You are on page 1of 31

MANDI JANABAH Bab Mandi Janabah Maka untuk menjelaskan perkara ini marilah kita merujuk hadits-hadits tentang

cara-cara yang dilaksanakan oleh Nabi saw apabila mandi janabah. Dari Aisyah:

: : .
Bahawa Nabi saw bila mandi disebabkan janabat (bersetubuh), mulai dengan mencuci kedua tangan, lalu menuangkan air dengan tangan kanan ke tangan kirinya dan

mencuci kemaluannya, kemudian berwudhuk (seperti halnya ketika hendak solat), lalu diambilnya air dan dimasukkannya jari-jarinya ke dalam urat rambut (pangkal rambut) - dalam lafaz lainnya: (...dimasukkan jari-jarinya ke dalam urat rambut sehingga beliau merasa bersih), - kemudian ia tuang atas kepalanya tiga tuangan, kemudian ia siram ke seluruh badannya, kemudian ia cuci kakinya. Muttafaq 'alaih Sebuah hadits dari Maimunah katanya:

: .
Saya sediakan bagi Nabi saw air untuk bersuci, maka dituangkannya air itu ke kedua tangan dan dibasuhnya dua atau tiga kali. Setelah itu dituangkannya air dengan tangan kanan kepada tangan kirinya lalu membasuh bahagian kemaluannya dan menggosokkan tangannya ke tanah, lalu berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung. Setelah itu beliau saw membasuh mukanya dan dua tangannya kemudian dibasuh kepalanya tiga kali, kemudian ditimbakannya ke seluruh tubuhnya. Lalu ia mengundurkan diri dari tempat berdirinya dan membasuh kedua telapak kakinya. Ulasnya (Maimunah): maka ku bawakan untuknya guntingan kain, tetapi rupanya tidak diperlukannya (Nabi saw), dan biaskan air (di badan) dengan tangannya.Diriwayatkan oleh Jamaah. Cara-cara mandi janabah bagi lelaki menurut sunnah Rasulullah saw.

Setelah kita merujuk hadits-hadits di atas maka di bawah ini adalah tatacara yang kita dapati dari hadits-hadits tersebut.1. Niat mandi janabah yang beralasan dari sabda Rasulullah saw:


Bermaksud: Setiap perbuatan itu adalah dengan niat dan setiap manusia akan beroleh apa yang diniatkannya.Riwayat AlJamaah2. Mencuci kedua tangan. Riwayat Aisyah tidak menjelaskan berapa kalikah dibasuh kedua tangan di mana secara umumnya menunjukkan kepada hanya sekali basuhan tetapi daripada riwayat Maimunah pula terdapat perincian dibasuhnya kedua tangan itu dua atau tiga kali.3. Menuangkan air dengan tangan kanan kepada tangan kiri lalu membasuh kemaluan/bahagian kemaluan menggunakan tangan kiri. Kemudiannya, digosok tangan kiri itu ke tanah.4. Berwudhuk sebagaimana wudhuk untuk

solat. Perlakuan ini beralasankan hadits Aisyah. Terdapat pula segolongan yang lain berpandangan memadai dengan berkumur dan menghisap air ke hidung lalu membasuh muka dan dua tangan. Perlakuan ini berdalilkan hadits Maimunah. Kedua-dua cara ini adalah berdasarkan keterangan hadits sebagaimana yang diceritakan oleh isteri-isteri Rasulullah saw.5. Mencedok air dengan tangan lalu menyeli-nyeli jari-jari ke rambut sehingga ke pangkal rambut atau mencecah kulit kepala. Perlakuan ini hanya diperoleh dari keterangan Aisyah. Adapun daripada hadits Maimunah, terus kepada langkah di no. 66. Tuang air tiga saukan tangan di atas kepala dengan dimulai kepala bahagian kanan, kemudian kiri kemudian atas kepalanya. Ini berdasarkan hadits yang diterima daripada Aisyah:

Adalah Rasulullah saw apabila mandi disebabkan janabat, dimintanya air secukupnya, kemudian diambilnya dengan dua telapak tangannya dan dimulainya dengan kepala yang sebelah kanannya kemudian baru sebelah kiri. Setelah itu disauknya dengan kedua tapak tangannya dan ditimbakannya ke atas kepalanya.Bukhari & Muslim7. Meratakan saukan air ke seluruh badan dengan memulai dari sebelah kanan. Ini berdasarkan kefahaman hadits daripada Aisyah ia berkata:


Adalah Rasulullah saw suka mendahulukan yang kanan baik di ketika memakai sepatunya, di kala menyisir rambutnya, di

kala bersuci bahkan di setiap pekerjaannya.Bukhari & Muslim8. Membasuh kedua kaki memulai dari kaki kanan dan diikuti kaki kiri. PERINGATAN: Sebaiknya sebelum dicelupkan tangan ke dalam bejana (sebelum dicedok air dengan tapak tangan buat pertama kalinya), hendaklah dibasuh tapak tangan diluar bejana jika dibimbangi terdapat kotoran atau najis pada tangan tersebut.

:
Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw. bersabda: Apabila bangun seseorang daripada kamu dari tidurnya, maka janganlah ia selamkan tangannya di bijana sebelum ia cuci tiga kali kerana ia tidak tahu

di mana telah bermalam tangannya.Muttafaq Alaih dan lafaz di atas adalah dari Muslim. Mandi kerana mengangkat hadas besar bagi wanita (mandi kerana haid, nifas dan junub) Satu perkara yang jelas dalam bab ini iaitu para wanita tidak perlu merungkaikan sanggulnya ketika mandi. Ini sebagaimana hadits daripada Ubeid bin Umeir:

. ! .

Aisyah mendapat berita bahawa Abdullah bin Umar menyuruh perempuanperempuannya menguraikan jalinan rambutnya bila mandi. Maka katanya: Aneh sekali Ibnu Umar, disuruhnya perempuanperempuannya menguraikan rambutnya bila mandi, kenapa tidak disuruhnya saja mereka memotong rambutnya. Sedangkan aku mandi bersama Rasulullah saw dari sebuah batil (bekas air) dan yang ku kerjakan tidak lebih dari menuangkan air ke atas kepalaku sebanyak tiga cebukan.Riwayat Ahmad & MuslimTerdapat di kalangan ulama yang memandang bahawa cara mandi janabah bagi wanita adalah sama seperti mandi janabah bagi lelaki, hanyalah yang membezakannya adalah wanita tidak perlu merungkaikan sanggulnya ketika mandi. Dalam urusan agama, pandangan ulama itu tidak dapat kita jadikan ikutan atau sandaran melainkan setelah jelas terang keterangannya dari syara'. Jika kita perhatikan daripada keterangan-keterangan hadits, tiada kita peroleh perincian yang jelas daripada

Rasulullah saw tentang cara mandi janabah bagi wanita. Sepotong hadits daripada Ummu Salamah:

: . .
Bahawa seorang wanita bertanya kepada Rasulullah saw: Jalinan rambutku amat ketat, haruskah diuraikan jika hendak mandi janabah?. Ujar Nabi saw: Cukuplah bila kau tuangkan ke atasnya air sebanyak tiga kali, kemudian kau timbakan ke seluruh tubuhmu. Dengan demikian bererti kau telah suci.Diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim dan Turmidzi yang padanya hasan lagi sahihSatu hadits yang ringkas, penjelasan daripada Rasulullah bahawa wanita yang berjunub itu memadai baginya menuangkan air ke atas kepalanya tiga kali

lalu menuangkan air ke seluruh tubuhnya, dengan demikian bererti ia telah suci. Kita lihat keterangan hadits lainnya.

: : ! : . : :

: .

Bahawa Asma' binti Yazid menanyakan kepada Nabi saw tentang cara mandi perempuan haidh, maka ujarnya: Hendaklah ia mengambil air dengan daun bidara, lalu berwudhuk dengan sebaikbaiknya, kemudian hendaklah ia menimbakan air ke atas kepala dan menggosoknya dengan keras hingga sampai ke urat-urat rambut lalu menuangkan air lagi ke atasnya. Setelah itu hendaklah diambilnya sepotong kapas yang dibubuhi minyak wangi lalu bersuci dengan itu. Bertanyalah Asma': Bagaimana caranya ia bersuci itu?. Ujar Nabi: Subhanallah! Bersucilah dengan itu!. Maka berkatalah Aisyah seakan-akan berbisik: Gosokkan kepada bekas darah!. Kemudian ditanyakannya kepada Nabi

tentang mandi janabah, maka ujar Nabi: Ambil air lalu berwudhuk dengan baik atau sampai selesai, kemudian hendaklah tuangkan air ke atas kepala dan gosok hingga sampai ke urat-urat lalu tuangkan lagi air ke atasnya. Berkata Aisyah: Wanita-wanita Ansar adalah sebaik-baik wanita! Mereka tidak malu-malu untuk menyelami agama.Diriwayatkan oleh Jamaah kecuali Tirmidzi.Hadits di atas memperincikan dengan lebih mendalam kaifiyat mandi bagi wanita namun jika kita perhatikan dalam hadits ini, Rasulullah saw tidak menerangkan tentang ditimbakan air ke seluruh badan. Maka di sini, ulama telah menggabungkan kesekian hadits-hadits dalam bab ini supaya diperoleh satu kaifiyat yang menyeluruh. Dengan berdasarkan keterangan hadits, dapat difahami terdapat dua kaedah mandi yang ditunjukkan Rasulullah saw iaitu mandi kerana haid dan mandi kerana junub.

Mandi haid/nifas 1. Wanita yang berhaid dianjurkan mandi dengan air yang dicampur daun bidara. 2. Berwudhuk 3. Menuangkan air ke atas kepala dan menggosok-gosok kepala dengan keras sehingga air sampai ke urat-urat rambut 4. Dituangkan air lagi ke atas kepala 5. Mengambil sepotong kapas yang telah diletakkan minyak wangi padanya lalu bersuci dengannya yakni digosokkan kapas itu pada kesan-kesan darah 6. Menyiramkan air ke seluruh tubuh Apakah perlu seorang wanita ketika mandi wajib selepas haid menggunakan wangian pada farajnya atau memadai sekadar dilalukan air sahaja?Pada asalnya, seorang wanita yang mandi wajib selepas haid itu memadai dengan membersihkan anggotanya terutama faraj atau alat sulitnya, kemudian dipastikan air meratai tubuhnya. Namun hadith Nabi s.a.w juga menunjukkan menggunakan wangian pada

tubuh dan faraj semasa mandi wajib adalah disunatkan.Daripada Aisyah: Bahawa Asma` bertanya Nabi s.a.w. mengenai mandi wanita haid. Sabda baginda: Hendaklah seseorang kamu mengambil air dan daun bidaranya, dia bersihkan dengan sebaiknya. Kemudian dia curahkan air ke atas kepalanya dan menggosoknya betulbetul sehingga sampai ke akar rambutnya. Kemudian dia siram ke atas kepalanya air. Kemudian dia ambil kapas yang bercampur kasturi dan dia bersihkan dengannya. Kata Asma`: Bagaimana (cara) dia bersihkan dengannya? Sabda Nabi: Subhana Allah!! Bagaimana engkau hendak bersihkan dengannya?!!. Kata Aisyah: Seakan dia menyembunyikan perkara itu (Dia memperlahankan suaranya agar hanya didengar oleh Nabi s.a.w tetapi tidak didengar oleh orang lain). (Sabda Nabi): Engkau ikuti kesan darah. Dia bertanya (pula) tentang mandi junub. Sabda Nabi: Hendak dia (seseorang perempuan) mengambil air dan bertuhur (berwuduk) serta mengelokkan tuhur itu atau

menyempurnAkan tuhur. Kemudian hendaklah dia curahkan air ke atas kepalanya lalu menggosoknya sehingga ke akar rambut. Kemudian dia mencurahkan air ke atasnya. Kata Aisyah: Sebaik-baik wanita, wanita Ansar, malu tidak pernah menghalang mereka bertafaqquh dalam agama. (Riwayat al-Imam al-Bukhari dan alImam Muslim. Hadith di atas adalah dengan lafaz al-Imam Muslim. Juga al-Nasai dalam Sunannya, Kitab al-Taharah dan Abu Daud dalam Sunannya, Kitab al-Taharah).Ada beberapa faedah yang boleh diambil daripada hadith ini, antaranya Rasulullah membenarkan Asma bertanya persoalan yang agak peribadi bagi wanita. Ini menunjukkan guru atau tokoh agama tidak boleh menghalang persoalan-persoalan yang sedemikian jika tujuannya adalah untuk ilmu menimba pengetahuan. Tidak perlu malu dalam masalah hukum-hakam syarak. Juga, hadith ingin mengingatkan haid biasanya meninggalkan kesan bau yang kurang enak pada wanita, maka mereka disuruh menggunakan bahan-

bahan yang menghilangkan kesan tersebut. Penggunaan apa-apa bahan samada bersifat tradisi atau moden yang membantu menghilangkan kesan tersebut, adalah menunaikan tuntutan hadith. Maka wanita disunatkan mencari wangian ketika mandi wajib untuk membersih dan mewangikan tubuh juga faraj atau alat sulit mereka. Mandi janabah 1. Berwudhuk 2. Menuangkan air ke atas kepala dan menggosok-gosok kepala hingga air sampai ke urat-urat rambut 3. Dituangkan lagi air ke atas kepala 4. Menyiramkan air ke seluruh tubuh Permasalahan 1. Dalam bab menuangkan air ke atas kepala bagi wanita, terdapat di kalangan ulama yang memandang bahawa dituangkan air ke atas kepala sebanyak tiga kali dengan digosokkan kepala supaya air

sampai ke urat-urat rambut. Ini berdasarkan keterangan Aisyah daripada hadits-hadits di atas. 2. Dalam bab membasuh kaki di akhir mandi janabah (bagi lelaki dan wanita), segolongan ulama berpandangan memadai dengan dibasuh kedua-dua kaki (dimulai dengan kaki kanan kemudiannya kaki kiri) tanpa diperincikan kaifiyatnya kerana tiada diperoleh perinciannya daripada haditshadits Rasulullah saw dalam bab mandi janabah. Adapun segolongan ulama lainnya dalam menerangkan cara membasuh kaki maka mereka mengqiyaskannya dengan cara membasuh kaki dalam berwudhuk iaitu dimulakan basuhan dari kaki hingga ke buku lali. Diriwayatkan dalam sepotong hadits:

Kemudian beliau membasuh kaki kanannya sehingga dua buku lalinya tiga kali kemudian membasuh kaki kirinya sedemikian juga.Muttafaq Alaih.AlMustaurid bin Syaddad memberitakan:


Saya melihat Rasulullah saw apabila berwudhuk, dia menggosok anak-anak jari kedua kakinya dengan jari kelingkingnya.Riwayat Abu Daud dengan darjat sahih.Mengambil kira betapa Rasulullah saw mementingkan memulai dari anggota yang sebelah kanan dan kemudian yang sebelah kiri di dalam berwudhuk dan lain-lain urusan, maka dipergunakan untuk kias ke dalam urusan mandi janabah. Ini kerana perbuatan wudhuk berkait rapat dengan mandi janabah, di mana urusan mandi janabah itu sendiri dimulakan dengan membasuh anggota wudhuk. Oleh itu membasuh kaki di akhir mandi janabah, caranya mencontohi membasuh kaki

semasa berwudhuk. Cuma dalam hal membasuh kaki semasa mandi janabah ini tidak dinyatakan berapa kali. Maka basuhlah sehingga rata kesemua bahagian kaki iaitu dari jari-jari kaki sehingga ke buku lali. Demikianlah penjelasan yang dapat diberikan dalam hal membasuh kaki dan memulakan basuhan kaki dari anggota yang kanan lalu diikuti sebelah kiri.Selepas mandi Rasulullah saw tidak mengeringkan badan dengan kain tetapi membiaskan air di badannya dengan tangannya. Ini beralasankan hadits dari Maimunah yang berbunyi:


Ulasnya (Maimunah): maka ku bawakan untuknya guntingan kain, tetapi rupanya tidak diperlukannya (Nabi saw), dan biaskan air (di badan) dengan tangannya.Diriwayatkan oleh Jamaah.Apakah perlu berwudhuk sesudah selesai mandi janabah?Tidak ditemukan

satu keterangan yang sahih bahawa selepas mandi janabah perlu pula mengambil wudhuk untuk solat. Berkata Aisyah dalam perkara ini:

Rasulullah saw tidak berwudhuk lagi setelah mandi dari janabah.Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasaie, Tirmizi & Ibnu Majah. Kata Tirmizi: Hadits ini hasan shahih.Hadits ini menerangkan dengan khusus bahawa Rasulullah saw tidak lagi berwudhuk setelah mandi janabah di mana dapat kita fahami dari hadits ini, perlakuan mandi janabah itu telah melengkapi wudhuk. Sesungguhnya dalam permasalahan ini, kita dapati terdapat ulama yang mengatakan tidak perlu berwudhuk lagi setelah mandi janabah (dengan berdalilkan hadits di atas) sedang segolongan ulama lainnya menyatakan adalah lebih baik jika kita berwudhuk setelah selesai mandi janabah, iaitu setelah selesai mengangkat hadas besar maka

adalah lebih baik jika kita mengangkat hadas kecil pula...... lalu bagaimanakah pendirian kita?Maka kita renungkan kembali sepotong hadits Rasulullah saw:

......
Maka sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah Kitab Allah dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad saw. Shahih MuslimDan diterima dari Ibnu Umar bahawa dia mengatakan kepada seorang lelaki sebagai tanggapan atas ucapan bahawa dia berwudhuk setelah mandi: Anda terlalu berlebih-lebihan!. Rujukan Fikih Sunnah Sayyid Sabiq.Berkata Abu Bakar Ibnul Arabi: Para ulama tidak berselisih pendapat bahawa wudhuk itu telah termasuk dalam mandi, dan bahawa niat bersuci dari janabat mencakupi bersuci dari hadas (hadas kecil) dan dapat menghilangkan hadas itu, kerana halangan dari janabat lebih besar (banyak) dari halangan hadas, hingga yang kecil pun

termasuk dalam niat yang besar (banyak), dan niat yang lebih besar mencakupi niat yang lebih kecil.Penjelasan dari isteri Nabi saw, sahabatnya dan pandangan ulama kiranya telah jelas bagi kita untuk membuat keputusan bahawa bila suatu perbuatan itu tidak ada contoh dari Rasulullah saw, maka tidaklah perlu kita pertahankan, dan jalan yang terbaik ikutlah cara yang dicontohkan oleh Rasulullah saw, iaitu apabila sudah mandi janabah dan kita hendak solat, maka teruskanlah bersolat tanpa perlu kepada berwudhuk lagi.Apa yang perlu kita ingat, sudahilah mandi janabah itu dengan membasuh kaki, kerana itulah sunnah Nabi saw dan sesudah selesai pada mandi, kita tidak dihalangi dengan perkara-perkara yang membatalkan wudhuk seperti kentut, membuang air kecil dan lain-lainnya perkara yang membatalkan wudhuk. Maka dengan demikian bolehlah kita terus mengerjakan solat.Tidak timbul masalah darihal air musta'mal atau air bekas dicelup tangan tidak boleh digunakan sama ada untuk berwudhuk atau mandi janabah kerana

memang sunnahnya mandi janabah itu Nabi saw lakukan dengan mencelupkan tangan lalu dituangkan tiga kali ke atas kepala dan sebelumnya Nabi basuh tangannya di luar bekas air terlebih dahulu. Dari Aisyah:

: -

lalu diambilnya air dan dimasukkannya jarijarinya ke dalam urat rambut (pangkal rambut) dalam lafaz lainnya: (...dimasukkan jari-jarinya ke dalam urat rambut sehingga beliau merasa bersih), kemudian ia tuang atas kepalanya tiga tuangan..... Muttafaq 'alaihSebuah hadits lagi:

: : ! .
Salah seorang isteri Nabi saw mandi dari sebuah pasu. Tiba-tiba Nabi saw datang untuk berwudhuk atau mandi dari air tersebut, maka berkatalah isterinya itu: Ya Rasulullah, saya ini junub!. Ujar Nabi: Tetapi air tidak junub!.Hadits ini diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Nasai dan Turmidzi dengan katanya hadith ini hasan lagi sahih.Sebuah hadits lagi bermaksud:Dan Aisyah biasa mandi bersama Rasulullah saw dari bejana (batil), sehingga mereka saling mendahului, sampai Nabi mengatakan kepadanya: Tinggalkan buatku. Rujukan Fikih Sunnah.Dari hadits di atas, maka tidak dilarang mandi bersama antara suami isteri dan tidak dilarang saling celup-mencelup air dengan tangan semasa mandi janabah.Maka ditimbulkan dari hal mandi dalam keadaan telanjang, apakah dibolehkan? Maka untuk penjelasannya,

marilah kita merujuk keterangan di bawah ini;Menurut Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fikih Sunnah tidaklah mandi dalam keadaan telanjang itu dilarang jika tempatnya tertutup atau terhindar dari pandangan mata manusia. Ini berdasarkan hadits dari Abu Hurairah dari Nabi saw yang berbunyi:

: :
Sewaktu Nabi Ayub as mandi dalam keadaan telanjang, tiba-tiba jatuhlah di depannya, seekor belalang emas. Ayub pun segera mengambil kainnya, maka dia pun dipanggil oleh Tuhannya yang Maha Keramat dan Maha Tinggi: Hai Ayub! Bukankah engkau telah cukup kaya hingga

tak memerlukan lagi barang yang kau lihat tadi itu?. Ujar Ayub: Benar, demi kemuliaanMu! Tetapi aku tak dapat mengabaikan berkahMu.Hadits riwayat Ahmad, Bukhari dan Nasai. Terdapat juga sepotong riwayat yang semakna dengan hadits di atas daripada Bukhari yang menjelaskan darihal Nabi Musa as. pernah mandi telanjang.Kita lihat keterangan seterusnya

: :
Daripada Ya'la bin Umaiyyah ia berkata: Bahawa Rasulullah saw melihat seorang lelaki mandi di tempat terbuka (dengan telanjang) maka naiklah Rasulullah saw ke atas mimbar lalu memuji Allah kemudian beliau bersabda: Bahawasanya Allah

sangat pemalu dan sangat menyembunyikan diri (menutup diri). Dia menyukai orang yang pemalu dan menutup diri, kerana itu apabila seseorang kamu mandi, hendaklah ia menutup dirinya . Riwayat Abu Daud & NasaieJika kita kumpulkan hadits-hadits berkaitan mandi, apakah dibenarkan mandi telanjang atau tidak? Maka dapat kita simpulkan bahawa berkain basah (menutup badan di kala mandi) di dalam kamar yang tertutup adalah satu perbuatan yang harus dan tidaklah dilarang / tidak menjadi kesalahan jika mandi dalam keadaan telanjang dalam kamar yang tertutup / bukan di tempat pandangan umum (ini beralasankan hadits yang menerangkan Nabi Ayub dan Nabi Musa yang pernah mandi telanjang di mana Rasulullah menceritakan peristiwa tersebut tanpa menerangkan apa-apa lagi, maka difahamkan dari yang demikian bahawa perkara itu (mandi telanjang di tempat tertutup) dibenarkan dalam syariat). Adapun mandi dengan telanjang atau dengan membuka aurat di tempat terbuka maka

yang demikian itulah yang dilarang.Apakah boleh kita memotong kuku, rambut dan berbekam dalam keadaan junub? Maka tiadalah saya temui larangannya berdasarkan hadits-hadits sahih. Sayyid Sabiq memberi pandangan tidak ada halangan atau tegahan, juga tidak makruh memotong kuku, rambut dan berbekam berdasarkan hadits dari Atha yang bermaksud:Orang junub itu boleh berbekam, memotong kuku dan memangkas rambut walaupun tanpa wudhuk lebih dahulu.Diriwayatkan oleh Bukhari.Sekianlah yang dapat dijelaskan untuk pengetahuan kita bersama, jika ada yang lebih terang dan jelas dari Al-Quran dan hadits yang hasan dan sahih maka sama-sama kita bentangkan atau bincangkan, moga kita memperoleh petunjuk jalan yang benar. SOALAN Bagaimanakah hukumnya jika mandi janabah tidak dikerjakan sebagaimana yang dicontohkan Rasulullah, bolehkah kiranya

berwudhuk itu diakhirkan ..... setelah mandi seluruh badan barulah berwudhuk?Saya tidak tahu untuk berhukum, apakah sah mandi janabah itu atau tidak, tidaklah saya berani untuk menetapkan hukumnya. Apa yang dapat saya ulaskan, mandi janabah itu satu urusan syara' yang telah ada contohnya daripada Rasulullah maka kerjakanlah ia sebagaimana yang dicontohkan kepada kita. Sekiranya mandi janabah itu boleh dilakukan sewenangwenangnya maka tidak perlulah kiranya Rasulullah contohkan pada kita. Apa yang jelas, mandi janabah ini berkaitan urusan agama maka sepotong hadits untuk kita jadikan renungan

: :
Daripada Anas ia berkata: Bersabda Rasulullah saw: Apabila ada sesuatu dari urusan dunia kamu maka kamu lebih

mengerti tentangnya, apabila ada sesuatu dari urusan agama kamu maka hendaklah kamu mengikut sayaHadits shahih riwayat AhmadBagi mereka yang jahil atau tidak mengetahui, maka sama-samalah kita berusaha menyampaikan, Adapun bagi yang telah mengetahui tatacara mandi janabah Rasulullah maka amalkanlah ia

You might also like