You are on page 1of 3

Pemikiran Saintifik dan Matematik di dalam Anyaman

Seni anyaman mempamerkan budaya dan cara hidup orang-orang melayu dahulu
kala. Ia kadang kala disebut sebagai ‘seni miskin’ kerana dilakukan oleh orang-orang
kampung semata-mata untuk memenuhi keperluan harian mereka. Anyaman rotan
menghasilkan produk seperti bakul dan perabot yang kebanyakannya adalah untuk
kegunaan sendiri atau dijual secara kecil-kecilan di pasar terbuka. Penghasilan
sesuatu produk rotan bukanlah perkara yang mudah bagi orang dahulu kala.

Bahan mentahnya, iaitu rotan, hanya didapati di dalam hutan belantara. Ia perlu
ditebang, dibersihkan, dirawat dan dikeringkan dengan teliti supaya sesuai untuk
dijadikan peralatan yang boleh digunakan. Masyarakat dahulu kala juga perlu
memikirkan cara yang paling berkesan untuk menghasilkan produk yang bukan
hanya cantik tetapi boleh bertahan lama.

Merujuk kepada bahan mentah yang dikaji iaitu rotan, ia merupakan hasil hutan
bukan kayu yang terpenting di Semenanjung Malaysia. Tumbuhan ini lazimnya
tumbuh liar dengan banyaknya di kawasan-kawasan pendalaman hutan semulajadi di
Pahang, Perak dan Kedah. Perusahaan rotan di negara ini lebih tertumpu kepada
aktiviti-aktiviti pengeluaran perabot bagi pasaran tempatan.

Rotan yang paling popular dan menjadi pilihan utama bagi pembuatan rangka dan
perabot rotan adalah rotan jenis manau atau nama saintifiknya Calamus manan.
Rotan jenis besar yang lain termasuklah rotan jenis dok (Calamus ornatus) dan
semambu (Calamus scipionum). Rotan sega (Calamus caesius) pula adalah sejenis
rotan kecil yang mempunyai nilai komersial yang tinggi. Saiz rotan ini tidak melebihi
jari kelingking dan lazimnya digunakan bagi tujuan ikatan dan penyambungan
komponen-komponen perabot. Di kawasan-kawasan luar bandar, spesies rotan yang
kecil saiznya digunakan sebagai bahan anyaman untuk membuat tali, bakul dan
dulang.

Pemprosesan rotan mentah secara moden dijalankan di beberapa kilang di Malaysia.


Lawatan penyelidik ke sebuah kilang memperolehi maklumat tentang bagaimana
rotan diperolehi dan proses menghasilkan rotan dalam bentuk penjalin.

Penjalin rotan kemudiannya dijual mengikut berat kepada institusi atau individu
untuk menghasilkan produk anyaman seni rotan. Menurut pengusahan kilang rotan
tersebut, rotan yang dikeluarkan dari hutan dibersihkan, dirawat dan dijemur terlebih
dahulu sebelum dihantar ke kilangnya untuk proses seterusnya. Di kilang beliau
rotan kemudiannya diluruskan menggunakan alat khusus supaya mudah dimasukkan
ke dalam mesin. Ia kemudianya dikategorikan ke dalam saiz tertentu mengikut
diameter rotan tersebut. Diameter rotan penting untuk menentukan ‘mata pisau’
yang akan digunakan untuk setiap peringkat memotong rotan.

Peringkat kedua adalah proses membersihkan permukaan rotan. Rotan dimasukkan


ke dalam satu mesin yang akan membuang kulit luarnya. Pembersihan permukaan
rotan dilakukan sebanyak dua kali. Rotan yang terhasil melalui proses ini adalah lebih
putih dan bersih. Sebarang kekotoran yang masih tertinggal akan dibuang secara
manual. Proses seterusnya adalah menghasilkan bilah-bilah rotan yang dikenali
sebagai penjalin. Rotan akan diukur diameternya sekali lagi kerana saiz rotan
mengecil apabila kulit luarnya dibuang.

Mata pisau yang sesuai dengan saiz baru rotan digunakan untuk mendapat jumlah
maksimum penjalin rotan. Semasa proses ini bahagian tengah rotan yang dipanggil
hati rotan akan diproses sekali lagi untuk mendapatkan beberapa lagi bilah rotan
penjalin. Sebagai contoh rotan yang berdiameter 9mm boleh menghasilkan lapan
bilah rotan penjalin semasa peringkat pertama proses memotongnya dan empat lagi
semasa proses kedua. Bahagian paling dalam pada batang rotan akan diproses untuk
digunakan sebagai struktur ‘tiang’ pada produk rotan yang bakal dihasilkan. Pada
keseluruhannya, hanya sedikit sahaja bahagian rotan yang tidak boleh digunakan.

Masyarakat Melayu dahulu tidak didedahkan kepada sebarang teknologi moden


dalam menghasilkan produk mereka. Pengetahuan mereka adalah berasaskan apa
yang diturunkan oleh nenek moyang mereka selain dari penerokaan melalui ‘trial and
error’ dan pengalaman konkrit yang dilalui. Latihan tidak formal ini telah
memungkinkan mereka merekacipta dan membentuk produk yang bukan hanya
sesuai untuk kegunaan harian mereka malah merupakan penciptaan yang kreatif dan
penuh daya estetika. Disebalik kreativiti dan nilai estetika yang terpancar pada
sesuatu produk hasil anyaman, tidak dinafikan bahawa ia terhasil dari pemikiran
penggubahnya dan proses-proses tertentu yang perlu dilalui untuk mendapatkan
hasil yang terbaik.

Produk anyaman yang terhasil sudah cukup membuktikan bahawa masyarakat


melayu mempunyai daya pemikiran yang bukan hanya mampu mengenalpasti bahan
dan proses malah menjalankan perkiraan mental (mental arithmetic) secara tepat
dan terperinci dan menaakul secara saintifik didalam penghasilan produk berasaskan
rotan. Jika diteliti secara mendalam pemikiran saintifik dan matematik masyarakat
melayu sememangnya tersirat di dalam gubahan dan corak yang sangat halus dan
berseni yang dihasilkan.

Menurut Lawson (1995) pemikiran saintifik individu berkembang dari peringkat yang
rendah kepada peringkat yang lebih tinggi mengikut perkembangan kognitif
seseorang individu. Perkembangan pemikiran saintifk berlaku apabila individu
berupaya menguasai pengetahuan dan proses saintifik melalui pemikiran logik dan
penaakulan.

Dari aspek ini individu boleh beroperasi pada peringkat diskriptif di mana mereka
menjalankan operasi seperti pemerhatian, menyenaraikan fakta, pengkelasan dan
membuat generalisai. Pemikiran saintifik peringkat tinggi pula melibatkan individu
menjalankan proses-proses seperti berfikir secara kombinatorial, mengawal
pembolehubah dan menjana hipotesis, menjalankan pemikiran-pemikiran
berkadaran, kebarangkalian dan korelasi.

Persoalannya sekarang adalah adakah seni anyaman masyarakat melayu


menunjukkan corak pemikiran saintifik pada penggubah dan gubahannya? Jika diteliti
dari peringkat pemprosesan bahan mentah sehingga terhasil produk seninya adalah
jelas dan ketara bahawa pemikiran saintifik memainkan peranan yang besar di dalam
seni anyaman. Peringkat pemprosesan bahan mentah melibatkan pemikiran saintifik
dari beberapa aspek seperti:

i. pemerhatian yang teliti terhadap jenis rotan yang diperolehi;


ii. mengenalpasti ciri-ciri rotan seperti kematangan, saiz dan jenis;
iii. mengkelaskan rotan mengikut ciri;
iv. dan membuat generalisasi seperti menentukan rotan yang paling sesuai
berdasarkan fakta-fakta yang dikumpul.

Pemikiran sebegini lebih bercorak deskriptif dan banyak menggunakan pengalaman


konkrit serta pengetahuan sedia ada mereka. Oleh kerana pendedahan kepada
maklumat saintifik secara formal tidak diperolehi, masyarakat melayu banyak
menggunakan pemikiran serta menaakul secara logik. Pengetahuan ini digunakan
dan diuji secara ‘trial and error’ untuk memperoleh bahan paling baik bagi
penghasilan produk.

Seni anyaman masyarakat Melayu juga boleh menceritakan proses pemikiran


saintifik peringkat tinggi yang tersirat di dalam setiap gubahan mereka. Antarannya
termasuk:

i. keupayaan membuat pemikiran kombinatorial menentukan kombinasi genap dan


ganjil di dalan gubahan;

ii. keupayaan mengawal pembolehubah dan menjana hipotesis apabila menentukan


jumlah penjalin untuk mendapatkan saiz serta bentuk yang diinginkan;

iii. Menjalankan pemikiran berkadaran, kebarangkalian serta korelasi dalam aspek


seperti membuat korelasi di antara saiz rotan dan saiz produk yang dihasilkan,
berfikir secara berkadaran apbila menentukan pewarnaan pada bahan mentah dan
proses pemikiran secara kebarangkalian terhadap corak yang akan dihasilkan.

Jelas sekali seni anyaman, dengan corak dan pengiraan geometriknya dan proses-
proses saintifiknya menceritakan bagaimana masyarakat Melayu dahulu kala berfikir
dan menaakul secara saintifik.

You might also like