You are on page 1of 2

3.0 KAEDAH KAJIAN Kaedah kajian yang kumpulan kami lakukan untuk mengkaji asal-usul rumah P.

Ramlee adalah melalui kaedah pemerhatian dan lawatan ke tempat /lokasi kajian, kaedah soal selidik dan kaedah temubual. KAEDAH PEMERHATIAN DAN LAWATAN KE TEMPAT/ LOKASI KAJIAN Melalui kaedah ini, kumpulan kami telah bercadang untuk membuat kajian tempattempat bersejarah di dalam negeri pulau pinang dan memutuskan untuk melakukan kajian di Rumah Kelahiran P. Ramlee. Kaedah ini merupakan langkah pertama kumpulan kami dalam kajian ini iaitu kami telah melawat Rumah Kelahiran P.Ramlee di lot 2180, Jalan P.Ramlee, Pulau Pinang. dalam kajian ini, kami telah melakukan beberapa kali lawatan ke lokasi kajian. Lawatan kali pertama ke Rumah Kelahiran P. Ramlee adalah pada 15/10/2012 seramai 4 orang ahli kumpulan kami pada jam 2 petang hari selasa. Lawatan seterusnya adalah pada 17, 20 dan 22/10/2012. Hal ini adalah perlu bagi membuat suatu kajian yang efektif dalam kajian kami. KAEDAH SOAL SELIDIK Kumpulan kami juga telah melakukan kaedah soal selidik dalam kajian kami. Melalui kaedah ini, kami telah menggunakan borang soal selidik yang mana respondan kami adalah pelawat-pelawat yang melakukan lawatan di rumah P.Ramlee. dalam kaedah soal selidik ini kumpulan kami telah membuat beberapa soalan yang berkaitan tentang asal-usul, sebab melawat Rumah Kelahiran P.Ramlee dan beberapa soalan yang berkaitan dengan Rumah Kelahiran P.Ramlee yang terkandung dalam borang soal selidik untuk para responden kami.

KAEDAH TEMU BUAL Kami telah menjalankan kaedah temu bual semasa kami menjalankan lawatan kerumah kelahiran P. Ramlee bagi mengetahui tentang persepsi dan pengetahuan orang ramai mengenai asal-usul kelahiran rumah P. Ramlee. Semasa lawatan ke rumah P. Ramlee kami telah berjumpa dengan dua orang responden dan telah menemu bual tentang pengetahuan mereka mengenai asalusul sejarah P. Ramlee, dua orang responden yang kami temu bual ialah Sulaiman Bin Yahya yang berumur 60 tahun yang merupakan pekebun di Rumah P. Ramlee. Responden kedua pula ialah bernama Yahya Yusof yang merupakan pesara bekalan air ( PBA ) berumur 72 tahun. Segala butiran temu bual telah kami lampirkan di bahagian lampiran tugasan kami.

You might also like