Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
20Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pandangan Pelajar Terhadap Alam Persekolahan Dan Pembelajaran

Pandangan Pelajar Terhadap Alam Persekolahan Dan Pembelajaran

Ratings: (0)|Views: 1,448 |Likes:
Published by Mozais Mozalina

More info:

Published by: Mozais Mozalina on Aug 21, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF or read online from Scribd
See more
See less

12/19/2012

pdf

 
Pandangan pelajar terhadap alam persekolahan dan pembelajaran
Mohd Zaaba Haji IsmailS.M. Tunku Abdul Rahman, MergongZurida Haji IsmailPusat Pengajian Ilmu PendidikanUniversiti Sains Malaysia11800 Pulau Pinang
ABSTRAK 
Antara masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru pelatih semasa latihan mengajr adalah berkaitan dengan pengurusan kelas dan disiplin pelajar. Pelajar-pelajar dikatakantidak berminat untuk belajar dan seringkali mengganggu usaha guru untuk mengajar.Pelbagai langkah dicadangkan bagi mengatasi masalah minat dan motivasi pelajar.Motivasi berkait rapat dengan keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam setiapusaha yang dilakukan. Walaupun bilangan yang hadir agak memuaskan, namunkehadiran secara fizikal tidak menjamin penglibatan mental. Pelajar-pelajar dilihat gagalmengambil peluang sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kertas kerjaini akan membincangkan dapatan dari suatu tinjauan yang melibatkan pelajar-pelajar darisekolah yang dianggap bermasalah dan tidak berminat untuk belajar. Tujuan utamatinjauan ini adalah untuk melihat pandangan pelajar terhadap alam persekolahan mereka.Kesedaran dan pengetahuan tentang perkembangan sikap pelajar serta perkara-perkarayang menarik dalam pembelajaran mungkin membantu guru-guru pelatih dalammengurangkan
apathy
atau sikap tidak peduli pelajar terhadap pelajaran.
Pengenalan
Guru-guru dan juga kaunselor sering kali berhadapan dengan pelajar-pelajar yang tidak  berminat atau hilang minat untuk belajar, tidak menunjukkan motivasi untuk belajar disekolah, atau tidak berminat untuk berada di sekolah langsung. Keadaan ini seringmenjadi sumber kekecewaan bagi guru-guru yang berusaha untuk memujuk ataumembentuk anak didik mereka untuk memberi tumpuan terhadap pelajaran dan berminatuntuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini menjadi lebih rumit bagi guru pelatih yang baru mula untuk berjinak dengan profesion keguruan. Sikap pelajar yang tidak menghiraukan kehadiran guru-guru pelatih sebagai orang yang berkuasa dalam kelas sering menimbulkan masalah pengurusan kelas bagi guru-guru pelatih. Catatan berikut adalah pemerhatian yang dilakukan oleh seorang pelatihmengenai pengalamannya berhadapan dengan pelajar:
Today is my first day (in school). It’s horrible. HORRIBLE! My guru pembimbing introduced me to the children. NOPE! They are no children. Theyare monsters! Frankenstein’s defects. One introduced himself as The Rock. Another male as Baby
…. (Minggu 1)
 Again I have to relieve Peralihan. Hell on Earth
(Minggu 5)
 
Pelajar-pelajar sebenarnya memberi tindakbalas terhadap beberapa faktor dalam kelas.Antaranya ialah siapa yang mengajar, yakni guru berkenaan, apa yang mereka perlulakukan dan sejauh mana mereka berasa selesa dalam kelas berkenaan. Ini adalah keranamotivasi berkaitan rapat dengan apa yang Deci and Ryan (1991) jelaskan sebagaikeperluan semula jadi untuk kawalan, kecekapan, dan penerimaan yang ada pada setiapindividu. Kefahaman tentang faktor-faktor ini membantu guru untuk menyedari bahawasetiap tindak tanduk mereka mempunyai pengaruh motivasi terhadap pelajar, sama adanegatif maupun positif. Ibu bapa dan juga guru-guru sebenarnya mampu dan bolehmembantu menggalakkan pembelajaran.Persekitaran di rumah membentuk sikap awal kanak-kanak terhadap pembelajaran.Kanak-kanak mendapat mesej bahawa pembelajaran itu seronok dan suatu aktiviti yang berharga bila ibu bapa meluangkan masa untuk membaja sifat ingin tahu kanak-kanak tentang alam di sekeliling dengan melayan soalan-soalan, menggalakkan penerokaandalam usaha mencari jawapan dan penjelasan tentang fenomena semula jadi. Kanak-kanak yang dibesarkan dalam persekitaran yang membina harga diri, kecekalan,kebebasan dan efikasi kendiri akan lebih berkupayaan untuk berhadapan dengan rikikoyang terdapat dalam proses pembelajaran. Sebaliknya, jika kanak-kanak beranggapan bahwa mereka tidak cekap atau kurang berkemampuan, maka keinginan untuk terlibatdalam aktiviti akademik yang mencabar serta keupayaan untuk menangani kegagalanakan berkurangan.Bila kanak-kanak mula melangkah ke alam persekolahan, mereka akan mula membentuk kepercayaan tentang kegagalan dan kejayaan yang berkaitan dengan persekolahan.Sumber-sumber yang sering dikaitkan dengan kejayaan seperti usaha, kebolehan, nasibatau aras kesukaran tugasan dan kegagalan yang disebabkan oleh kurangnya kebolehandan usaha mempunyai implikasi terhadap cara atau pendekatan yang digunakan untuk  berhadapan dengan situasi pembelajaran.
Motivasi
Motivasi, sama ada di rumah atau sekolah, mempunyai pengaruh yang kuat terhadapkejayaan pelajar. Motivasi pelajar mempunyai hubungan dengan keinginan pelajar untuk terlibat dalam proses pembelaran. Ia juga bersangkutan dengan sebab-sebab ataumatlamat yang mendasari penglibatan atau sikap pasif mereka dalam aktiviti-aktivitiakademik. Walaupun pelajar berminat untuk mengambil bahagian, namun sebab-sebab penglibatan mereka berbeza antara satu sama lain. Bak kata pepatah, rambut sama hitam,hati-hati lain. Penglibatan pelajar yang mempunyai motivasi intrinsik biasanyadisebabkan oleh keseronokan yang diperolehi dari aktiviti pembelaran berkenaan atau perasaan puas yang timbul hasil dari pencapaian yang diperolehi (Lepper, 1988). Pelajar yang mempunyai motivasi ektrinsik melakukan sesuatu untuk mendapatkan ganjaran ataumengelak dari hukuman yang mungkin dikenakan jika tidak mengambil bahagian.Motivasi adalah usaha dan kemahuan individu untuk belajar, bekerja kuat dan mencapai prestasi cemerlang di sekolah. Motivasi adalah aras insentif yang ada pada seseorangdalam usaha untuk mencapai matlamat akademik. Ini bermaksud individu itu bukansahaja mahu berusaha untuk belajar malah menghargai dan seronok belajar dan mendapat
 
manfaat dari pembelajaran (Wlodkowski, & Jaynes, 1990). Istilah motivasi untuk belajar mempunyai maksud yang agak berbeza. Ia ditakrifkan oleh Hermine Marshall (1987)sebagai nilai, kepentingan, dan faedah yang diperolehi dari tugasan akademik tidak kirasama ada tugasan itu menarik atau pun tidak. Carole Ames (1990) mentakrifkan motivasiuntuk belajar sebagai penglibatan jangka panjang yang berkualiti serta iltizam dalam proses pembelajaran. Menurut Jere Brophy (1987), motivasi untuk belajar adalahkemahiran yang diperolehi melalui pengalaman yang dirangsang secara terus melaluimodel atau contoh, komunikasi jangkaan, arahan atau proses sosialisasi dengan individuyang berpengaruh terutama guru dan ibu bapa.Terdapat beberapa teori yang membantu kita memahami motivasi: teori pencapaiankeperluan, teori motivasi harga kendiri, teori efikasi kendiri, teori jangkaan x nilai, teoriatribusi, teori kawalan, dan teori orientasi motivasi. Namun, pada umumnya teoroi-toeriini menerangkan kepada kita (a) sebab pelajar melaku apa yang dilakukan, (b) bagaimana mereka melakukannya, dan (c) keyakinan mereka untuk melakukannya. Bilakita sebagai pendidik dan mungkin kaunselor betul-betul faham akan tiga dimensi ini, barulah kita mampu memahami motivasi pelajar, dan kerana itu kita akan berada dalamkedudukan yang baik untuk meningkatkan motivasi pelajar.Dari perspektif keperluan pencapaian, pelajar-pelajar lebih cenderung untuk mengelak kegagalan dan mencapai kejayaan (Atkinson 1957). Teori keperluan pencapaian ini boleh juga diterangkan dari perspektif motivasi harga kendiri atau self-worth (Covington,1992) yang memberi tumpuan kepada keperluan pelajar untuk melindungi harga diri yangtimbul dari takutkan kegagalan dan implikasi kegagalan ini terhadap keupayaan dirisendiri dan harga diri seterusnya. Manakala teori atribusi pula menyatakan penyebabkepada peristiwa menentukan tingkahlaku individu berkenaan di masa hadapan. Dalamkonteks pencapaian, kawalan merujuk kepada sejauh mana individu mampu mengelak kegagalan dan mencapai kejayaan. Pelajar yang merasakan diri mereka tidak mampumengawal hasilan akan menjadi kurang yakin sama ada mereka mampu mengelak kegagalan atau mencapai kejayaan. Justeru, mereka mungkin terlibat dengan tingkahlaku yang tidak produktif atau mungkin putus asa sama sekali. Patrick, Skinner, andConnell (1993) mendapati kawalan mampu meramal kesungguhan, tumpuan, usaha dan penglibatan pelajar dalam proses pembelajaran. Harter and Connell (1984) mendapatikawalan yang tidak menentu mempunyai hubungan yang negatif dengan pencapaian,motivasi masteri dan kecekapan. Dari perspektif atribusi, kawalan adalah suatu konstruk yang penting diukur bila menilai motivasi pelajar.Motivasi orientasi merujuk kepada tumpuan individu kepada tugasan yang dilakukan ataufokus pembelajaran atau prestasi. Orientasi tugasan atau tumpuan pembelajaran merujuk kepada kecenderungan pelajar untuk mencapai kejayaan dan berasa puas denganmenguasai perkara-perkara yang mereka pelajari (Duda & Nicholls, 1992; Nicholls,1989). Pelajar yang mempunyai fokus pembelajaran bermotoivasi untuk mencapaimasteri dan bukan mengatasi orang lain. Mereka melihat tugasan dari segi usaha yang perlu diberi dan bukan kebolehan dan kegagalan dilihat sebagai maklum balas diagnostik ke arah peningkatan prestasi di masa depan (Middleton & Midgley, 1997). Justeru,

Activity (20)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Shimah Azali liked this
870823565248 liked this
nurr_hayati liked this
Amparks Kho liked this
qutiey liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->