You are on page 1of 10

1.

0 PENGENALAN

Sekolah bestari merupakan satu perubahan yang yang direka semula secara sistemik bagi
membantu negara melonjak ke zaman maklumat.Terdapat beberapa komponen utama dalam
dalam sesebuah sekolah bestari seperti pengajaran dan pembelajaran(P&P), sistem
pengurusan sekolah bestari, polisi, sumber manusia, kemahiran dan sikap, teknologi serta
proses.Komponen-komponen ini akan dinilai dan diubahsuai bagi memastikan tahap
kecekapan dan keberkesanan berada di paras yang lebih tinggi dari semasa ke semasa.Konsep
sekolah bestari diperkenalkan oleh Tan Sri Dato’ Dr Wan Zahid Wan Mohamed pada tahun
1996.Beliau merupakan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada masa itu.

Pengwujudan sekolah bestari merupakan salah satu daripada tujuh aplikasi perdana koridor
raya mutiara(MSC) Malaysia. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia
menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk
menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari." Memandangkan betapa pentingnya Sekolah
Bestari kepada pembentukan generasi akan datang, kerajaan telah mengambil langkah
menjadikan penjelmaan Sekolah Bestari sebagai satu daripada tujuh ' flagship application '
dalam projek Mega Koridor Raya Multimedia"
( Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia ).

Konsep sekolah bestari merupakan satu konsep yang akan membawa proses pendemokrasian
dalam pendidikan sepenuhnya.Konsep yang tidak mengira sama ada pelajar tersebut pintar
atau tidak mahupun kaya atau miskin ini dapat menjamin pelajar untuk mencapai potensi
sepenuhnya mengikut gaya pembelajaran tersendiri.Hal ini akan membolehkan kepelbagaian
dibina dalam sistem pendidikan melalui bantuan teknologi komputer.Untuk peringkat
permulaan hanya empat mata pelajaran sahaja iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik dan Sains diperkenalkan di sekolah bestari yang menggunakan teknologi terkini
sebagai salah satu kaedah dalam teknik pengajaran dan pembelajaran.Bahan pengajaran dan
pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian oleh pusat perkembangan kurikulum,
kerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

1
Pada peringkat awal pelaksanaan sekolah bestari, terdapat sedikit salah faham yang berlaku
di kalangan warga pendidik dan ibu bapa di mana kebanyakan daripada mereka menganggap
bahawa sekolah bestari merupakan sekolah yang menggunakan teknologi serta kemudahan
ICT sepenuhnya.Tetapi pada asasnya, Sekolah Bestari merupakan satu konsep sekolah yang
menggunakan kemudahan ICT di samping bantuan mengajar yang lain dalam meningkatkan
prestasi pembelajaran pelajar.Selain daripada kemudahan ICT yang disediakan, ciri-ciri lain
yang terdapat pada sekolah bestari adalah semua pelajar berupaya belajar mengikut
keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran masing-masing.Selain itu, guru juga akan cuba
untuk mempraktikkan kurikulum kebangsaan dengan mengambil kira keperluan dan
kebolehan pelajar selaras dengan pengalaman yang ada pada pelajar terbabit.Sekolah Bestari
juga mempunyai persekitaran sekolah yang kondusif untuk aktiviti pembelajaran di mana
pelajar lebih terarah kepada pembelajaran kendiri dan guru bertindak sebagai fasilitator bagi
menggalakkan minat pelajar secara berterusan.Dalam konsep Sekolah Bestari jika
dibandingkan dengan konsep sekolah harian biasa, tahap penglibatan serta sokongan daripada
komuniti sekitar adalah tinggi.Kebiasaannya, ibu bapa akan terlibat sama dalam menentukan
program-program yang akan dijayakan di sekolah.Hal ini secara tidak langsung akan
membantu pembelajaran anak-anak mereka.

2.0 PERBEZAAN SEKOLAH BESTARI DAN SEKOLAH BIASA

Pengurusan di Sekolah Bestari dengan Sekolah Biasa mempunyai kelainan dan


perbezaannya. Ironinya, Sekolah bestari bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia
mempunyai pengurusan secara bestari bagi menjamin setiap pelajarnya tidak kira kuat atau
lemah, kaya atau miskin bagi mencapai potensi sepenuhnya dengan cara yang paling sesuai
mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Secara asasnya, Sekolah Bestari
menggunakan teknologi komputer yang akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam
sistem pendidikan yang dilaksanakan.

Dari segi kurikulum,Sekolah Bestari menekankan pembelajaran yang bermakna,


mempunyai pelbagai peraturan dan disiplin, tanggungjawab sosial, berbagai budaya, riflektif,
holistik, bersifat global dan berasaskan penggunaan teknologi. Ia memperkenalkan
pembelajaran secara holistik untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan
bakat serta minat mereka sendiri mengikut perbezaan kebolehan individu serta

2
mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran, nilai dan bahasa merentas kurikulum. Sekolah
Bestari menekankan juga pembelajaran secara futuristik untuk menyediakan pelajar dalam
menghadapi masa depan. Hal ini juga bagi memastikan pelajar dilatih dengan pemikiran
kreatif dan kritis serta diberi galakan untuk memperkembangkan bahasa mereka. Selain itu
juga, kurikulum secara developmental bagi membantu pelajar mencapai perkembangan
menyeluruh dan seimbang dengan pelbagai dimensi ilmu, kemahiran dan bersifat global. Ia
juga fleksibel kerana mengikut tahap dan kebolehan pelajar serta kurikulum berpandukan
nilai iaitu dengan pemupukan akhlak dan nilai murni merentas kurikulum. Tuntasnya,
kurikulum ini direka adalah untuk membantu pelajar bagi mendapatkan keseimbangan dalam
perkembangan pengetahuan, kebolehan, nilai dan penggunaan Bahasa Inggeris yang betul,
memperkenalkan pelbagai disiplin, tema dan pembelajaran berterusan serta memberikan
pengetahuan dengan cepat, kemahiran dan bakat untuk kejayaan bagi setiap peringkat umur
pelajar.

Pedagogi di Sekolah Bestari ditekankan supaya pembelajaran lebih menarik,


bermotivasi, berstimulasi dan bermakna; melibatkan minda, semangat serta jasmani kanak-
kanak dalam proses pembelajaran; membina kemahiran asas untuk menyediakan pelajar
dalam menghadapi cabaran yang lebih besar pada masa hadapan serta memenuhi keperluan
dan keupayaan dalam kalangan pelajar. Pedagogi adalah kajian tentang kaedah dan prinsip
pengajaran dengan pembelajaran melalui pengalaman dengan aktiviti berpusatkan pelajar
iaitu Pembelajaran Masteri, Akses kendiri, Kadar kendiri, Terarah kendiri serta
memperkenalkan participatif iaitu menggalakkan penglibatan pelajar secara aktif. Selain itu,
kaedah pedagogi juga memperkenalkan gaya pembelajaran kolaboratif iaitu segala maklumat
dikongsi secara bersama dan budaya kaya ilmu supaya semua pihak mendapat keuntungan
serta pedagogi mengintegrasikan elemen pembelajaran bestari seperti gaya pembelajaran,
kecerdasan pelbagai yang berasaskan guru, rangkaian dan perisian dengan pendekatan,
strategi, teknik pengajaran yang pelbagai. Pedagogi mencampurkan pelbagai kaedah dan
strategi pengajaran untuk memastikan masteri persaingan asas dan menggalakkan
perkembangan holistik, memudahkan individu yang mempunyai pelbagai gaya pembelajaran
memperkembangkan bakat masing-masing serta mewujudkan atmosphera bilik darjah dengan
gaya pengajaran yang berbeza.

3
Penilaian sekarang iaitu bagi sekolah biasa mempunyai perbezaan dengan Sekolah
Bestari. Pertamanya, penilaian sekarang hanya berfokuskan pencapaian manakala penilaian
bestari adalah holistik iaitu bersifat saling kait antara satu sama lain sebagai suatu sistem
bersepadu menyeluruh dan bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja. Penilaian
sekarang adalah merujuk norma iaitu ukuran untuk menentukan sesuatu,peraturan atau
ketentuan yang menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota
masyarakat di dalam pembelajaran mereka manakala penilaian bestari adalah merujuk kriteria
di pengurusan sekolah tersebut. Penilaian sekarang adalah berpusatkan sistem iaitu sisitem
pengurusan di sekolah tersebut yang menentukan pengajaran dan pembelajaran serta
berasaskan subjek pembelajaran manakala Sekolah Bestari adalah berpusatkan pelajar dan
berasaskan elemen pembelajaran bestari iaitu Kemahiran generik, ciri-ciri pelajar,
pendekatan pembelajaran dan strategi P&P
serta penilaian sekarang adalah mempunyai banyak peringkat manakala penilaian
bestari adalah berterusan. Seterusnya, penilaian sekarang adalah secara ‘off-line’ manakala
penilaian Bestari adalah secara ‘on-line’ iaitu menggunakan kemudahan ICT.

3.0 PERANAN DAN MATLAMAT SEKOLAH BESTARI

Pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan berbunyi seperti berikut:

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara”.

Dalam pernyataan di atas, jelas menunjukkan bahawa hasrat kerajaan adalah untuk
melahirkan individu yang seimbang dari bersepadu dari segala aspek, merangkumi aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek.Bagi merealisasikan impian murni ini, pengwujudan
sekolah bestari dilihat sebagai satu langkah yang tepat.Pemangkin ke arah merealisasikan
cita-cita ini dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang lengkap dan sempurna dalam
usaha memperbaiki sistem pendidikan yang sedia ada ke arah yang lebih baik.Tenaga kerja
yang mahir dan berdedikasi juga perlu disediakan bagi mencorak langkah yang baru bertapak

4
ini untuk merealisasikan impian murni kerajaan yang telahpun tersurat dalam pernyataan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sejak lebih sedekad yang lalu.

Pengubahsuaian dalam sistem pendidikan yang ingin dilakukan memerlukan perubahan dari
segi amalan serta budaya sama ada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah.Sistem
pendidikan sedia ada yang lebih menerapkan sistem hafalan semata-mata perlu berubah
kepada sistem pembelajaran yang lebih bersifat pemahaman serta pembelajaran yang boleh
merangsang pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif.Gaya pembelajaran pelajar juga
perlu mengikut gaya pembelajaran mereka yang tersendiri serta memberikan peluang kepada
pelajar untuk menonjolkan bakat serta minat masing-masing.Pelajar juga mestilah diberi
peluang untuk membina konsep kendiri yang mempunyai ciri-ciri serta identiti pelajar
terbabit.Selain itu, peranan ibu bapa serta komuniti yang aktif dilihat dapat membantu dalam
mempengaruhi perubahan yang ingin dijelmakan oleh kerajaan melalui Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang dimangkinkan oleh pembentukan konsep Sekolah Bestari.

Di Sekolah Bestari, pembelajaran adalah bersifat kendiri mengikut kadar individu,


kesinambungan dan reflektif yang disokong oleh pembekalan teknologi kepada pelajar serta
jaringan media yang luas.Hal ini akan membantu para pelajar untuk melalui proses
pembelajaran yang lebih efektif.Corak pembelajaran yang diamalkan di Sekolah Bestari
adalah berbeza berbanding dengan sekolah biasa iaitu corak pembelajaran berubah daripada
corak belajar berpusatkan guru kepada yang berpusatkan pelajar. Kurikulum di Sekolah
Bestari dirancang supaya bermakna, mempunyai tanggungjawab sosial, reflektif, holistik,
global, terbuka berdasarkan matlamat.pelajar juga merupakan pembelajar yang aktif di
sekolah bestari.Dalam proses pembelajaran, pelajar akan dipupuk untuk menyelesaikan
masalah secara kreatif serta pelajar dibenarkan untuk membuat keputusan sendiri tanpa
dipengaruhi oleh orang lain serta bertanggungjawab di atas setiap keputusan yang dibuat.
Pelajar akan membuat pengembaraan maklumat mengelilingi dunia untuk mencari dan
mengumpul data yang akan diperolahi melalui sumber tempatan mahupun global.Penjaringan
internet akan membolehkan pelajar berinteraksi sesama mereka, guru atau pun dunia luar
secara lebih meluas.Melalui teknolologi yang disediakan, dunia pelajar akan diperluaskan
melalui perhubungan, pendidikan dan sosial. Ini akan dapat meningkatkan potensi pelajar
secara harmonis, cekap, dan berkesan dengan menggunakan daya fikir, pengetahuan dan
kemahiran.cabaran pendidikan serta kehadiran alat serba canggih pada masa kini menjadikan
pembentukan sekolah bestari adalah sangat relevan.Penjaringan internet juga mempunyai
kelebihan di mana pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah masih dapat mengikuti

5
pembelajaran di sekolah seperti.Jadi, masalah pelajar ponteng sekolah tidak akan timbul. .
Oleh sebab itu, guru memainkan peranan penting dalam menerajui konsep sekolah bestari
ini.Para pelajar perlu diajar strategi untuk mengurus maklumat dengan cekap dan betul.Selain
itu, ciri-ciri seperti semangat berpasukan, fleksibiliti, pandangan yang luas dan ketrampilan
menggunakan bahasa antarabangsa juga akan ditekankan.Hal ini akan memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran semasa di dalam bilik darjah.

Konsep Sekolah Bestari yang diperkenalkan oleh kerajaan juga mengambil kira konsep
inovatif kelas melangkau maya.pada masa kini, sistem pendidikan di Malaysia tidak memberi
peluang kepada pelajar untuk meneroka pembelajaran mereka sendiri.Dengan kata lain,
sistem ini memberi ketegangan kepada pelajar yang lemah manakala bagi pelajar pintar,
kebijaksanaan mereka terhalang oleh sistem pembelajaran yang lebih menekankan konsep
hafalan.Namun, berbeza dengan konsep sekolah bestari, konsep ini lebih memberi fleksibiliti
kepada pelajar untuk mencorak sendiri gaya pembelajaran serta berupaya meneroka dengan
lebih mendalam mengenai sesuatu yang dipelajari melalui penggunaan teknologi yang
canggih.melalui cara ini, pelajar yang pintar akan dapat menyiapkan kerja-kerja yang
diberikan dengan cepat tanpa terikat dengan pelajar lain yang lemah.Di samping itu juga,
pelajar yang lemah akan dapat dikesan oleh guru seterusnya guru dapat mengambil tindakan
yang sewajarnya untuk membantu pelajar berkenaan.Sistem fleksibel ini sebenarnya
membenarkan pelajar yang berada di dalam satu kelas dengan kecerdasan berbeza untuk
mempelajari mata pelajaran yang sama dan sistem ini menjadi satu kelebihan untuk sekolah-
sekolah yang diiktiraf sebagai Sekolah Bestari.

Kepelbagaian kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran menjadi satu kelebihan untuk
sekolah bestari.antara kaedah yang digunapakai ialah strategi inovatif yang berasaskan
teknologi seperti perbincangan dengan rakan dalam jarak jauh, pembelajaran jarak jauh,
penggunaan data sebagai sumber maklumat, memproses maklumat dan menghubungkan
dapatan, merujuk ensiklopedia elektronik, belajar dari ‘courseware’ elektronik dan
komunikasi elektronik.walaubagaimanapun, kaedah perbincangan antara pelajar dengan guru
atau sesama pelajar masih lagi dipraktikkan.

Melalui kecanggihan teknologi yang disediakan dapat melicinkan proses pentadbiran


sekolah. Dengan pengkomputeran dalam talian pengurusan sekolah, pentadbir akan dapat
merancang, mengurus dan menggunakan sumber manusia dan fizikal dengan
berkesan.Penjaringan yang disediakan juga dapat memudahkan ibu bapa serta komuniti

6
setempat memberi sumbangan dalam penentuan program-program yang akan dijalankan di
sekolah bertujuan untuk meningkatkan prestasi pembelajaran anak-anak mereka.Melalui
kecanggihan teknologi juga pihak sekolah dapat melakukan pemantauan prestasi pelajar
secara sistematik.Pemantauan yang sistematik akan membolehkan pihak pentadbiran
mengambil tindakan susulan yang sewajarnya bagi membantu para pelajar terutamanya
pelajar yang lemah. Selain daripada penglibatan komuniti setempat yang aktif bekerjasama
dengan pihak sekolah, sekolah bestari juga mempunyai perbezaan dari segi penilaian
terhadap pelajar berbanding dengan system yang diamalkan di sekolah harian biasa.Hal ini
adalah untuk membantu merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
kebangsaan.Penilaian yang digunapakai di sekolah bestari adalah fleksibel dan mudah
digunakan dengan bantuan kecanggihan alat teknologi yang menjamin mutu maklumat yang
diperolehi.Guru, ibu bapa serta pelajar dapat mengakses dengan mudah butiran penilaian
melalui komputer.Sistem penilaian lebih menjurus kepada pensijilan terbuka yang bukan
sahaja menunjukkan pencapaian keseluruhan pelajar tetapi juga menunjukkan pencapaian
pelajar secara berterusan.

4.0 PERANAN GURU, PELAJAR DAN IBUBAPA DALAM MENCAPAI OBJEKTIF


SEKOLAH BESTARI

Sebagai sebuah negara yang sedang ke arah status negara maju, Malaysia perlu
mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan yang
tinggi, masyarakat yang memandang jauh kehadapan, inovatif serta penyumbang kepada
tamadun sains dan teknologi masa hadapan, berfikiran kritikal dan yang bersedia untuk
mengambil bahagian dalam ekonomi global di abad ke-21 ini. Tanggungjawab ini perlu
dipikul oleh semua pihak sama ada ia pembuat dasar pengetua, guru besar, pelajar, ibubapa,
masyarakat dan guru sekolah.

Pengetua memainkan peranan penting dalam melaksanakan pengurusan Sekolah


Bestari kerana Pengetua bertanggungjawab dan diberi kuasa dalam semua perancangan yang
dibuat untuk sekolah terutama yang berkaitan dengan prestasi pengajaran dan pembelajaran.
Ini bermakna, pengetua atau guru besar yang dapat menggerakkan sekolah itu maju
kehadapan bagi mencapai kecemerlangan akademik dan kegiatan ko-kurikulum. Selaras
dengan matlamat Sekolah Bestari melahirkan pelajar yang celik IT, sebaik-baiknya

7
pengetuanya juga memperlengkapkan diri dengan kemahiran IT. Pelaksanaan Sekolah Bestari
perlu menyediakan pelan teknologi maklumat ,( IT), pelan pengurusan dan pelan kemajuan
kakitangan. Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, guru-guru di
sekolah yang dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam perkhidmatan,
khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui
penggunaan teknologi terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga pengajar
dan pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolah Bestari di bawah
Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia. Proses Pengajaran dan pembelajaran
(P&P) atau pedagogi yang telah dilatih bagi setiap guru ketika mereka hadiri kursus mahupun
diploma pendidikan adalah mencukupi untuk mengajar di Sekolah Bestari. Guru-guru juga
didedahkan dengan pelbagai strategi pembelajaran iaitu `directive' seperti memberi arahan,
latih tubi dan latihan. Manakala `observation' seperti pemerhatian dan `mediative' seperti
mengaplikasikan pengetahuan secara perbincangan terbuka juga dilaksanakan. Selain itu,
strategi pembelajaran yang lebih tinggi seperti konstruktif, kolaboratif, kontekstual dan
kognitif juga turut dibekalkan kepada guru-guru.
Strategi pembelajaran yang lebih tinggi ini akan membina satu situasi pembelajaran yang
lebih menarik, menggalakkan serta merangsangkan minda Setiap pelajar berpeluang
meningkatkan diri dengan mengambil kira pelbagai kebolehan pelajar serta gaya
pembelajaran pelajar.
Proses pemikiran kritis dan kreatif dalam diri pelajar terbentuk di sini.
selain itu juga, guru-guru hendaklah memahami pelajar iaitu ciri- ciri pelajar yang perlu
difahami oleh guru ialah gaya pembelajaran pelajar (Model Dunn dan Dunn ; Model VAK),
kecerdasan pelbagai pelajar dan kompetensi kecerdasan emosi pelajar.

Jika kesemua iaitu ketujuh-tujuh strategi pembelajaran ini dikuasai dan dipraktikkan
oleh guru-guru, mereka ini adalah guru-guru yang telah mengamalkan pengajaran dan
pembelajaran bestari serta sekolah mereka boleh diiktirafkan sebagai Sekolah Bestari. Namun
begitu ramai di kalangan guru-guru mengamalkan strategi pembelajaran `directive',
`observational' dan `mediative' sahaja iaitu secara arahan, latih tubi, pemerhatian dan
perbincangan. Hal ini adalah kerana guru-guru terlalu tertekan dengan kehendak peperiksaan.
Guru-guru dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan termasuklah kesemua 88 buah Sekolah
Bestari yang ada. Dengan tanggungjawab yang berat ramai guru menitikberatkan strategi
menjawab soalan daripada strategi belajar. Jika proses pembelajaran ini berterusan
implikasinya pelajar-pelajar tidak dapat berfikir secara kritikal, tidak kreatif mahupun

8
inovatif dan akhirnya harapan negara untuk melahirkan masyarakat berpengetahuan tidak
akan tercapai.
Setiap guru perlu membuat refleksi diri, adakah apa yang mereka praktikkan selama ini
menyumbang kepada `knowledge society'. Pihak Kementerian juga perlu melihat secara
menyeluruh untuk memastikan kejayaan kepada perluasan Sekolah Bestari ini. Ibu bapa juga
memainkan peranan penting dalam melaksanakan konsep Sekolah Bestari ini. Mereka
hendaklah member kerjasama yang sepenuhnya iaitu memberi kepercayaan kepada pihak
sekolah melalui PIBG bagi tindakan-tindakn yang diambil oleh pihak sekolah. Ini perlu
dilakukan supaya ibu bapa sentiasa mengetahui perkara yang berlaku, tidak terpengaruh
dengan khabar-khabar angin serta tidak membuat aduan kepada pihak KPM. Pengetua, guru-
guru, pihak sekolah serta ibu bapa perlu menjalin hubungan yang baik supaya dapat
bekerjasama antara satu sama lain dapat merealisasikan matlamat Sekolah Bestari ini. Selain
daripada itu, dalam membentuk Sekolah Bestari, para pelajar perlu bersedia menghadapi
perubahan yang dilakukan dalam proses pembelajaran demi kebaikan. Untuk itu, pelajar
perlu bersedia mental dan fizikal supaya dapat menerima segala perubahan dan
menjadikannya inisiatif bagi meningkatkan kemahiran diri. Pendekatan IT yang perlu
dipelajari adalah perkara asing bagi pelajar. Ini mungkin menimbulkan rasa ragu-ragu dengan
kemampuan diri untuk mempelajarinya. Sebaik-baiknya, pendedehan yang diberikan oleh
guru dapat membantu dan meningkatkan minat yang belajar tinggi kepada para pelajar. Para
pelajar seharusnya memastikan segala yang diajar oleh guru-guru dalam menggunakan
pendekatan ICT adalah perkara yang berguna. Untuk itu, para pelajar perlu berusaha
mengusai segala ilmu yang diberikan. Bagi merealisasikan perkara itu, para pelajar perlu
sentiasa bersedia dan memahami perkara yang disampaikan oleh guru. Mereka hendaklah
sentiasa membuat latihan dan ulangkaji yang berterusan dalam usaha mengatasi ilmu.

Tuntasnya, peranan guru dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah sangat
penting bagi mencapai hasrat tersebut bermula dari pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah
menengah hinggalah ke peringkat Universiti. Sesebuah masyarakat tidak terbentuk dalam
masa sehari tetapi satu proses yang lama yang mungkin mengambil masa berbelas tahun.
Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah-aliran dalam perkembangan
pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah
Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan
berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran
Wawasan Negara.

9
PENUTUP

Pembestarian sekolah merupakan satu usaha murni ke arah meningkatkan penggunaan


teknologi dalam pendidikan bagi meningkatkan mutu proses pengajaran dan pembelajaran
semasa di dalam bilik darjah serta menambahbaik kecekapan pentadbiran sesebuah
sekolah.Program ini akan melahirkan guru serta pelajar yang berkemahiran dalam bidang
ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan
pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri
(self-paced). Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru
di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini.
Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan
serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan
pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara
bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang
efektif.

10

You might also like