You are on page 1of 2

PROSES PEMINJAMAN DARIPADA BANK DALAM URUSAN PEMBELIAN KERETA.

Apa yang sebenarnya berlaku apabila kita ingin membeli sebuah kereta import ataupun buatan Malaysia dan apakah perkara yang akan kita hadapi? Adakah prosesnya rumit ataupun mudah seperti yang kita sangkakan? Dalam hal ini kita perlu membuat pinjaman bank dalam urusan pembelian kereta ini. Selain itu, kita juga boleh membuat urusan pinjaman ini dengan ejen penjual kereta. Proses ini amat penting dalam memastikan kita berasa selamat dan berpuas hati dengan pilihan kereta yang kita buat dengan teliti. Ini juga adalah untuk memastikan kita tidak tertipu dalam urusan jual beli dan urusan kita lebih berbaloi. Terdapat beberapa proses permohonan dalam urusan pinjaman daripada bank untuk kita ketahui untuk membeli kereta yang kita idamkan. Proses pertama, kita perlu memilih jenama dan jenis kereta yang kita inginkan. Kita perlu meneliti jenama kereta yang berkualiti dan bersesuaian dengan pendapatan kita. Ini bagi mengelakkan kita terbeban akibat pinjaman bank yang terlalu besar dalam membeli kereta mewah. Hal yang perlu kita ambil kira adalah harga kereta, faedah yang dikenakan oleh bank yang berkenaan dan keistimewaan yang ditawarkan oleh jenama kereta tersebut. Di sini kita perlu berpegang kepada peribahasa ukur baju di badan sendiri dalam memastikan kita dapat membeli kereta yang berpadanan dengan sumber pendapatan kita. Dalam proses ini, memilih model kereta yang sesuai sangat penting. Ini akan membantu kita bergerak ke sana sini dengan lebih mudah. Model yang anda pilih juga melambangkan identiti kita sendiri, seorang yang berkeluarga, gemarkan aktiviti lasak, yg bergaya ataupun mementingkan prestasi lebih dari segalanya. Jika kita seorang yang belum bekerja, kita boleh memilih kereta sedan ataupun kereta kompak. Ini bersesuaian dengan gaya dan pendapatan kita sebelum membina rumahtangga. Manakala bagi yang berkeluarga kita boleh memilih kenderaan yang lebih besar ataupun kereta pelbagai guna (MPV) yang dapat memuatkan ahli keluarga yang ramai. Tetapi identiti anda harus seiring dengan keperluan anda, ini untuk memudahkan aktiviti seharian anda melainkan anda mampu memiliki lebih dari sebuah kereta. Kebiasaannya ramai di antara kita memilih kereta jenis sedan 4 pintu. Sedan 4 pintu terbahagi kepada 3 jenis. D-segmen C-segmen dan Bsegmen untuk kereta idaman mereka.

You might also like