You are on page 1of 46

PKB 3107 Kemahiran Asas Untuk Berdikari

Oleh: Hendry Aloysius Mohd Nadzim Bin Bakri Nur Syahmimi Binti Ibarahim Pensyarah Pembimbing: Puan Zamrina Binti Jusoh

Amali 6: Kemahiran Pertukangan


a) Mengenal pasti peralatan pertukangan dan kegunaannya. b) Menghasilkan prosedur peraturan keselamatan dalam pertukangan. c) Menyediakan analisis tugasan untuk aktiviti pertukangan menurut jenis dan bahan yang dihasilkan. d) Menghasilkan projek pertukangan menurut jenis dan bahan.

a) Mengenal pasti peralatan pertukangan dan kegunaanya

Pita Pengukur

Saiz yang biasa digunakan ialah 3 m 6 m.

Kunci tolak-tarik digunakan untuk mengunci pita.


Digunakan untuk kerja mengukur. Contohnya kayu, playwood dan sebagainya.

Pembaris Keluli

Saiz yang biasa digunakan ialah 3oo mm. Diperbuat daripada logam tidak berkarat. Mengukur jarak dan memindahkan ukuran

Berbentuk huruf L.

Sesiku L

Saiznya ditentukan mengikut panjang bilahnya. Bilah kelulinya bersudut 90 darjah dengan tonggak. Menentukan ketepatan sudut 90 darjah. Menguji kepersegian dan keratan permukaan kayu. Membuat garisan bersudut tepat.

Tolok Penanda

Taji digunakan untuk menanda garisan selari pada permukaan kayu. Digunakan untuk mengukur tebal dan lebar.

Tolok Serong

Bilah boleh dilaraskan mengikut sudut yang dikehendaki dan skru pelaras berfungsi untuk mengetatkannya.

Digunakan untuk menguji atau menanda sudut-sudut yang dikehendaki.

Gergaji Tangan

Saiznya ditentukan oleh panjang bilahnya dan bilangan gigi setiap 25 mm


Digunakan untuk memotong atau membelah kayu.

Gergaji Puting

Jalur logam di bahagian atas bilahnya adalah untuk meluruskan dan menguatkan bilah gergaji. Digunakan untuk memotong kayu yang bersaiz kecil dan menguatkan tanggam.

Gergaji Lengkung Halus

Bingkainya diperbuat daripada dawai dan mempunyai mata yang halus. Digunakan untuk memotong lengkung pada kayu yang nipis.

Tukul Kuku Kambing

Saiznya ditentukan mengikut berat kepalanya.

Memerlukan rega kayu untuk mengalas dan memudahkan kerja mencabut paku.
Menukul dan mencabut paku.

Tukul Warrington

Saiznya ditentukan mengikut berat kepalanya. Menukul paku yang kecil

Pahat Tepi Serong

Saiz yang biasa digunakan ialah 4 mm 38 mm. Saiznya ditentukan oleh lebar mata pemotong.

Digunakan untuk kerja memahat, meraut, menatal tanggam, dan membersihkan bucu tanggam.

Kikir Parut

Saiznya ditentukan oleh panjang dan gred giginya. Meratakan dan membentuk lengkok pada penjuru kayu.

Gandin Kayu

Saiz ditentukan oleh saiz kepalanya. Kepalanya diperbuat daripada kayu. Digunakan untuk menukul pahat dan mengetuk bahafian projek ketika proses pemasangan tanggam.

b) Menghasilkan prosedur peraturan keselamatan dalam pertukangan.

Prosedur peraturan keselamatan dalam pertukangan


Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan, kanak-kanak akan merasa takut, bimbang atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak.
Jadi, apa yang penting di sini ialah.

Peraturan Keselamatan
Amalan yang mesti dipatuhi semasa bekerja di bengkel Kemahiran Hidup ialah 4M.
Menilai Diri Sendiri dan Tempat Kerja

Membersih

Menyusun Atur

Mendisiplin

Tujuan kebersihan, keselesaan, kekemasan dan keselamatan


Keperhatinan untuk pelaporan kemalangan dan kehilangan alatan Kebersihan mental dan bertanggungjawa b terhadap tugas Membersih

Murid perlu berpakaian kemas. Baju berlengan panjang dilipat.

Tudung murid perempuan dimasukkan ke dalam apron.

Kuku pendek dan rambut sentiasa kemas

Pakaian yang sesuai dalam bengkel


Mesin penyedut hampagas

Suasana bengkel yang bersih

Mesin pemampat udara

Menyusun Atur
Amalan ini membolehkan murid menggunakan alatan mengikut kegunaan dan menyimpan alatan di tempat yang betul. Bahan mudah terbakar dan beracun perlu disimpan di tempat yang selamat dan berkunci. Tempat penyimpanan mempunyai peredaran udara yang baik dan sentiasa diawasi oleh guru Bahan pertolongan cemas dan alat pemadam api sentiasa berkedaan baik dan dan mudah diambil apabila diperlukan.

Menilai Diri Sendiri dan Tempat Kerja


Bengkel harus mempunyai pencahayaan yang cukup dan peredaran udara yang baik.
Lantai bengkel perlu sentiasa kering dan tidak berminyak.

Murid hendaklah melaksanakan sikap penuh bertanggungjawab dan mengamalkan peraturan bengkel.
Murid perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan asas pertolongan cemas serta cara cara penggunaan alat pemadam api.

Keselamatan bengkel

Keselamatan diri

Keselamatan alatan

Keselamatan bengkel

Keselamatan Bengkel
Diamalkan semasa melakukan kerja amali terutama ketika menggunakan mesin dan peralatan tajam.

Pastikan lantai tidak licin dan kerusi disusun kemas selepas digunakan.
Tingkap hendaklah dibuka semasa bekerja dan semua suis ditutup selepas digunakan.

Murid hendaklah melaporkan kemalangan atau kecemacan dengan segera kepada guru yang bertugas.

Keselamatan Diri

Sewaktu di dalam bengkel murid mesti memakai apron dan kasut getah.

Jangan bergurau, bermain atau menggangu rakan ketika berada di bengkel.

Semasa membawa alatan tangan yang tajam, halakan mata alatan ke bawah. Jangan masukkan dalam poket serta jangan berlari.

Keselamatan Alatan
Pastikan tangan bersih daripada kotoran, minyak dan gris semasa menggunakan perkakas. Gunakan alatan yang betul untuk tugasan tertentu, termasuklah kesesuaian saiz alatan tangan serta mengikut langkah-langkah yang ditetapkan. Alatan seperti gergaji tangan hendaklah disimpan dengan betulsupaya bilahnya tidak melengkung dan giginya tidak rosak. Elakkan penggunaan pembaris keluli berdekatan dengan litar eletrik, gunakan pembaris kayu atau plastik.

Keselamatan Penggunaan Elektrik


Pastikan tangan tidak basah sebelum alatan dan perkakas elektrik digunakan.
Jika berlaku kejutan elektrik, matikan suis dengan segera.

Jangan sekali-kali menggunakan alatan elektrik yang telah rosak.


Jangan terlalu membebankan litar dengan menyambung banyak perkakas elektrik pada satu soket.

Etika Dan Budaya Kerja


Menepati masa. Murid perlu menghadiri kelas dan menyiapkan kerja yang telah ditetapkan.
Bertanggungjawab. Alatan hendaklah disimpan selepas digunakan. Kerja pembersihan bengkel dilakukan mengikut jadual tugasan yang telah disediakan. Amanah. Murid perlu bersikap amanah dalam menjaga harta benda di bengkel. Patuh. Murid perlu mengikut peraturan dan arahan guru. Budaya kerja. Peradaban yang menjadi amalan semua pekerja dalam sesuatu organisasi.

How To Use A Hammer


Proper Use Of A Hand Saw Alatan Tangan 12 Tools Every Carpenter Needs
How To Operate A Wood Chisel

d) Menghasilkan projek pertukangan menurut jenis dan bahan.

Rujukan
Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. (2003). Hajah Zainab Bt. Hj Abd. Kadir, Kamaros Zaman B. Mohd. Affendi, Samsudin B. Yasin, Rohani Bt. Abdul Majid Dan Sivakkumar A/L Balakrishnan Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2. (2005). ZulKifli b. Mohd. Salleh, Zulkifly b. Thahir, Tuslah bt Abdan, Suriani bt Abdullah. Reka Bentuk dan Penghasilan Projek. Shah Alam : Cerdik Publications Sdn. Bhd.

You might also like