You are on page 1of 23

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PKB3108

1.0

PENGENALAN Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah kali ini mengkehendaki saya

untuk menjalankan kajian ke atas seorang murid pendidikan khas yang mempunyai masalah pembelajaran dalam mata pelajaran Matematik. Dalam tajuk ini, dapat dilihat bahawa tajuk ini memfokuskan kepada kemahiran matematik kanak-kanak bemasalah pembelajaran dimana ianya memberikan penelitian yang lebih mendalam terhadap kaedah khas pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah. Saya telah menjalankan tugasan ini di Sekolah Kebangsaan Banjar Keningau, Sabah dimana sekolah ini tidak mempunyai kelas Pendidikan Khas. Akan tetapi, sekolah ini mempunyai kelas Pemulihan Khas dimana murid-murid yang berada di dalam kelas ini kebanyakannya murid-murid yang bermasalah pembelajaran dan mempunyai surat doktor dan dikategorikan sebagai murid Pendidikan Khas. Saya telah mengambil seorang murid yang mempunyai prestasi paling lemah dalam mata pelajaran matematik dan juga mata pelajaran yang lain. Murid ini merupakan kanakkanak lembam dan guru kelas juga ada memberitahu saya bahawa murid ini mengalami masalah disleksia. Oleh yang demikian, saya telah menjalankan pemerhatian terhadap murid ini dan menjadikannya sebagai bahan utama saya bagi tugasan ini. Dalam tugasan ini juga bukan sahaja memerlukan saya untuk mengenalpasti murid-murid yang mengalami masalah dalam matematik tetapi juga saya perlu merancang pengajaran yang sesuai untuk dilaksanakan terhadap seperti ini untuk membantu mengatasi masalah yang dihadapinya. Tambahan pula, saya perlu menyediakan sebuah bahan bantu mengajar untuk menyokong lagi rancangan pengajaran yang ingin dilaksanakan.

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PKB3108

2.0

PROFIL MURID KAJIAN

Nama

Jaapar sebenar)

Husin(bukan

nama

Umur Tarikh Lahir Alamat

9 Tahun 12 Mac 2004 Kg. Limbawan Keningau, Sabah.

Jantina Agama Keturunan Pekerjaan Ibu/Bapa Kelas Jenis Keperluan Masalah Pembelajaran; Khas (i) (ii) Jenis Sekolah Slow Learner Disleksia

Lelaki Islam Bisaya Suri Rumah

Tahun 3 Intelek

Sekolah Biasa-Tidak mempunyai Program Pendidikan Khas

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PKB3108

3.0

ANALISIS DAPATAN Berdasarkan analisi sampel kerja yang telah saya jalankan ke atas subjek utama yang telah saya pilih iaitu kanak-kanak yang berumur 8 tahun Adik Jaapar Husin (bukan nama sebenar), saya dapati adik Jaapar mengalami beberapa masalah khususnya dari segi pembelajaran dan komunikasi sosial seharian. Saya juga telah meneliti beberapa maklumatmaklumat mengenai prestasi perkembangan pelajaran dalam setiap mata pelajaran dan juga latar belakangnya sebagai salah satu faktor pengaruh yang utama. Adik Jaapar berada di dalam tahun 2 Intelek di mana dia merupakan murid dalam aliran perdana dan dipilih untuk menjalani ujian Saringan dan ujian Diagnostik berdasarkan pencapaian akademiknya yang telah dilakukan oleh Guru Kanan Pemulihan Khas Pn. Nismah binti Masir. Berdasarkan hasil ujian tersebut, adik Jaapar ini akhirnya dimasukkan ke dalam Kelas Pemulihan Khas dan juga turut mengikuti Program Linus Tegar yang dikendalikan oleh Pn. Salmah Ibrahim. Hal ini kerana, hasil ujian itu mengatakan adik Jaapar mempunyai beberapa masalah yang perlu diberikan perhatian yang lebih. Setelah itu, Guru Pemulihan Khas sekolah ini juga telah membawa adik Jaapr untuk mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mengesahkan sama ada mempunyai masalah kesihatan yang menyebabkan pelajarannya terganggu. Hasil daripada pemeriksaan itu pula, doktor yang bertugas pada ketika itu mengesahkan bahawa adik Jaapar mempunyai masalah dalam pembelajaran yang dikategorikan sebagai kanak-kanak Pendidikan Khas di bawah masalah pembelajaran bagi masalah disleksia dan lembam. Berdasarkan pemerhatian saya pula, adik Jaapar merupakan pelajar yang sangat lemah dalam akademik dan juga dalam kemahiran sosial. Hal ini kerana, saya melihat prestasi pencapaiannya dalam ujian-ujian sebelum ini yang menunjukkan adik Jaapar mendapat keputusan yang sangat rendah dalam setiap mata pelajaran dan rekod sahsiah juga di tahap sederhana.

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PKB3108

Semasa saya berinteraksi dengannya, saya dapat melihat adik Jaapar mempunyai masalah untuk berinteraksi kerana adik Jaapar kurang bercakap dan apabila ditanya dia akan menjawab sedikit sahaja serta respon ditunjukkannya itu seperti tidak memahami pertanyaan yang diajukan kepadanya. Kemudian, apabila adik Jaapar bersama dengan rakan-rakannya pula dia hanya akan bermain untuk seketika sahaja kemudian dia akan berdiam diri dan melakukan kerjanya sendiri. Rakan-rakannya sering kali memulaukannya dan apabila saya bertanya kepada mereka mengapa mereka melakukan sedemikian, jawapan saya terima ialah mereka menjawab mereka tidak suka Adik Sharil kerana baju sekolah dia kotor dan berbau. Sememangnya adik Jaapar ini kelihatan agak comot kerana baju sekolahnya kelihatan seperti tidak dicuci dan wajahnya yang tampak kusam dan tidak bermaya. Saya turut mengkaji mengenai latar belakang adik Jaapar ini yang mana dia daripada keluarga yang kurang berkemampuan iaitu ayahnya telah meninggal dunia dan hanya tinggal ibunya serta adik beradiknya yang lain. Ibunya pula tidak bekerja dan hanya menjadi suri rumah. Kos perbelanjaan keluarga mereka pula ditanggung oleh abang sulungnya yang bekerja di kedai. Guru Kelas adik Jaapar telah memberikan beberapa aspek

permasalahan yang berlaku dan juga perkembangannya iaitu aspek tingkah laku, komunikasi, pergaulan sosial dan emosi, penglibatan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan pencapaian akademik. Tingkah Laku Dalam aspek tingkah laku, adik Jaapar sukar untuk berkawan dengan rakan lain dalam kelas kerana sifatnya yang pendiam itu menyebabkan rakan-rakan yang lain tidak suka untuk berkawan dengannya. Adik Jaapar sering mengasingkan diri daripada aktiviti permainan sama ada semasa sesi pengajaran dan pembelajaran mahupun di luar kelas. Pada waktu rehat, adik Jaapar akan kelihatan berjalan sendirian sahaja berbeza dengan norma seorang kanak-kanak yang suka bermain. Kadang kala, Adik Jaapar boleh bermain dengan rakan-rakannnya tetapi untuk jangka masa yang singkat sahaja.

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PKB3108

Komunikasi Selain itu, perihal adik Jaapar dalam aspek komunikasi pula ialah dia tidak mempunyai kemahiran berinteraksi yang baik. Apabila diajukan soalan kepadanya, dia akan memberikan respon yang agak lambat dan menjawab dengan suara yang sangat perlahan

sehinggakan terpaksa untuk menyuruhnya mengulang jawapannnya beberapa kali. Namun begitu, adik Jaapar masih boleh menyebut perkataan dengan jelas dan dapat menuturkan bahasa apabila dalam sesi pembelajaran sekiranya guru tersebut hanya berfokuskan kepada dirinya sahaja.

Pergaulan sosial dan emosi Seterusnya, dalam aspek pergaulan sosial dan emosi pula adik Jaapar seorang kanak-kanak yang sukar bergaul dengan rakan-rakan sekelas dan memiliki tahap pergaulan sosial yang sederhana. Namun begitu, dari segi emosi pula adik Jaapar seorang murid yang tidak banyak menimbulkan masalah tingkah laku disruptif dan tidak berkelakukan nakal sama ada dengan guru atau murid.

Penglibatan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Tambahan pula, dalam aspek pengajaran dan pembelajaran pula Adik Jaapar hanya boleh memberikan respon yang baik dalam tempoh 8 hingga 15 minit pertama waktu pembelajaran sahaja. Selepas sahaja 15 minit, adik Jaapr akan hilang tumpuan dan akan mula menyepikan diri dan berdiam diri sahaja apabila guru melakukan aktiviti yang berbentuk kumpulan. Tingkah Laku adik Jaapar dalam kelas pula sentiasa dalam keadaan pasif. Walaubagaimanapun, dalam aktiviti yang berbentuk permainan dan apabila dirinya diberikan keutamaan dalam permainan tersebut, adik Jaapar boleh melibatkan diri dengan baik dan berinteraksi dengan berkesan terhadap guru dan juga rakan-rakan.

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PKB3108

Terdapat beberapa kesan daripada tingkah laku ini kepada pencapaian dalam pembelajaran adik Jaapar, iaitu; Bahasa Melayu Adik Jaapar tidak dapat menguasai kemahiran mengenal huruf abjad sepenuhnya. Walaubagaimanapun dia boleh menamakan sebahagian huruf abjad. Kemahiran motor halus Adik Jaapar pula tidak memuaskan seperti menulis dan kemahiran memegang pensel semasa menulis tidak memuaskan. Akan tetapi, dia tidak mempunyai masalah untuk menyebut huruf atau perkataan dengan bimbingan guru.

Bahasa Inggeris Dalam pencapaian matapelajaran Bahasa Inggeris pula, adik Jaapar boleh menamakan beberapa anggota badan, ahli keluarga, buah-buahan dalam Bahasa Inggeris. Adik Jaapar juga boleh mendengar arahan guru tetapi dia sering kali mengelak untuk bercakap dalam bahasa Inggeris.

Matematik Adik Jaapar juga mempunyai masalah dalam Matematik kerana dia tidak mengenal nombor-nombor dengan baik dan sentiasa lupa. Adik Jaapar sudah menguasai nombor 1 hingga 10 dengan baik tetapi apabila guru tetapi adik Jaapar sering kali menulis nombor itu dengan terbalik. Adik Jaapar juga sudah diperkenalkan dengan konsep penambahan dan penolakan akan tetapi adik Jaapar mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan operasi matematik tersebut.

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PKB3108

4.0

MASALAH YANG DIHADAPI

Setelah saya meneliti daripada hasil maklumat yang diperolehi dan temubual bersama guru dan juga adik Jaapar, saya akhirnya menemui beberapa masalah yang sangat ketara dihadapi oleh adik Jaapar dalam mata pelajaran matematik. Adik Jaapar sebenarnya mengalami masalah

pembelajaran iaitu disleksia. Disleksia adalah gabungan daripada dua pekataan Greek iaitu dys yang membawa maksud kesukaran dan lexia bermaksud perkataan. Daripada kedua-dua perkataan maka membawa maksud kepada kesukaran dengan perkataan bertulis. Menurut Sanders dan Myers (1996), kanak-kanak yang mengalami ciriciri disleksia mempunyai kesukaran-kesukaran khususnya dalam bacaan, menulis dan mengeja. Kesukaran-kesukaran ini termasuklah masalah yang serupa dalam kerja nombor dan mengenali simbol, seperti not muzik atau simbol matematik. Manakala menurut Drake (1989) dalam Madya Zhagan (1999) menyatakan bahawa masalah pembelajaran disleksia merujuk kepada beberapa ciri, iaitu i. ii. iii. iv. v. vi. Kesukaran belajar bahasa Ketidakseimbangan dengan kebolehan intelektual Tidak lancar ketika membaca sesuatu bahan bercetak Tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat Mata menjadi penat setelah beberapa minit fokus pada tulisan Daya tumpuan yang terhad (pendengaran dan pengamatan tetapi tidak pekak atau buta) Selain itu, saya juga lebih memfokuskan kepada mata pelajaran matematik jika diperincikan adik Jaapar boleh juga dikategorikan dalam kategori disleksia visual (pandangan) dimana kanak-kanak yang seperti ini sukar mengingat dan mengenal huruf dan konfigurasi perkataan dan ajad. Mereka juga tidak berupaya menterjemah simbol bahasa yang bercetak sesuatu yang dimaksudkan. Bagi kes adik Jaapar pula, ia berlaku dalam penulisan nombor dimana adik Jaapar sering menulis nombor dengan terbalik. Sebagai contohnya, angka 3 ditulis dengan dan begitu juga dengan beberapa nombor yang lain seperti 2, 7, 6, dan 9.

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PKB3108

Selanjutnya, adik Jaapar ini telah mempelajari konsep penolakan dan penambahan akan tetapi mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan sesuatu operasi itu. Adik Jaapar masih tidak boleh untuk berfikir secara congak untuk mengira operasi tolak. Tahap kebolehan adik Jaapar hanyalah menulis ayat matematik bagi operasi tolaj melalui proses pengasingan dalam lingkungan 10 sahaja. Adik Jaapar memerlukan bahan maujud untuk dijadikan sebagai bahan kira-kira ataupun gambar sekurangkurangnya. Kadang-kala, adik Jaapar akan terlupa cara untuk menolak dan perlu diajar sekali lagi. Tambahan pula, satu lagi masalah dibawah kategori disleksia yang dihadapi oleh adik Jaapar ialah diskalkulia. Diskalkulia ialah sama seperti disleksia di mana seorang kanak-kanak tersebut mengalami kesukaran belajar yang menyebabkan mereka tidak boleh mengira dan memahami konsep matematik. Adik Jaapar ini mengalami diskalkulia dimana salah satu daripada simptom diskalkulia ialah tidak dapat membezakan nilai angka yang kecil atau besar. Sebagai contohnya, dalam operasi tolak adik Jaapar akan membina ayat matematik operasi tolak seperti 4 6. Oleh sebab itu, adik Jaapar sentiasa sukar untuk menyelesaikan operasi ini dan sentiasa mengambil masa yang lama untuk menjawabnya. Kesimpulannya, adik Jaapar ini merupakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah kategori masalah disleksia dan mengalami diskalkulia iaitu kesukaran untuk memahami konsep matematik dengan baik.

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PKB3108

5.0

PUNCA MASALAH YANG DIHADAPI

Terdapat beberapa punca-punca yang menyebabkan adik Jaapar menghadapi masalah tersebut dan juga menyebabkan gangguan terhadap pembelajarannya yang lain. Antara punca-punca masalah diskalkulia ialah pendedahan awal matematik yang terdesak. Maksud disini ialah kanakkanak yang tidak mempunyai kesediaan yang baik untuk menerima sesuatu pembelajaran akan cenderung untuk gagal menerima

pengajaran dengan baik dan tidak memberikan respon seperti yang dikehendaki. Tahap kesediaan belajar itu pula terbahagi kepada tiga aspek iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Menurut Piaget (1996) dalam buku Psikologi Pendidikan (2010) menyatakan bahawa, pembelajaran yang baik mengaitkan kesediaan belajar dengan peringkat pembelajaran mengikut perkembangan kognitif kanakkanak, iaitu peringkat deria motor (0-2 tahun), peringkat pra operasi (2-6 tahun), peringkat operasi konkrit (7-12 tahun) dan peringkat operasi formal (selepas 12 tahun). Tanpa kesediaan belajar pembelajaran tidak akan wujud kerana keadaan dalaman individu yang tidak bersedia tidak berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran baru. Oleh sebab itu, kanak-kanak yang tidak mempunyai kesediaan belajar yang baik akan menyebabkan mereka berasa bimbang apabila berhadapan dengan soalan matematik dan menjadi fobia. Selain itu, punca berlakunya masalah diskalkulia ialah daripada cara pengajaran guru di sekolah. Guru-guru kebiasaannya diberikan satu sukatan pelajaran terhadap setiap mata pelajaran yang diajar untuk menentukan pengajaran yang bakal diajar. Sukatan pelajaran itu pula perlu dilaksanakan mengikut tempoh waktu yang telah direncanakan. Hal ini menyebabkan sesetengah guru terlalu mengejar untuk menghabiskan sukatan pelajaran lalu mengabaikan prestasi murid-murid terhadap tajuk yang diajar. Pelajar yang lemah akan menjadi mangsa dimana mereka masih belum menguasai sesuatu kemahiran sepenuhnya namun guru tetap meneruskan pengajaran seterusnya. Oleh sebab itu, pelajar yang belum menguasai konsep pengajaran daripada awal akan mengalami kesukaran untuk menerima pengajaran seterusnya.
9

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PKB3108

Tambahan pula, masalah diskalkulia juga berpunca daripada faktor genetik yang berlaku sejak daripada lahir. Faktor genetik yang dimaksudkan itu kemungkinan ialah kecederaan di bahagian otak kiri. Seperti yang kita ketahui, otak manusia terbahagi kepada hemisfera kiri dan hemisfera kanan. Kecederaan pada bahagian otak akan menyebabkan gangguan terhadap perilaku seseorang manusia dan juga akan mempengaruhi tahap penerimaan pembelajarannya. Kanak-kanak yang mengalami kecederaan pada bahagian otak kiri kebiasaannya akan lemah dalam kemahiran matematik. Hal ini kerana, bahagian otak kiri berfungsi untuk menterjemahkan angka-angka dan perkara yang logikal. Selain itu juga, ibu bapa juga turut mempengaruhi mengapa masalah ini berlaku. Ibu bapa yang kurang memberikan perhatian terhadap perkembangan anak-anak mereka sejak lahir sehinggalah di peringkat sekolah rendah akan memberi kesan yang negatif terhadap anak mereka. Hal ini kerana, ibu bapa sepatutnya mampu mendidik anak mereka dengan memberikan pendedahan awal di rumah. Sebagai contohnya, membelikan alat mainan yang mempunyai bernombor, puzzle number, CD lagu pengajaran kanak-kanak dan sebagainya. Kanak-kanak yang didedahkan yang persekitaran sebegini akan mudah menerima pembelajaran di sekolah pada masa akan datang. Namun begitu, ia akan lebih sukar sekiranya ibu bapa tersebut mempunyai taraf sosio ekonomi yang sederhana dan ibu bapa yang kurang menitikberatkan soal perkembangan awal kanakkanak. Hal ini biasanya terjadi kepada ibu bapa yang tidak berkemampuan dan gaya hidup yang tidak mementingkan pendidikan. Oleh sebab itu, kekangan yang berlaku sama ada daripada kanakkanak itu sendiri mahupun faktor sekeliling mempengaruhi tahap

pembelajaran mereka.

10

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PKB3108

6.0

STRATEGI MENGATASI MASALAH Setiap permasalahan yang berlaku mempunyai jalan penyelesaiannya begitu juga denga masalah diskalkulia yang dihadapi oleh adik Jaapar. Terdapat pelbagai cara dan strategi untuk mengatasi masalah adik Jaapar dan saya telah bahagikan kepada dua jenis strategi iaitu daripada guru dan juga ibu bapa. Strategi yang pertama ialah daripada guru iaitu cara pengajaran guru hendaklah diubah dan tidak boleh mengekalkan gaya pengajaran yang lama. Jika sebelum ini guru memberikan pengajaran secara individual dimana pembelajaran berlaku secara umum dan tidak berlaku secara kolaboratif sesama murid. Maka guru perlulah merencanakan aktiviti pengajaran yang melibatkan kesemua murid dan murid-murid perlu berinteraksi antara satu sama lain dan saling bekerjasama. Gaya pengajaran ini juga dinamakan sebagai pengajaran berpusatkan murid dimana murid mempunyai keutamaan yang lebih daripada guru. Strategi sebegini sesuai untuk digunakan terutamanya kepada murid lembam kerana mereka tahap penerimaan mereka agak lambat berbanding kanak-kanak normal jika menggunakan bentuk pengajaran yang manual. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) juga dapat memberikan impak yang efektif kepada sesuatu pengajaran. Hal ini kerana, pada peringkat umur 5 sehingga 9 tahun kanak-kanak masih belum mampu untuk menguasai sesuatu pengajaran kemahiran yang berbentuk abstrak. Mereka memerlukan pengajaran yang dapat dilihat secara langsung dan boleh dipegang atau diaplikasi. Sebagai contohnya, blok binaan bernombor yang sering digunakan kepada kanak-kanak di usia pra sekolah. Pada waktu ini, perkembangan mereka akan lebih meningkat dengan cepat dengan adanya bahan-bahan yang mampu merangsang minda mereka untuk berfikir dan berimaginasi. Menurut Jean Piaget (1970) dalam teori pembelajaran kognitif piaget menyatakan bahawa murid-murid sekolah rendah hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Ramai murid sekolah rendah suka menghafal apa yang diajar oleh guru tanpa memahai konsep matematik yang sebenar. Oleh sebab itu juga didapati ramai daripada mereka kurang

11

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PKB3108

mampu menyelesaikan masalah dengan menggunakan simbol matematik yang mereka pelajari. Untuk menolong murid mengatasi masalah ini, pengajaran mengenai masalah matematik harus sentiasa dikaitkan dengan situasi yang sebenar dan perkenalan simbol matematik harus dikatikan dengan contoh yang konkrit. Penggunaan bahan bantu mengajar juga baik untuk kanak-kanak yang lembam dan kanak-kanak yang mempunyai masalah diskalkulia seperti adik Jaapar. Hal ini kerana, mereka memerlukan sesuatu untuk diingat dan tidak hanya bergantung kepada apa yang dilihat secara visual sahaja. Oleh itu, bahan bantu mengajar memainkan peranan penting untuk menyampaikan konsep matematik dengan berkesan. Tambahan pula, guru juga seharusnya memberikan latih ubi yang kerap dan secara berulang-ulang. Latih tubi yang kerap diulang-ulang akan mampu meningkatkan daya ingatan mereka terhadap sesuatu bentuk kemahiran. Menurut Ivan P. Pavlov (1936) dalam teori pelaziman klasik menyatakan bagaiman seekor anjing merembeskan air liur sebaik sahaja terdengar bunyi loceng dengan menggunakan teknik pengulangan sebagai peneguhan. Hal ini juga akan berlaku kepada murid-murid sekiranya guru sentiasa memberikan latih tubi yang berulang-ulang kepada mereka maka ia akan dapat meningkatkan tahap prestasi mereka. Selanjutnya, strategi yang kedua pula ialah berkaitan dengan ibu bapa. Ahli keluarga, khasnya ibu bapa perlulah sentiasa mengambil berat akan prestasi pembelajaran anak-anak mereka dan mengambil bahagian sepenuhnya bagi membantu kanak-kanak yang bermasalah

pembelajaran. Hal ini kerana, ibu bapa yang sering mengambil tahu tentang perihal pembelajaran anak-anak mereka akan mudah mengenal pasti masalah anak mereka dan mereka juga secara tidak langsung akan dapat memberi tunjuk ajar serba sedikit apabila di rumah dan tidak hanya bergantung sepenuhnya terhadap guru.

12

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PKB3108

Selain itu, ibu bapa juga boleh terus merujuk kepada guru kelas untuk mengetahui perkembangan anak mereka di sekolah dengan lebih teliti. Secara tidak langsung ia juga akan membantu pihak sekolah terutamanya guru untuk membuat sebarang bentuk aktiviti yang melibatkan anak mereka dengan bertujuan untuk meningkatkan prestasi pembelajaran anaknya dengan adanya interaksi yang baik diantara pihak sekolah dan ibu bapa.

7.0

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Rancangan Pengajaran Harian (RPH) ialah rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk dilaksanakan oleh guru di dalam bilik darjah. Langkah-langkah dalam menyediakan RPH yang baik untuk adik Jaapar ialah: Menentukan Pengajaran Menentukan Kemahiran Tajuk Operasi Tolak dalam

Lingkungan 10 i. Mengenal konsep tolak ii. Menyatakan kuantiti objek. iii. Membahagikan satu kumpulan objek dan kad nombor

Analisis Pelajaran

Sukatan

besar konkrit nombor. iv.

Membahagikan kumpulan kepada kumpulan menggunakan objek konkrit dan kad nombor besar dua kecil

13

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PKB3108

v.

Menulis matematik berdasarkan gambar.

ayat tolak

vi.

Menulis

ayat

matematik operasi tolak dengan

mengenalkan simbol tolak dan sama dengan. Hasil Pembelajaran Menentukan hasil i. Membina sekurangkurangnya empat daripada lima ayat matematik operasi tolak betul. secara dalam perlakuan ii. Menyelesaikan empat lima daripada ayat dengan

pembelajarn, situasi murid mempamerkan hasil pembelajaran tahap masteri. Dinyatakan eksplisit bentuk yang zahir. Dinyatakan dengan dan

matemati operasi tolak.

jelas dan spesifik.

Analisis Murid

Maklumat Maklumat Umum Murid

Nama : Jaapar Bin Husin Kelas : 3 intelek

Pengetahuan

dan Kenal nombor 1-10 Kenal simbol (-)

kemahiran sedia ada Minat kecenderungan Gaya Pembelajaran

dan Seni dan muzik

Pasif

14

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PKB3108

Nama Kelas

: Nurdiyanah Binti Jinli : 2 intelek

No.KP :931006 12 6292

Mata pelajaran: Matematik Tarikh : 20 Ogos 2013 Hari : Rabu Masa : 60 minit

Standard Kandungan :

6.0 Operasi Tolak dalam Lingkungan 10

Standard Pembelajaran : Objektif Pembelajaran: Pada akhir PdP murid akan dapat:

6.1 Mengenal Konsep Tolak i. Membina sekurang-kurangnya empat daripada lima ayat matematik operasi tolak dengan betul. ii. Menyelesaikan empat daripada lima ayat matematik operasi tolak berdasarkan gambar dengan betul.

Pengetahuan sedia ada :

i. ii.

Kenal nombor 1-10 Kenal simbol (-)

Isi Pelajaran :

Tolak dalam Lingkungan10

Penggabungjalinan isi kandungan EMK : Bahasa Melayu Penyerapan Nilai : Kerjasama

: muzik dan seni

Unsur-unsur Terapi : Terapi cara kerja BBM/B KB : Klip Video,

: Belajar Cara belajar

LANGKAH Set Induksi (5 minit)

AKTIVITI 1. Guru menayangkan satu video klip Mari Mengira kepada murid. 2. Murid diminta menyanyikan lagu tersebut bersama-sama iringan muzik. 3. Guru mengaitkan video klip dengan

CATATAN BBM : Klip Video

15

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PKB3108

isi pengajaran hari ini.

Interaksi Pengajaran (20 minit)

1. Guru menyediakan mesin mengira untuk murid. 2. Guru melekatkan nombornombor dan simbol tolak di kotak menjadi ayat matematik operasi tolak lingkungan 10. 3. Murid diminta mengambil beberapa batang lolipop mengikut nilai nombor yang dilekatkan di kotak. 4. Murid diminta mengurangkan bilangan lolipop mengikut nilai nombor tolak yang dilekatkan di kotak. 5. Murid diminta melekatkan kad nombor di kotak sebagai jawapan dengan mengira bilangan batang kotak yang tinggal dan melekatkan jawapan di kotak. 6. Murid diminta menyelesaikan masalah matematik operasi tolak lingkungan 10 menggunakan slolipop berdasarkan ayat matematik

BBM : Mesin Mengira Nilai : Dedikasi KBKK : Belajar cara belajar KB : Kontekstual

16

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PKB3108

yang dilekatkan di kotak.

Latihan Bertulis (15 minit)

1. Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid. 2. Murid dikehendaki membina ayat matematik operasi tolak dengan betul. 3. Murid dikehendaki menyelesaikan ayat matematik operasi tolak berdasarkan gambar.

BBM : Lembaran Kerja KBKK

17

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PKB3108

Pengukuhan

1. Guru menyediakan satu set permainan dat untuk murid. 2. Di atas papan dat tersebut terdapat nombor-nombor yang mewakili kad-kad soalan yang perlu diselesaikan oleh guru. 3. Murid dikehendaki membaling dat ke atas papan dat yang terdapat nombor. 4. Murid dikehendaki mengambil kad soalan berdasarkan nombor yang terkena dat tadi. 5. Murid dikehendaki menyelesaikan soalan ayat matematik operasi tolak lingkungan 10 yang terdapat pada kad soalan. 6. Jawapan hendaklah ditulis pada soalan tersebut. 7. Setiap soalan yang berjaya diselesaikan oleh murid akan diberi token.

18

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PKB3108

Penutup

1. Guru merumuskan pengajaran pada hari ini. 2. Guru menunjukkan kad-kad soalan untuk memperkukuhkan kembali ingatan murid. 3. Murid dikehendaki menggunakan kotak Mesin Pengira untuk menyelesaikan soalan-soalan tersebut. 4. Guru memberikan token bagi setiap soalan yang berjaya dijawab oleh murid dengan betul. 5. Guru memberikan galakan pada murid untuk terus berusaha.

19

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PKB3108

8.0

BAHAN BANTU MENGAJAR

Nama BBM : Mesin Mengira Manual Alat yang digunakan : Kotak kasut, Batang aiskrim, polisterin, span, riben, gam, gunting, botol, kertas plastik A4, pembalut buku

Saya telah menghasilkan sebuah Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang diperbuat daripada bahan-bahan terbuang dan tidak menggunakan sebarang kos. BBM ini direka khas untuk mengajar murid-murid yang lemah dalam operasi tolak. Kelebihan BBM ini adalah ianya menarik minat murid dan semua murid boleh menggunakannya dengan mudah. Selain itu, alat ini bersaiz sederhana dimana ianya memudahkan guru untuk dibawa ke kelas. Terdapat beberapa langkah untuk menggunakan BBM ini iaitu;

Langkah 1

Guru hendaklah mengsosongkan botol tersebut dan meminta murid untuk mengambil dua kad nombor.

Langkah 2

Guru hendaklah memastikan bahawa murid tahu nilai nombor yang besar dan kecil. Kemudian, murid akan memasukkan kad

20

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PKB3108

nombor tersebut di tempat kad nombor itu. Langkah 3 Guru akan memberikan kesemua batang lolipop kepada murid dan meminta murid untuk mengisi botol tersebut dengan mengikut jumlah kad nombor di bawah. Langkah 4 Guru akan meminta murid menyelesaikan operasi tolak tersebut dengan menolak batang lolipop yang telah

dimasukkan. Langkah 5 Guru akan meminta murid mengisi kad nombor di ruang jawapan. Langkah 6 Guru akan meminta murid menulis kembali operasi tolak ke dalam bentuk ayat matematik di dalam buku.

Batang Lolipop

21

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PKB3108

Kad Nombor

Botol

22

KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK PKB3108

9.0

RUMUSAN Murid perlu diberi pendedahan dengan matematik sejak kecil lagi. Kanak-kanak perlulah belajar dari pengalaman enaktif iaitu pengalaman secara langsung atau sebenar ke pengalaman ikonik iaitu melalui visual seperti gambar, video dan sebagainya ke cara simbolik atau digital seperti perkataan dan angka-angka. Guru juga perlulah bijak menyusun bahanbahan pengajaran untuk membantu kejayaan. Aktiviti pemulihan atau pengukuhan merupakan satu kaedah

pengajaran yang akan dapat mengembangkan daya kreativiti dan memupuk minat terhadap matematik. Kaedah bermain menyeronokkan dan boleh dikaitkan dengan semua bentuk kecerdasan kemahiran. Selain itu, permainan merupakan satu bahagian yang penting. Di dalam kelas kanak-kanak bermasalah pembelajaran, permianan seharusnya diintegrasikan sebagai sebahagian daripada pengajaran dan kurikulum matematik. Ia membuatkan aktiviti matematik menarik, praktikal dan memuaskan. Selain itu, berdasarkan kepada ciri-ciri permainan ia boleh membantu pelajar ke arah tahap penguasaan yang membolehkan mereka untuk menyelesaikan masalah dengan pantas. Penggunaan bahan bantu mengajar turut dapat membantu para guru menyelesaikan masalah penguasaan matematik dalam kalangan murid dan mengekalkan minat belajar matematik kepada para murid. Selain itu juga, penggunaan bahan bantu mengajar telah menjadi keperluan harian kepada pendidik kerana proses pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak

bermasalah pembelajaran amat menekankan kemahiran-kemahiran asas matematik yang bermula daripada pengenalan asas nombor hinggalah kepada penyelesaian masalah. Kesimpulannya, pelbagai strategi boleh diaplikasikan untuk mengatasi masalah murid yang lemah dalam matematik. Strategi itu pula haruslah sesuai dengan masalah dan tahap kemahiran murid agar pembelajaran akan diterima dengan maksimum.

23

You might also like