You are on page 1of 9

TEMA 2 : KESEDARAN RUANG

Ruang adalah kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Ianya terbahagi kepada dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi individu sejauh mana yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan. Ruang diri dan ruang am meliputi bahagian kawasan seperti :a. Aras tinggi, sederhana, rendah b. Arah hadapan, belakang,sisi, atas, bawah c. Laluan awangan, lantai, lurus. Berliku-liku, zig-zag d. Ekstensi mengecil, membesar Pemilihan dan pengawalan pergerakan dalam penggunaan ruang perlu mengikut situasi, keperluan dan keselamatan

2. Kesedaran ruang
2.1. Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang am. 2.2. Membuat pergerakan menggunakan ruang diri. 2.3. Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras 2.4. Bergerak menggunakan berbagai-bagai arah 2.5. Bergerak menggunakan berbagai-bagai laluan 2.6. bergerak menggunakan berbagai-bagai ekstensi 2.7. Merangkaikan pergerakan mengunakan dua atau lebih aspek ruang.

2.1. Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang am.


Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan keseluruhan kawasan. Pergerakan dilakukan di ruang am tanpa atau dengan alatan.
Tugasan 1. Bergerak dengan berbagai-bagai cara. 2. Bergerak kesemua ruang.

2.2. Membuat pergerakan menggunakan ruang diri.


Membuat pergerakan dengan menggunakan ruang disekeliling tubuh badan, iaitu sejauh mana yang boleh dicapai.
Tugasan 1. Gerakan berbagai tubuh badan setempat 2. gerakan bahagiannbahagian tubuh badan sejauh mana yang boleh dicapai

2.3. Bergerak menggunakan berbagai-bagai aras


Bergerak berbagai-bagai cara menggunakan ruang am. Pergerakan dilakukan berbagai-bagai aras seperti tinggi, sederhana dan rendah. Menukar aras dengan membentuk pergerakan yang berlainan pada tubuh badan
Tugasan 1. Bergerak tanpa sentuhan 2. Bergerak secara sentuhan selalu 3. Bergerak secara sentuhan berselang dengan berbagaibagai aras. 4. Membentuk tubuh badan diberbagai-bagai aras

2.4. Bergerak menggunakan berbagai-bagai arah


Bergerak menggunakan ruang am ke berbagai-bagai arah seperti ke hadapan, ke belakang, ke sisi, ke atas, ke bawah. Pergerakan ini boleh dilakukan dengan atau tanpa alatan
Tugasan 1. Bergerak bebas 2. Bergerak dengan menukar arah 3. Bergerak ke berbagaibagai arah

2.5. Bergerak menggunakan berbagai-bagai laluan


Laluan ialah jalan yang digunakan untuk bergerak. Laluan didapati di lantai dan di awangan. Laluan di lantai dicipta semasa tubuh badan bergerak ke arah yang berbagai-bagai tanpa atau dengan alatan. Corak alauan yang boleh dibuat ialah berliku-liku, lurus, bengkok, zig-zag atau kombinasi berbagai laluan.
Tugasan 1. Bergerak ke berbagaibagai arah 2. Bergerak sambil mengelak halangan 3. Bergerak sambil membentuk berbagaibagai laluan.

2.6. Bergerak menggunakan berbagai-bagai ekstensi


Menyedar dan mengawal saiz atau bentuk sesuatu pergerakan. Ekstensi sesuatu pergerakan adalah tertakluk kepada sejauh mana bahagian tubuh badan boleh diregangkan.

Tugasan 1. Bergerak sambil meregangkan tangan atau kaki sejauh yang boleh 2. Cipta satu pergerakan yang besar dan lebar tanpa atau dengan alatan

2.7. Merangkaikan pergerakan mengunakan dua atau lebih aspek ruang.


Menggabungkan beberapapergerakan untuk menjadi satu rangkaian yang berterusan. Rangkaian pergerakan diserapkan dengan dua atau lebih aspek ruang seperti aras, arah dan laluan atau laluan dan ekstensi. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan tanpa atau dengan alatan.
Tugasan 1. Rangkaikan beberapa pergerakan 2. Rangkaikan dua atau lebih pergerakan dengan menerapkan dua atau lebih aspek ruang 3. Rangkaikan beberapa pergerakan dan diterapkan berbagai aspek ruang

You might also like