You are on page 1of 33

SINTAKSIS: SUATU PENGENALAN

BIDANG SINTAKSIS DEFINISI AYAT TATATINGKAT NAHU STRUKTUR BINAAN AYAT PEMBAHAGIAN SUBJEK DAN PREDIKAT AYAT DASAR DAN AYAT TERBITAN

Sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Dalam erti kata yang lebih mudah, bidang sintaksis mengkaji hubungan antara perkataan dengan perkataan dalam pembentukan ayat. Sintaksis dianggap peringkat susunan binaan yang amat penting dalam apa jua bahasa.

Abdullah Hassan (2005); sintaksis ialah bidang ilmu yang mengkaji binaan ayat, iaitu bagaimana kata disusun menjadi frasa, dan bagaimana frasa disusun menjadi ayat. Kajian ini melibatkan hubungan gramatis antara kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat bagi membentuk ayat. Dua aspek kajian; iaitu proses unsur sintaksis bergabung dan cara pembinaan struktur ayat serta fungsinya.

Kita juga dapat memahami bidang sintaksis sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Ayat menduduki tempat paling atas dalam tatatingkat kajian sintaksis, diikuti oleh klausa dan frasa.

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi dalam tatatingkat tatabahasa. Ayat terdiri daripada subjek dan predikat, dan biasanya salah satu konstituen boleh digugurkan dan ayat ini dinamakan ayat minima. Ayat perlu diucapkan dengan intonasi yang sempurna.

Ayat terdiri daripada klausa, klausa terdiri daripada frasa, manakala frasa terdiri daripada kata. AYAT KLAUSA FRASA KATA : Pelajar itu sedang minum. : pelajar itu sedang minum : pelajar itu / sedang minum : pelajar / itu / sedang / minum

Zaba (2002) Ayat memakai susunan perkataan yang sekumpul-sekumpul dengan tentu hujung pangkalnya dan tempat-tempat berhentinya, serta memberi faham yang sempurna tiap-tiap sekumpul kata yang dikatakan itu maka tiap-tiap sekumpul perkataan itu ialah susunan yang sempurna maksudnya. Asraf (1990) Bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata yang tersusun kepada dua bahagian, iaitu subjek dan predikat.

Asmah Haji Omar (1980, 1993) Ayat adalah unit yang paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu. Ayat terdiri dari klausa yang disertai dengan intonasi ayat yang lengkap, yakni yang dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri dengan kesenyapan, dan intonasinya menyatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai. Abdullah Hassan (1980, 1986) Apabila kita bercakap, kita menggunakan perkataan-perkataan yang kita susun menjadi ayat ada ayat yang terdiri daripada dua patah perkataan sahaja. Tiap-tiap ayat mesti terdiri daripada dua bahagian: Bahagian 1: Benda atau subjek bahagian Bahagian 2: Cerita atau predikat

Arbak Othman (1981, 1989) Ayat ialah satu ikatan perkataan yang mengandungi subjek dan predikat. Ikatan perkataan ini mempunyai susunan berdasarkan tekanan, intonasi, dan hentian yang tertentu serta membawa satu fikiran atau idea yang lengkap. Abdul Hamid Mahmood (1994) Ayat ialah unit pengucapan yang mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu atau beberapa perkataan yang diucapkan dengan intonasi yang sempurna.

Nik Safiah Karim (1993) Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan. Kesimpulan Ayat terdiri daripada susunan perkataan yang diucapkan dengan intonasi dan tatabahasa yang sempurna serta mempunyai makna. Ayat diucapkan dengan cara bermula dengan kesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan juga.

Hubungan Hubungan Hubungan Hubungan

posisi berdampingan. kepertukaran. unsur terdekat.

Mengkaji bagaimana kata bergabung dengan kata bagi membina frasa, frasa dengan frasa bagi membina klausa, dan klausa dengan klausa bagi membentuk ayat. Posisi kata yang menerangkan (M) terletak dibelakang kata diterangkan (D). Hukum DM: posisi unsur yang diterangkan mendahului posisi unsur menerangkan.

Ada kata-kata yang digunakan dengan katakata tertentu sahaja. Contoh: kata kerja transitif- kata nama bernyawa perlu menjadi pelakunya, dan kata nama bernyawa atau tidak menjadi objeknya. ramai dan banyak.

Menunjukkan ada hubungan bertingkat dalam sintaksis Hubungan unsur terdekat


Bagaimana unsur-unsur ini berhubungan

WACANA AYAT KLAUSA

FRASA
KATA

MORFEM
FONEM

Unit bahasa terkecil yang membezakan makna. Fonologi- bidang ilmu bahasa yang mengkaji tentang bunyi sesuatu bahasa dan fungsi bunyibunyi tersebut. Fonetik- bidang ilmu yang mengkaji tentang bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberi lambang-lambang kepada bunyi tersebut.

Unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau menjalankan tugas nahu. Terdiri daripada:
Morfem bebas Morfem terikat

Contoh- ajar, mengajar, rumah, pengundi

Unit nahu terkecil yang mempunyai makna dan boleh berdiri dengan sendiri. Kata tunggal & kata terbitan

Unit yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu kata atau gabungan beberapa kata yang menjadi sebahagian daripada klausa. FN,FK,FA,FSN

Unit rangkaian kata yang mengandungi satu subjek, satu predikat dan berpotensi untuk menjadi ayat Klausa bebas Klausa terikat

Unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Mengandungi unsur klausa, klausa terbentuk daripada frasa dan frasa terdiri daripada perkataan.

Unit terbesar dalam tatabahasa yang melangkaui teks dan konteks.

Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi. Binaan ayat terbentuk daripada susunan beberapa unit kecil rangkai kata, dikenali sebagai unsur atau konstituen. Setiap ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat.

Subjek Konstituen dalam ayat yang menjadi benda yang diterangkan oleh predikat. Subjek ayat biasanya terdiri daripada frasa nama. Frasa kerja dan frasa adjektif yang berfungsi sebagai kata nama juga boleh menjadi subjek dalam ayat. Frasa nama subjek boleh terdiri daripada kata nama am, kata nama khas, kata nama terbitan, kata ganti nama diri, dan kata ganti nama tunjuk.

Predikat Konstituen dalam ayat menerangkan subjek. Dalam bahasa Melayu, konstituen predikat boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama.

Pengetahuan tentang struktur unsur ayat sesuatu bahasa yang ada pada seseorang penutur asli, membolehkan ia mengenal pasti dan menentukan ayat yang gramatis. Saya guru terlatih. Saya terlatih di universiti.

Saya guru terlatih Ayat ini terbina daripada dua unsur iaitu: + saya + guru terlatih Pembahagian subjek dan predikat: Ayat Subjek Predikat
Saya terlatih guru

Bagaimana pula dengan ayat kedua? Saya terlatih di universiti. Apakah pilihan jawapan anda? Saya terlatih / di universiti Saya / terlatih di universiti Bagaimana anda menentukan unsur subjek dan predikat?

Pelajar itu sedang membaca buku. Pembahagian atau penggalan kepada frasa subjek dan predikat bagi sesuatu ayat tidak boleh dilakukan tanpa peraturan atau secara ad hoc. Dalam ayat di atas, unsur itu sedang tidak boleh digabungkan untuk menjadi unsur sesuatu binaan, sebab bentuk itu dan sedang termasuk dalam kelompok unsur yang berasingan. Oleh itu, ayat tersebut tidak mungkin dapat dipenggal dengan memisahkan pelajar sahaja sebagai subjek, dan itu sedang membaca buku sebagai frasa predikat.

Binaan ayat tersebut yang terdiri daripada bahagian subjek dan predikat dapat diperjelas melalui rajah pohon berikut: Ayat Subjek Predikat

Pelajar itu

sedang membaca buku itu sedang membaca buku

Pelajar

Ayat dasar Pola ayat yang menjadi sumber kepada pembentukan atau terbitan semua ayat yang lain dalam sesuatu bahasa itu. Ayat terbitan Terbentuk apabila beberapa unsur baik unsur perkataan mahupun unsur frasa ditambah pada frasa subjek atau frasa predikat.

Pola 1

Pola 2
Pola 3 Pola 4

Subjek Frasa Nama Siti Frasa Nama Mereka Frasa Nama Pelajar itu Frasa Nama Sekolahnya

Predikat Frasa Nama guru Frasa Kerja sedang membaca Frasa Adjektif bijak Frasa Sendi nama di Pekan Changlun

You might also like