You are on page 1of 2

LAPORAN MAJLIS PENUTUPAN MINGGU INTEGRITI IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK ANJURAN BERSAMA INSTITUT INTEGRITI MALAYSIA Pada

26 September yang lepas, majlis penutupan minggu integriti IPG Kampus Pendidikan Teknik anjuran bersama Institut Integriti Malaysia telah berlansung dengan jayanya. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Kuliah IPG Kampus Pendidikan Teknik dan dihadiri oleh para pensyarah, pelajar-pelajar semester 8, semester 3PPISMP dan semester 1PPISMP. Bermula jam 2.00 petang, semua pelajar yang terlibat dan para pensyarah sudah mula mengambil tempat sebelum majlis bermula. Seterusnya, tepat jam 2.30 petang, majlis telahpun bermula dengan ketibaan Dr. Muhammad bin Ab Rahman, Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik yang diiringi oleh Puan Zainon binti Esa, Timbalan Pengerusi Program dan Puan Hjh Junaidah Binti Mat Lia yang merupakan penyelaras Integriti. Setibanya pengarah di dalam dewan, lagu negaraku dimainkan bagi menandakan bermulanya majlis penutupan ini. Seterusnya, bacaan doa bagi merahmati majlis ini dibacakan oleh Ustaz Saiful Bahri bin Yaziz. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan klip video pelajar. Klip video yang ditayangkan merupakan klip video pelajar-pelajar 4 PISMP yang diambil daripada kumpulan yang menang sempena pertandingan membuat klip video sepanjang minggu integriti ini. Kemudian, majlis diteruskan dengan persembahan pidato pelajar yang disampaikan oleh saudara Syamil Usrah yang merupakan pemenang pertandingan pidato minggu integriti ini. Beliau merupakan pelajar dari kumpulan 3PPISMP Tesl. Sejurus tamatnya pidato yang disampaikan oleh saudara Syamil, sesi penyampaian hadiah pula dilakukan. Dalam sesi penyampaian hadiah ini, Dr. Muhammad bin Ab Rahman telah diberi penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Antara hadiah yang disampaikan adalah hadiah

pertandingan pidato, pertandingan membuat klip video, pertandingan fotografi dan pertandingan kembara yang dilaksanakan sepanjang minggu integriti. Seterusnya, sesi penyampaian cendaramata kepada pengarah dilakukan. Penyampaian cenderamata ini disampaikan oleh Puan Hjh Zunaidah Binti Mat Lia yang merupakan penyelaras minggu integriti. Selepas itu, ucapan perasmian penutupan dilaksanakan oleh Dr. Muhammad bin Ab Rahman, Pengarah IPG Kampus Pendidikan Teknik. Sebelum majlis bersurai, nyanyian lagu Integriti dan lagu

IPGM dilaksanakan. Tepat jam 4.00 petang, majlis bersurai. Secara keseluruhannya, majlis berlangsung dengan jayanya. Laporan disediakan oleh,

......................................... ( )

You might also like