You are on page 1of 17

EASY NOTES PMR

Page | 1
EASY NOTES PMR

Page | 2
EASY NOTES PMR

Table of contents

TEMA...................................................................................................................3
PERSOALAN.......................................................................................................4
PLOT....................................................................................................................5
LATAR..................................................................................................................8
NILAI DAN PENGAJARAN.............................................................................11
WATAK DAN PERWATAKAN.........................................................................12

Page | 3
EASY NOTES PMR

Tema
A. Meniti Kaca

Kecekalan seorang remaja dalam menghadapi liku-liku hidupnya.

Huraian: Nazar terpaksa menempuh pelbagai dugaan hidup. Namun begitu, dia tidak
pernah berputus asa dan terus tabah menghadapinya sehingga Berjaya memperolehi
kejayaan dalam peperiksaan SRP.

B. Pahlawan Pasir Salak

Keberanian dan semangat kepahlawanan penduduk Kampung Pasir Salak menentang


penjajah.

Huraian: Penduduk Kampung Pasir Salak sedia bekorban untuk mempertahankan tanah
air mereka.

C. Panas Salju

Kasih saying ibu bapa terhadap anak-anak.

Huraian: Bushrah sanggup mendermakan hatinya bagi menyelamatkan nyawa


anaknya, Nadhirah.

Page | 4
EASY NOTES PMR

Persoalan
A. Meniti Kaca
1. Kecekalan dalam hidup

Huraian: Nazar tidak patah semangat dan tetap belajar dengan gigih walaupun
menghadapi pelbagai dugaaan hidup.

2. Semangat kejiranan

Huraian: Keluarga Ah Seong sering membantu keluarga Nazar.

3. Kesabaran dibalas dengan kejayaan

Huraian: Nasib malang yang menimpa Nazar diterima dengan sabar. Akhirnya, dia
telah berjaya dalam pelajarannya.

B. Pahlawan Pasir Salak


1. Keberanian menentang penjajah

Huraian: Datuk Maharaja Lela berani menentang penjajah walaupun sedar risiko
yang dihadapinya.

2. Kerjasama penduduk mempertahankan hak mereka

Huraian: Penduduk Kampung Pasir Salak bekerjasama membina pondok kawalan


bagi mengawasi pengerakan musuh.

3. Sedia bekorban demi tanah air

Huraian: Seputum yang rela berkorban demi tanah airnya telah membunuh J.W.W.
Birch.

C. Panas Salju
1. Pengorbanan ibu bapa

Huraian: Bushrah sanggup mendermakan hatinya bagi menyelamatkan nyawa


anaknya, Nadhirah.

2. Masyarakat yang prihatin

Huraian: Guru-guru di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak (2) mengumpul derma
bagi menolong keluarga Bushrah membiayai kos pembedahan Nadhirah.

3. Ketabahan remaja menghadapi penderitaan hidup

Huraian:Nadhirah tabah dan cekal menghadapi dugaan hidupnya dan masih


meneruskan pelajarannya.

Page | 5
EASY NOTES PMR

Plot
A. Meniti Kaca

1. Permulaan

Nazar digambarkan masih berada dalam tingkatan dua. Dia kecewa kerana ibunya
tidak ada di rumah dan bersama dengan kawan karibnya, Ah Seong untuk mencari
ibunya, Mahyun. Nazar menemui ibunya sedang bergurindam di bawah pohon jejawi
di permatang sawah. Keadaan Mahyun yang diserang penyakit nanar amat
membimbangkan Nazar dan ayahnya, Pak Sahar.

2. Perkembangan

Pak Sahar bercadang untuk menghantar isterinya untuk mendapatkan rawatan di


Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Nazar bersetuju dengan cadangan ayahnya itu.
Sewaktu ketiadaan Mahyun, Mak Miah dan Pak Sehak yang mengurus makan dan
minum Nazar dan Pak Sahar. Kepulangan Mahyun daripada Tanjung Rambutan
walaupun belum juga sembuh, tetapi disambut dengan gembira oleh Nazar.

3. Klimaks/Puncak

Mahyun tiba-tiba hilang pada suatu petang. Nazar cuba mencari, namun gagal.
Gerakan mencari Mahyun dilancarkan dengan bantuan penduduk kampung. Akhirnya
Mahyun dijumpai mati tersepit di celah batang pokok kelapa yang tumbang di tepi
sungai. Nazar berasa amat sedih dan begitu juga dengan Pak Sahar yang jatuh sakit
dan sering batuk-batuk. Diskusi pelajaran diantara Zainab dengan Nazar menjadi
buah mulut orang kampung. Nazar tidak mempedulikan perkara tersebut dan terus
belajar demi mencapai cita-citanya.

4. Peleraian

Nazar mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SRP. Setelah


seminggu belajar dalam Tingkatan Empat, Nazar ditawarkan memasuki Sekolah
Berasrama Penuh di Ipoh, Perak. Setelah sebulan berada di Ipoh, ayah Nazar
meninggal dunia. Nazar terus berazam untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi
doctor.

Page | 6
EASY NOTES PMR

B. Pahlawan Pasir Salak

1. Permulaan

Pihak Inggeris memukul Pak Wan kerana enggan membayar cukai. Inggeris telah
memungut cukai di Bandar Bharu dan akan datang ke Kampung Pasir Salak pula.

2. Perkembangan

Pihak inggeris datang membina pondok mengutip cukai di Kampung Pasir Salak.
Datuk Maharaja Lela telah membakar pondok tersebut. Tindakan tersebut
menimbulkan kemarahan kepada pihak Inggeris. Akibatnya, Residen Birch sendiri
datang untuk menemui Datuk Maharaja Lela. Satu petempuran telah berlaku
diantara Mat Arshad dengan penduduk kampung dan akhirnya dia terbunuh.
Seputum telah membunuh Birch. Pihak Inggeris telah menghantar pasukannya untuk
menyerang Kampung Pasir Salak.

3. Klimaks/Puncak

Pasukan Inggeris yang diketuai oleh Kapten Innes menyerang Kampung Pasir Salak.
Dalam pertempuran itu, Kapten Innes dan tali barut Inggeris, Lamsah terbunuh.

4. Peleraian

Penduduk Kampung Pasir Salak Berjaya mematahkan serangan Inggeris. Mereka


gembira dan mengambil harta rampasan. Datuk Maharaja Lela mengingatkan anak-
anak buahnya supaya bersiap sedia untuk menghadapi serangan musuh.

Page | 7
EASY NOTES PMR

C. Panas Salju

1. Permulaan

Pengarang memperkenalkan watak-watak seperti Zulkifli , Bushrah, dan Nadhirah.


Zulkifli sekeluarga dalam perjalanan untuk balik ke kampung isterinya di Melaka.
Mereka membantu sepasang suami isteri berbangsa Sikh yang terbabit dalam
kemalangan jalan raya.

2. Perkembangan

Pembaca mula didedahkan kepada konflik yang dihadapi oleh Zulkifli yang selalu
memikirkan jalan untuk mendapatkan wang bagi mengubati penyakit yang dihadapi
oleh anaknya, Nadhirah. Selain itu, konflik menjadi semakin rumit kerana penyakit
Nadhirah bertambah kronik sedangkan kos rawatan yang bernilai RM350 000 belum
berjaya diperoleh oleh Zulkifli. Zulkifli mengambil keputusan untuk mendedahkan
masalahnya di akhbar.

3. Klimaks/Puncak

Masalah Zulkifli ditemukan penyelesaian apabila Tan Sri Shamsuddin sanggup


menanggung semua kos perubatan Nadhirah di London. Bushrah memutuskan untuk
mendermakan sebahagian hatinya bagi menyelamatkan anaknya Nadhirah.

4. Peleraian

Pembedahan berjaya dijalankan dan Nadhirah dan Bushrah selamat pada bahagian
ini. Pada bahagian ini juga digambarkan kehidupan Nadhirah yang sihat. Nadhirah
telah menamatkan pengajiannya dan bekerja di Bank Islam. Dia berkhawin dengan
seorang doctor bedah. Nazli pula melanjutkan pelajarannya di sebuah sekolah
berasrama penuh di Kuala Kangsar. Zulkifli telah menjadi pengelola ruangan sastera
di sebuah akhbar di samping menyambung pengajiannya di peringkat Phd. Bushrah
yang sering mengadu sakit meninggal dunia pada pagi hari Jumaat.

Page | 8
EASY NOTES PMR

Latar
A. Meniti Kaca

1. Latar masa
• Sepanjang dua tahun- ketika Nazar berada di Tingkatan Dua hingga Tingkatan
Empat.
• Pertengahan bulan Oktober- Mahyun hilang dengan tiba-tiba suatu petang.
Akhirnya, dia dijumpai mati tersepit di celah batang kelapa di tepi sungai.
• Bulan Januari- Nazar berada di Tingkatan 3.

2. Latar tempat
• Rumah Nazar- Mak Miah dan Pak Sehak menyuruh Pak Sahar berkhawin lagi
kerana isterinya telah sakit jiwa.
• Di tepi sungai- penduduk kampung telah menemukan mayat Mahyun tersepit
di celah batang kelapa.
• Sekolah Tuanku Abdul Rahman di Ipoh- Nazar melanjutkan pelajaran di
sekolah ini setelah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan
SRP.

3. Latar masyarakat
• Masyarakat beragama Islam- bagi masyarakat kampung, pergaulan bebas
antara Nazar dengan Zainab dipandang serong dan menyalahi peraturan
hidup.
• Masyarakat berbilang bangsa- Ah Seong dan ibunya, Kim Moi juga selalu
membantu nazar mencari Mahyun.
• Masyarakat prihatin- Mak Miah sebagai emak saudara Nazar selalu memasak
untuk Nazar dan ayahnya ketika Mahyun berada di hospital.

Page | 9
EASY NOTES PMR

B. Pahlawan Pasir Salak

1. Latar masa
• Zaman penjajahan Inggeris- berlaku pada tahun 1875 semasa wujud sistem
Residen di Tanah Melayu.
• Waktu siang- pengawai Inggeris membina pondok di Kampung Pasir Salak.
• Waktu malam- penduduk kampung bertugas/berkawal pada waktu malam
dengan membawa jamung.

2. Latar tempat
• Kampung Pasir Salak yang terletak di pangkalan sungai- Birch dibunuh oleh
Seputum ketika rombongannya datang untuk menampal surat kenyataan
kutipan cukai.
• Rumah Datuk Maharaja Lela- beliau menyampaikan amanat kepada anak-
anak buahnya supaya berhati-hati selepas pembakaran pondok pungutan
cukai.
• Bandar Tua- Datuk Maharaja Lela membina kubu untuk menghadapi serangan
musuh.

3. Latar masyarakat
• Melayu- masyarakat Melayu yang hidup sederhana. Mereka bekerja mencari
ikan,berkebun dan berniaga di warung.
• Masyarakat bersemangat patriotik- penduduk kampung memnentang penjajah
untuk mempertahankan serangan musuh.
• Masyarakat penjajah- Inggeris memaksa penduduk kampung membayar cukai
tanah dan cukai perniagaan.

Page | 10
EASY NOTES PMR

C. Panas Salju

1. Latar masa
• Pukul 4.00 pagi, Jumaat- Bushrah menghembuskan nafas terakhir dihadapan
suami dan kedua-dua orang anaknya.

2. Latar tempat
• Rumah Zulkifli- kenduri doa selamat diadakan untuk Nadhirah dan Bushrah.
Bushrah menghembuskan nafas terakhirnya di sini.
• Pejabat Utusan Melayu- Zulkifli bertemu dengan Mohamad Yusuf, wartawan
Utusan Melayu untuk menyiarkan kisah penderitaan anaknya, Nadhirah.
• Hospital King’s College- tempat Bushrah dan Nadhirah menjalani pembedahan
yang dijalankan oleh Dr. Tan Kai Chah.

3. Latar masyarakat
• Masyarakat prihatin- Tan Sri Shamsuddin, tokoh korporat yang kaya-raya dan
prihatin terhadap kesusahan orang lain. Beliau membiayai segala
perbelanjaan rawatan Nadhirah dan penginapan Zulkifli sekeluarga di London.
• Masyarakat saling bekerjasama- masyarakat Felda Ulu Tebrau tolong-
menolong untuk meraikan majlis perkhawinan adik Zulkifli, Narizah.
Masyarakat di kawasan perumahan Bandar Baru Tun Razak turut membantu
Bushrah mengadakan majlis kenduri doa selamat.
• Masyarakat yang mementingkan ilmu- Nadhirah bersemangat tinggi untuk
belajar walaiupun dia terpaksa menanggung penyakit kronik. Akhirnya dia
Berjaya melanjutkan pelajarannya ke ITM.

Page | 11
EASY NOTES PMR

Nilai dan Pengajaran


A. Meniti Kaca

1. Nilai: Kasih sayang Pengajaran: Kita hendaklah sayang akan anggota keluarga
kita
• Ditunjukkan oleh Nazar dan Pak Sahar kepada Mahyun. Mereka tetap sayang
dan mesra dengan Mahyun walaupun dia menghidapi penyakit nanar.
2. Nilai: Simpati Pengajaran: Kita haruslah membantu orang dalam
kesusahan
• Keluarga Mak Miah bersimpati terhadap keluarga Nazar dengan menyediakan
makan minum mereka. Keluarga Ah Seong pula banyak menghulurkan
bantuan kepada Nazar sekeluarga.
3. Nilai: Kecekalan Pengajaran: kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup
tanpa berputus asa
• Nazar sangat cekal dan gigih menempuh pelbagai dugaaan. Walaupun ibu dan
ayahnya kurang sihat, dia masih mampu meneruskan pelajarannya dengan
cemerlang.

B. Pasir Salak

1. Nilai: Cinta akan negara Pengajaran: Kita harus cinta akan tanah air negara
dan menentang musuh
• Penduduk Kampung Pasir Salak berjuang untuk mempertahankan tanah air
daripada dijajah oleh Inggeris.
2. Nilai: Keberanian Pengajaran: Kita hendaklah berani menentang
kezaliman
• Datuk Maharaja Lela berani menentang penjajah Inggeris. Dia tidak
memebenarkan Inggeris membina pondok membayar cukai lalu membakar
pondok tersebut.
3. Nilai: Hormat-menghormati Pengajaran: Kita harus menghormati orang tua
• Deli mematuhi tunjuk ajar dan nasihat orang tua. Dia menghormati bapanya
dan membantunya bekerja di warung.

C. Panas Salju

1. Nilai: Tabah Pengajaran: Kita haruslah tabah dan cekal menghadapi dugaan
hidup
• Nadhirah tabah menjalani kehidupannya sebagai pensakit rosak hati. Dia tetap
bertenang dan berdoa supaya penyakitnya sembuh.
2. Nilai: Simpati Pengajaran: Kita hendaklah bersimpati kepada orang yang
mengalami kesusahan

Page | 12
EASY NOTES PMR

• Tan Sri Shamsuddin sanggup membiayai segala kos rawatan Nadhirah kerana
bersimpati terhadap penderitaan Nadhirah.
3. Nilai: Kasih sayang Pengajaran: Kita mestilah menyayangi anak-anak
• Bushrah mengambil keputusan untuk mendermakan sebahagian hatinya
kepada Nadhirah. Dia sanggup berkorban agar anaknya terus hidup dengan
gembira.

Page | 13
EASY NOTES PMR

Watak dan Perwatakan


A. Meniti Kaca

a) Watak utama: Nazar


• Anak tunggal Pak Sahar dan Mahyun
• Amat menyayangi ibu dan ayahnya
• Tabah dan cekal- dia masih meneruskan pelajarannya walaupun dalam
keadaan terdesak
• Pelajar yang pintar- berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam
peperiksaan SRP
• Disenangi oleh rakan-rakannya seperti Ah Seong
• Berazam untuk menjadi seorang doktor

b) Watak sampingan: Pak Sahar


• Ayah Nazar dan suami Mahyun
• Bertugas di Lumut sebagai pengawai luar
• Amat menyayangi isterinya- telah mencuba pelbagai cara untuk mengubati
penyakit isterinya
• Beliau menghidap penyakit jantung, lelah, dan sering batuk-batuk
• Mengutamakan pelajaran Nazar- sering memberinya nasihat agar belajar
bersungguh-sungguh
• Meniggal dunia ketika Nazar berada di Tingkatan Empat

Page | 14
EASY NOTES PMR

B. Pasir Salak

a) Watak utama: Datuk Maharaja Lela


• Penghulu Kampung Pasir Salak
• Pandai dalam ilmu silat- mengajar anak-anak buahnya silat pada waktu malam
• Pemimpin yang berwibawa- beliau menjadi tempat penduduk tempatan
mengadu hal
• Berani- beliau berani menentang penjajah walaupun tahu risiko yang
dihadapinya
• Bijak mengatur strategi- mengarahkan anak-anak buahnya membina pondok
kawalan bagi mengawasi pengerakan musuh dari darat dan sungai.

b) Watak sampingan: Deli


• Anak Pak Itam
• Belajar silat dengan Datuk Maharaja lela
• Menyokong perjuangan Datuk Maharaja Lela dan membencikan penjajah
• Menghormati orang tua- menolong bapanya di warung
• Bersemangat patriotik memperthankan tanah air
• Seorang yang disegani oleh orang lain- dia mempunyai ramai kawan seperti
Lamin, dan Akub.

Page | 15
EASY NOTES PMR

C. Panas Salju

a) Watak utama: Zulkifli


• Suami Bushrah serta bapa Nadhirah dan Nazli
• Penyayang- demi kasih sayang terhadap anaknya, beliau hilang rasa malu
untuk mendedahkan masalahn ya di akhbar untuk mendapatkan bantuan
orang lain.
• Bertugas sebagai pembantu perubatan kontrak di Hospital Kuala Lumpur.
Akhirnya bertukar kerja sebagai pengelola ruangan sastera di sebuah akhbar.
• Suka membantu orang dalam kesusahan- beliau membantu pasangan suami
isteri Sikh yang terlibat dalam kemalangan.
• Tabah dan cekal menghadapi dugaan hidup- tetap berusaha mengubati
penyakit anaknya walaupun belum mendapat wang yang mencukupi bagi
membiayai rawatannya di London.

b) Watak sampingan: Bushrah


• Isteri Zulkifli dan ibu kepada Nadhirah dan Nazli
• Seorang guru di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak (2)
• Penyayang- sanggup mendermakan hatinya untuk menyelamatkan anaknya
Nadhirah yang menghidap penyakit rosak hati
• Berpendirian tegas- tetap dengan keputusannya untuk mendermakan hatinya
kepada Nadhirah walupun banyak pihak tidak bersetuju akan tindakannya itu.
• Tabah dan cekal-sentiasa menjaga Nadhirah dengan baik dan berusaha
mencari wang tanpa berputus asa.
• Meninggal dunia lima tahun selepas mendermakan hatinya kepada Nadhirah.

Page | 16
EASY NOTES PMR

Page | 17

You might also like