Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
149Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Definisi Remaja

Definisi Remaja

Ratings: (0)|Views: 13,459 |Likes:
Published by bassridja

More info:

Published by: bassridja on Aug 22, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/31/2013

pdf

text

original

 
1.0 Definisi Remaja.
Menurut Mohammad Salleh Lebar, pada masa kini istilah remaja adalah untuk jangka masadi antara 15-25 tahun, iaitu satu jangka masa yang dianggap begitu panjang. Empat puluhtahun yang lampau, jangka masa remaja boleh dikatakan pendek iaitu di antara peringkatumur 15-20 tahun sahaja. Kebanyakan remaja pada ketika itu berkahwin di sekitar umur 16-18 tahun. Tetapi pada masa kini, adalah kerana akibat perubahan gaya hidup zaman modendan mereka terpaksa menempuh pelbagai halangan dan cabaran sebelum mendirikanrumahtangga.Menurut Abd Majid dan Rahill Mahyuddin, remaja merupakan satu zaman yang bermula dari baligh dan berakhir apabila seseorang itu menjadi dewasa. Pelbagai pancaroba yang berlakudi zaman remaja ini. G. Stanley menamakan zaman remaja sebagai zaman storm dan stress.Jadi, bolehlah dirumuskan bahawa semua tugas perkembangan zaman remaja ialah satu persediaan yang perlu untuk seseorang kanak-kanak itu menjadi orang dewasa yang berperwatakan sihat dan dinamik.Menurut Boon Pong Ying dan Ragbir Kaur, peringkat remaja adalah bermula dari umur 12-18tahun. Pada peringkat ini kanak-kanak akan mencapai tahap kematangan akil baligh danmenyedari tentang perubahan bentuk badan mereka. Mereka akan menerima perubahanfizikal mereka dan menggunakannya dengan cara yang paling berkesan.Menurut Kathleen dan Joseph (1989), masa remaja adalah satu tempoh penangguhan psikososial, satu tempoh peralihan yang panjang di antara peringkat kanak-kanak kepada peringkat dewasa, yang mungkin ataupun tidak mungkin disambut oleh individu tersebutsebagai satu peluang untuk meneroka ke alam diri sendiri. Dengan kata lain, remaja bermaksud satu zaman peralihan dari peringkat zaman kanak-kanak ke peringkat bebas, iaituzaman dewasa. Zaman inilah para remaja sentiasa dicabar oleh peraturan-peraturan agama,sosial dan pembangunan. Seandainya mereka gagal mengawasi tugas-tugas perkembanganyang dilalui tersebut, maka mereka akan menghadapi masalah dan tekanan. Pepatah inggerisada menyatakan bahawa zaman remaja adalah seperti kehidupan kupu-kupu di waktu malamyang sentiasa mencari tempat yang ada sinaran cahaya. Jadi, pada masa kini remaja akansentiasa keluar dari rumah untuk mendapatkan hiburan dan keseronokan terutama di tempat-tempat yang menjadi tarikan orang ramai tanpa mengira waktu siang ataupun malam.Ketibaan baligh (puberty) biasanya dikaitkan dengan permulaan peringkat remaja. Baligh bermaksud kematangan sistem pembiakan, sosial dan fizikal. Pada peringkat ini remaja akanmengalami perubahan dari segi struktur tubuh badan, kecergasan, tanggapan, minat, nilai dan pegangan agama. Biasanya remaja yang normal dan berfikiran waras mula mengurangkan pergantungan kepada keluarga bagi mendapatkan ilmu dan kemahiran tertentu. Mereka tidak terikat atau mengharapkan ibu bapa lagi dalam memandu arah kehidupan yang dituju.Remaja yang berumur 15 tahun ke atas biasanya sudah pandai mengawal diri sendiri danmenggunakan masa lapang untuk melakukan perka-perkara yang berfaedah. 
1
 
2.0 Aspek Perkembangan Emosi Remaja.2.1 Peringkat Awal Remaja (12-15 tahun)
Emosi remaja pada peringkat ini adalah sukar diramal. Mereka mengalami pelbagai konflidiri. Contohnya, mereka inginkan kebebasan tetapi pada masa yang sama mereka masih bergantung pada ibu bapa untuk keperluan kewangan, kasih sayang dan sebagainya. Satu lagi punca konflik diri ialah tentang tanggapan diri mereka sama ada mereka masih lagi kanak-kanak ataupun sudah dewasa. Ada pula yang bersikap angkuh kerana hendak melindungisegala kelemahan yang ada pada diri mereka. Oleh itu, guru hendaklah menggalakkan persaingan diri agar perasaan kejayaan dapat dinikmati. Dalam persaingan seperti ini, gurutidak harus membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar-pelajar lain.Sebaliknya, pencapaian pelajar yang sama dibandingkan dengan pencapaiannya bagi bulansebelumnya. Sekiranya ada kemajuan, maka pujian atau ganjaran hendaklah diberikan kepadamurid tersebut. Perasaan marah kerap kali timbul kerana jiwa remaja yang tertekan akibat pelbagai konflik yang melanda diri mereka.Pada peringkat awal remaja, remaja juga kurang sabar dan sentiasa berpegang teguh kepada pandangan diri sendiri. Pendapat orang lain jarang diterima dengan mudah. Guru hendaklahmenggalakkan remaja di peringkat ini agar bersedia menerima pendapat orang lain keranaamalan seperti itu tidak bermakna satu kekalahan. Sebaliknya, bertukar-tukar fikiran dan pendapat adalah satu perlakuan yang banyak manfaatnya. Di peringkat ini, remaja mulamenilai tingkah laku orang dewasa seperti ibu bapa dan guru secara lebih objektif.Contohnya, apabila ibu bapa melarang anak menonton televisyen atau merokok tetapi ibu bapa sendiri melakukan perkara tersebut. Keadaan ini akan menimbulkan perasaan tidak puashati di kalangan remaja. Akibatnya mereka mula memberontak dan menentang ibu bapa sertaguru. Oleh itu, guru hendaklah menjadi contoh teladan yang baik kepada pelajar-pelajarnya.
2.2 Peringkat Remaja (15-20 tahun)
Pada peringkat ini remaja mengalami suatu tekanan dan ketegangan. Ini kerana merekainginkan kebebasan tetapi pada masa yang sama mereka berasa masih bergantung danterhutang budi terhadap ibu bapa yang telah menyokong mereka dari segala aspek. Merekatetap menyayangi ibu bapa tetapi dalam masa yang sama mereka mempunyai perasaan untuk menentang atau membantah apabila diminta melakukan perkara yang berlawanan dengankehendak mereka. Keadaan seperti itu boleh mewujudkan jurang yang ketara di antara remajadan ibu bapa.Di peringkat ini, nilai-nilai kumpulan rakan sebaya menjadi pengaruh yang kuat terhadapsikap, pakaian, dan nilai remaja itu. Sebagai contoh jika rakan sebayanya berambut ala‘punk’, remaja juga akan cuba untuk meniru gaya rambut begitu. Begitu juga pakaiannyayang menyerupai fesyen ala ‘baggy’. Keadaan-keadaan seperti inilah yang secara tidak langsungnya akan menimbulkan perasaan serba salah di kalangan diri remaja. Mereka masihsayang dan ingin mematuhi nilai-nilai ibu bapa tetapi dalam masa yang sama mereka merasa bimbang jika tidak mamatuhi nilai dan amalan rakan sebaya yang boleh menyebabkanmereka disingkir atau dipulaukan di kalangan mereka.
2
 
Pada peringkat ini rumah tidak lagi menjadi minat mereka dan mereka juga menjadi lebih berminat untuk berhubung dengan orang yang bukan dari kalangan ahli keluarga mereka.Kebanyakkan remaja pada peringkat ini menyanjung tinggi dan memuji orang yang lebihdewasa yang mereka terima sebagai model atau contoh kepada perilaku mereka. Oleh sebabketegangan kerap berlaku di antara remaja dengan ibu bapa, jadi, guru amat diperlukan untuk simpati dan menasihati mereka.Perubahan dalam aspek rupa bentuk fizikal, sosial dan kognitif seseorang individu itu bolehmenimbulkan kesan yang negatif ke atas kestabilan emosi remaja. Pada mulanya aktiviti danimbangan hormon yang cepat berlaku di dalam badan merupakan punca utama yangmengakibatkan gangguan emosi tetapi kemudiannya ketidakstabilan emosi adalah akibatdaripada konflik yang dihadapi dalam diri remaja dan dalam usahanya untuk membentuk  pandangan hidup yang lebih bermakna bagi dirinya. Sikap timbal balik orang lain terhadapdirinya akan menguatkan atau mengurangkan konflik yang tersemat di dalam dirinya. Remajaakan mulai menyedari perasaan-perasaan baru yang belum dialami olehnya sebelum ituseperti kebangkitan nafsu seksual, dan ia kadangkala akan berasa seronok atau takut dengan perasaan-perasaan tersebut yang adakalanya begitu kuat dalam diri mereka.Oleh sebab perasaan ini muncul melalui satu proses semulajadi yang susah hendak di kawal,ia akan mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat yang biasanya jika ditanyakan kepadaorang dewasa tidak akan dijawab kerana dianggap sebagai topik-topik sensitif ataupun jawapan yang diberikan tidak memuaskan hati mereka. Para remaja mungkin bertindak balasdengan menarik diri dan cuba menyelesaikan persoalan dengan melarikan diri ke alamfantasi. Penarikan diri ini mungkin ditafsirkan oleh orang lain sebagai satu tanda sikap beragam (moody), sombong dan anti sosial. Jika perasaan ingin tahunya ditinggalkan tanpa jawapan, dia mungkin merasakan bahawa kebanyakkan aktiviti yang patut melibatkan dirinyasebagai tidak sesuai. Remaja mungkin bertindak balas terhadap perasaan ingin tahunyadengan membincangkan isu-isu berbentuk peribadi bersama-sama dengan kelompok sebayanya, atau akan membaca bahan-bahan yang mempunyai topik-topik yang menarik minat mereka. Perasaan kecewa tersebut akan membawa kepada tingkah laku yang agresif dan seterusnya pula mungkin mencari apa sahaja jalan untuk melepaskan kekecewaannyatermasuk dengan cara penyalahgunaan dadah, pemujaan agama ataupun mengmbil keputusanuntuk lari meninggalkan rumah.
3.0 Zaman Remaja Saya
.Lantaran pendapat para ahli-ahli akademik tersebut, saya berpendapat bahawa zaman remajasaya adalah bermula pada peringkat umur saya 12 tahun iaitu ketika berakhirnya zaman persekolahan rendah dan bermulanya zaman persekolahan menengah saya. Di antara kesan-kesan yang dapat sya kenal pasti dalam perkembangan yang berlaku ke atas diri saya ketikazaman ini adalah perkembangan dari segi mental, emosi, bahasa dan juga sosial.Keempat-empat yang saya nyatakan tersebut sememangnya saya dapat mengesan sendiri perkembangan yang berlaku. Ini kerana perubahan perkembangan yang berlaku boleh sayalihat dengan jelas. Contohnya dari aspek emosi, ketika saya berada di zaman kanak-kanak,
3

Activity (149)

You've already reviewed this. Edit your review.
wwwiguna liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
Fiia Niwa liked this
fazuddin liked this
Syaefful Hadi liked this
Jessica Wong liked this
Senyum Sokmo liked this
Fitra Yanti liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->