You are on page 1of 31

Pengenalan

Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang

melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat

sejauh yang boleh. Aktiviti melontar peluru dijadikan sebagai pertandingan bermula

pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland merupakan golongan pertama yang

mencipta lontar peluru berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan

ketika itu. Walau bagaimanapun lontar peluru tidak dapat diterima sebagai sukan di

kedua-dua negara itu.

Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat

sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang

mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan

sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang

dipertandingkan.

Lontar peluru merupakan acara yang memerlukan kekuatan dan kemahiran

tertentu bagi menghasilkan jarak yang baik. Ramai beranggapan lontar peluru boleh

dilakukan oleh mereka yang mempunyai tubuh badan yang besar. Ini satu tanggapan

yang salah. Acara lontar peluru memerlukan peserta yang mempunyai struktur fizikal

yang tegap di samping kecekapan mengimbang badan dengan baik untuk memastikan

jarak yang maksimum.

1
FIZIKAL PELURU

Peluru diperbuat daripada besi, tembaga atau logam lain yang tidak kurang

lembutnya. Bentuknya mesti bulat dan mempunyai permukaan yang licin. Saiz dan

berat peluru berbeza-beza mengikut peringkat peserta dan jenis pertandingan. Berat

peluru bagi peserta lelaki ialah 7.26 kg manakala berat untuk peserta wanita ialah 4 kg.

Berat peluru untuk peringkat sekolah pula bergantung pada umur mereka. Perbezaan

berat ini adalah perlu bagi memudahkan lontaran mengikut keupayaan seseorang

peserta berdasarkan peringkat umur mereka.

Ukuran diameter peluru untuk peserta lelaki ialah 110 hingga 130 mm, manakala

untuk peserta perempuan ialah 95 hingga 110 mm. Dari sini, bermulalah sejarah baru

bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16

paun.

2
KAWASAN LONTARAN

Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada

mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki.

Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti

Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden

tahun1896.

Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada

tahun 1900 dan 1904. Pada tahun1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk

bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan

lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan

lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap

berhubung teknik melontar peluru.

Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap peserta acara

ini melakukan lontaran. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan

sekelilingnya setebal lima sentimeter. Saiz bulatan ini ialah 2.135 meter pada

diameternya yang diukur dari sebelah luar garisan. Pada bahagian hadapan bulatan

lontaran ini dipasangkan papan penahan untuk menentukan sama ada kaki peserta

menyentuh ataupun melepasi papan penahan yang mengakibatkan lontarannya akan

dibatalkan.

Pada bahagian tengah bulatan lontaran disediakan satu garisan lurus yang

merentangi dan membahagikan bultan ini kepada dua bahagian selari dengan kawasan

3
pendaratan peluru dihadapannya. Peserta hendaklah membuat lontaran dari dalam

bulatan ini tanpa memijak garisan yang mengelilingi bulatan ini.

KAWASAN PENDARATAN

Satu kawasan khas hendaklah disediakan bagi membolehkan peluru yang dilontar

mendarat atau dijatuhkan. Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang gangguan.

Kawasan ini dirintangi oleh dua garisan lurus yang ditandakan pada sudut 40° pada

tengah bulatan lontaran. Panjang kedua-dua garisan ini tetap iaitu bergantung kepada

peringkat pertandingan yang diadakan serta peserta yang mengambil bahagian.

Setiap lontaran yang dibuat oleh peserta hendaklah mendarat atau terjatuh di

dalam kawasan tersebut. Sekiranya, peluru terjatuh di luar kawasan atau di atas

garisan yang memagarinya, maka lontaran itu dianggap batal. Oleh itu peserta

hendaklah memastikan supaya setiap lontaran yang dibuat akan mendarat di dalam

kawasan yang dikhaskan.

PITA PENGUKUR

Lontaran yang dibuat oleh peserta perlulah diukur bagi menetukan jarak yang

dilakukan. Bagi menetukan jarak tersebut, ianya perlu diukur sebaik selepas sesuatu

lontaran. Ianya bermula dari tempat peluru mendarat hinggalah ke bahagian tengah

bulatan lontaran. Bagaimanapun, bacaan jarak hanya dikira setakat bahagian dalam

papan penanda pada bulatan tersebut. Peserta yang mencapai jarak yang paling jauh

menerusi lontaran yang sah dikira pemenang

4
CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN

Jarak lontaran diukur dari kesan peluru di kawasan mendarat sehingga ke

bahagian dalam penahan atau garis bulatan. Hujung pita ukur ditempatkan pada

bahagian kesan peluru yang paling dekat dengan bulatan. Hujung pita ukur ditempatkan

pada bahagian kesan peluru yang paling dekat dengan bulatan lontaran. Pita ukur

ditarik sehingga di tengah bulatan. Bacaan pita yang bertemu dengan bahagian dalam

penahan akan menunjukkan bacaan lontaran.

PERATURAN DAN PERTANDINGAN

Akhirnya, pada tahun 1950-an, seorang atlet lontar peluru telah menonjol dalam

acara ini. Beliau ialah Perry O’ Brien dari Amerika Syarikat. Beliau telah mencipta teknik

lontaran baru, yang akhirnya dijadikan teknik lontaran yang diterima dan kekal sehingga

hari ini.

Atlet lontar peluru haruslah mampu mengenal pasti dan mengaplikasi tekinik dan

gaya lontaran yang baik, melalui latihan ansur maju dan kaedah yang bersistematik

bagi menempa sesuatu jarak lontaran yang cemerlang dan terbaik. Namun begitu,

acara lontar peluru ini dapat menyebabkan bahaya jika kita tidak berhati-hati sebelum,

semasa dan selepas melakukan aktiviti.

5
Persediaan atlet, kekuatan tubuh badan dan anggota lain terutama tangan,

pinggang dan kaki memainkan peranan utama. Ini bermakna persediaan fizikal dan

mental adalah menjadi agenda utama untuk menjamin keselamatan diri atlet itu sendiri.

Kedua, perlakuan yang sempurna semasa melakukan aktiviti melontar, iaitu

sebelum, semasa dan selepas. Fasa perlakuan berkait rapat dengan koordinasi

pelontar, yang mana perlakuan yang licin dan sempurna akan banyak membantu atau

mencipta sesuatu kejayaan.

Yanina Korolcik dari Belarus memenangi pingat emas selepas melakukan lontaran

20.56 meter dalam acara lontar peluru wanita di Sukan Olimpik Sydney tahun 2000.

FASA PERGERAKAN MELONTAR PELURU

Fasa-fasa peluru peringkat pergerakan melontar peluru biasanya terdiri daripada:

1) Pegangan peluru

2) Lakuan sedia

3) Lungsuran

4) Kilasan badan

5) Lontaran

6) Pulihan

6
PEGANGAN PELURU

Teknik asas memegang peluru secara umumnya boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

i. Teknik memegang peluru dengan tiga jari

Peluru disokong di pangkal ketiga-tiga jari tengah dan ibu jari. Jari kelingking

dibengkokkan di sisi peluru.

ii. Teknik memegang peluru dengan lima jari

Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelinking mengimbangi kedudukan

peluru. Teknik disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah.

Para peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan. Ini merupakan satu

kesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakkan peserta yang baru belajar melontar

peluru.

7
TEKNIK MELONTAR PELURU

Teknik atau gaya melontar peluru yang biasa diamalkan ialah:

a) Gaya berdiri dan melontar (tanpa lungsuran)

b) Gaya melungsur selangkah

c) Gaya Parry O’ Brien

a) Gaya Berdiri dan Melontar (tanpa lungsuran)

Lakuan sedia

Peserta berdiri di bahagian hadapan bulatan dengan bahu kirinya menghala kea

rah lontaran. Setelah menempatkan peluru di bahagian yang sesuai (lebih

kurang dibawah telinga),peserta hendaklah merendahkan badan dengan

membengkokkan kaki kanannya yang terletak hampir dengan garis pusat

bulatan. Berat badan peserta hendaklah dipindahkan ke kaki belakang.

Kilasan badan

8
Ianya dimulakan dengan bahu tangan bebas digerakkan ke hadapan. Kemudian

diikuti dengan bahagian pinggul kanan bergerak ke hadapan dan ke atas.

Serentak dengan kesemua pergerakan ini tangan harus mula menolak peluru.

Lontaran

Tolakan peluru diteruskan dengan kaki belakang (kaki kanan) diluruskan sambil

menekan ke atas tanah sehingga badan menjadi terangkat. Peluru pun dilontar

keluar dari tangan menuju ke hadapan dank e atas. Tangan pelontar mengakhiri

pergerakan ini dalam keadaan lurus. Mata pelontar pula mengikuti pergerakan

peluru sehingga peluru itu mendarat.

Pulihan

Dalam gaya berdiri ini pelontar tidak melakukan lungsuran dan pergerakan

badan pula tidak begitu kuat. Oleh itu fasa pulihan tidak ditegaskan dalam gaya

ini.

b) Gaya Melungsur Selangkah

Lakuan sedia

Pelontar berdiri di bahagian belakang bulatan dengan membelakangkan

kawasan lontaran. Selepas menempatkan peluru di ntempat yang sepatutnya,

bongkokkan badan dengan membengkokkan kaki kanan. Kaki kiri dibiarkan

dalam keadaan selesa (bengkok dan mencecah bahagian tengah bulatan

9
dengan hujung kaki).Tangan bebas berperanan untuk mengimbangi kedudukan

badan dan ia diletakkan di hadapan badan pelontar dengan sikunya

dibengkokkan sedikit.

Lungsuran

Daripada lakuan sedia menolak dengan kaki kiri supaya kaki kanan pelontar

dapat membuat lungsuran ke bahagian tengah bulatan. Lungsuran ini dilakukan

secara pantas dan licin. Berat badan pelontar mestilah masih berada di atas kaki

kanan, manakala bahagian badan pula terus dibiarkan membongkok (jangan

tegakkan badan semasa melungsur). Kaki kiri pelontar pula diletakkan di

hadapan bulatan.

Kilasan badan

Sebaik sahaja kaki kanan bertapak semula dan proses lungsuran itu tamat,

pinggul kanan dipusing ke kiri dan ke atas serantak dengan kilasan badan. Bahu

dan tangan kanan (yang memegang peluru) masih menghala ke belakang.

Lontaran

Apabila kilasan badan itu selesai (badan menghadap ke arah lontaran), kaki

yang melungsur (kaki kanan yang di belakang) menolak dengan kuat sehingga

badan terangkat dan melentik. Pergerakan ini hendaklah disusuli dengan

pergerakan menolak peluru yang bermula dengan menggunakan bahagian bahu

diikuti pula dengan tangan yang memegang peluru. Tangan mengikut peluru

10
sejauh yang boleh dan kaki mestilah digunakan untuk menahan dengan kuat.

Kedua-dua belah kaki mesti bersentuhan dengan tanah semasa peluru dilontar.

Pulihan

Sebagai langkah mengelakkan pelontar daripada kehilangan keimbangan dan

terjatuh di kawasan hadapan selepas melepaskan peluru, pergerakan pulihan

hendaklah dilakukan jika perlu. Pergerakan ini merupakan sebahagian daripada

pergerakan ikut lajak. Langkah pulihan ini dilakukan dengan membawa kaki

kanan ke hadapan bulatan (belakang papan penahan) dan pada masa yang

sama kaki kiri digerakkan ke belakang secara tergantung untuk membantu

imbangan badan.

c) Gaya Parry O’ Brien

Beliau ialah seorang ahli sukan Amerika yang termuka pada tahun 50-an. Pada

tahun 1956, dengan gaya mulaan yang membelakangkan kawasan lontaran,

beliau telahmenjadi pelontar pertama yang mencipta rekod dunia dengan

lontaran melebihi 18 meter jaraknya. Teknik lontaran ini masih popular hingga ke

hari ini. Di samping sumbangannya daripada segi teknik melontar, Parry O’ Brien

11
jhuga telah membuktikan kepada semua ahli sukan tentang betapa pentingnya

latihan bebanan bagi acara melontar peluru.

Lakuan sedia

Sama seperti dalam gaya melungsur selangkah, pelontar berdiri membelangkan

arah lontaran. Kaki bebas diangkat ke atas sambil bahagian badan

dibongkokkan ke hadapan sehingga selari dengan tanah.

Lungsuran

Sebaik sahaja badan condong ke hadapan dan berat badan dirasa di atas kaki

kanan, pergerakan melungsur dilakukan. Lungsuran ini dibuat dengan kaki

kanan dijengketkan (lutut dibiarkan bengkok) ke belakang. Serentak dengan

pergerakan ini, kaki kiri ditendang ke bahagian hadapan bulatan. Badan pelontar

ketika ini masih di dalam keadaan condong.

Kilasan badan

Pada akhir pergerakan lungsuran dan apabila kaki bebas (kaki kiri) telah

bertapak di belakang papan penahan, badan pun mula mengilas ke atas dan ke

12
hadapan (teknik mengilas badan adalah hampir sama dengan teknik yang

diterangkan dalam gaya melungsur selangkah sebelum ini). Butiran yang penting

ditegaskan ialah lungsuran dan kilasan badan hendaklah dilakukan sebagai satu

pergerakan yang terus-menerus supaya tidak menjejaskan pengumpulan daya

untuk membuat lontaran.

Lontaran, ikut lajak dan pulihan

Gaya ini sama dan boleh rujuk kepada lontaran dan pulihan dalam gaya

melungsur selangkah. Sebenarnya teknik kesemua fasa ini adalah hampir sama.

d) Teknik lontaran sisi

Peserta boleh menggunakan teknik sisi badan ini sama ada dari sisi atau sisi kiri.

Peserta perlu berdiri secara mengereng, dengan mana-mana sisi badannya

menghadap ke kawasan pendaratan lontaran. Ini bermakna bahagian hadapan

peserta mengarah pada sudut 90° bulatan lontaran. Teknik lontaran ini adalah

seperti berikut :

I. Peserta berdiri sedia sambil memegang peluru di dalam bulatan lontaran

yang disediakan.

13
II. Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang daripada garisan

tengah bulatan lontaran. Dalam pada itu peserta hendaklah menentukan

kedudukan peluru selesa pada tangannya.

III. Meletakkan kaki kiri pada tanah dan memusingkan sedikit bahunya ke

hadapan

IV. Meluruskan kaki dan bersedia untuk melakukan lontaran.

V. Peserta memusingkan tapak kaki kanan sambil mengangkatkan tumitnya

dan diikuti dengan tolakan peluru keluar melepasi pegangannya.

VI. Mengawal badan dan kakinya selepas melakukan lontaran supaya tidak

menyentuh garisan atau papan penanda, sambil memerhatikan

pendaratan peluru.

VII. Peserta meninggalkan bulatan lontaran melalui bahagian belakangnya.

e) Teknik membelakangi kawasan lontaran

Teknik lontaran secara membelakangi kawsan lontaran atau kawasan

pendaratan merupakan peringkat yang lebih maju dan biasanya dilakukan oleh

peserta yang berpengalaman. Jurulatih biasanya tidak mengalakkan peserta

baru menggunakan teknik lontaran ini kecuali mereka sudah benar-benar mahir

14
dalam melakukannya. Langkah-langkah yang boleh diambil oleh peserta dalam

menggunakan teknik lontaran cara ini :

I. Bersedia dengan memegang peluru di dalam bulatan lontaran

II. Memulakan pergerakan dengan membelakangi arah lontaran, sambil

membengkokkan badan dan lutut kanan serta meluruskan kaki kiri ke

belakang.

III. Mengangkat kaki kanannya sedikit untuk mendapatkan keseimbangan.

IV. Menurunkan kaki berhampiran dengan papan penanda dalam bulatan

lontaran, sambil tangan yang tidak memegang peluru menyokong dan

mengawal pergerakan dan keseimbangan.

V. Kemudian memusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.

VI. Peserta menolak pelur keluar sekuat mungkin dan tangan yang bebas

terus mengawal.

VII. Mendapatkan kembali keseimbangan badan dan memerhatikan peluru

mendarat

VIII. Peserta meninggalkan bulatan lontaran menerusi belakangnya untuk

membolehkan pegawai mengukur jarak yang dicapai.

LAKUAN MENGIMBANG SEMULA

Setelah peluru dilepaskan, kaki kanan melangkah pendek ke depan dan kaki kiri diayun

ke belakang untuk menahan agar badan tidak terjerumus ke luar lingkaran.


15
ASPEK PENTING DALAM LONTAR PELURU

I. Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan dengan

betul sebelum gerakan ke belakang dimulakan.

II. Gerakan berjingkit (shift) ke belakang jangan dilakukan terlalu tuinggi - iaitu

lakukan seberapa rendah yang boleh.

III. Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di

bahu dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Sebelum peluru lepas

daripada bahu pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran.

CARA MENGUKUR JARAK LONTARAN

Jarak lontaran peluru boleh diukur daripada kesan peluru di kawasan mendarat

sehingga ke bahagian dalam papan penahan atau garis bulatan. Pangkal pita ukur

ditempatkan pada bahagian kesan peluru yang lebih dekat dengan bulatan melontar.

Tarik pita ukur secara lurus sehingga sampai ditandaan di tengah-tengah bulatan

melontar. Bahagian pita ukur yang bertemu dengan bahagian dalam papan penahan

akan menunjukkan jarak lontaran itu.

16
PRINSIP UMUM LONTAR PELURU

Beberapa prinsip asas acara ini yang harus terdapat pada setiap peserta iaitu :

1) Peserta mestilah seorang yang sanggup mengikut latihan yang dianjurkan

dengan penuh semangat serta ingin mencapai kejayaan.

2) Peserta hendaklah mempunyai matlamat tertentu dengan melibatkan diri dalam

acara ini sama ada matlamat dirinya atau pasukannya.

3) Peserta hendaklah mempunyai bentuk serta ciri-ciri pelontar pelurusupaya

penglibatannya memberikan keberkesanan.

4) Peserta hendaklah seorang yang mengambil bahagian dengan mematuhi setiap

peraturan yang berkaitan dengannya, serta mempunyai semangat kesukanan

tulen.

5) Peserta hendaklah bersedia ketika mengambil bahagian dalam sesuatu

pertandingan sama ada daripada segi fizikal, kemahiran dan mentalnya.

17
KESIMPULAN

Acara lontar peluru ini memerlukan kemahiran yang khusus jika seseorang individu itu

ingin melibatkan diri dalam bidang sukan ini. Sebagai acara pertandingan, lontar peluru

lebih sesuai bagi para pelajar sekolah menengah. Walau bagimanapun, asas melontar

peluru seperti acara-acara olahraga yang lain, boleh juga diperkenalkan kepada para

pelajar sekolah rendah. Cara pengajaran dan latihan hendaklah disesuaikan dengan

kemampuan kumpulan pelajar yang diajar.

18
BIBLIOGRAFI

Ahmad Wafi (1996). Olahraga Padang. Kuala Lumpur : Goodmark Enterprise.

Helen Ten(1996)Manual olahraga. Selangor : Penerbit Junjuara Publications.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Lontar peluru” diperolehi pada 6 Ogos 09

Sidang Pengarang (1987). Olahraga Acara-Acara Padang. Kuala Lumpur : Penerbit

HAAMEEM

Teng Boon Tong (2001). Panduan Pengajaran Olahraga Kursus Diploma Perguruan

Malaysia. Selangor : Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

19
LAMPIRAN

20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31

You might also like