/  5
 
MELAYU DALAM PERLEMBAGAAN
MUKADIMAH
SEJAK akhir ini ada kecenderungan oleh pihak-pihak tertentu yang mempertikaikan keistimewaan yangdiberikan kepada orang-
orang Melayu
.Mereka menuntut kedudukan yang sama dengan
orang Melayu
daripada pelbagai segi padahal keistimewaanyang diberikan kepada
orang Melayu
bukanlah mengambil hak kaum-kaum lain.Ada pihak yang mempertikaikan kenapa
orang Melayu
diberi keistimewaan sedangkan Melayu juga asalnyapendatang yang datang ke negara ini. Hakikatnya banyak pihak melupakan sejarah yang mencatatkanpengorbanan
orang Melayu
memberi kerakyatan kepada bukan Melayu semasa mencapai kemerdekaan.Pertikaian tentang hak keistimewaan
orang Melayu
terus dibangkitkan walaupun dalam Perlembagaanmenyebut tentang hak-hak tersebut. Pada masa yang sama Perlembagaan tidak mendiskriminasi kaum-kaumtertentu kerana Perlembagaan mendapat persetujuan semua pihak.Kita juga memberikan pengkelasan yang tidak tepat apabila menganggap tiga kaum utama iaitu Melayu, Cinadan India menjadi tonggak di negara ini.Bekas Hakim Mahkamah Rayuan,
DATUK MOHD NOOR ABDULLAH
menjelaskan, dalam Perlembagaanmenyebut bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum iaitu Orang Asli, Melayu, Bumiputera Sabah sertaBumiputera Sarawak dan kaum-kaum lain.“Saya syorkan kita berhentilah menggunakan istilah Melayu, Cina, India ini kerana dari sudut Perlembagaantidak ada disebutkan kaum Cina dan India. Namun kita yang memberikan kedudukan kepada mereka,” tegasMohd Noor ketika diwawancara oleh wartawan Mingguan Malaysia KU SEMAN KU HUSSAIN dan HAFIZAHRILABDUL HAMID Khamis lalu.
MINGGUAN: Disebabkan banyak pihak tidak faham kedudukan Melayu dalamPerlembagaan, boleh Datuk huraikan perkara ini?MOHD NOOR:
Saya ingin terangkan dahulu perkara-perkara penting tentang
orang Melayu
di dalam Perlembagaan. Saya melihat banyak NGO-NGO Melayu sekarang ini bertindakdalam keadaan marah dan bukan menjawab mengikut undang-undang. Kerana itu pertamasekali saya ingin menjelaskan dalam perkara satu, negara ini perlu dikenali dalam BahasaMelayu dan bahasa Inggeris dengan nama Malaysia. Malaysia ini asalnya dari perkataanMalaya. Malaya itu mengikut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dahulu adalahPersekutuan Tanah Melayu. Sepatutnya ia habis di situ. Oleh itu negara ini dikenali duniasebagai Tanah Melayu dan tidak disebut sebagai Persekutuan Tanah Melayu.Nama Malaysia adalah termasuk Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Ituistilah sebenar mengikut Perlembagaan. Tidak timbul masalah apabila disebutSemenanjung, Sabah dan Sarawak walaupun dilihat sebagai berbeza kerana sebagaisebuah negara ia akan tetap disebut Malaysia. Contohnya Orang Asli hanya terdapat diSemenanjung seperti orang Senoi, Jakun dan Negrito. Orang Asli adalah aborigin bagiSemenanjung. Di Sabah dan Sarawak tidak ada Orang Asli. Ini hakikatnya. Penduduk diSabah dan Sarawak dipanggil native (bumiputera).
Orang Melayu
juga bukan Orang Asli.
Orang Melayu
juga native (bumiputera). Kita sama dengan orang Sabah dan Sarawakdalam konteks kita adalah native di Semenanjung dan setaraf dengan Bumiputera Sabahdan Sarawak. Mereka inilah yang datang selepas Orang Asli. Native ini jugalah yang
1
 
diistilahkan indigenous people. Orang yang datang kemudian dipanggil imigran. Semua 28suku kaum di Sabah dan Sarawak termasuklah Iban, Penan, Dayak dan sebagainya native.Dahulu native ini dikenali sebagai anak negeri namun kini ia dikenali sebagai bumiputera.
Boleh Datuk terangkan perbezaan antara indigenous dan aborigin dalamPerlembagaan?MOHD NOOR:
Ada dua perbezaan yang besar antara aborigin dan indigenous . Aboriginadalah penduduk asli negara ini dan indigenous paling sesuai untuk ditafsir ialah peribumidan mereka ini dilihat bersesuaian dengan keadaan dan sekeliling mereka. Oleh itu adalah jelas
orang Melayu
dan native di Sabah dan Sarawak adalah sama sebagai peribumi. Makabumiputera itu adalah terjemahan kepada native. Oleh itu jangan kata orang yang lahir disitu adalah bumiputera tetapi sebenarnya tidak. Begitu juga orang Cina dan India yang lahir di sini, mereka bukan bumiputera. Ini kerana bumiputera bukan sahaja lahir di sini tetapikeadaan hidupnya adalah bersesuaian dengan keadaan sekelilingnya.
Apakah yang lebih tepat untuk mengkelaskan misalnya Melayu, Cina dan India dinegara ini dalam konteks Perlembagaan?MOHD NOOR:
Kesilapan besar kita ialah hanya mengenali bangsa sebagai Melayu, Cinadan India. Apakah kerana
orang Melayu
datang dahulu kemudian orang Cina dan kemudianIndia? Atau kerana
orang Melayu
paling ramai kemudian diikuti Cina dan India? Beritahusaya manakah negara yang tidak ada bangsa? Sama ada bangsa itu integral iaitu adabangsa lain yang menumpang tetapi masih lagi disebut sebagai bangsa seperti bangsaIndonesia, bangsa Filipina, bangsa British, Perancis, Jerman dan sebagainya.Menurut Perlembagaan, bangsa Malaysia terdiri daripada lima kaum. Maka bangsa Melayuitu diturun taraf kepada kaum. Namun kaum Melayu adalah teras di negara ini dan kita ajakkaum lain untuk bekerjasama sebagai bangsa Malaysia. Lima kaum itu terdiri daripada,pertama Orang Asli, kedua
orang Melayu
, ketiga kaum bumiputera Sarawak, keempatkaum bumiputera Sabah dan kelima adalah kaum-kaum lain.Apabila menurunkan tara
orang Melayu
kepada kaum, orang Cina dan India jugaditurunkan taraf kepada “kaum-kaum lain”. Saya bercakap mengikut Perlembagaan dan jikakita menganggap teras negara ini terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India, itu adalah salah.Di mana definasi Cina dan India di dalam Perlembagaan? Dalam Perlembagaan ada disebut
orang Melayu
, Bumiputera Sabah dan Bumiputera Sarawak. Macam mana hendakdefinisikan Cina dan India di negara ini jika sudah terdapat negara asal mereka danketurunan mereka di sana. Oleh itu maknanya mereka ini bangsa Malaysia yang adahubung kaitnya dengan soal bahasa, budaya, keturunan dan sebagainya dengan negaraasal mereka. Sama ada mereka hendak terima atau tidak, itu adalah hakikatnya.
OrangMelayu
pun jatuh nombor dua dan bumiputera di tempat ketiga. Ini berlaku kerana dari segisejarahnya Orang Asli ini lebih dahulu sampai, lepas
orang Melayu
barulah kaum-kaum lainsampai ke negara ini.
Tidak lama dulu ada pihak menghujahkan bahawa Melayu juga pendatang keranapenduduk asal adalah Orang Asli. Apa komen Datuk?MOHD NOOR:
Semasa empayar China dahulu kalau berpindah dari Han ke Chin atau dariBeijing pergi ke selatan hingga ke Mongolia adakah mereka berpindah dari satu negeri ke
2
 
satu negeri? Mereka tidak berpindah tetapi hanya bergerak sekitar empayarnya. Begitu juga
orang Melayu
hanya berada di alam Melayu. Sejak kerajaan Sri Wijaya dahulu kita pernahmempunyai satu empayar agung yang meliputi Indonesia, Brunei, Filipina sebagai satudunia Melayu. Oleh itu kita tidak berpindah hanya bergerak sekitar dunia Melayu. Namunapa yang berlaku sekarang ini adalah akibat penjajah Barat yang memecah-belahkan duniaMelayu. Indonesia diberi kepada Belanda, Tanah Melayu diberi kepada Inggeris. Jika tidakdipecahkan, dunia Melayu bersatu tetapi akibat penjajahan Barat ini kita berpecah belah.Jadi kenapa ada pihak berkata Melayu datang dari luar? Melayu hanya bergerakberkelompok di sekitar dunia Melayu ini.Tetapi yang pasti orang Cina dan India bukan dari kelompok itu. Jika mereka kata Melayuseperti mereka, itu tidak benar. Yang sebenarnya adalah agama. Memang
orang Melayu
dulu beragama Hindu namun kemudian memeluk agama Islam tetapi bukan berasal dariIndia.
Orang Melayu
di sini kita gunakan istilah Nusantara yang bermaksud nusa antaranusa-nusa.
Jadi, maksud Datuk kita mesti melihat dari sejarah dan bukan keadaan sekarang yangdipisah-pisahkan?MOHD NOOR:
Orang Indonesia berhijrah ke Malaysia dari satu alam Melayu ke satu alamMelayu yang lain. Saya ingin bertanya adakah orang India yang berpindah dari Tamil Naduke Goa boleh dikatakan pendatang? Bukankah pelik jika
orang Melayu
yang bergerak dariIndonesia ke Tanah Melayu jadi pendatang? Kita kena melihat dari segi sejarah bukan padamasa sekarang. Jika sekarang sudah tentu berdasarkan undang-undang imigresendianggap sebagai pendatang. Jika kita lihat sebelum penjajah memecah- belahkan kita,dunia sebelah sini adalah alam Melayu. Namun kini hakikatnya orang dari semua lima kaumtadi, kedudukan Orang Asli,
orang Melayu
dan bumiputera termasuklah bumiputera Sabahdan Sarawak terpinggir berbanding kaum-kaum lain. Itulah yang saya sedihkan. Oleh itu kitaberhentilah menggunakan istilah Melayu, Cina, India ini kerana dari sudut Perlembagaantidak ada disebutkan kaum Cina dan India. Namun kita yang memberikan kedudukankepada mereka. Yang disebut ialah kedudukan
orang Melayu
dan Melayu disebut sebanyak54 kali dalam Perlembagaan. Cina dan India langsung tidak disebut dalam Perlembagaan.Mereka harus sedar tentang perkara ini. Oleh itu kita harus sebut dengan jelas kedudukanini, sama ada kita semua adalah bangsa Malaysia atau pun mereka hanyalah sekadar kaum-kaum lain saja.
Adakah Perlembagaan kita mendiskriminasikan kedudukan kaum-kaum lain ini?MOHD NOOR:
Perkara ini tidak berlaku kerana Perlembagaan ini dipersetujui oleh semuapihak ketika mula-mula digubal. Maknanya tidak ada diskriminasi jika semua pihakbersetuju. Perkara ini tidak patut timbul sama sekali malahan mereka patut akur bahawaPerlembagaan tidak langsung menyebut tentang kaum Cina dan India. Kita ambil contohBarack Obama, beliau memperkenalkan dirinya sebagai African-American. Cuba beritahuyang mana penting dalam istilah tersebut? Jika kita melihat kepada nahu bahasa, adjektif adalah yang menerangkan kata nama. Jika kita lihat ada kaum Cina mengaku merekasebagai Malaysian Chinese, Malaysia yang menjadi adjektif dan Chinese menjadi kata kerja.Jika dilihat kata kerja itu lebih penting dari adjektif. Oleh itu kita dapat lihat nama Chinese
3

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...