You are on page 1of 4

Laporan Kajian Kes Seperti yang sedia maklum, subjek sains tidak di ajar dalam pendidikan khas.

Hal ini kerana, kurikulum Sains hanya diajar secara merentas kurikulum dalam subjek subjek lain untuk pendidikan khas. Oleh yang demikian, kami telah menemubual seorang guru pendidikan khas yang mengajar subjek Kemahiran Manipulatif, Pengurusan Tingkah Laku dan Pengurus Diri. Menurut guru ini, dalam subjek tersebut memang terdapat kemahiran proses sains yang terlibat secara tidak langsung. Begitu juga dengan masalah dalam pembelajaran sains untuk murid pendidikan khas. Masalah ini bukan sahaja terlibat dalam pengajaran Sains malah dalam subjek subjek lain juga. Setelah menemubual seorang guru pendidikan khas berkaitan dengan masalah pembelajaran sains dalam subjek sains, kami mendapati bahawa masalah ini memang berlaku kepada murid pendidikan. Sebagai contoh yang boleh diberikan ketika mengajar subjek pengurusan tingkah laku, guru ini tidak dapat menafikan bahawasanya memang terdapat masalah koordinasi motor dalam kalangan murid pendidikan khas. Contoh situasi yang boleh diberikan ialah, ketika murid ini menulis tetapi mereka tidak focus terhadap apa yang ditulis. Mata mereka mlilau ke tempat lain. Hal ini ini dikenalpasti bagi murid bermasalah pembelajaran autism dan AHDH. Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah tersebut guru menyediakan aktiviti yang lebih meningkatkan focus koordinasi motor mereka. Antaranya ialah, memasukkan kertas ke dalam botol. Seterusnya, guru ini juga menyatakan bahawa masalah persepsi visual dan audio juga dapat dikesan dalam murid bermasalah pembelajaran ini. Hal ini kerana murid ini berada dalam dunia mereka sendiri dan susah untuk memberikan focus terhadap pengajaran guru. Murid yang cenderung terhadap masalah persepsi ini ialah murid austism dan ADHD. Oleh yang demikian, guru menggunakan persembahan slide powerpoint dalam sesi pengajarannya bagi mengatasi masalah ini. Hal ini bertujuan bagi menarik perhatian murid terhadap lagu serta grafik yang menarik dalam persembahan slide tersebut.

Melalui temubual ini juga, guru menyatakan bahawa kemahiran motor halus merupakan masalah utama bagi murid serebral palsi. Hal ini kerana murid ini tidak mempunyai keupayaan fizikal yang tinggi. Oleh yang demikian, guru banyak memberikan aktiviti yang bersifat praktikal sebagai contoh meramas kertas atau plastisin kepada murid ini. Hal ini bertujuan membantu meningkatkan kemahiran motor halus mereka. Tidak lupa juga, bagi murid bermasalah pembelajaran yang lain, terdapat juga aktiviti seperti perkebunan yang disediakan bagi membantu meningkatkan kemahiran motor halus sekaligus kemahiran motor kasar mereka. Aktiviti seperti mencabut rumput, mencangkul, mensabit dan menanam benih sangat membantu memperkembangkan kemahiran motor mereka. Antara lain, masalah tumpuan merupakan masalah utama yang seringkali menjadi penghalang dalam sesi pengajaran. Hal ini kerana semua murid pendidikan khas ini sangat cenderung untuk hilang tumpuan sewaktu sesi pengajaran berlangsung. Oleh yang demikian, guru menggunakan bahan bantu yang menarik serta penggunaan laptop bagi menarik perhatian mereka. Hal ini dilihat sedikit sebanyak dapat membantu mereka focus terhadap pembelajaran mereka. Seterusnya, guru juga mengenalpasti masalah ingatan dalam pembelajaran yang dijalankan. Hal ini dekenalpasti sewaktu sesi soal jawab yang dijalankan mengenai pembelajaran lepas. Hal ini kerana tahap kognitif mereka yang rendah merupakan punca dalam masalah ingatan ini. Namun demikian, ada sesetengah murid yang tidak dapat menjawab soalan yang ditanya guru melalui pertuturan tetapi dapat menjawab melalui penulisan iaitu soalan lembaran kerja yang diberikan. Mereka biasanya mempunyai masalah pertuturan. Hal ini demikian, guru biasanya memberikan latih tubi yang berkala bagi membantu meningkatkan ingatan murid. Selain daripada itu, melalui temubual ini juga guru menyatakan masalah penaakulan abstrak juga merupakan masalah yang paling sukar untuk diatasi. Hal ini kerana, tahap kognitif mereka sangat rendah. Mereka tidak dapat mengimaginasi serta membayangkan asas sains yang tinggi. Oleh yang demikian, mereka haruslah dibimbing dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang bersifat maujud serta kad gambar atau video.

Ahkhir sekali, melalui pengalaman yang dikongsikan bersama sewaktu temubual ini dijalankan, guru menyatakan bahawa bahasa tidak menjadi masalah sewaktu sesi pengajaran brlangsung. Hal ini kerana murid dapat memahami arahan mudah yang diberikan. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa orang murid yang boleh bercakap bahasa inggeris. Oleh yang demikian, guru juga memberikan arahan kepada mereka dalam bahasa inggeris. Mereka juga dibantu menggunakan bahasa isyarat jika tidak dapat memahami arahan guru. Secara kesimpulannya, dapatlah kami simpulkan bahawa walaupun pengajaran Sains tidak diajarkan dalam kurikulum KSSR namun masalah yang mereka hadapi ini tetap berlaku dalam subjek subjek lain. Selain itu, Sains ini juga diajarkan secara merentas kurikulum dalam subjek-subjek lain. Oleh itu, ianya cukup mmberikan pembelajaran yang seimbang kepada murid pendidikan khas ini.

Masalah Pembelajaran Sains Jenis Masalah Pembelajaran Austism Syndrom Down

Koordinasi Motor

Persepsi Kemahiran Tumpuan Ingatan Penakulan Bahasa Visual / Auditori motor kasar / halus abstrak

/ /

/ /

/ /

ADHD Serebral Palsi Slow Learner Disleksia

/ / /

/ / / /

/ / / /

/ / / /

Jadual 1 masalah pembelajaran sains mengikut jenis masalah pembelajaran

You might also like