You are on page 1of 26

ISI KANDUNGAN

BIL 1.0 PENDAHULUAN 1.1 1.2 2.0 Pengenalan Konsep Peristilahan ..3.. ..3.. ..5.. PERKARA MUKA SURAT ..1.. ..2..

SEJARAH PERKEMBANGAN PERISTILAHAN 2.1 2.2 Penubuhan MABBIM Peranan DBP, MABBIM Dan Agensi Lain Dalam Perkembangan Peristilahan 2.3 2.4 2.5 2.6 Peranan MABBIM Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM)

..5.. ..6.. ..6.. ..7.. ..8.. ..10.. ..16.. ..16.. ..17.. ..17.. ..17.. ..20.. ..20.. ..20.. ..21.. ..21.. ..21.. ..22.. ..22.. ..23.. ..24..

3.0

PRINSIP PEMBENTUKAN ISTILAH 3.1 Prinsip Pembentukan Dan Penggubalan Istilah

4.0

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN ISTILAH 4.1 4.2 4.3 4.4 Sistem Ejaan Bahasa Yang Perlu Dibaiki Perubahan Tatacara Kahidupan Penyeragaman Dasar Pembentukan Istilah

5.0

PEMBENTUKAN ISTILAH PELBAGAI BIDANG 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 5.7 Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Istilah Undang Undang Istilah Komputer Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan Istilah Perhotelan Fotografi Istilah Matematik dan Statistik

6.0

RUMUSAN RUJUKAN

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Istilah adalah kata atau gabungan kata yang dengan cermat mengungkapkan konsep, proses, keadaan, atau sifat yang khas dalam bidang tertentu dan memberikan suatu pengertian. Tata istilah ialah perangkat peraturan pembentukan istilah dan kumpulan istilah yang dihasilkannya. Tata nama istilah ialah perangkat peraturan penamaan beberapa cabang ilmu seperti kimia, dan biologi beserta kumpulan nama yang dihasilkannya. Istilah umum adalah istilah yang berasal dari bidang tertentu yang karena dipakai secara luas menjadi unsur kosa kata umum. Istilah khusus adalah istilah yang maknanya terbatas pada bidang tertentu saja. Penggunaan istilah yang baik jika istilah yang dipilih tidak menyimpang dari makna dan harus mengungkapkan konsep yang sesuai yang dimaksud. Ia juga haruslah ringkas di antara pilihan yang tersedia yang mempunyai rujukan sama. Selain itu, istilah yang dipilih perlulah mempunyai nilai rasa atau konotasi yang baik. Manakala, istilah tersebut juga adalah sedap didengar atau eufonik dan sesuai dengan kaedah bahasa. Asmah Haji Omar (2000) menyifatkan istilah Bahasa Melayu merupakan pengisi kepustakaan ilmu abad ke-21. Para ahli linguistik adalah golongan yang berfungsi sebagai pakar bahasa yang membantu penilaian menentukan suatu dialek, atau bahasa khususnya dari segi piawaian morfologi dan sintaksis serta perkembangan perbendaharaan kata teknikal. Bidang peristilahan telah banyak bertumpu kepada subjek bidang khusus yang mengkaji ilmu tentang pemerolehan pengetahuan, representasi, struktur, evolusi dan unit contohnya bidang sains. Nik Safiah Karim dan Faiza Tamby Chik ( 1994: 82 ) menyatakan bahawa pembinaan istilah undang-undang, seperti pembinaan istilah bidang-bidang lain, telah dilakukan dengan prosedur yang tertentu yang telah diatur dengan agak perinci oleh DBP dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia. Menurutnya lagi, penggubalan istilah adalah kerja penterjemahan dan pemadanan. Sebenarnya, peristilahan akan membantu pengguna suatu bahasa untuk memberikan makna kepada suatu bentuk istilah yang tertentu. Bagi memastikan peristilahan ini tersusun, sistem perkamusan telah diwujudkan. Dengan adanya peristilahan, maka kita boleh membuat penilaian terhadap suatu istilah yang dihasilkan. Penstandardan suatu istilah bukanlah

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

fenomena baru dan sedia diterima pakai malah telah menyumbang kepada penyelesaian masalah khususnya dalam komunikasi. Sebagai contoh, penstandardan istilah dalam bidang sains dan matematik iaitu asid sitrik, kilogram dan sebagainya.

1.2

Konsep Peristilahan Apabila membentuk istilah baharu hendaklah digunakan akar kata Melayu. Oleh yang

demikian, istilah baharu yang dibentuk itu hendaklah menggambarkan benda atau fikiran atau keadaan yang dimaksudkan oleh istilah asing itu. Di bawah ini diberikan contohnya:

i. Acid ii. Aciditiy iii. Acidic

asid (bukan acid) keasidan (bukan asiditi) berasid (bukan asidik)

Selain itu, adalah dilarang mengambil bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk-bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris. Pada penghujung tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci. Berdasarkan pedoman yang baharu itu, ada beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu :

i.

Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden,

ii.

Istilah baharu hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa,

iii.

Pembentukan istilah baharu, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia,

iv.

Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; dan

v.

Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa.

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

2.0

SEJARAH PERKEMBANGAN PERISTILAHAN Bahasa Melayu dan Indonesia merupakan bahasa yang berasal daripada rumpun

Austronesia. Persamaan itu dapat kita lihat berdasarkan ciri-ciri penuturnya iaitu dari segi warna kulit, rupa, budaya bangsa masyarakat dan struktur serta kosa kata bahasanya. Namun, kedatangan Inggeris dan Belanda pada 1824 (Perjanjian Inggeris-Belanda 1824) telah membahagikan bahasa dan bangsa serumpun ini kepada tiga sempadan geografi dan politik yang ketara. Menyedari pentingnya bahasa serumpun ini disatukan semula bagi memastikan kelancaran komunikasi budaya, ilmu, dagang, ekonomi, teknologi, dan lain-lain, antara negara yang menuturkan bahasa Melayu Indonesia, dan melihatkan peranan yang akan dimainkan oleh bahasa Melayu dan bahasa Indonesia di Asia Tenggara, dan di seluruh dunia, maka gagasan penubuhan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) diutarakan. Gagasan yang muncul seawal 1950-an ini mempunyai wawasan untuk menyatukan bahasa serumpun ini. Untuk merealisasikan hasrat memperjuangkan bahasa Melayu Indonesia, pertemuan antara Jawatankuasa Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia pada 4 hingga 7 Disember 1959 telah diadakan yang mana Malaysia diwakili Tun Syed Nasir, manakala Indonesia pula diwakili Dr. Slamet Mulyana. Hasilnya ialah Sistem Ejaan Malindo yang pelaksanaannya dirancangkan pada Januari 1962. Walau bagaimanapun, akibat konfrontasi Indonesia-Malaysia menyebabkan pelaksanaan telah ditunda sehingga 7 September 1966. Pada 27 Jun 1967 Jawatankuasa Ejaan Malaysia dan Tim Ahli Bahasa KOTI dari pihak Indonesia mencapai keputusan untuk mewujudkan Sistem Ejaan Baru yang ekonomis, praktis, dan ilmiah.

2.1

Penubuhan MABBIM Menurut sejarah penubuhan MABBIM, Pernyataan Bersama, Malaysia-Indonesia

merupakan langkah untuk menggerakkan keputusan mewujudkan Sistem Ejaan Baru, selain mengadakan pertemuan rapat yang membahaskan hal-hal linguistik berhubung dengan penyeragaman ejaan Indonesia-Malaysia, seperti aspek penyelarasan vokal, diftong, konsonan, susunan dan jumlah abjad, penyukuan kata, partikel, klitik, kata ulang, kata majmuk, tanda baca, pengimbuhan, dan lain-lain. Kunjungan Menteri Pelajaran Malaysia Encik Hussein Onn ke Jakarta, pada 23 Mei 1972, suatu perundingan dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, Bapak Mashuri jelas menunjukkan keduaHBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

dua negara berusaha untuk bersama-sama mengembangkan bahasa kebangsaan masingmasing yang meliputi aspek ejaan, istilah, dan tatabahasa telah diadakan. Rundingan ini seterusnya membawa kepada persetujuan dan penandatanganan Pernyataan Bersama Indonesia-Malaysia. Pernyataan Bersama yang disepakati pada 23 Mei 1972 di Jakarta, maka suatu persidangan telah diadakan antara Panitia Ejaan Bahasa Indonesia dengan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Malaysia, pada 20-22 Jun 1972 di Jakarta. Persidangan tersbut bertujuan untuk menyempurnakan ejaan yang dipakai di kedua-dua negara berdasarkan perkembangan di kedua-dua negara pada ketika itu, menyemak semula persetujuan mengenai ejaan bersama yang dicapai pada 27 Jun 1967 serta bertukar-tukar fikiran mengenai masalah bersama dalam bidang bahasa secara umum. Pada 29 Disember 1972, maka tertubuhlah Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM), di Kuala Lumpur. Sebelum penyelarasan istilah dibuat, kajian dan penelitian dibuat oleh ahli-ahli bahasa dari kedua-dua negara anggota bagi menyediakan Pedoman Pembentukan Istilah terlebih dahulu. Akhirnya, buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu pada telah diterbitkan pada 1975, dan Panduan Penyusunan Kamus Istilah pada tahun 1982. Usaha

penyelarasan istilah terus dikembangkan bersesuaian dengan keperluan zaman. Pada 8 November 1985, Negara Brunei Darussalam telah menjadi anggota baharu Majlis, pada Sidang Ke-24 di Jakarta. Penyertaan negara Brunei telah mewujudkan MABBIM pada 1985 malah sidang dibahagikan kepada dua kategori, iaitu Sidang Majlis dan Sidang Pakar. Sidang Majlis membahaskan perkara dasar MABBIM, seperti hal-hal yang berkaitan dengan pedoman bahasa, tatacara kerja sidang, dan Rancangan Lima Tahunan MABBIM. Sidang Pakar pula membahaskan khusus hal-hal penyelarasan istilah dalam bidang/subbidang tertentu. Jelas di sini bahawa peranan MABBIM yang dianggotai oleh tiga negara bukan sekadar gagasan dan pemikiran tokoh-tokoh bahasa sahaja yang diperlukan, tetapi pakarpakar bidang daripada pelbagai disiplin terpaksa digemblengkan. MABBIM secara tidak langsung telah turut membina tokoh peristilahan di kalangan pakar bidang ilmu yang mempunyai semangat juang yang tinggi dalam kebahasaan, khususnya bahasa Melayu Indonesia. Pedoman Umum Pembentukan Istilah (PUPI) telah menandakan bermulanya zaman ini. PUPI diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1975. Pedoman ini ialah hasil usaha MBIM yang mengambil masa tiga tahun untuk dibentuk bagi membantu HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu 4

pembentukan istilah untuk bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia. PUPI dibentuk dengan sumbangan pakar ahli bahasa dan ilmu kedua Negara, dengan berpandu kepada amalan dalam usaha yang sama di peringkat antarabangsa. Pedoman ini telah diisytiharkan pemakaiannya oleh Menteri Pendidikan Malaysia dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia pada 30 Ogos 1975.

2.2

Peranan DBP, MABBIM Dan Agensi Lain Dalam Perkembangan Peristilahan Usaha pembentukan istilah bahasa Melayu telah bermula semenjak tahun 1957

dengan penubuhan Jawatankuasa Istilah yang pertama. Dari tahun tersebut hingga 1975, usaha peristilahan melalui beberapa cabaran baru yang memerlukan penyelesaian yang lebih sesuai. Usaha mencipta istilah ini dapat dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu zaman sebelum 1975 dan zaman selepas 1975. Pedoman Umum Pembentukan Istilah (PUPI) dibentuk oleh Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM), pada tahun 1975. Sebelum 1975, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menggunakan Pedoman Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia. Zaman 1975-1960 dapatlah dikatakan sebagai zaman awal dalam kerja-kerja peristilahan kerana belum ada suatu pedoman penciptaan istilah yang dapat dijadikan pegangan yang kukuh. Dewan Bahasa dan Pustaka telah mempergiatkan kerja menyemak istilah yang dihasilkan sebelum 1975, terutamanya sebelum 1960. Ketika kerja pembentukan peristilahan belum mantap dan kukuh. Selepas proses penyemakan dilakukan, ia telah diajukan kepada Jawatankuasa Penyemakan Istilah. Jawatankuasa Istilah dipertanggungjawabkan pula kepada tugas pengklasifikasikan bidang memandangkan pengklasifikasi bidang yang dilakukan sebelum ini tidak begitu tepat dan kurang menyeluruh.

2.3

Peranan MABBIM MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara,

iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Majlis Bahasa Indonesia - Malaysia (MBIM), yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972. Ia adalah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein Onn iaitu Menteri Pendidikan Malaysia dan Bapak Mashuri Saleh S.H. selaku Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, pada 23 Mei 1972 di Jakarta. Keanggotaan negara Brunei

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

Darussalam pada 4 November 1985, menjadikan majlis MBIM bertukar kepada MABBIM. Manakala, Singapura pula masih menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini. Penubuhan MABBIM ini sebenarnya adalah untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu dan Indonesia di ketiga-tiga buah negara anggota agar menjadi bahasa peradaban tinggi, bahasa ilmu, bahasa sains, bahasa teknologi moden, bahasa perusahaan, dan bahasa ekonomi. Justeru, kita dapat melihat bahawa peranan MABBIM ini adalah sangat besar dalam memperjuangkan bahasa Melayu dan Indonesia khususnya.

2.4

Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) MBIM berperanan sebagai badan bersama yang mengadakan pertemuan demi

pertemuan untuk memikirkan, menelaah dan membincangkan hal-hal bersama dalam bidang tatabahasa, peristilahan, ejaan dan hal-hal lain yang berhubungan dengan soalan bahasa di kedua-dua negara. Penubuhannya dikatakan mampu untuk menampung dan menyalurkan bahan-bahan tentang bahasa dari kedua-dua belah pihak untuk kegunaan dan kajian bersama. MBIM juga berperanan untuk menyerahkan bahan-bahan bahasa yang menyentuh kepentingan kebangsaan negara masing-masing kepada Menteri Pendidikan untuk dipertimbangkan dan diputuskan. MBIM turut menghasilkan Pedoman Penyusunan Kamus Istilah dan Pedoman Tranliterasi Huruf Arab kepada Huruf Rumi. MBIM turut memainkan peranannya untuk membincangkan pedoman khusus pembentukan istilah kimia, biologi, fizik, matematik dan perubatan. Hasil daripada sidang MBIM ke-7 hingga ke9, telah menghasilkan Daftar Istilah MBIM (A-J) dan (K-Z) yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1976.

2.5

Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan

istilah bahasa Melayu. Di dalam bidang bahasa, DBP berperanan membina korpus dan menyebarkan melalui buku buku istilah, tatabahasa dan perkamusan. Bahagian pembinaan dan pengembangan bahasa bertanggungjawab membina dan memperkembangkan istilah, mengadakan penyelidikan dan menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Badan ini juga bertanggungjawab mengawal penggunaan bahasa dengan mengeluarkan risalah dan panduan umum kepada sektor awam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat nasihat. HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

Untuk memperkukuhkan lagi peranannya, Unit Pelaksanaan Bahasa ditubuhkan pada tahun 1980. Unit ini bertanggungjawab menggalakkan penggunaan bahasa Melayu melalui beberapa langkah seperti mengadakan forum , ceramah, taklimat, rancangan Dewan Bahasa di radio, mengadakan kempen Mencintai Bahasa Melayu, kursus, menyebarkan panduan bahasa, khidmat nasihat, dan mengawasi penggunaan bahasa Melayu di sektor awam dan swasta. Walaupun pelaksanaan perancangan bahasa yang dijalankan oleh DBP melalui bahagian-bahagian tersebut bersifat revolusi tetapi ia teratur dan sistematik. DBP juga telah menampakkan usaha keras apabila mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak lain. Kerjasama terbesar DBP ialah dengan Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Kerjasama ini diperluaskan lagi dengan memasukkan Negara Brunei Darussalam. Hasil kerjasama ini terbentuklah istilah baharu yang sesuai digunakan di ketiga tiga buah negara yang terlibat. Keseluruhannya, peranan utama DBP ialah melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian Peristilahan DBP. Antara pelaksanaan DBP ialah i. Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. ii. Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. iii. Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. iv. Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu. v. Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah. vi. Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam melalui MABBIM, dan negaranegara lain.

2.6

Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) Jawatankuasa Istilah ini telah menghasilkan 71,887 istilah sehingga tahun 1975.

Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) telah ditubuhkan sejak Disember 1972, sebagai penasihat tertinggi mengenai bahasa bagi membantu usaha-usaha Dewan Bahasa dan Pustaka. Penubuhan JKTBM ini pada awalnya ialah untuk mewakili Malaysia dalam usaha kerjasama bagi menyusun Sistem Ejaan Rumi Baru dengan Indonesia. Usaha ini ternyata berhasil dan seterusnya dipertingkatkan. Malah tugas jawatankuasa tersebut mencakupi pula aspek peristilahan dan dianggap oleh kerajaan sebagai badan tertinggi dalam pembentukan istilah Bahasa Melayu. HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

3.0

PRINSIP PEMBENTUKAN ISTILAH

Berdasarkan Buku Pedoman Istilah, DBP telah memberi pedoman bagi istilah pinjaman yang berikut: i. Pengambilan istilah asing dan terus menjadikannya istilah Melayu hendaklah terbatas dan menurut keutamaan. Istilah ilmiah dalam bidang-bidang ilmu tertentu. Ini bermakna hanya dalam bidang-bidang seperti perubatan, farmakologi, kejuruteraan, aeroangkasa dan seumpanya. Istilah khusus seperti nama tempat atau negeri, orang atau gelaran atau idiom. Contohnya seperti Greenland, Wellington, Burkina Passo, James Watt dan lain-lain. Istilah asing yang belum pernah ada konsepnya, atau tidak ada persamaan Melayunya, atau tidak ada persamaan atau terjemahan yang setepat-tepatnya. Contohnya seperti computer dan digital camera. Kata-kata istilah ini diserap sahaja dengan penyesuaian ejaan dan tatabahasa Melayu menjadi komputer dan digital kamera. Istilah umum yang didapati telah popular/praktis dalam masyarakat pemakai bahasa Melayu-Indonesia. Contohnya seperti radio, televisyen dan sebagainya. Pedoman kedua untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP ialah kata istilah pinjaman yang diambil hanya dalam bentuk dasar, sama ada kata nama atau kata sifat. Pengambilan istilah terbitan asing dibatasi kepada unsur-unsur atau bentuk-bentuk yang dapat disesuaikan dengan struktur dan kudrat bahasa Melayu. Contohnya kita meminjam hanya perkataan atom dan tidak boleh meminjam kata atomic, atomization dan yang seumpamanya. Tetapi perkataan nuklear (daripada nuclear) boleh dipinjam, sekalipun kata akarnya nucleus, kerana ini mempunyai pengertian yang khas. Pedoman yang ketiga untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP adalah kata yang dipinjam, pada umumnya, hendaklah berdasarkan ejaan asal dan bukan bunyinya dan keutamaannya adalah seperti yang berikut: i. mengambil bentuk istilah Romawi-Yunani. Contohnya seperti nama-nama saintifik untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan. HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu 8

ii.

mengambil bentuk asal istilah asing dan disesuaikan dengan sistem ejaan baharu bahasa Melayu-Indonesia. Bagi bahagian ini ada dua pecahannya, iaitu: menyesuaikan ejaan konsonan/vokalnya menurut bentuk asal Rumawi-Yunani atau bentuk istilah asal, terutamanya bagi istilah ilmiah, atau menyesuaikan bunyi ejaan konsonan/vokal istilah asing dengan bunyi menurut ejaan Melayu-Indonesia, terutama bagi istilah bukan ilmiah. Dalam buku Pedoman Pembentukan Istilah yang baharu di atas, banyak perkara dan

tajuk baharu dimasuk dan tiap-tiap tajuk diberi takrifnya sekali, sehingga pedoman ini menjadi panduan yang jelas dan tidak mengelirukan. Antara tajuk-tajuk penting yang dimasukkan ke dalam pedoman ini termasuklah beberapa konsep dasar seperti definisi istilah, tataistilah dan tatanama, istilah khusus dan istilah umum, morfem peristilahan, kata dasar dan kata akar, imbuhan, kata berimbuhan, kata gabungan, bentuk prototaip dan paradigma kata atau perangkat kata

TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH TELAH DITETAPKAN Langkah 1 Mencari kata dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan Langkah 2 Mencari kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim digunakan. Langkah 3 Mencari kata dalam bahasa serumpun yang lazim digunakan. Langkah 4 Mencari kata dalam bahasa serumpun yang sudah tidak lazim digunakan. Langkah 5 Mencari kata dalam bahasa Inggeris. Langkah 6 Mencari kata dalam bahasa asing lain yang bersifat antarabangsa. Langkah 7 Memilih istilah yang terbaik daripada pilihan 1 hingga 6. Pilihan-pilihan tersebut haruslah maknanya tidak menyimpang daripada konsep istilah, tidak berkonotasi buruk, sedap didengar, tepat, dan singkat. HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu 9

3.1

Prinsip Pembentukan Dan Penggubalan Istilah Prinsip pembentukan dan penggubalan istilah boleh dibincangkan berdasarkan kepada

beberapa prinsip tertentu. Menurut DBP, prinsip pembentukan istilah boleh dibentuk dengan menggunakan : i. ii. iii. iv. Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan. Kata terbitan. Kata ganda. Kata gabungan.

3.1.1 Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan) Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara golongan kata utama, seperti kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Contoh: Kata Nama: Istilah Busur Kaedah Cahaya Kata kerja: Istilah Keluar Uji Tekan Kata Adjektif: Istilah kenyal Terjemahan elastic Terjemahan Out Test Press Terjemahan Bow Rule Light

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

10

Cemas Rawak

anxious random

Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contoh : 3.1.2 Singkatan Istilah singkatan terbentuk dengan empat cara melalui penggunaan: (i) Menggugurkan satu bahagian atau lebih daripada dasarnya. Contohnya , lab cab (oratory) (riolet) taxi (meter)

(omni) bus

(suratkhabar) harian

(ii)

Menyingkatkan huruf ejaan, tetapi sebutannya seperti bentuk lengkap. Contoh : sin cm cos hab sinus sentimeter

- kosinus - habitat

(iii)

Menggabungkan suku kata atau bahagian kata. Contoh : Istilah Tadika Cerpen Purata Bahagian sukukata Taman didikan kanak-kanak Cerita Pendek Pukul Rata

(iv)

Menggabungkan huruf pangkal setiap kata, istilah begini dipanggil akronim. Contoh : Akronim Terjemahan

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

11

SMK TUDM 3.1.3 Istilah Kata Terbitan

Sekolah Menengah Kebangsaan Tentera Udara Diraja Malaysia

Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata dasar dengan imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar yang menerima imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa.

(i)

Paradigma kata dengan imbuhan berContoh: Imbuhan berberlari berladang berjuan Imbuhan pepelari peladang pejuan Imbuhan pe-...-an berlarian peladangan perjuangan

(ii)

Paradigma dengan Penambah meNContoh: Imbuhan meNmengarah mentadbir menggubah pemohon Imbuhan pepengarah pentadbir Penggubah Pemohon Imbuhan pe-...an pengarahan pentadbiran penggubahan permohonan Imbuhan -an arahan ubahan -

(iii)

Paradigma dengan meN-, perContoh: Imbuhan meNmemperkasakan memperkasihkan memperhatikan Imbuhan peN-...-an pemerkasaan pemerhatian Imbuhan pe-...an perkasihan perhatian

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

12

(iv)

Paradigma kata dengan me(N)-, berContoh: Imbuhan meNmemberhentikan memberansangkan membentangkan Imbuhan beN-...-an Pemberhentian Pembentangan Imbuhan be-...an berhenti bentangan

(v)

Paradigma kata dengan ke - an Contoh: Perkataan lelaki terbuka peleset Imbuhan ke-...-an kelelakian keterbukaan kemelesetan

(vi)

Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -inContoh: Kata Dasar gigi susu tapak Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -ingerigi tenusu telapak

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

13

3.1.4

Istilah Kata Ganda Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh merupakan gandaan kata dasar

sepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau tanpa imbuhan atau perubahan bunyi.

(i)

Ganda Penuh Contoh: Kata dasar/akar buku murid sungai Kata ganda Penuh buku-buku murid-murid sungai-sungai

(ii)

Ganda Suku Kata Awal Contoh: Kata dasar/akar langit rama-rama kacang-kacang Ganda Suku Kata Awal lelangit rerama kekacang

(iii)

Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan Contoh: Kata dasar/akar daun pohon jari Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan dedaunan pepohonan jejarian

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

14

(iv)

Kata Ganda Berentak Contoh: Kata dasar/akar bengkok batu dalih hingar Kata Ganda Berentak bengkang-bengkok batu-batan dolak dalih hingar-bingar

3.1.5 Istilah Bentuk Gabungan Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua unsur dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan atau tanpa imbuhan.

(i)

Tanpa Imbuhan Istilah yang berupa gabungan kata sedapat-dapatnya berbentuk singkat. Contoh : meja tulis, kerjasama, kapal korek. Gabungan kata yang mewujudkan istilah dapat ditulis menurut tiga cara yang berikut, sesuai dengan aturan ejaan yang berlaku: Kumpulan yang terpisah. Contohnya : model linear, ketua pengarah, kertas imbangan. (b) Kumpulan yang menggunakan tanda hubung jika dirasa perlu menegaskan pengertian di antara dua unsurnya. Contohnya : dua Mesin Watt sendi kira tangan (manual calculator) jam

(c) Kumpulan yang dirangkaikan menjadi satu kerana sudah mantap. Contohnya dukacita , manakala, beritahu, jawatankuasa, matahari HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

15

(ii)

Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya Contoh- contoh seperti : pelarasan gaji menerima pakai pendakwa raya mengambil alih bertali arus atas talian

(iii)

Dengan Imbuhan pada Kedua-dua Unsur Contoh - contoh seperti: Jagaan perlindungan Perjanjian meluluskan kedudukan anggaran perbelanjaan terealisasi

4.0 4.1

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN ISTILAH Sistem Ejaan Bahasa Yang Perlu Dibaiki Berdasarkan perbincangan mengenai peranan utama DBP dan MABBIM, dapat

dipastikan beberapa faktor pembentukan istilah bahasa. Pertama, sistem ejaan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia perlu dibaiki. Oleh sebab kedua-dua bahasa yang serumpun itu perlu menjadi bahasa Kebangsaan dan perlu mengungkapkan ilmu pengetahuan, konsep ilmiah, dan segala budaya moden, maka satu sistem ejaan baru yang lebih efisien adalah diperlukan. Pembaikan adalah berdasarkan pemakaian lambang huruf dan tanda baca yang perlu diperkemas. Dalam beberapa siri rundingan yang diadakan pada 23 Mei 1972, Kenyataan Bersama telah ditandatangani oleh Menteri Pendidikan Malaysia (Y.B. Encik Hussien Onn), dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia (Bapak Mashuri) bersetuju untuk melaksanakan ejaan baru itu. Sistem ejaan tersebut diisytiharkan secara rasmi serentak di kedua-dua Negara pada 16 Ogos 1972. Hasilnya, Risalah Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka untuk kegunaan ramai.

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

16

4.2

Perubahan Tatacara Kahidupan Perubahan tatacara kehidupan dunia yang baru, globalisasi, telah mengubah pola

pemikiran dan perilaku masyarakat. Seluruh sendi kehidupan masyarakat mengalami perubahan, terutama mengarah pada persiapan memasuki tatanan baru tersebut. Penggunaan bahasa asing, terutama bahasa Inggeris, memasuki berbagai sendi kehidupan, terutama dalam perkembangan ilmu pengetahuan dan teknologi. Perubahan itu mewarnai perkembangan kosa kata atau pun istilah bahasa.

4.3

Penyeragaman Penyeragaman pedoman ejaan dan transliterasi, penyeragaman pedoman

pembentukan istilah, di samping penyeragaman pembentukan istilah-istilah ilmu pengajian tinggi dan profesional yang melibatkan kerjasama antara Brunei, Indonesia dan Malaysia (MABBIM) di samping Singapura sebagai pemerhati. Majils yang dianggotai bersama oleh Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia yang dipengerusikan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Wakil Panitia Pengembangan Bahasa Indonesia telah mengadakan lima persidangan telah lima kali bersidang dan akhirnya bersetuju mengeluarkan pedoman umum istilah yang dianggap lebih lengkap bagi kegunaan kedua-dua negara. Versi yang sesuai dengan negara masing-masing juga telah diterbitkan. Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerbitkan buku Pedoman Umum Bahasa Malaysia pada tahun 1975. Pedoman ini telah memberi panduan kepada prinsip peristilahan dan penggunaan istilah daripada beberapa bahasa seperti bahasa Inggeris yang boleh diterima pakai.

4.4

Dasar Pembentukan Istilah Dasar penggubalan kata istilah mengubah sistem ejaan sebelumnya misalnya daripada

ch kepada c, sh kepada sy, dz kepada d dan th kepada s. Lambang-lambang kh, ny, gh dan ng masih kekal dipakai. Ini berlaku berlaku kerana masyarakat kita hendak mempertahankan keaslian bahasa Melayu dan dalam bentuk istilah Melayu yang sedia ada. Namun, masih ada kepincangannya apabila istilah yang digunakan masih menggunakan bahasa Inggeris dan HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu 17

bukan bahasa Melayu. Oleh itu, untuk mengelak daripada berlakunya hal-hal seperti di atas, maka ditetapkan dasar kedua, supaya penggubalan istilah lebih mudah dan lebih praktis. Dasar kedua ini telah dapat menggubal istilah dengan lebih pantas dan cepat, terutama sekali bidang-bidang ilmu yang sudah tersebar luas di seluruh dunia, seperti farmasi, farmakologi, filologi, fotosintesis, neurologi, antropologi, linguistik, dan sebagainya. Dasar yang ketiga turut sama penting, kerana bahasa Melayu dan bahasa Indonesia berakarkan induk bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu Johor-Riau. Persamaan adalah sangat banyak dan berbeza daripada segi loghat serta pengaruh persekitaran dan penjajahan yang berlainan. Selain itu kita dapat berkongsi membaca buku-buku rujukan, sama ada yang terbit di Indonesia ataupun yang terbit di Malaysia. Dasar keempat ialah menggali lebih banyak kosa kata daripada sumber yang lebih tua, iaitu daripada bahasa Melayu klasik dan bahasa Indonesia. Dengan itu akan dapat memperlihatkan kekayaan bahasa Melayu-Indonesia dan ini akan dapat meningkatkan kemampuan dan kudrat bahasa Melayu-Indonesia dalam dunia ilmu pengetahuan. Dasar yang kelima akan dapat merapatkan hubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa dunia antarabangsa yang lain, jika membentuk atau menggubal istilah mengikut arus perdana antarabangsa seperti istilah bahasa Inggeris yang sudah menjadi bahasa induk, atau menyerap istilah daripada bahasa Latin yang menjadi induk bahasa barat yang maju seperti Peranchis, Jerman dan Sepanyol. Lapan kaedah yang disediakan DBP, iaitu: Bagi istilah pinjam-terjemah. (i) Meminjamterjemahkan istilah asing yang sesuai ke dalam bahasa Melayu. Misalnya: i. ii. iii. iv. v. Fixed price Market price Price list Cost price Cost section harga tetap harga pasaran senarai harga harga kos bahagian kos

Bagi istilah pinjaman, DBP telah memberi pedoman seperti yang berikut: i. Pengambilan istilah asing dan terus menjadikannya istilah Melayu hendaklah terbatas kepada (menurut keutamaan):

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

18

Istilah ilmiah dalam bidang-bidang ilmu tertentu. Ini bermakna hanya dalam bidang-bidang seperti perubatan, farmakologi, kejuruteraan, aeroangkasa dan seumpanya. Istilah khusus seperti nama tempat atau negeri, orang atau gelaran atau idiom. Contohnya seperti Greenland, Wellington, Burkina Passo, James Watt dan lainlain. Istilah asing yang belum pernah ada konsepnya, atau tidak ada persamaan Melayunya, atau tidak ada persamaan atau terjemahan yang setepat-tepatnya. Contohnya seperti computer dan digital camera. Kata-kata istilah ini diserap sahaja dengan penyesuaian ejaan dan tatabahasa Melayu menjadi komputer dan digital kamera. Istilah umum yang didapati telah popular/praktis dalam masyarakat pemakai bahasa Melayu-Indonesia. Contohnya seperti radio, televisyen dan sebagainya.

Pedoman kedua untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP ialah Kata istilah pinjaman yang diambil hanya dalam bentuk dasar, sama ada kata nama atau kata sifat. Pengambilan istilah terbitan asing dibatasi kepada unsur-unsur atau bentuk-bentuk yang dapat disesuaikan dengan struktur dan kudrat bahasa Melayu. Contohnya kita meminjam hanya perkataan atom dan tidak boleh meminjam kata atomic, atomization dan yang seumpamanya. Tetapi perkataan nuklear (daripada nuclear) boleh dipinjam, sekalipun kata akarnya nucleus, kerana ini mempunyai pengertian yang khas. Pedoman yang ketiga untuk istilah pinjaman yang ditetapkan oleh DBP adalah kata yang dipinjam, pada umumnya, hendaklah berdasarkan ejaan asal dan bukan bunyinya dan keutamaannya adalah seperti yang berikut: (i) mengambil bentuk istilah Romawi-Yunani. Contohnya seperti nama-nama saintifik untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan. (ii) mengambil bentuk asal istilah asing dan disesuaikan dengan sistem ejaan baharu bahasa Melayu-Indonesia. Bagi bahagian ini ada dua pecahannya, iaitu: imenyesuaikan ejaan konsonan/vokalnya menurut bentuk asal Rumawi-Yunani atau bentuk istilah asal, terutamanya bagi istilah ilmiah, atau menyesuaikan bunyi ejaan konsonan/vokal istilah asing dengan bunyi menurut ejaan Melayu-Indonesia, terutama bagi istilah bukan ilmiah.

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

19

Dalam buku Pedoman Pembentukan Istilah yang baharu di atas, banyak perkara dan tajuk baharu dimasuk dan tiap-tiap tajuk diberi takrifnya sekali, sehingga pedoman ini menjadi panduan yang jelas dan tidak mengelirukan. Antara tajuk-tajuk penting yang dimasukkan ke dalam pedoman ini termasuklah beberapa konsep dasar seperti definisi istilah, tataistilah dan tatanama, istilah khusus dan istilah umum, morfem peristilahan, kata dasar dan kata akar, imbuhan, kata berimbuhan, kata gabungan, bentuk prototaip dan paradigma kata atau perangkat kata. Sumber istilah, seperti kosa kata bahasa asing; dan skema tatacara pebentukan istilah yang mengandungi tujuh langkah yang ditetapkan seperti yang berikut: Kata dalam bahasa Melayu yang lazim dipakai, Kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim dipakai, Kata dalam bahasa serumpun yang lazim dipakai, Kata dalam bahasa serumpun yang tidak lazim dipakai, Kata dalam bahasa Inggeris, Kata dalam bahasa asing lain, Pilih yang terbaik antara istilah baharu.

5.0

PEMBENTUKAN ISTILAH PELBAGAI BIDANG Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh,

istilah - istilah mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah: 5.1 Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Bahasa Inggeris Autosave Broadcast Connection-oriented network Digital camera Digital certificate Digital signature Bahasa Melayu Autosimpan Siaran;siar Rangkaian berorientasikan sambungan Kamera digital Sijil digital Tandatangan digital

5.2

Istilah Undang Undang

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

20

Bahasa Inggeris Fugitive offender Fundamental rights Judicial review Legitimacy Native Natural justice

Bahasa Melayu Pesalah buruan Hak asasi Kajian semula kehakiman Kesahan Anak negeri Keadilan asasi

5.3

Istilah Komputer Bahasa Inggeris Data base Download End user Font Hardware Local area network Bahasa Melayu Pangkalan data Muat turun Pengguna akhir Fon Perkakasan Rangkaian kawasan setempat

5.4

Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan Bahasa Inggeris By-product Capital gain Cash flow Certificate of authorization Short-term financing Sole agent Steering committee Bahasa Melayu Keluaran sampingan Laba modal / keuntungan modal Aliran tunai Perakuan kuasa Pembiayaan jangka pendek Ejen tunggal Jawatankuasa pemandu

5.5

Istilah Perhotelan Bahasa Inggeris Ballroom Banquet Bahasa Melayu Dewan besar Bankuet

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

21

Budget hotel Deluxe room Double room Function room Waiter (L); waitress (P)

Hotel jimat / hotel kelas ekonomi Bilik mewah Bilik kelamin Bilik majlis Pramusaji

5.6

Fotografi Bahasa Inggeris Daylight film Effective aperture Flash Invisible light Latitude of exposure Main lighting Out of focus Periscopic lens Bahasa Melayu Filem warna cahaya siang Apertur berkesan Dengar Cahaya halimunan Latitude dedahan Pencahayaan induk Luar fokus Periskop

5.7

Istilah Matematik dan Statistik Bahasa Inggeris Affine variety Aggregate Aggregation Aggregative Aggregative index Bahasa Melayu Aneka afin Agregat Pengagregatan Berdaya agregat; pengagregatan Indeks pengagregatan

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

22

6.0

RUMUSAN

Menurut Kamus Dewan, istilah boleh diertikan sebagai perkataan atau rangkai kata yang mempunyai erti yang jitu dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan, pekerjaan atau kesenian. Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) dan MAABBIM berperanan untuk memastikan peristilahan bahasa Melayu berkualiti dan bertanggungjawab bagi kewujudan istilah-istilah baru yang boleh diterimapakai oleh tiga negara anggota iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei. Terdapat beberapa konsep dasar dalam peristilahan iaitu takrif istilah, tataistilah dan tatanama, istilah dan kata umum, morfem peristilahan dan bentuk istilah. Istilah ini seharusnya dilakukan secara berterusan supaya tidak berlaku ketandusan istilah. Tanpa istilah, bahasa itu dianggap tidak berkembang dan mati. Istilah juga mendokong sesuatu konsep bagi bidang tertentu iaitu satu konsep satu bidang. Proses pembentukan istilah meliputi kata dasar, imbuhan, penggandaan dan gabungan perkataan. Pembentukannya juga boleh terhasil daripada bahasa asing seperti bahasa Inggeris dan Latin. Istilah dan kata tersebut haruslah sesuai dengan konteks penggunaannya. Ianya mestilah dilakukan dengan teliti dan produktif ke arah memartabatkan Bahasa Melayu. Pembentukan peristilahan adalah berkait rapat dengan proses pemodenan bahasa dan penting dalam pembinaan budaya ilmu.

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

23

RUJUKAN

Abdullah Hassan, 1987. 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka hlm. 85

Ahmad Khair Mohd Nor, Sulaiman Masri. 2006. Tatabahasa Melayu Mesra Pengguna (edisi baru). Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Asmah Haji Omar.(2000). Wacana Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Choo Say Tee, Goay Teck Chong. 2000. Bahasa Melayu Kertas 1 STPM. Selangor : Longman Malaysia Sdn Bhd.

Nik Safiah Karim Dan Faiza Tamby Chik .(1994). Bahasa Dan Undang-Undang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Prof. Abdullah Hassan. 2006. Linguistik Am Bahasa Melayu. Selangor : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd

http://rujuknota.blogspot.com/.../definisi-semantik.html http://blogs.myspace.com/index.cfm?fuseaction=blog.ListAll&friendId=14735874 http://www.scribd.com/doc/19381694/pengistilahan-bahasa-melayu http://dbp.gov.my/mabbim/main.php?Content=sections&SectionID=3 http://ilmubahasamelayu.blogspot.com/2012/09/perancangan-bahan-ejaan-dan-sebutan.html http://www.docstoc.com/docs/20628993/Sejauh-Manakah-DBP-Memainkan-PerananMemperkasa-Bahasa-Melayu

HBML1203 Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu

24

You might also like