Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
753Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
contoh karangan bm

contoh karangan bm

Ratings:

4.89

(9)
|Views: 151,537 |Likes:
Published by j benjamim

More info:

Published by: j benjamim on Aug 20, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/22/2014

pdf

text

original

 
SEMANGAT KEJIRANAN
@Rakyat Malaysia keseluruhannya perlu mensyukuri, menghayati dan menghargai keamananyang dinikmati di negara ini. Mereka perlu meningkatkan semangat kejiranan danpersaudaraan, kerana konsep kejiranan mampu membawa dan mengekalkan keamanan,keselamatan dan ketenteraman di negara ini.@Keselamatan dan keamanan yang terdapat di negara kita ini telah diusahakan olehpemerintah dengan penuh tanggungjawab. Sistem pentadbiran kita itu menjadikan negarakita ini selamat, dan aman. Keamanan dan ketenteraman ini pula menjadikan negara kitalebih maju jika dibandingkan dengan sesetengah negara sedang membangun.@Keamanan dan ketenteraman inilah yang hendak kita pertahankan. Kalau kita tidakberusaha mempertahankan keamanan, negara akan menjadi kacau bilau dan huru hara.Keamanan tidak akan tercapai kalau kita tidak mempunyai suasana yang baik dan jika tidakwujud perpaduan. @Rakyat harus menghargai dan mensyukuri keamanan. Sekiranya negaramenjadi huru hara, pemulihan untuk menjadi aman semula bukan suatu perkara yang mudahuntuk dilaksanakan.Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 merupakan contoh ampuh untukdijadikan iktibar.@Konsep kejiranan serta konsep persaudaraan memang cukup menarik dan mesti dikekalkan.Konsep kejiranan dan persaudaraan ini adalah sebahagian daripada perkara yang dianjurkanoleh Islam. Suatu nilai yang paling utama dianjurkan oleh Islam ialah persaudaraan dankejiranan ada hubung kaitnya dengan dengan persaudaraan, atau ukhuwah. Melaluipersaudaraan dan semangat kejiranan, dapat diwujudkan rasa kasih , sayang menyayangi,bantu membantu, hingga timbul suatu kekuatan dalam kalangan rakyat untuk tolong-menolong, ingat-mengingati, tegur-menegur, sehinggakan seseorang itu merasakan dirinyabegitu lemah jika tanpa berjiran.@Semangat kejiranan dan persaudaraan yang akrab juga akan dapat menghilangkanperasaan iri hati, berdengki, bermusuh-musuhan dan sifat-sifat negatif lain yang bolehmembawa kepada perpecahan. Jika kita dapat benar-benar mengamalkan semangat kejirananakan timbullah sifat bersih hati dalam kalangan masyarakat.@Jiran ialah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Kerana itu,jiran ialah orangyang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana ataumusibah. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementaramenunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara. Mempunyai jiran yang berbezalatar belakang akan menambahkan pengetahuan dan memberi manfaat kepada kita.@Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan setempatdaripada ancaman kecurian, samseng dan sebagainya. Ini dapat dilakukan sama ada melaluiRukun Tetangga dan Jawatankuasa Keselamatan Kawasan. Gejala-gejala sosial sepertibersekedudukan, berkhalwat dan sumbang mahram dapat dibendung jika jiran memainkanperanan dan mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berwajib setiap kali menyedariberlaku perkara- perkara yang meragukan.@Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, percayamempercayai dan perkongsian bijak antara mereka. Kita hendaklah membiasakan diribertanya khabar dan kesihatan diri serta anak-anak jiran dapat menjadi penghubung kepadaamalan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman sesama jiran apabila ditimpamasalah atau kesulitan yang akhirnya memberi jalan penyelesaian kepada kesejahteraan dankebahagiaan hidup.
 
@Kita perlu meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah jiran dapat mengeratkan danmenghidupkan semangat hidup berjiran.Kita akan lebih mengenali jiran apabila berkunjungatau menziarahinya.Kemuncak hubungan kejiranan yang baik adalah apabila kita atau merekasanggup mengetepikan kesenangan dan kerehatan diri semata-mata untuk membantu jiranpada masa diperlukan. Aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan kampung dansebagainya sememangnya dapat memupuk dan meyemai hubungan baik dan semangatkejiranan.@Peranan jiran amat penting dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuahnegara. Impian mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksana sekiranya kita sendiri belummenjadi seorang jiran yang baik terlebih dahulu. Walau sebesar mana sekalipun gelombangperubahan yang melanda masyarakat kita namun semangat kejiranan tetap menjadikeutamaan. Kekuatan hubungan kejiranan yang sempurna dan harmoni mengukuhkan ikatankasih sayang yang kadangkala melebihi daripada keluarga sendiri. Kehidupan yang mendapatkeberkatan adalah kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan kesejahteraanserta jauh daripada anasir kerosakan dan kebinasaan.
REMAJA : PENGISIAN & PENGHAYATAN KEMERDEKAAN
PengenalanPATRIOTISME sering kali dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadapnegaranya sendiri. Seseorang itu dianggap patriot apabila tindakan dan amalannya menepaticiri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara. Dalam duniaglobalisasi dan ledakan era teknologi maklumat, semangat patriotisme amat penting sepertiyang sering disebut melalui sabda Rasulullah, `kasihkan watan itu sebahagian daripada iman'.Syeikh Daud Abdullah al-Fatani, seorang ulama besar Patani pernah mengingatkan kitabahawa mempertahankan negara daripada penjajahan ataupun tekanan kuasa asing adalahfardu ain.
Membebaskan Diri Daripada Belenggu Masalah Sosial
Walaupun telah 51 tahun kita merdeka dengan pelbagai kejayaan gemilang yang kita peroleh,dengan kemajuan yang semakin pesat serta kemakmuran yang semakin melata, kita seringkali dibelenggu oleh pelbagai isu nasional termasuklah masalah sosial yang tidak putus-putus.Kemelut sosial ini yang menjadi ’barah’ besar rakyat di negara ini harus dihadapi denganpenuh persediaan . Apabila negara semakin maju serta mencapai segala bentuk kemajuanmaterial, kekangan besar mereka adalah modus operandi untuk memimpin golongan mudaterutama golongan pelajar agar menghargai kemerdekaan. Penghargaan ini adalah satuperkara yang sangat penting kerana tanpa diberi pemahaman yang jelas pasti kemerdekaanini akan tinggal sejarah.Anak-anak muda alaf baru hanya mengenal merdeka dari kaca mata sejarah. Kemerdekaanyang dicapai tidak dilihat daripada perspektif pengorbanan, maruah diri dan perpaduan.Kefahaman tentang merdeka itu hanya diberi sekadar kulit dan material. Budaya kasih akannegara, cinta akan kedamaian dan keazaman untuk menghancurkan segala anasir buruk yanghendak menghancurkan negara pasti tidak berlaku, sekiranya erti merdeka tidak ditanamsedalam-dalamnyaPemahaman dan falsafah merdeka harus diterjemah dengan makna daninterpretasi yang jelas khususnya dalam memimpin generasi muda. Mereka harus dididikdengan jelas tentang rasionalnya mereka harus memahami makna merdeka dan bagaimanamereka harus membuktikan kesetiaan dan kasih mereka akan negara secara jelas dan benar.
 
Golongan lama boleh memikirkan metodologi yang berkesan supaya anak-anakpascamerdeka ini tidak akan hanya pandai menyebut merdeka tetapi tidak langsung menjiwaierti kemerdekaan sebenarnya.Kecintaan kepada negara ini haruslah disemai pertamanya,sejak di bangku sekolah lagi melalui aktiviti-aktiviti persekolahan yang memfokuskan programdan aktiviti menanam sikap kasih akan negara. Sikap sebegini tidak perlu tunggu semata-mata ketika hampirnya saat merayakan kemerdekaan tetapi sebaliknya haruslah secaraberterusan.Konteks kecintaan ini ada hubung kaitnya dengan agama dan iman seseorang.Sebab itu program-program patriotisme dan aktiviti harus digiatkan sama ada di dalam ataudi luar sekolah agar budaya ini tidak hanya jadi siulan semata-mata.Kedua, kita perlu mengajar erti kemerdekaan ini bukan dari aspek konteks sejarahnya sahaja,seperti kita hanya mengenal siapa dia Tunku Abdul Rahman, Tun Abd. Razak, siapa dia DatukBahaman, Datuk Maharajalela, (sekadar menyebut beberapa nama). Dasar perjuanganmereka yang sebenarnya perlu disemat dalam dada para remaja terutama pelajar-pelajarsekolah. Episod-episod perjuangan dari segi susur galur yang berlaku pada ketika itu, puncapenentangannya, cara penentangan berlaku dan alasan-alasan penentangan perlu kitatelusuri. Ini merupakan kaedah yang harus disentuh untuk dijelaskan kepada anak muda.Kepercayaan kita akan perjuangan mereka ini bukan sahaja dari aspek personaliti semata-mata tetapi lebih daripada itu. Ini adalah landasan perjuangan yang tidak putus-putus yangakhirnya membawa kepada hasil yang amat besar dan berkesan.Ketiga, kefahaman remaja bahawa kemerdekaan yang paling utama pada ketika dan saat iniidalah merdeka jiwa daripada segala bentuk penjajahan sama ada material atau spiritual.Merdeka jiwa maknanya satu proses kebebasan daripada belenggu serta anasir yangmengongkong pemikiran, budaya kerja dan segala yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan. Jiwa yang merdeka adalah jiwa yang sentiasa subur dengan elemen-elemen positif yangmampu untuk membentuk gambaran kehidupan secara lebih baik.Manusia yang merdeka jiwanya adalah orang yang mempunyai akal fikiran yang positif, gerakkerja yang pantas serta melakukan tindakan mengikut tatasusila yang berlandaskan nilai-nilaiyang baik. Orang seperti ini yang ingin kita lahirkan. Mempunyai jiwa dan akal yang bersihhasil daripada pendidikan serta tarbiah yang sebenar-benarnya. Jiwa merdeka juga ada hubung kaitnya dengan membebaskan diri daripada belenggukebendaan. Maknanya golongan yang merdeka jiwa adalah mereka yang tidak mudah dibelidengan wang ringgit dan tidak semudahnya dibuai dengan nilai dan kemewahan dunia.Kejayaan negara dan bangsa disambut dengan penuh rasa insaf dan yakin melalui usaha danpengorbanan serta gerak kerja yang sebenarnya. Golongan yang merdeka jiwanya jugaadalah mereka yang sentiasa positif dalam melakukan kerjanya demi kemajuan dankemakmuran negara.
PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH
PengenalanPersekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkankecintaan serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah. Keceriaan dankebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan .Mempunyaiiklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting ke arah tercapainya visi dan misi sekolahserta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria,tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yangseimbang dari segi emosi, rohani ,jasmani dan intelek.

Activity (753)

You've already reviewed this. Edit your review.
Vathikuna Ram added this note
i like
Thivia Tld liked this
Eddie Wong liked this
Anis Sakinah added this note
karangan tentang perubahan yang dibawa oleh era e-komuniti kepada kehidupan manusia sajagat
zainon liked this
tanjungsofiera liked this
are_min96 liked this
ONg Ai Li liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->