You are on page 1of 1

Penjelmaan Hologram

Al-Qur'an pernah menceritakan kepada kita bahawa Malaikat pernah diutuskan kepada para Nabi menjelma dalam bentuk manusia. Hal ini tidak mustahil dan dapat difahami dengan mudah. Teknologi kini membolehkan kita mencipta imej 3D dengan hologram. Imej 3D hologram dapat dibuat dengan menggunakan pancaran laser dan pancaran cahaya yang mana kedua-duanya adalah sinaran elektromagnet. Hologram bukan sekadar mencipta imej 3D, akan tetapi hologram juga digunakan sebagai ciri-ciri keselamatan dalam kad kredit, kad pengenalan, lesen kereta atau VCD/DVD original untuk membezakan antara palsu dan tulen. Sifat hologram yang membezakan kepalsuan dan ketulenan selari dengan sifat Malaikat dalam firman Allah: dan (malaikat-malaikat) yang membedakan (antara yang hak dan yang bathil) dengan sejelas-jelasnya, [Al-Mursalaat : 4] Bagaimana pula dengan komunikasi? Sinaran elektromagnet boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis bergantung kepada frekuensi gelombang. Jenis-jenisnya termasuklah gelombang radio, gelombang mikro, sinaran terahertz, sinaran infrared, cahaya, sinaran UV, X-rays dan sinar gamma. Komunikasi dapat dilakukan menerusi gelombang radio atau gelombang mikro kerana keduanya adalah satu bentuk sinaran elektromagnet. Kini, terdapat pelbagai alat komunikasi yang menggunakan gelombang radio atau mikro seperti television, radio, telefon bimbit, dan wireless LAN.

You might also like