Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
PENGENALAN
 Negara kita Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dari segiekonomi,sosial,budaya,pendidikan,sains dan teknologi dan pembangunan. Pembangunan pesat ini adakalanya membawa kesan baik dan buruk kepada masyarakat. Pelajar sekolah juga tidak tertinggal daripada masalah sosial.Sejak kebelakangan ini terpapar dalam berita dan suratkhabar mengenai masalahdadah di kalangan anak-anak muda,gangsterisme dan masalah disiplin di sekolah-sekolah. Pendidik juga menghadapi pelajar yang bermasalah keluarga dan pembelajarannya terganggu. Pelajar yang perlu membuat pengkhususan tetapi tidak tahuarah tuju dan pelajar yang stress.Pelajar-pelajar yang menghadapi masalah yang tersebut di atas memerlukan pertolongan kaunselor untuk membantu mereka mencari jalan penyelesaiannya. Makatugas pendidik bukan sahaja mengajar tetapi mereka juga mempunyai kemahirankaunseling untuk membantu pelajar-pelajar bermasalah iaitu klien.Dalam keadaan ini kaunselor memainkan peranan yang penting dalammenyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar. Oleh itu Kementerian Pelajaran telahmewujudkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.
 
DEFINISI KAUNSELING
Kaunseling mempunyai pelbagai erti mengikut pendekatan yangmempraktikkannya. Antara definisi yang diutarakan terdapat banyak persamaanmisalnya, satu definisi menyatakan bahawa kaunseling bertujuan membantu seseorang belajar membuat sesuatu pilihan dan laksanakan pilihan yang telah dibuat.
Krumboltz (1965),
seorang pakar kaunseling mengatakan,kaunseling ialah apasahaja aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha untumembantu klien menunjukkan tingkah laku yang mendorong kepada penyelesaianmasalah klien.
Zainal Abidin
( 2002 ) kaunseling adalah satu perbincangan antara seorangkaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalamikekeliruan dan memerlukan bantuan , bersama-sama memikirkan dan meneliti beberapaalternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternativeyang dipilih.
 
SOALAN 1
Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling adalahsatu perkhidmatan yang pentingdi sekolah-sekolah dan di institusi-institusi Pengajian Tinggi. Perkhidmatn Bimbingandan kaunseling ini amat penting dari segi memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada pelajar- pelajar yang bermasalah.Kami telah memilih Sekolah Menengah Kebangsaan Slim,Slim River untuk menjalankan tinjauan kami tentang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yangdijalankan di sekolah tersebut. Sekolah ini terletak di Bandar Slim River di Perak.Sekolah ini juga telah di pilih sebagai “JUARAdalam program ‘Benchmark’Pengurusan perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling Sekolah-Sekolah Menengah NegeriPerak Tahun 2007 – 2008.Seramai 866 orang pelajar belajar di sekolah ini. Pelajar-pelajar dari sekolah initerdiri daripada murid-murid Melayu,India,Cina dan Asli. Seramai 66 orang guru sedang berkhidmat di sekolah ini dan diketuai oleh Tn Haji Abd Rahman Bin Haji Harun PPTselaku guru besar sekolah ini. Sekolah ini menyediakan Perkhidmatan Bimbingan danKaunseling dan mempunyai dua orang guru yang bertauliah yang menguruskan seisi bimbingan dan kaunseling. Kedua-dua guru ini berkelulusan ijazah dalam bidang bimbingan dan kaunseling.Pn Nor Azian Binti Mohd Bukhari yang bertanggungjawab untuk sesi pagi danEn Mahendran a/l Balaguru bertanggungjawab untuk sesi petang. Dari tinjauan ,kamimendapati bahawa kedua-dua guru kaunselor menggunakan buku panduan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dengan sepenuhnya. Aktiviti-aktiviti yangdirancang oleh kedua-dua kaunselor juga memenuhi keperluan perkhidmatan yang telahdigariskan oleh Kementerian Pelajaran.
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • Notes
    Load more