Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
175Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PENGENALAN REKA CIPTA

PENGENALAN REKA CIPTA

Ratings:

4.89

(44)
|Views: 25,575 |Likes:
Published by manaf216

More info:

Published by: manaf216 on Jan 29, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/12/2014

pdf

text

original

 
REKA CIPTA
PENGENALAN REKA CIPTA
 Tidak ada satu pun kejadian makhluk atau ciptaan manusia yang sempurnamelainkan kejadian Tuhan. Kejadian atau ciptaan baru, akan mengalami perubahandari semasa ke semasa. Teknologi akan terus berkembang dan keperluan sertaminat manusia tentu akan berubah. Demi memenuhi kepuasan diri inilah, manusiaakan terus berfikir dan mengusahakan reka cipta untuk keperluan-keperluan yangpelbagai. Para pereka cipta perlu menggunakan kemahiran dan pengaruh merekadengan lebih teliti dan lebih bertanggungjawab.
1.1 Definisi
Menurut kamus Dewan Bahasa reka cipta membawa maksud penghasilansuatu produk atau barangan baru atau pengubahsuaian sesuatu produk yang sediaada, bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang .Proses rekacipta berasaskan kepada gabungan tiga konsep iaitu minda, kemahiran serta sikapatau nilai. Ketiga-tiga konsep ini digabung jalin bagi menyelesaikan sesuatumasalah dengan melaksanakan aktiviti pencetusan idea, diterjemahkan ke dalambentuk ilustrasi dan dihasilkan semula dalam bentuk prototaip atau model.Reka cipta juga dihasilkan daripada idea tersendiri atau diubahsuai danmempunyai nilai-nilai komersial. Reka cipta merangkumi bidang-bidang sepertigrafik, reka bentuk perindustrian, tekstil, fesyen, seramik, barangan logam halus,elektronik, reka bentuk bangunan/landskap dan ukiran. 
Rajah 1.1 Manusia zaman batu mereka cipta perkakas dan alat memburumenjadibentuk yang selesa dipegang atau dibaling
 
1.2 Sejarah Perkembangan Reka Cipta
Sejarah perkembangan reka cipta berkait rapat dengan sejarahmanusia.Proses penciptaan telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Reka cipta telahwujud seiring dengan perkembangan peradaban manusia. Namun tiada rekod yangdapat menyatakan dengan tepat bila reka ciptaan pertama dihasilkan. Pernahkahanda berhenti sejenak untuk menelaah tentang kewujudan artefak – artefak yangtelah direka cipta oleh seseorang pada suatu masa dahulu dan mengaparekabentuknya sedemikian rupa dan mengapa alat-alat itu wujud. Persoalan ini adakaitan dengan rekaan masa kini, ada rekaan yang diinovasi untuk disesuaikandengan keperluan dan persekitaran masa kini. 
Rajah 1.2(a): Rekaan Telefon Awal Rajah 1.2(b): Rekaan Telefon HariIni
.1TI 1.1
Manusia pada zaman batu hidup sebagai nomad. Zaman itu dikenali ZamanPrarevolusi Industri. Barangan keperluan harian dibuat sendiri termasuk senjataseperti kapak batu dan lembing.Pada abad ke-17 iaitu Zaman Revolusi Industri, manusia berjaya menciptaperalatan dan mesin yang dapat memudahkan kerja mereka. Manusia di zaman itumenghasilkan alatan logam, kerja anyaman dan ukiran. Sistem pembuatandomestik ini dikendalikan dengan menggunakan tangan dan kaki. Pada abad ke-18dikenali sebagai Zaman Revolusi Industri Pertama, ketika inilah enjin stim telahdicipta oleh James Watt dan diinovasikan oleh George Stephenson yangmenjadikannya lebih baik. Kehidupan manusia menjadi semakin kompleks danmaju, zaman berubah dan dikenali pula sebagai Zaman Revolusi Industri Kedua.Manusia banyak bergantung hidup kepada tenaga elektrik, manusia mula menciptaradio transistor dan komputer yang semakin luas penggunaannya.Pelbagai pendapat berkaitan reka cipta dan zaman perubahannya. Adapendapat menyatakan bahawa reka cipta telah bermula sebelum tahun masihi lagi,
 
antara rekaan awal ialah alat "Skru Archimedes” ciptaan Archimedes pada tahun212 SM. Ramai pereka cipta telah menghasilkan pelbagai ciptaan untuk kegunaanmanusia Ciptaan berasaskan teknologi menjadi pendorong utama dalam bidangreka cipta sehingga kini. Antara pereka cipta terkemuka ialah, Richard Trevithickmembina keretapi wap pertama pada tahun 1804, Alexander Graham Belldengan hasil ciptaannya iaitu telefon pada tahun 1876.Setiap perubahan yang dilakukan ke atas sesuatu ciptaan, adalah untukmemenuhi keperluan serta kehendak manusia yang tiada hadnya. Anda biasamelihat barang-barang seharian yang anda gunakan daripada perabot, pakaian,alat-alat elektrik sehinggalah kepada berus gigi. Kebanyakan daripada alat-alatyang anda gunakan dalam kehidupan seharian anda telah direka cipta oleh orang-orang tertentu. barangan ini dapat memberi maklumat berkaitanrekaannya apabila anda mengkajinya dengan teliti.
INVENSI DAN INOVASI
Invensi adalah proses mereka atau memikir dan menghasilkan sesuatupenemuan baru dengan daya usaha sendiri dengan cara melakukan aktivitieksperimen memikir dan menjalankan penyelidikan. Penglibatan daya fikir yangtinggi dan mendapat kepuasan pereka walaupun
 
kadang
-
kadang ia tidak mendapatnilai komersial.Inovasi adalah
 
pengubahsuaian kepada produk tersebut supaya ia menjadilebih bertenaga atau bermakna. Inovasi terjadi setelah
 
produk itu direka cipta.Inovasi juga merupakan satu proses yang kompleks memperkenalkan idea
 
baruyang melibatkan usahawan
 
dalam
 
pembuatan produk. Menitik beratkan
 
nilaipraktikal berbanding inovatif.
Rajah 1.3: Reka Cipta Mesin Taip Yang Mengalami Inovasi

Activity (175)

You've already reviewed this. Edit your review.
Ling Mee Jow liked this
1 thousand reads
1 hundred reads
MeEn Virgo liked this
Mimi Momo liked this
Nur Aqlili liked this
Nessa Ahmad liked this
Azzizan Zainal liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->