You are on page 1of 1

APAKAH NASIB PENGIKUT IMAM MAHDI YANG TELAH MENINGGAL DUNIA AKIBAT TUA?

SYURGA ATAU NERAKA


Ramai juga para pengikut imam Mahdi yang telah tua meninggal dunia akibat pelbagai penyakit. Kerajaan batin imam Mahdi telah berusia 16 tahun dan ramai juga pengikutnya telah bersama-samanya telah meninggal dunia. Persoalannya, mereka masuk syurga atau neraka apabila mati? Jawapannya mudah sahaja. Semua manusia pada ketika ini apabila mati masuk neraka walaupun dia seorang nabi. Tetapi imam Mahdi boleh memasukkan pengikutnya yang mati ke syurga, tetapi dia tidak berbuat demikian kerana mahu menghidupkan pengikutnya yang telah mati semula apabila tiba masanya kelak. Kerana mereka masih diperlukan di dunia. Mereka akan dipanggil balik ke dunia dari neraka sebelum hari perkahwinan imam Mahdi. Jika imam Mahdi memasukkan mereka ke syurga pada hari mereka meninggal dunia, mereka tidak akan mahu lagi kembali ke dunia. Buat apa bersusuah-payah di dunia sedangkan mereka boleh bersenang-lenang di syurga. Meraka yang kembali ke dunia dari neraka akan membawa kisah dan cerita dari neraka. Cerita tentang keadaan, suasana, siksaan yang mereka lalui dan orang lain lalui yang bergantung kepada darjat seseorang. Jika telah melalui sendiri dan merasa baru ia jelas dan nyata.

IMAM AL MAHDI AL MUNTAZAAR

You might also like