You are on page 1of 2

Langkah-langkah menangani masalah ragut

Marcapada, pidana ragut semakin membimbangkan kerana acap kali berakhir dengan kematian. Hal ini disebabkan oleh kurangnya kesedaran jasmani, emosi, rohani dan intelek dalam diri peragut. Sebelum nasi menjadi bubur, langkahlangkah drastik perlu diimplementasikan bagi membejat pertambahan kes tersebut. Inisiatif yang boleh dilakukan adalah dengan memberi maklumat kepada umum terutamanya kaum hawa agar mereka bersedia dan berwaspada.Kehausan wang merupakan punca utama peragut sanggup menindas kaum yang lemah ini. Ironinya, wanita dewasa ini sering memperaga barang kemas sebagai simbol kemewahan tetapi mereka kurang arif bahawa obsesi itu berkemungkinanmemakan diri mereka. Oleh itu, keprihatinan masyarakat amat penting agar masalah ragut dapat dikurangkan. Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus melakukan anjakan paradigma dengan memperkasakan hukuman terhadap pesalah ragut. Jika PBT terus berpeluk tubuh, sampai bilakah orang ramai akan terus alpa denganpersepsi bahawa hukuman jenayah ragut adalah ringan? Maka, apabila hukuman tersebut wujud dengan izhar, secara tidak langsung hal tersebut berjaya menimbulkan kegusaran di hati orang ramai yang cuba meragut. Di samping itu, pihak yang dominan seperti kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan juga perlu menggerakkan kewujudan kempen-kempen memerangi pidana ragut. Perkara ini berikutan, masyarakat lokal masih mengerling entengtentang impak negatif jenayah ragut terhadap mangsanya. Penjanaan kempan-kempen kesedaran di sekolahsekolah dan institusi pengajian tinggi merupakanmangkin yang efektif demi mengurangkan jumlah kes ragut di peringkat tempatan secara holistik. Konklusinya, semua golongan harus mengamalkan usaha yang pragmatikagar imej negara tidak tercalar di mata dunia. Janganlah kita mengambil sikap sambil lewa dan hanya akan sedar sekiranya berlaku kematian dalam kalangan mangsa ragut seperti kata peribahasa Melayu, "sudah terhantuk baru terngadah".

KOSA KATA :

1. Marcapada = kini 2. Pidana = perbuatan jenayah 3. Drastik = segera 4. Diimplementasikan = dilaksanakan 5. Membejat = mengurang / mengekang / menghalang 6. Inisiatif = daya usaha 7. Kehausan wang = mata duitan / terlalu mengejar wang 8. Ironinya = secara bertentangan 9. Obsesi = ketaksuban 10. Anjakan paradigma = perubahan lebih baik 11. Alpa = lupa / leka 12. Persepsi = tanggapan 13. Izhar = nyata / jelas 14. Dominan = kuat pengaruh 15. Lokal = setempat 16. Mengerling enteng = tidak ambil berat 17. Impak = kesan 18. Mangkin yang efektif = usaha yang berkesan 19. Holistik = keseluruhan 20. Pragmatik = bersifat praktikal

You might also like