You are on page 1of 3

AHLAN WA SAHLAN WA MARHABAN YA RAMADHAN

Ramadhan adlah bulan yang sangat penting bagi umat islam kerana di dalamnya
terdapat berbagai-bagai kelebihan.
Antaranya termasuklah bulan diturunkan al-Quran yang menjadi panduan bagi
umat manusia untuk mencapai kecemerlangan dan kebahagiaan di dunia mahupun di
akhirat. Pada bulan ini juga Allah membuka pintu rahmat yang seluas-luasnya bagi
memberi peluang kepada kita untuk bertaubat menyesali segala dosa dan kesilapan
yang pernah kita lakukan.
Sebagai makhluk Allah yang terbaik, selain dari berpuasa kita juga mempunyai
kewajipan besar dalam menyambut kedatangan bulan ini. Kita harus mengetahui
tentang tawaran-tawaran Allah sepanjang bulan ini dan tindakan yang sewajarnya kita
lakukan bagi merebut peluang mendapatkan fadhilat yang telah dijanjikan Allah kepada
kita.

PERSIAPAN UNTUK MENYAMBUT RAMADHAN


1. Ulangkaji tentang rukun, syarat sah, sunat, makruh, adab, rahsia, serta fadhilat
puasa.
2. Gembira dan senang hati dengan kedatangan bulan ramadhan.
3. Berdoa moga Allah mengurniakan tenaga, kelapangan dan kesempatan untuk
mempertingkatkan amal ibadat.
4. Menguatkan semangat untuk melawan hawa nafsu serta sifat tamak dan
amarah.
5. Banyak bersedekah kepada fakir miskin.
6. Basahkan lidah dengan zikrullah, membaca al-Quran dan bertahajjud.
7. Melatih diri berpuasa sunat pada bulan rejab dan sya’aban.

Sabda Rasulullah bermaksud;


“Sesiapa yang berasa gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan maka
Allah mengharamkan jasadnya dari apai neraka”.
Sabda Rasulullah bermaksud;
“ Syurga merindui empat golongan manusia iaitu mereka yang membaca
al-Quran, yang menjaga lidah, yang memberi makanan kepada orang yang lapar
(miskin) dan orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan”.

PERISTIWA PENTING DALAM SEJARAH ISLAM YANG BERLAKU


DALAM BULAN RAMADHAN.
1. Bulan ramadhan tahun kesepuluh bulan kerasulan Nabi, wafatnya isteri nabi
(Saidatina Khadijah) dan bapa saudar baginda abu Talib dan sebab itulah tahun
ini dikenali sebagai tahun dukacita (am mul hazni).
2. 17 Ramadhan tahun kedua hijrah kali pertama berlaku perang badar al-Kubra
antara kaum muslimin dan musyrikin.
3. Tahun kedua Ramadhan diwajibkan zakat fitrah.
4. Tahun kelima hijrah (bulan Ramadhan) bulan persediaan kaum muslimin
menghadapi peperangan khandak. Ia berlaku pada bulan syawal berikutnya
dengan kemenangan ke atas kaum muslimin.
5. Ramadhan tahun ketujuh hijrah berlaku peristiwa kaum muslimin meruntuhkan
berhala di sekitar kota mekah.
6. 21 Ramadhan tahun kelapan hijrah, Allah member nikmat kepada rasulNya dan
kaum muslimin dengan kejayaan menakluk kota Mekah.
7. Tahun kesepuluh hijrah Nabi Muhammad menghantar Ali bin Abi talib dan
angkatan kaum muslimin ke negeri Yaman dan akhirnya ramai yang telah
memeluk agama islam.
8. Tahun kesebelas hijrah wafatnya puteri Rasulullah (Siti Fatimah)
9. Tahun kesebelas hijrah orang musyrikin tewas dalam peperangan badar. – 7
syawal berikutnya tercetusnya peperangan Uhud.
10. Tahun kelima belas hijrah orang Islam menang dalam peperangan Qadisiah
menentang orang Parsi.
Dari peristiwa-peristiwa yang berlaku di atas jelaslah bahawa Ramadhan bukan bulan
yang menyebabkan umat Islam lemah, sebaliknya ia bulan yang meniupkan semangat
berjuang untuk melawan musuh seperti memerangi hawa nafsu atau musuh luaran
yang sentiasa berusaha menghancurkan umat Islam dengan berbagai cara.
KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN.
1. Bulan yang penuh dengan keberkatan dan banyak keistimewaan berbanding
dengan bulan-bulan yang lain.
2. Allah jadikan bulan Ramadhan sebagai bulan untuk beribadat.
3. Lailatul Qadar lebih mulia dari 1000 bulan.
4. Al-Quran diturunkan dalam bulan Ramadhan.
5. Semua pintu langit dan pintu syurga dibuka manakala pintu neraka ditutup.
6. Semua iblis dan syaitan dirantai, manusia dapat melakukan ibadat tanpa
gangguan.
7. 17 Ramadhan berlakunya perang Badar.
8. Penaklukan Kota Mekah berlaku dalam bulan Ramadhan.
9. Menurut satu riwayat, ribuan ahli neraka dibebaskan pada tiap-tiap malam bulan
ramadhan.

You might also like