You are on page 1of 14

BTPN lahir sejajar dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan mutu pendidikan melalui pembaharuan dan

perubahan khususnya dalam bidang teknologi. Penubuhan BTPN dan rangkaian Pusat Kegiatan Guru (PKG) masing-masing serta Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah untuk membantu sekolah khusus di dalam peningkatan kecemerlangan melalui penggunaan teknologi pendidikan.

BTP ditubuhkan pada tahun 1971. Dulu dikenali dengan nama Bahagian Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (BPSP). Bertujuan untuk memberi perkhidmatan pendidikan yang berasaskan siaran radio, perkhidmatan alat pandang dengar dan perkhidmatan siaran TV ke sekolah. Pada 8 Februari 1988, BPSP telah ditukarkan namanya kepada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) apabila fungsinya diperluas bagi merangkumi perkhidmatan pusat sumber sekolah.

Pada tahun 1996 , Pusat Sumber Pendidikan Negeri(PSPN) dan Pusat Kegiatan Guru(PKG) diletakkan di bawah pentadbiran BTP dengan jumlah perjawatan keseluruhan sebanyak 2598 perjawatan.
Pada tahun 2007 nama PSPN telah ditukarkan kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN). Tujuan penukaran namanya adalah untuk menaikkan taraf organisasi tersebut sebagai satu saluran penghubung antara BTP dengan sekolah dalam usaha meningkatkan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah. Mulai tahun 2002 BTP, BTPN dan PKG diberi tanggungjawab untuk mengurus, memantau dan menilai pelaksanaan Projek Rintis Sekolah Bestari yang melibatkan 88 sekolah rintis di seluruh Malaysia.

1. 2.

Memberi khidmat kepakaran teknologi pendidikan di sekolah; Menyedia dan menerbitkan bahan pelbagai media;

3.
4. 5. 6. 7. 8. 9.

Mempromosi dan menyiarkan bahan pelbagai media yang diterbitkan;


Mengurus dan memberi khidmat bantu Pusat Sumber di sekolah; Mengurus pelaksanaan program gerakan tabiat membaca di peringkat negeri; Mengurus pelaksanaan program ICT di sekolah; Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian, pembangunan dan pelaksanaan dasar; Memberi perkhidmatan Meja Bantuan Aras 2 kepada sekolah; dan Mengurus semua urusan berkaitan perolehan kerajaan mengikut prinsip-prinsip perolehan.

1.

Mengadakan pelbagai kegiatan guru dengan memberi peluang dan kemudahan untuk berkumpul dan bekerjasama bagi menjalankan kegiatan profesional. Menghasilkan pelbagai bahan/alatan mengajar untuk digunakan dalam proses pengajaran pembelajaran. Menyediakan tempat dan kemudahan serta menjalankan latihan bagi guru-guru dalam meningkatkan profesionalisme guru. Mengadakan aktiviti serta projek peningkatan kurikulum pengajaran dan pembelajaran. Mengadakan usaha inovasi serta kreativiti dalam pendidikan selaras dengan kemajuan dan perkembangan teknologi moden.

2. 3.

4. 5.

6.

Memberi khidmat bantuan dalam hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan, pemulihan, pengayaan dan bimbingan.

KHIDMAT BTP
APLIKASI PENDIDIKAN

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

e-Al Qamus EduWebTV English Proverbs Kampus ASTRO IQ-PSS i-nilam Sistem Pengelasan Dewey ps-SENTRAL Bahan Digital MBMMBI CD Intervensi P&P

KHIDMAT BTP
PEMBESTARIAN

1. Bahan 88 Sekolah Bestari Design Matrix Memperkasa 88 Sekolah Bestari Pelan Tindakan 88 Sekolah Bestari 2. Inisiatif ICT STS, SSQS, SPPICTS Sistem Pemantauan Projek BTP E-Penyata Gaji E-Tukar Bukan Guru Makmal Komputer Pusat Akses Perkakasan ICT 3. Khidmat Sokongan Pedagogi Teknikal

http://www.moe.edu.my/btp/

Pusat Kegiatan Guru (PKG) merupakan sebuah institusi yang terletak di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan. Berasaskan pekeliling KP (PP) 0050/126/1 Jld.7 (23) bertarikh 30/10/1995, mulai 1/1/1996, PKG diletakkan sepenuhnya di bawah pengurusan PSPN, sementara PSPN pula diletakkan di bawah Bahagian Teknologi Pendidikan(BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dari segi sejarah, penubuhan PKG bermula dengan tertubuhnya Pusat Sumber Tempatan(PST) di 302 buah sekolah pada tahun 1978. Pada tahun 1981, PST diubah nama kepada Pusat Media Daerah(PMD), iaitu selaras dengan konsep dan rasional pembukaan empat buah Pusat Sumber Pendidikan di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Pada tahun 1986 nama PMD telah diubah kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah(PSPD). Setiap PSPD memberi khidmat kepada 15 hingga 20 buah sekolah. Fungsi utama PSPD ialah mengatasi dan memperbaiki jurang perbezaan pencapaian pendidikan luar dan dalam bandar dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran kos rendah. Kementerian Pendidikan berhasrat menjadikan PSPD sebagai agen untuk membiasakan guru-guru khasnya di luar bandar dengan asas teknologi pendidikan (teknopen). Seterusnya pada tahun 1990, nama PSPD ditukar kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG). Dengan menggunakan peruntukan Bank Dunia, sebanyak 200 buah bangunan PKG telah dibina dan 150 buah lagi telah ditempatkan di bangunan sekolah. Nama PKG dianggap sesuai untuk menggantikan nama Pusat Sumber Pendidikan Daerah bagi mengelak kekeliruan pada istilah 'Daerah', memberi gambaran sebenar tentang aktiviti yang dijalankan di pusat tersebut. Pada tahun 1995 PKG telah menerima Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam sebagai pengiktirafan di atas kejayaan yang telah dicapai

Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian dan pelaksanaan dasar teknologi pendidikan Menyediakan bahan sumber pendidikan dalam pelbagai media. Menyebar, mempromosi dan menggalakkan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah. Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu PSS di sekolah Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program gerakan membaca di sekolah. Memantau, menyelaras, menilai dan memberi khidmat bantu pelaksanaan program ICT di sekolah Memberi perkhidmatan Meja Bantuan Aras 1 kepada sekolah.

1. PKG menjadi Pusat Kegiatan Ikhtisas Kurikulum iaitu sebagai tempat guru berunding, memberi khidmat nasihat, menjalankan seminar, tempat perbincangan, kursus dan bengkel untuk memenuhi keperluan guru setempat yang berkaitan dengan hal-hal pengajaran di sekolah. Penyelaras PKG berperanan sebagai penasihat, pemudahcara, penyampai ilmu, dan sebagai penggerak aktiviti-aktiviti profesional. 2. PKG sebagai Pusat Sumber. Ini bermaksud sebagai pusat yang menyediakan pelbagai media dan bahan rujukan untuk pinjaman khususnya yang diperlukan dalam usaha meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. PKG dikhususkan untuk guruguru setempat. 3. PKG sebagai Pusat Kegiatan Sosial atau komuniti. Ini bermaksud PKG sebagai tempat guru untuk berinteraksi dengan melaksanakan kegiatan sosial, sukan, rekreasi, kebudayaan dan kesenian. Ianya bertujuan untuk memupuk semangat setiakawan, kekitaan dan kesepasukan. Aktiviti-aktiviti tersebut boleh mengwujudkan penyertaan masyarakat awam, agensi-agensi kerajaan, swasta dan juga sekolah.

4. PKG sebagai Agen Perubahan. Ianya dijadikan sebagai pusat melaksanakan perubahan dan inovasi dalam pendidikan khususnya pengemaskinian pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi pendidikan, perhubungan dengan masyarakat luar, pengesanan dan penilaian, peningkatan kepuasan kerja, meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran, penggerak ke arah perubahan kendiri, penyebar maklumat serta menjadikan bank idea inovasi dan kreatif. Kesemuanya ini memudahkan perlaksanaan program-program perubahan dalam proses meningkatkan pendidikan setempat.

5. PKG sebagai Agen Penyelesaian Masalah. Ia berupaya menyelesaikan masalah berkaitan dengan masalah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, aspek kemanusiaan, kemahiran dan kemudahan tempat berkursus, seumber maklumat dan sebagainya (BTP,1992).

Terima Kasih.

You might also like