnya, Fuhad mengalami kesakitan yang amat sangat dan bengkak pada bahagian lutut kanannya. Untuk pengetahuan, Fuhad pernah mengalami kecederaan pada bahagian ligament sewaktu usia mudanya. Rawatan Bantu Mula TOTAPS 1) Pindah mangsa ke tempat yang teduh dan selamat. 2) Gunakan kaedah TOTAPS untuk mengetahui apa jenis kesakitan. 3) Menanyakan mangsa mengenai apa yang terjadi dan sakit pada bahagian mana. 4) Melihat bahagian yang sakit dan periksa jika ada tanda-tanda simptom penyakit. 5) Menyentuh bahagian yang sakit untuk memeriksa tahap kecederaan mangsa. 6) Menyuruh mangsa melakukan pergerakan pada bahagian yang sakit dengan sendiri. 7) Membantu mangsa melakukan pergerakan jika mangsa tidak dapat

melakukannya dengan sendiri. 8) Menyuruh mangsa melakukan pergerakan asas seperti berjalan. RICE 1) Menyuruh mangsa untuk berehat dan tidak menggerakkan bahagian badan yang tercedera.

36

2) Menekap bahagian yang tercedera atau bengkak dengan ais bagi mengecilkan salur darah yang menyebabkan kebengkakan. 3) Membuat balutan untuk memberikan tekanan pada bahagian yang tercedera bagi meminimumkan pergerakan pada bahagian yang tercedera. 4) Mengampu atau meletakkan bahgian yang tercedera tinggi sedikit dari aras jantung untuk mengelakkan bengkak daripada berlaku. Jika mangsa tidak dapat melakukan pergerakan AKTIF pada bahagian TOTAPS, pembantu mula boleh terus melakukan RICE dan menghantar mangsa ke hospital dengan segera untuk rujukan dari pakar.

37

7.2

Amali Rawatan Bantu Mula Bursitis

Badrul merupakan seorang atlet gusti lengan. Beliau kerap menjalani latihan untuk meningkatkan lagi prestasinya. Ketika dalam pertandingan gusti lengan, beliau mengalami kesakitan pada bahagian sikunya apabila beliau cuba untuk

membengkokkan siku. Rawatan Bantu Mula TOTAPS 1. Bertanyakan kepada mangsa bahagian mana yang mengalami kesakitan. 2. Perhatikan pada bahagian yang diperkatakan oleh mangsa untuk melihat simptom kecederaan yang ada pada mangsa 3. Sentuh bahagian yang telah dikenalpasti 4. Meminta mangsa melakukan pergerakan asas sepeti membengkokkan pada bahagian sakit. 5. Mangsa tidak dapat membengkokkan pada bahagian sakit 6. Pembantu mula memberikan rawatan bantu mula. RICE 1. Meminta mangsa merehatkan bahagian yang mengalami kecederaan 2. Meletakkan ais pada bahagian yang cedera selama 15 minit. 3. Melakukan balutan kepada mangsa pada bahagian yang tercedera 4. Meninggikan bahagian yang tercedera daripada paras jantung bagi mengelakkan pembengkakan berlaku.

38

8.0

RUJUKAN

Banu Marthaiah. (2008). Kecederaan dalam sukan. Retrieved from http://banumarthaiah.blogspot.com/ Flegel, M., M. (1958). Sport first aid. Illinios: Leisure Press Champaign. Guten, G., N. (1991). Play healthy, stay healthy. England: Human Kinetics Publishers (UK) Ltd. Jezatun. (2013). Kecederaan dalam sukan. Retrieved from http://jezatun.blogspot.com/2013/04/kecederaan-dalam-sukan.html Mazlan. (2012). Sistem sendi. Retrieved from http://blogcikgumazlan.blogspot.com/2012/10/4-sistem-sendi.html OConnor, B., Budgett, R., Wells, C., & Lewis, J. (2005). Sport injuries and illnesses: their prevention and treatment. Marlborough: The Crowood Press. Oshinizumi. (2009). Pengenalan anatomi. Retrieved from http://www.slideshare.net/oshinizumi/pengenalan-anatomi Rolf, C. (2007). The sports injuries handbook: diagnosis and management. London: A & C Black Publishers Ltd. Rubben. (2001). Sendi. Retrieved from http://www.slideshare.net/Reuben200119/sendi Taylor, P., M., & Taylor, D., K. (1988). Conquering athletic injuries. Illinios: Leisure Press
William, E., P. (2010). Essentials of Athletic Injury Management (8th ed.) New York: The McGraw-Hill Companies Inc.

_____________. (2009). Kecederaan dalam sukan. Retrieved from http://www.scribd.com/doc/84116409/kecederaan-dalam-sukan?2=0 ___________. (2011). Kecederaan dalam sukan. Retrieved from http://www.scribd.com/doc/51298560/kecederaan-dalam-sukan?2=0 ___________. (2011). Osteoartrithis. Retrieved from http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id 836&Itemid=5 __________. (2007). Osteoartrithis. Retrieved from http://www.drugs.com/cg/osteoarthritis.html ___________. (2007). Osteoarthritis . retrieved from http://www.mayoclinic.com/health/osteoarthritis/DS00019/DSECTION=treatment -and-drugs
39

_________. (2010). Rheumatic Disease. Retrieved from http://www.niams.nih.gov/Health_Info/Rheumatic_Disease/rheumatoid_arthritis_f .asp ________. (2012). Psoriatic arthritis. Retrieved from http://arthritis.webmd.com/psoriatic-arthritis/psoriatic-arthritis-overview?page=2

40

You might also like