You are on page 1of 4

Tunjukcara Tunjukcara merupakan salah satu teknik yang dilaksanakan dalam pengajaran asas komputer dan teknologi maklumat.

Teknik ini juga dikenali sebagai demonstrasi. Melalui teknik ini guru akan memberikan penerangan dan demonstrasi mengenai sesuatu isi pelajaran sebaliknya pelajar hanyalah melihat dan mendengar apa yang disampaikan .Contohnya teknik tunjukcara ini dilaksanakan dalam pengajaran tajuk perkakasan komputer dimana guru terlebih dahulu menentukan tajuk,objektif dan kandungan isi pelajaran kepada pelajar. Alatan turut disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah tertentu . Guru melakukan tunjukcara membuka dan memasang komponen perkakasan komputer Semasa melakukan demonstrasi beberapa soalan dikemukakan kepada pelajar untuk menarik perhatian mereka terhadap isi pelajaran dan menguji kefahaman mereka terhadap penyampaian guru . Beberapa bahagian utama dan penting akan dibincangkan dengan pelajar selepas tunjukcara, ini adalah untuk memastikan pelajar mengikuti setiap langkah yang diterangkan semasa demonstrasi tadi. Pelajar juga diberikan peluang untuk melakukan aktiviti demonstrasi seperti mana yang ditunjukkan oleh guru sebelum itu. Teknik demonstrasi atau tunjukcara ini telah memberikan beberapa kebaikan dan kesan kepada pelajar,antaranya. Pelajar telah dapat mencontohi apa yang ditunjukkan dengan lebih mudah dan tepat.

Dapat mengukuhkan ingatan pelajar mengenai tajuk dan langkah-langkah untuk melaksanakannya. Pelajar lebih mudah memahami isi pelajaran dan menimbulkan minat untuk belajar.

Kesilapan pelajar dapat dibetulkan oleh guru, ini secara tidak langsung membaiki kualiti pengetahuan pelajar.

Kaedah Menyoal Kaedah menyoal digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran asas komputer dan teknologi maklumat. Melalui kaedah ini pemikiran pelajar dirangsangkan dengan beberapa soalan dikemukakan kepada pelajar. Melalui penyoalan ini pelajar perlu melaksanakan perkara-perkara berikut : Mengingat semula fakta, prinsip atau generalisasi yang spesifik. Menunjukkan kefahaman dengan cara menyatakan atau menerangkan sesuatu .

Menganalisis maklumat dengan cara mendapatkan hubungan baru antara idea,prinsip prinsip yang terlibat dan implikasi yang timbul. Mengsintesis maklumat dengan cara mencantumkannya dalam pelbagai cara Menilai maklumat dengan menggunakan kriteria tertentu sebagai alasan atau hujah.

Dalam penyoalan , aras penyoalan adalah mengikut tahap apa yang telah diletakkan dalam Taksonomi Bloom iaitu dari peringkat pengetahuan sehinggalah ke peringkat sintesis atau penilaian bergantung kepada kecerdasan pelajar. Bahan pelajaran yang sama dapat diberikan mulai dari tahap rendah sehingga ke tahap menengah, disesuaikan dengan tingkat perkembangan kognitif pelajar. Pelajar yang lemah akan diberi lebih banyak soalan berbentuk pengetahuan dan 1

kefahaman. Pelajar cerdas, penumpuannya lebih kepada soalan aplikasi dan dan analisi. Sebagai contoh dalam tajuk Perkakasan Komputer, guru mengemukakan soalan aras pengetahuan di mana pelajar perlu mengetahui nama-nama komponen yang diperkenalkan dan kemudian memberi maklum balas apabila ianya disoal KAEDAH DEMONSTRASI Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstrasi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstrasi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan. Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstrasi yang boleh dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani : 1) Pendahuluan

Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk, melutu dan berdiri Mengenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini

2) Demonstrasi

Melakukan demonstrasi mengikut kadar pergerakan sebenar Ikut cara dan prosedur yang piawai Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan

3) Demonstrasi dan pengajaran


Semasa membuat pelakuan , beri butiran yang sepatutnya Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak diberitahu. Gunakan kaedah ansur maju dan megajar mengikut turutan yang sebenarnya. Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman lepas.

4) Ulang demonstarsi dan butiran yang penting


Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan Beri butiran penting

5) Penutup

Ulang butiran penting Menggalakkan perbincangan 2

Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran

Kaedah Tunjuk Cara Kaedah tunjuk cara adalah kaedah yang telah lama digunakan di sekolah. Kaedah ini dipilih terutamanya sebagai satu cara untuk membiasakan murid dengan prosedur yang perlu diikuti oleh mereka semasa membuat aktiviti seperti berkebun, menggunakan alatan dan sebagainya. Kaedah tunjuk cara yang berjaya mengandungi langkah-langkah yang memberi murid peluang menunjukkan bahawa mereka benar-benar memahami apa yang dipelajari. Sesuatu tunjuk cara tidak akan berjaya dan lengkap jika tidak diberi peluang murid membuat sesuatu yang menunjukkan mereka telah menguasai maklumat, proses atau prinsip tertentu. Langkah-langkah untuk menjayakan kaedah ini adalah seperti berikut: Langkah 1 Tunjukkan kepada murid langkah-langkah yang mesti dikuti oleh mereka untuk melakukan tugas yang diberi. Murid juga perlu dimaklumkan tentang sifat tugas itu. Langkah 2 Beri tindak balas kepada soalan murid tentang tunjuk cara yang telah dibuat. Guru juga perlu bertanyakan soalan kepada murid untuk memastikan mereka benar-benar faham akan arahan yang diberikan. Langkah 3 Tinjau semula langkah-langkah yang perlu diikuti oleh murid. Murid mesti jelas dengan langkah-langkah aktiviti. Adalah baik jika guru menulis setiap arahan untuk memastikan tiada arahan yang tertinggal semasa aktiviti berlangsung. Langkah 4 Secara rawak, guru perlu memilih beberapa orang murid untuk membacakan turutan langkah-langkah betul yang telah dilakukan oleh mereka. Langkah 5 Beri peluang murid mempraktikkan apa yang telah dipelajari oleh mereka. Kaedah tunjuk cara apabila dirancang dan dilaksanakan boleh memberi kefahaman kepada murid. Pada bahagian awal tunjuk cara, guru boleh mengambil sedikit masa untuk mengingatkan murid tentang objektif yang diberi penekanan. Disebabkan guru menjadi pusat perhatian dalam kaedah tunjuk cara ini, adalah mudah baginya untuk membantu murid mengingat kembali maklumat yang telah dipelajari sebelumnya yang berkaitan dengan tugas pembelajaran baru.

Demonstrasi Koh Boh Boon(1985), di dalam buku Pedagogi Asas Pendidikan, pengajaran adalah satu proses yang kompleks yang dipenuhi oleh pelbagai unsur, termasuk kualiti pengajar, kecerdasan, bakat, minat, pengaruh motivasi, persekitaran sekolah dan dorongan ibu bapa terhadap murid itu. Oleh itu untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid ini, pelbagai strategi dan kaedah yang boleh digunakan, antaranya ialah dengan menggunakan kaedah tunjukcara atau demonstrasi. Kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) yang diasaskan oleh John Dewey, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan (Zaiton Zanariah Hamid, 2000). Menurut Dywer (1978), pelajar yang membaca sambil melihat gambar boleh ingat dengan baik daripada hanya membaca teks sahaja. Ini dapat dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh ahliahli psikologi dalam kajian Ng Ying (2004) Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2011 bahawa, pancaindera penglihatan berupaya memproses 4,300,000 maklumat manakala pancaindera pendengaran berupaya menerima 50,000 maklumat. Demonstrasi Koh Boh Boon(1985), di dalam buku Pedagogi Asas Pendidikan, pengajaran adalah satu proses yang kompleks yang dipenuhi oleh pelbagai unsur, termasuk kualiti pengajar, kecerdasan, bakat, minat, pengaruh motivasi, persekitaran sekolah dan dorongan ibu bapa terhadap murid itu. Oleh itu untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid ini, pelbagai strategi dan kaedah yang boleh digunakan, antaranya ialah dengan menggunakan kaedah tunjukcara atau demonstrasi. Kaedah Tunjukcara (Demonstrasi) yang diasaskan oleh John Dewey, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, pemerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan (Zaiton Zanariah Hamid, 2000). Menurut Dywer (1978), pelajar yang membaca sambil melihat gambar boleh ingat dengan baik daripada hanya membaca teks sahaja. Ini dapat dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh ahliahli psikologi dalam kajian Ng Ying (2004) Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Keningau 2011 bahawa, pancaindera penglihatan berupaya memproses 4,300,000 maklumat manakala pancaindera pendengaran berupaya menerima 50,000 maklumat.

You might also like