You are on page 1of 10

Hakikat Kejadian Manusia dan Hubungannya dengan Kesihatan Jiwamore by Mohd Nasir Masroom 220 Download (.

pdf)

Hakikat_Kejadian_Manusia_Dan_Kaitannya_Dengan_Kesihatan_Jiwa1__esset.pdf 169 KB

Ramai orang Islam yang mempunyai salah tanggapan terhadap maksud ibadahdengan hanya memahami bahawa ibadah hanya melaksanakan lima rukan Islam semata-mata. Dengan melaksanakan lima rukun ini, mereka beranggapan bahawa mereka telahmencapai tujuan utama mereka diciptakan oleh Allah SWT. Hubungan mereka dan AllahSWT hanya berlaku di dalam amalan ibadah yang mereka lakukan ini. Manakala di luar waktu amalan ibadah mereka mengikut kendak dan kemahuan diri mereka sendiri tanpamenghubungkan setiap kerja atau urusan kehidupan yang mereka sedang lalui untuk mencapai keredhaan dan kasih sayang Allah SWT. Jika ini berlaku, maka kesan ibadahterhadap pembinaan seorang individu muslim dan sebuah masyarakat Islam akanmenemui kegagalan kerana mereka tidak memahami bahawa setiap pemikiran, perbuatan, percakapan dan tingkahlaku manusia akan dikira dan dipertanggungjawabkan kepadamereka (Al-Quran, 99:8) dan mempunyai kaitan dengan keredhaan atau kemurkaan AllahSWT.Ibadah mempunyai perkaitan dengan makna kewujudan seorang manusia di duniaini. Persoalan-persoalan utama yang perlu ditanya pada diri sendiri seperti kenapa akudiciptakan? Apakah tugasku di alam maya ini? Dan kenapakah aku diutuskan dalamkehidupan ini? Ini adalah soalan-soalan yang wajib kepada seorang manusia agar dia bertanyakan dirinya dan berfikir sejenak untuk mencari jawapannya (al-Qardhawi1995:11). Manusia yang gagal menjawab persoalan-persoalan ini adalah manusia yanggagal memahami tujuan hidup yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, sedangkanmatlamat hidup manusia seperti yang telah disebutkan dalam ayat Al-Quran di atasadalah semata-mata beribadah kepada Allah SWT. 2.3 Manusia mempunyai kemahuan dan bertanggungjawab ke atasnya.Allah SWT telah memilih manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini berbanding makhluk-makhluk yang lain seperti malaikat, jin, haiwan dan tumbuhandengan memberikan manusia kebebasan untuk memilih antara yang baik dan buruk,antara petunjuk dan kesesatan. Firman Allah SWT; * s ) s 9

u $ o x . _ t / t y # u o = u x q u h y 9 9 $ #

s t 7 9 $ # u o % y u u i M t 7 h 9 $ # u =

s u 4 n ? t 9

V 2 i $ o ) n = y z W s ? Maksudnya: Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagaikenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepadamereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkanmereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telahKami ciptakan.

(Al-Quran, 18:70)6 Manusia juga diciptakan dengan mempunyai tujuan untuk beribadah kepada AllahSWT dan menjadi khalifah di muka bumi ini. Manusia diberi tanggungjawab untuk menguruskan dunia ini, dengan itu manusia diberikan keistimewaan dengan keupayaanakal rasional dan keupayaan untuk memilih ( iradah ). Firman Allah SWT; o y y u y 9 $ # Maksudnya: Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalankebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)? (Al-Quran, 90:10) $ ) u

y y 6 9 $ #$ )# [ . $ x $ ) u # x . Maksudnya: (Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) SesungguhnyaKami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan- jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) samaada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka). (Al-Quran, 76:3)Allah SWT telah mengutuskan nabi dan rasul beserta dengan kitab dan risalahyang menyeru manusia untuk mencari cahaya kebenaran dan takut peringatan Allah.Kemudian Dia meninggalkan urusan manusia agar mereka memilih jalan mereka sendiri.Firman Allah SWT;

< t u $ t u $ y 1 y $ y y o ; r ' s $ y u g y 1

u ) s ? u Maksudnya: Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya(dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Sertamengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepadakejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa. (Al-Quran, 917-8)Berdasarkan ketiga-tiga asas ini, ahli psikologi Muslim dapat menjelaskan persoalan-persoalan berkaitan unsur roh dan jasad yang terdapat dalam diri manusia.Apakah matlamat manusia diciptakan? Apakah manusia mempunyai peluang untuk memilih antara perkara baik dan buruk untuk kehidupannya. Panduan yang diberikanoleh Islam dalam memberi jawapan kepada tiga persoalan ini, dapat membimbing perawat untuk membantu pesakit jiwa mencari makna dan erti dalam kehidupan mereka.Bukan sekadar mencari matlamat dan tujuan di dunia ini sahaja, malah menjangkaukepada kehidupan yang abadi di akhirat nanti.3.0 PenutupKemahuan dan keperluan hidup yang berbagai perlu dipenuhi boleh menjejaskan perkembangan jiwa. Ini kerana, dalam usaha untuk memenuhi tuntutan-tuntutan inimanusia terpaksa berusaha bersungguh-sungguh dan menggunakan tenaga, masa dan akalfikiran yang banyak. Akibatnya mereka rasa tertekan, bimbang dan menanggungkesengsaraan batin yang berakhir dengan pelbagai penyakit fizzikal seperti lemah7 jantung, darah tinggi dan sebagainya (Al-Hakam, 1996). Kehidupan dan masalah yangdialami oleh manusia mengakibatkan mereka menghidap penyakit jiwa seperti bimbang,takut dan ketidakpastian. Perasaan takut kepada selain daripada Allah SWT tidak dituntutdi dalam Islam. Islam mengajarkan umatnya untuk taat dan takut hanya kepada AllahSWT dan kepadaNya manusia sepatutnya berserah diri (At-Taubah, 9:40). Untuk melenyapkan rasa takut hanya kepada Allah SWT, dapat dicapai melalui jalanmensucikan jiwa. Firman Allah SWT; s % y x n = r &

t 4 1 t s ? t x . s u z $ # n / u 4 ? | s Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amalyang soleh). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan namaTuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk) (Al-Alaa,87: 14-15Ibn Kathir (2008) mentafsirkan ayat ini dengan menyatakan bahawa orang yang berjaya dari

pandangan Allah SWT adalah orang mensucikan dirinya daripada sikap-sikap buruk dan dia menurut apa sahaja yang dibawakan oleh Rasulullah SAW.Kemudian dia juga mendirikan solat pada waktu yang telah ditetapkan, memohonkeredhaan Allah SWT, taat kepada semua suruhanNya dan mengamalkan undang-undangNya. Manakala Abdullah Basmeih (1980) memberikan pengertian membersihkandiri adalah dengan ketaatan kepada Allah SWT dan melakukan amal-amal soleh yang boleh mendekatkan diri kepadaNya.Manusia yang sering dihantui kebimbangan dan ketakutan adalah kerana ia tidak menjadikan agama sebagai landasan kehidupan. Dengan lebih khusus lagi, apakahmanusia faham apakah konsep ibadah yang dimaksudkan di dalam Islam? Apakahmereka mengerjakan ibadah hanya melalui solat, puasa dan zakat sahaja? Oleh itu,keimanan yang mantap merupakan syarat utama manusia dalam menghadapi pertarunganantara keperluan jasad dan rohnya. Kekuranagan daya iman yang mantap inimenjerumuskan manusia kepada krisis jiwa dan sosial yang memberi kesan buruk kepadakesihatan jiwa dan mental individu.Individu yang sakit ini pula, bukan sahaja mereka yang mendapatkan rawatan jiwa dan mental di wad psikiatrik dan hospital bahagia semata-mata. Tetapi yang amatmembimbangkan ialah pesakit jiwa ini menjadi sebahagian ahli masyarakat yangmempunyai dan memegang peranan yang penting. Jika dia menjadi ahli politik, maka politiknya sudah tidak berteraskan agama. Hanya kekuasaan yang menjadi matlamat dantujuan. Maka segala jalan yang boleh membawanya kepada kuasa, pangkat dan pengaruhakan dilalui tanpa mengambilkira halal dan haram, salah dan betul, zalim dan adil. Begitu juga jika dia seorang peniaga, pensyarah, buruh, nelayan, peladang, ahli ekonomi dansesiapa sahaja; akan memberi kesan negatif terhadap masyarakat dan pembinaan negaraserta kesatuan ummah

You might also like